Hope

Hope

Pray

Pray

Work

Work

Repent

Repent

The absurdity of a worthless babble

Saturday, 16 April 2011

Suatu ketika, aku pernah menghadiri perbincangan ilmiah bersama beberapa pejuang agama Allah. Ya, aku gemar duduk dengan pejuang, kerana ia memberi aku aura, semangat dan juga ketenangan. Kerana ia meyakinkan bahawa aku tidak keseorangan dalam perjuangan.

Timbul suatu persoalan: mengapa zaman sekarang, manusia (mad'u) amat sukar untuk menerima dakwah yang disampaikan? Kadang-kadang nampak macam tak lekat langsung di hati.

Persoalan ini bukanlah untuk dijawab dengan jawapan bosan lagi memualkan seperti:

-Manusia memang macam-macam perangai. Ada yang senang nak terima, ada yang susah.
-Diorang tak dapat hidayah lagi tu. Nak buat macam mana.
-Dah diorang bergaul dengan kawan-kawan yang rosak, susah la nak terkesan dengan kata-kata daie.

Amboi.....sedapnya memberikan seribu satu alasan yang semuanya menyalahkan orang lain seratus peratus.



Cukuplah wahai daie! Cukuplah meletakkan penyebab ketidaksampaian dakwah itu kepada orang lain. Sekarang sudah tiba masanya untuk melihat ke dalam diri sendiri. Ya, lihat ke dalam dirimu yang engkau sebut-sebut selalu sebagai pendakwah, pejuang agama, pengislah masyarakat.

Tanyakan kepada diri:

-Atas dasar apa kau menyampaikan dakwah?
Ya, senang sangat nak jawab 'Al-Quran dan As-Sunnah'. Iyalah, kalau jawab lain, nanti orang tak nak terima, betul? Lagipun dulu orang yang dakwah aku selalu cakap macam tu. Aku ikut je la.

Macam tu ke? Baik. Kau kata kau guna Al-Quran dan sunnah. Sekarang tengok diri kau. Adakah kau beramal dengan kedua-duanya? Akhlak kau.....akhlak Al-Quran ke? Kata-kata yang kau tuturkan.....adakah sekadar atas angin, atau kau benar-benar faham dan hadam Al-Quran itu lalu kau menggunakannya sebagai cara berdakwah? Eh....tolonglah jujur dengan diri sendiri.

Kau ajak orang buat itu buat ini, tapi kau sendiri tak buat. Kau cakap kat semua orang, dalam surah ni Allah perintahkan itu ini, tapi kau sendiri tak beramal dengannya. Kau bagitahu orang lain ayat-ayat Allah yang memberi pengajaran kepada manusia. Tapi kau sendiri tak mengambil iktibar daripadanya! Wah. Hipokritnya kau wahai daie! Kau tahu dalam Al-Quran Allah ada sebut Allah sangat murka dengan orang yang tak buat apa yang dia cakap, tapi kau tak ambil kisah pun. Kau masih berani kata itu ini tanpa mengiringi kata-kata kau dengan amalan. Allah....Allah..... (surah As-Saff, ayat 2-3)

Apabila kau mengkaji, kau tidak mengkaji dengan hati. Kau hanya mempelajarinya kerana kau perlu tahu apa isi kandungan Al-Quran itu, sebab nanti kau perlu sampaikan kepada orang lain. Kau sedar kan kau jarang sekali belajar dengan hati? Selama ini kau belajar kerana kau rasa kau perlu tahu. Bukan kerana kau faham bahawa kau bertanggungjawab untuk memahami dan menghayati sesuatu ilmu itu. Dan bila kau sampaikan kepada orang lain, kau sampaikan apa yang kau tahu saja. Bukan apa yang kau faham. Sebab kau pun bukannya faham sangat! Allah....Allah..... Sudah-sudahlah daie.

Justeru mengapa kau masih bertanya "mengapa dakwah itu tidak sampai?". Ingatlah....kata-kata yang tidak disertakan dengan hati dan roh serta kefahaman penyampainya, nescaya tidak akan memberi kesan kepada orang yang mendengarnya. 

Lihat betapa terkesannya para sahabat dengan ajaran Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam. Lihat betapa para ulama' menghayati ilmu yang disampaikan melalui golongan yang sebelumnya. Mereka juga manusia, hamba Allah seperti kita. Bezanya kerana setiap kata-kata yang mereka sampaikan bukanlah sekadar masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Tapi, setiap patah kata dari mereka, mampu menyentuh hati dan roh para pendengarnya. Kerana kata-kata yang sekadar didengari dengan telinga, tak mampu mengubah seseorang.

Manakala kata-kata yang disampaikan dari orang yang tidak faham, mana mungkin mampu menyentuh dan membuka hati orang yang mendengar. Logik kan?

Kau berkata-kata tentang sesuatu yang kau tak berapa faham, kemudian kau mengharapkan orang yang dengar tu terkesan dengan kata-kata kau? Teruskan bermimpi kalau kau masih tak sedar.

Aku menulis bukan untuk menegur sesiapa. Tetapi untuk mengingatkan diri sendiri, supaya 'Walk The Talk'. Aku menulis post ini supaya aku berhenti menjadi seorang manusia yang menyedihkan, yang berkata-kata bukan atas dasar benar-benar faham, yang berkata-kata tapi tak mampu menyentuh hati orang lain. Aku menulis ini kerana aku sudah bosan mendengar rungutan diri sendiri 'mengapa perlu mengulangi perkara yang sama apabila berkata-kata dengan orang lain? Tidakkah mereka menerima pengajaran dengan apa yang aku katakan sebelum ini?'

Sungguh, ingatlah wahai diri. Jangan jadi bahan kemurkaan Allah. Fahamilah ilmu yang kau pelajari. Hadamlah semampu mungkin. Amalkan ilmu yang kau ada. Sampaikan kepada manusia dengan kefahaman. Dakwah ada caranya. Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam serta mukmin hebat yang terdahulu telah menunjukkan cara-caranya. Kita ikut cara mereka, bukan dengan hanya berkata dan berbangga "inilah cara Imam Hasan Al-Banna, (sebagai contoh)", tapi kita sendiri tidak menghayatinya. Malulah dengan Allah. Malulah dengan diri sendiri.

Sekadar muhasabah diri di pagi hari.



3 play the melodies:

Anonymous said...

Tulisan yang baik..
Jom berusaha menjadi yang terbaik..

16 April 2011 at 12:54
KS said...

hihi salam sarah,

sebenarnye kan, setuju je kt tulisan ni, tp (pndpt diri ye)

1. perkara yg pling utama dlm penerimaan dakwah ni ttp adalah hidayah Allah :) jd sama ade hidayah tu dtg sbb pendakwah tu atau org yg didakwah tu, atau yg pling pnting kasih sayang dan cinta Allah terhadap makhluknya. Sama ada pendakwah tu mnjaga hubungan dia dengan Allah, itu salah satu penyebab kasih sayang Allah. Atau seseorang itu atas kesedaran diri, memnta nasihat, atau peringatan daripada org lain. Atau kwn2 kte, yg sedang gelak ketawa brsma kite, tiba2 ckp sesuatu nasihat, sprti ish, kita ni dh mngumpat org pula. Yang pnting hidayah dan taufik daripada Allah. Sbb tu, kita sepatutnya mendoakan kwn2 kita, ahli usrah, atau masyarakat kta mnerima nasihat dan mengikut yang terbaik, SNTIASA. Slps bri nasihat, berdoalah, slps solat, di tgh malam. Kelemahan kita mge Allah tutupkan, n mge dibaiki hati dan amalan kita :)

20 April 2011 at 14:51
KS said...

2. hihi lg satu, selalu org sebut psl ayat 2 surah as-sof, ngan hadis citer psl seorg tu kna azab tu. Btul la tu, sbgai seorg muslim, kita cbe buat apa yang Rasulullah buat, trutama yg kita ajak org len buat gak. Saje je nk bgtahu, yg psl hadis tu, bukanlah semata-mata dia x lakukan apa yg dia ajak kt manusia tu, bahkan niat dia salah. Dia mengajak kerana dunianya, bkn krn itu sbgai tugas utama sbgai seorg muslim. Semoga Allah mengampuni kite smua. Mmg, kite ni hmbaNya yg lemah. Tp ingatlah, dakwah, nasihat, amr bil ma'ruf, nahy 'an munkar tu satu tanggungjwb. Jgnlah nnti kite dngr org ckp, aku takut nk beri nasihat, atau ajak org lakukan ini, krn aku pun x buat, takut kna seksa. Ikhlaskan niat, pohonlah kekuatan kpd Allah. Tanggungjwb amr bil ma'ruf ni, nahy an munkar... kan kna buat. Tinggalkan larangan Allah dan rasulNya tu pun kna buat, taat perintahNya. Dua2 tu bnda yg berbeza. Ulama ade ckp, org yg berzina tu pun, dia tahu haram zina, wajib dia cegah org yg dia berzina dengan. Dia juga wajib meninggalkan perbuatannya itu n bertaubat. Camtu la ye sarah :)

20 April 2011 at 16:24
Related Posts with Thumbnails