Hope

Hope

Pray

Pray

Work

Work

Repent

Repent

Conteng2

Tuesday, 17 April 2012

Hari ni hari Selasa. Masih dalam cuti Easter dan cuti 'makan ikan masin'.

1. Pomodoro technique sangat best! It helps me a lot =)




2. Terima kasih awak sebab jagakan FB saya. Tak ada la saya asyik dok main FB setiap hari. And thanks for making me able to keep my promise to my mom =)

3. Hari ini mula terasa diri ini berguna. Productive Muslim. Alhamdulillah. Syukur Allah tunjukkan jalan. Masih diberi peluang.



4. Hari ini saya terfikir tentang exam final. InsyaAllah, mesti buat yang terbaik. Masih ada masa. Mada mada dane!

5. Saya mahu lose weight, be fit and healthy. Bulan 8 tak berapa jauh lagi. Mesti sempat!
(awak, baru saya perasan awak kurus. makan la banyak sikit ya)

6. Financial management bulan ini sangat messy. Sarah, jangan macam ni lagi!!



7. Hari tu call ibu tanya ibu nak bagi apa unuk birthday. Haha. Ye la, dah lama tak dapat hadiah birthday sebab duduk kat Mesir. Sedih tau. Dulu2 selalu dapat hadiah.sobs. Ibu tanya nak apa, saya jawab nak Iphone. Amboi...banyak cantik! Bila ibu tanya nak Iphone berapa, saya tak tahu nak jawab sebab saya tak tahu pula Iphone ada berapa jenis. Haha. Tapi hari ni rasa tak mahu pula hadiah Iphone. Entah la. Saya rasa membazir. Tapi kalau kita guna betul2 dan manfaatkan untuk Islam, kan lagi bagus kan?




8. Saya ada banyak benda kena kejar. Sebab sebelum ni dah banyak benda saya abaikan. Justeru saya mahu buat public pledge di sini: Saya mesti buat yang terbaik dengan sungguh2! Sebab saya mahu pulang ke Malaysia dengan tenang, buat preparation dengan hati yang gembira dan menghadapi hari 'itu' dengan jiwa yang bahagia =)



9. Terima kasih ibu, ayah, Aiman dan awak, serta sesiapa yang berterusan memberi kekuatan dan sokongan kepada saya. Hakikatnya, Allah sangat sayang saya sebab menghadiahkan anda semua ke dalam hidup saya. Di saat saya lemah, anda semua hadir untuk memberi kekuatan. Maka dengan itu saya mesti sayang Allah lebih!

10. Akhir sekali, minta teruskan support saya dan mohon doa semua.





0 play the melodies:

Related Posts with Thumbnails