Hope

Hope

Pray

Pray

Work

Work

Repent

Repent

Never say goodbye~

Wednesday, 17 March 2010

Seperti biasa, balik dari kuliah petang2 mesti termengah2 bila sampai rumah. Naik tangga sampai tingkat 4 je pun, huhu. Tapi hari ni lain macam rasanya kemengahan itu disebabkan berlari pecut dari Villa (tenpat turun tremco) hingga ke RNSK. Semuanya gara2 dah azan maghrib time tu. Asalnya, kuliah habis 4.30, tapi pegi uruskan hal 'rumah baru' hehe. Kalau ustaz Kelantan nampak aku jalan lenggang kangkung time2 dah azan maghrib, memang kena sound la. Takpe ustaz, ana nak pindah Abbasiyah dah. Nanti, ana nak balik seminit sebelum azan pun takde masalah :). Ni semua buat aku tak sabar nak pindah. Eishhh...tak baik, tak baik.

Masuk2 je rumah, nampak hidangan makan malam dah tersedia atas meja. Macam biase la, ahli beitku di 4B memang cekap bab2 makan ni. Tak penah lewat seminit. Tapi tadi makanan tu semua tertutup rapi, seolah2 dapat kujangka ianya adalah surprise, hehe. Aku pun buat2 tak tahu je la (padahal perut yang tadinya nyanyi lagu balada, dah betukar kepada rock kapak). Selesai solat maghrib, kami makan beramai2....makan NASI AYAM! Whoaa...terharunye aku. Bagai orang lapar dihulurkan nasi ayam...haa camtulah perumpamaannya. Sambil2 makan, aku curi la peluang seminit dua merenung sorang demi sorang wajah ahli beit kesayanganku. Waduh2...terbit saja perasaan sebak itu, huhu. Tapi aku biase la, muka sentiasa maintain macho. Padahal time Kak Ros suruh baca doa makan tadi pun, suara dah menggigil sebak, haha.

"Sarah, kat sane nanti jangan tak lalu makan pulak," kata Kak Zah berjenaka.

Aku hanya mampu tersenyum. Kebiasaannya, kalau diorang dah start buat lawak santai makan malam, aku akan sambung dengan lawak2 berkaitan sampailah ada yang suruh berhenti, sebab dah tak tahan. Tapi tadi aku senyum je, tak balas apa2. Macam blank pulak otak. Mungkin sebab khusyu' sangat makan nasi ayam tu.

Selesai makan, yang lain2 seperti biasa, masuk ke bilik masing2. Tinggallah aku bersama Kak Ros dan Kak Zah di ruang tamu, berbual2 mesra. "Sarah kenapa sebenarnya nak pindah?" tanya Kak Ros sambil tersengih2. Aiseh...beratnye nak jawab soalan tu. Tapi dengan Kak Ros dan Kak Zah, aku selesa nak berbicara. So, ape lagi keluar la asbab itu dan ini. Mereka mendengar dengan khusyu' sambil sesekali mengangguk2 setuju. Selepas azan Isyak, kami bersurai memandangkan terdapat beberapa urusan yang perlu aku selesaikan. Dengan pantas jari-jemari ini menaip surat perletakan jawatan untuk diserahkan kepada Ustaz Bad pada esok hari. Berpusing gak kepala nak mengayat, huhu. Dah lama tak buat surat rasmi.

Tengah syok2 taip, tetiba hati rasa sayu. Ntah kenapa la agaknya. Tapi aku perlu laksanakannya juga, hehe. Selesai menaip, aku bergegas ke Tawheed wan Nour di 'Abbas Aqqad untuk membeli beberapa lagi perabot. Kurang dari sejam, pulang semula ke RNSK untuk meneruskan kerja2 packing barang yang ntah baru berapa peratus je siap. Kirenye minggu ni memang marathon la buat keje non-stop. Satu rekod dalam hidupku! Haha. Tapi tiba time pancit, memang pancit habis ;). Ditengah2 kesibukan mengemas, tiba2 teringat yang aku belum bagitau Ustaz Naim aku nak letak jawatan. Adehh...camne la boleh lupa. Dah la dia ketua unit. Bak kata Asu, bagilah tau Ustaz Naim, kang kocik plak hati eh. Maka sepantas kilat aku menelefon ketua dan memberitahu perihal sebenar. Terima kasih kepada ustaz atas segala tunjuk ajar. Maaf atas segala salah silap, kekurangan, kemalasan, kelewatan saya dalam membuat kerja.

Tik...tok...tik..tok...masa terus berlalu. Aku masih terkial2 mengemas baju, buku dan sebagainya. Rasa macam sayu je nak tinggalkan Sabi'. Sebab kat sini ada macam2 yang tak boleh dapat kat tempat lain:



Ada pegawai dan isterinya (ayah n ibu) yang baik hati. Dan rumah mereka yang lawa :)


Ada kakak2 yang pandai dan rajin buat kuih. Aku tukang makan je, hihi.




Puding2 yang sedap, hasil air tangan ibu RNSK :)


Kuih lagi....

Gamba makanan je aku letak. Sebab kat sini, makan memang best! Tambah2 lagi kalau ade program kat musolla. Memang time makan la yang ditunggu2. Ustaz2 masak sume sedap2 belaka + pedas. Memang syok habis. Hujung bulan pulak ade sambutan Sanah Helwa beserta 2 biji kek hasil buatan tangan anak2 N9. Whoaaa...tak sabar nak tunggu bulan 5. Aku mesti balik!

1 play the melodies:

budak besar said...

Takpela.insyaAllah ade hikmahnya.dalam hidup nak kan sesuatu kita kena korbankan sesuatu kan.kdg2 ape yg kita suka tu kadg2 kurg baik bagi ^__^

18 March 2010 at 18:17
Related Posts with Thumbnails