Hope

Hope

Pray

Pray

Work

Work

Repent

Repent

->d.o.w.n<-

Tuesday 9 March 2010

Minggu ni menyaksikan aku diselubungi perasaan 'down' yang teramat sangat. Entah ke manalah perginya enthusiasm yang membuak2 dalam hati selama ini. Perasaan yang mula bersarang dalam hati sejak awal minggu ini membuatkan aku tergerak untuk berbicara dengan ibu tersayang. Awal2 lagi sudah dapat kujangka ibu akan bertanyakan masalah apakah yang merunsingkan diri ku. Jawapan 'tak tahu' menjadi pilihanku kerana memang tidak dapat ku pastikan kecelaruan tersebut.

Dari kecil lagi aku terdidik agar tidak menjadi seorang manusia yang suka memberi alasan. Aku juga kurang gemar dengan golongan yang suka memberikan alasan itu dan ini. Mungkin sebab itu diri ini membuat keputusan untuk tidak bertanya 'kenapa' sekiranya tahu bahawa jawapan yang bakal diberikan adalah berbentuk alasan. Bukan ingin bersikap kejam, tetapi lebih baik buat sesuatu yang tidak mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri :). Maka dengan itu, aku lebih suka untuk tidak memberikan alasan kerana berpendapat alasan hanya membuatkan seseorang kelihatan lemah (seriously).

Setelah dipujuk oleh ibu, maka aku mula mereka cipta dan menduga sebab musabab yang mendorong kepada timbulnya perasaan yang cukup tak digemari ramai ini. Pada masa yang sama, aku turut berfikir punca sebenar. Hari-hari yang aku lalui kini menjadi semakin mencabar. Cabaran tersebut membuatkan aku berfikir: will I survive? Aku tahu, kadang-kala kita akan berada di bawah. Aku juga sedar, mungkin inilah ketikanya aku berada di bawah. Namun aku cuba mencari jalan untuk naik ke atas semula, namun fikiranku buntu. Semua perkara yang dilakukan terasa seperti sia2. Aku cuba bertanya pada diri: what am I good at? Terdetik juga di hati ini sesekali untuk mencari jawapannya. Namun belum ku temui. Atau mungkin aku tidak menyedarinya.

Syukur hari ini dapat berbicara dengan ibu dan ayah, walaupun hanya melalui facebook. Rindu juga hati ini ingin mendengar suara mereka. Tapi keadaan tidak mengizinkan. Aku cukup bahagia kerana memiliki ibu dan ayah yang sangat memahami apa yang aku perlukan di saat2 down sebegini. Instead of menyatakan rasa simpati kepadaku, ibu dan ayah lebih banyak menasihati dan menggalakkan aku supaya deal with the situation. 'Mengadulah kepada Allah'....salah satu nasihat yang cukup menyentuh hati ini. Sungguh, aku bersyukur mereka menyuruhku untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah. Kata ayah, "Orang yang tenang ni akan berjaya,". Aku percaya dengan kata2 itu. Ya, mungkin kini aku bukan dalam keadaan tenang.





Konklusinya, terima kasih ayah n ibu. Kata2mu, nasihatmu, peringatanmu membantu menguatkan hati ini. Angah saaaaaaaaaayang ibu n ayah! <3

When I am down and, oh my soul, so weary;
When troubles come and my heart burdened be;
Then, I am still and wait here in the silence,
Until you come and sit awhile with me.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up: To more than I can be.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up: To more than I can be.

There is no life - no life without its hunger;
Each restless heart beats so imperfectly;
But when you come and I am filled with wonder,
Sometimes, I think I glimpse eternity.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up: To more than I can be.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up: To more than I can be.



(Wahai semangat, kembalilah semula ke dalam hati ini. Jangan pergi lama sangat....)

p/s: post ringkas sebab tade mood + tade mase + tade semangat + banyak lagi post tertunggak, haha. buat kawan2 yg menanti post Istanbul & ASFaD, aku mintak maaf sangat3 kat korang. Ntah tahun bile agaknye dapat siapkan post tu..heheh~




2 play the melodies:

lyannayahya said...

sarah-jgn down.

moga Allah kuatkan Sarah.

Allah yubarik fiik

9 March 2010 at 23:04
sakinahshapeni said...

allahumma ameen...moga kekuatan dan ketenangan sentiasa bersama.
termasuk org yang menunggu entri istanbul anda. <3

11 March 2010 at 13:47
Related Posts with Thumbnails