Hope

Hope

Pray

Pray

Work

Work

Repent

Repent

Not that easy

Wednesday 10 February 2010

Makin lama makin kecoh rumah kami dibuatnya. Dari hari ke hari, ada saja muslihat baru yang dibuat oleh Cik T. Aku pun tak pasti berapa lama lagi kami boleh bertahan dengan kerenah nakal si adik kecil itu.

Pada suatu hari yang damai, ketika sedang menyiapkan tugasan mendesign plaque, aku terdengar sayup2 jeritan dari arah belakang. Disebabkan time tu tengah dengar lagu pakai headphone, jadi tak berapa nak dengar sangatlah dan aku pun buat tak endah je. Tapi makin lama makin kerap aku dengar jeritan tu. Hati mula rasa tak senang. Dari ruang tamu, aku meninjau ke arah bilik belakang. Pintu tertutup. Tiada tanda2 berlakunya sebarang bencana alam. Aku meneruskan kerja dengan fokus (ceh....). Beberapa ketika kemudian, Kak Ros buzz YM dan menghantar teks: Tlg!! Tlg!! Aku yang tak tau ape2 cerita pun terus la close chat box tu, huhu. Kacau je Kak Ros ni...haishh. Ku teruskan lagi membuat tugasan, memandangkan dalam masa sejam lagi, mesyuarat MTP akan bermula dan aku peru bentang pasal design tu. Kalau tak siap, memang nak kena belasah!

Tiba-tiba Kak Zah membuka pintu belakang dan memanggil namaku dalam nada suara yang agak tinggi a.k.a separa menjerit dan berkata: Sarah kena tolong ni! Aku dengan muka macho berlagak tenang bertanya: Kenapa kak? Tanpa berlengah, bagaikan seorang hero aku berjalan gagah menuju ke bilik belakang. Ekspresi macho di wajah lenyap sekelip mata apabila terlihat keadaan bilik yang gayanya macam baru lepas dilanda ribut taufan. Ternyata hipotesis pertama aku tadi silap. Memang ada berlaku bencana alam di sini. Sekali tengok pun dah dapat agak, ni mesti masalah Cik T.

Dengan semangatnya seseorang berkata: Cepat! Tutup pintu. Tolong kitorang tangkap dia!

Sepantas kilat aku menutup pintu, memulakan misi menangkap Cik T yang rupa-rupanya taklah semudah yang kusangka. Dalam misi ni, aku dilantik sebagai penangkap Cik T manakala yang lain2 bertindak sebagai pemerhati, pengawal keselamatan, jurukamera (sebagai bukti n kenangan, haha) dan tukang sorak. Senjata yang kami gunakan cukup mudah didapati di rumah, iaitu beberapa batang kayu dan sebuah baldi yang saiznya agak besar. Kenapa perlu kayu? Sebab Cik T tu suka menyorok belakang almari baju dan duduk situ diam2. Bajet kitorang tak nampak dia kat situ. Kak Zah mengganggu gugat keamanan Cik T dengan menakut2kannya dengan kayu. Bila takut, confirm la dia lari keluar dari belakang almari. Dan kemudian, tibalah turn aku untu menekupnya menggunakan baldi tersebut. Beberapa kali cubaan gagal kerana Cik T ni sangat licik dan cilik. Dengan mudahnya dia meloloskan diri dari ditekup.

Setelah hampir 20 percubaan gagal, dan apabila masing2nya termengah2 (kerana menjerit dan mengejar :P), aku berkata: Ok lah wei. Kitorang menyerah diri. Dah...keluar skarang! Dan Kak Zah pula menyambung: Ha ah...semua angkat tangan! (tanda menyerah diri). Sambil2 tu kami perhatikan segenap sudut bilik tersebut. Namun kelibat Cik T masih tidak kelihatan. Kami sekadar membayangkan Cik T turut sama mengangkat tangan. Confirm dia pun penat giler, haha. Sebab dah makin slow je dia lari. Namun kami tetap tak berputus asa. Setiap sudut kami geledah dan aku ternampak ekor berwarna hitam seakan2 tergantung di belakang kepala katil. Tanpa membuang masa, kayu selaku senjata utama ku capai dan aku pun menghunus kayu tersebut ke arahnya. Bertempiaran dia lari dan sepantas itu juga aku mengejarnya dengan membawa baldi. Satu...dua...tiga...tangkap!! Didorong dengan emosi, terasa bagai diberi kekuatan yang aneh, aku berjaya menekup Cik T dengan tepat menggunakan baldi....TAPI aku tak berjaya tekup sepenuhnya sebab separuh je badan dia yang masuk dalam baldi. Terdengar suara halus Cik T: Errkkk!! Sakit agaknya. Dengan tiba2 hadir rasa kasihan aku padanya dan ntah kenapa aku pun angkat baldi tu balik (dan membuatkan sume orang bengang, hahaha. Sorila sume...kihkihkih).




Sekali lagi, kami terpaksa berhempas pulas menangkap Cik T. Agaknya, sampai 100 kot cubaan kami sebelum aku minta izin nak keluar, pergi mesyuarat, huhu. Kak Zah, Kak Ros dan Kak Dhuha memandangku dengan wajah yang seolah2 berkata: Sarah....janganla pegi.

Tapi tanggungjawab peru diutamakan. Aku pun keluar dari bilik itu dan terserempak dengan Kak Ina yang kebetulan baru nak turun ke bilik mesyuarat. Kak Ina tanya kenapa aku tak siap lagi. Aku pun dengan ayat yang bagai peluru, mengexplain semuanya dan meminta izin untuk turun lambat sikit sebab nak tangkap tikus (boleh terima ke alasan tu??? haha...). Tiba-tiba Kak Ina cakap: Nak join!! Whoaaa...bagai orang mengantuk disorongkan bantal, kami mengalu2kan penyertaan Kak Ina dalam misi kami. Ajaibnya, dengan hanya sekali cubaan, tikus tersebut berjaya ditangkap! Terzahir ekspresi lega di wajah masing2. Kak Dhuha merakamkan detik2 manis tersebut sebagai kenangan pahit-manis-masin kami.

Aku pun bersiap2 untuk ke mesyuarat. Tiba-tiba terdengar jeritan keluhan dari bilik belakang. Alahaiii....dah terlepas la tu. Mesti ada orang yang angkat baldi tu...kuikuikui. Perasaan geram nak tangkap tikus masih membara dalam jiwa. Aku pun turun ke bilik mesyuarat dengan Kak Ina dengan semangat yang menggunung tinggi dan menyebabkan aku kurang rasa boring time meeting, haha. Bagus gak tu. Kalau tak, dah tak tau macam mana ketatnya muka ni apabila meeting memasuki jam ke 3...huh. Bila meeting dah selesai, aku pun masuk ke rumah dengan excitednya. Diorang kata, Cik T tak berjaya ditemui. Dah lari agaknye. Dan sampai ke saat post ni ditulis, Cik T tidak lagi berada di rumah kami. Ke mana agaknya dia?? Jangan2 dia tengah train satu batalion tentera nak menyerang rumah kami kot...huhu. Na'udzubillah....
(Kan bagus kalau ade benda ni kat rumah...)

p/s: Turkey! Here I come!!!

1 play the melodies:

Anonymous said...

cik T vs team yang cemerlang, gemilang, terbilang serta bersemangat tinggi untuk menewaskan beliau :p

:: sila jaga diri di sana ::

:)

10 February 2010 at 08:18
Related Posts with Thumbnails