Hope

Hope

Pray

Pray

Work

Work

Repent

Repent

Orang tanya kenapa....

Wednesday 1 December 2010

"Kenapa ko tak letak link blog orang lain kat blog ko?"


Soalan famous yang datangnya dari sahabat-sahabat yang mengunjungi blog ini. Lama sungguh aku ambil masa untuk menjawabnya. Kadang-kadang sesetengah perkara kita tak perlu explain kenapa. Ok, itu jawapan yang tak boleh pakai. Ermmm....sebab apa ya? Sebab....

Kalau aku letak link blog orang lain, aku akan letak SEMUA link blog yang aku pernah baca, yang aku suka baca, blog kawan-kawan aku, blog orang yang aku kenal....and the list goes on. At the end, blog ni akan sarat dengan link, bukannya post. Haha.

Aku sedang cuba mengamalkan gaya hidup adil dan saksama. Tiada pilih kasih, tiada pilih kroni. Perghhh...ayat tak boleh bla.  Almaklumlah, zaman sekarang ni kebanyakan blog memang letak link kroni masing-masing saja. Rasa macam tak best bila tengah syok-syok baca post yang best, lepas tu tengok senarai link, semuanya padat dengan link kroni masing-masing. Tak best. Tak best. Bukan semua, tapi segelintir. Lagi satu aku nak bagi blog ni jadi free & neutral zone. Bukan blog yang mempromote apa-apa. Sama ada mempromote buku, lagu, badan-badan organisasi, parti politik, syarikat, sekolah, jenama, pasukan bola sepak, apa-apa sajalah. Sebab tu dalam blog ni tiada nuffnang, tiada MP3, tiada 'klik sini dan dapatkan wang', tiada Persatuan Bulan Sabit Merah cawangan Indonesia-Australia-India dan yang seumpamanya. Yang ada hanyalah gambar-gambar yang aku suka, post yang aku cuba sampaikan agar memberi manfaat kepada semua, kalam taujihad dan elemen-elemen asas seperti jam, kalendar dan sebagainya.

Aku bukannya tak nak tolong promote blog orang lain. Percayalah. Dulu aku pernah bercita-cita nak letakkan link blog-blog yang sangat best, yang sangat bermanfaat ku rasakan. Tapi apakan daya, bertangguh-tangguh, akhirnya hilang dan lupa link tersebut =_='. Agak sengal di situ. So that's it!




p/s: dulu ibu selalu pesan "Time membaca mesti dalam suasana senyap". Aku anak yang mendengar kata. So sebab tu blog ni tak letak lagu. heh. tapi bila baca blog yang ada lagu..... T_T

5 play the melodies:

beruanglegend said...

aku sudah pun rage pada blog berlagu di blog aku
muahahaha

1 December 2010 at 20:35
Sarah Mustaza said...

oh....sudah baca. ya, sangat annoying sebenarnya

1 December 2010 at 20:41
beruanglegend said...

lagi-lagi kalau kau heavy tabbers macam aku
p/s: heavy tabbers merupakan perkataan dicipta akuuntuk menggambarkan aktiviti membuka tabs banyak secara melampau-lampau

1 December 2010 at 21:09
Sarah Mustaza said...

haha. ya! memang aku seorang heavy tabbers. alamatnya macam rojak muzik yang kedengaran. nak mudahkan kerja, aku mute kan laptop terus. hahaha

1 December 2010 at 21:13
Illya LeYa said...

erm...good job...

2 December 2010 at 11:44
Related Posts with Thumbnails