Hope

Hope

Pray

Pray

Work

Work

Repent

Repent

Luxor: Day 1

Thursday 2 December 2010

"Anteh, berapa hari angah duduk sana nanti?"


"Anteh. nak bawak baju berapa banyak?"


"Anteh, rasa-rasanya perlu ke tak bawak laptop?"

Ok, persoalan yang last tu agak menjengkelkan. Membuktikan aku sangat sayang akan Miss Vaio sampai nak travel pun teringat nak bawak dia =_='. Tapi seriously, kalau dapat update blog setiap hari semasa travel memang best, sebab thoughts & feelings yang datang masa tu sangat best dan fresh. Bila nak buat post setelah dua tiga hari balik dari travel rasa macam perasaan yang dibuat-buat T_T. Tapi tak apalah. Tujuan travel itu untuk relax. Tiada gangguan dari dunia cyber! (ceh....ye2 je)

********************************

Anteh kata Pak Yem decided kami akan pergi ke Luxor menaiki kapal terbang. Ada 3 cara untuk ke Luxor: naik train, cruise atau aeroplane. Untuk menjimatkan masa, kami pilih naik aeroplane. Harga tiket pula pelbagai. Kalau flight time masih gelap, matahari belum keluar, harganya setengah daripada harga tiket waktu siang. Maka kami naik flight yang awal.

Dengan semangat yang berkobar-kobar (aku je kot yang excited), kami bertolak dari ARMA pada pukul 3 pagi. Naik teksi menuju ke airport. Memang style teksi kat sini suka buka tingkap. Dan seperti yang diketahui ramai, driver Mesir memang drive ala2 Fast & Furious. Dah la bukak tingkap, pecut 150 pulak tu, pada pukul 3 pagi di ambang musim sejuk. Perghhh....memang beku terus aku dalam tu. Tak mampu berkata apa-apa. Sejuk bhai! Sampai airport menggigil kesejukan. Toilet mana? Toilet! =_='

Kat airport ada ramai tourists yang beratur nak check-in jugak. Orang Korea, mat saleh, Jepun, semua ada. Urusan check-in kami senang je. Tak ada masalah. Beg entah berapa kilo. Aku tengok orang yang jaga kaunter tu takde lah ambik kisah sangat pasal berat beg. Kalau orang asing, beriya-iya diorang timbang. Ku fikirkan antara sebabnya adalah kerana Pak Yem orang Mesir, jadi semuanya senang. Argh! Diskriminasi! Semua luggage masuk dalam kargo. Habis cerita. Aku hanya membawa beg tangan (ceh....beg tangan!), camera dan novel aA+bB. Ya, setelah berbulan-bulan aku bawa novel tu dari Malaysia, baru aku teragak nak baca. Padahal dah 3-4 orang pinjam novel tu. Bila mereka semua kata "best!", barulah aku rasa excited sikit nak baca. Sikit je.


Sambil tunggu gate dibuka, aku main testing2 camera. Nak buka novel masih tiada mood. Perut pula merengek minta diisi. Dari petang semalam tak isi perut.

"Anteh, lapa lah," aku membuat muka 25 sen. Anteh hulur LE 50. Dengan macho nye aku berjalan menuju ke cafeteria. Sandwich cheese LE 19.90?!! Gila bapak mahal! Kalau buat sendiri, tak sampai pun 2 genih. Ah...beli je lah. Lapar gila kot.

Pukul 5.30 pagi, pesawat SM1505* pun berlepas. Aku dapat seat sebelah tingkap. Masa mula-mula dapat naik kapal terbang dulu, punyalah berebut nak duduk sebelah tingkap. Sekarang rasa macam takde beza pun. Disebabkan malam sebelum flight aku mengerah diri menyiapkan segala kerja dan amanah, maka bila dalam kapal terbang, letak je kepala terus lena. Fuhhh....nikmat dapat tidur. Alhamdulillah!

Entah pukul berapa, aku terjaga disebabkan cahaya matahari memancar melalui tingkap. Aku buka sebelah mata. Subhanallah! Cantik sungguh! Pemandangan di udara semasa matahari terbit. Seriously, lawa gila kentang. Hati tersenyum memuji kebesaranNya. Aku menjeling camera di tangan. Tak larat lah nak ambik gambar. Ngantuk sangat. Sambung tidur. zzzzzzz. RUGI!

Kami tiba di airport Luxor pada pukul 6.50 pagi. Cuaca masih sejuk sebab matahari belum tunjuk taring. Keadaan airport tersebut: luas, sederhana dan nyaman. Keluar sahaja dari pintu airport, nampak 2 orang dikenali dan 2 orang tak dikenali tersenyum menuju ke arah kami. Su'ad (adik Pak Yem) dan Muzdahir. Whoaaa....dah besar lah dia! I almost forgot that he's 4 years old. Ingatkan dah darjah 1 =_='. Lagi sorang tu namanya Fatma, anak buah Pak Yem yang sebaya dengan aku. Berjubah hitam dan bertudung lilit. Lagi sorang jejaka segak bernama Ahmad, pangkat sepupu Pak Yem. Kami semua bersalaman. Budaya mereka, sesama lelaki dan perempuan pun salam jugak. Tiba-tiba aku terfikir...kena salam laga pipi ke dengan Ahmad? Haha. Sengal sebentar. Mana boleh salam! Aku hanya senyum dari jauh, tunduk sedikit macam gaya orang Jepun.


On the way menuju ke kampung Pak Yem yang bernama Zeiniah:

-kat sana, lelaki dan perempuan majoriti berjubah. susah nak jumpa lelaki yang tak pakai jubah.
-kiri kanan jalan penuh dengan ladang, kebun-kebun sayur, pemandangan hijau.
-rumah mereka nampak seperti bangunan yang dibina dengan batu bata kemudian tidak dicat. memang budaya sini tak cat dinding luar kot.
-jalan raya bila dah sampai kat kawasan kampung tu adalah jalan tanah merah. actually, takde lah merah sangat sebab dah berdebu.
-di kiri kanan jalan banyak construction tengah buat. rumah-rumah rakyat kat kawasan pelancongan banyak dipindahkan ke tempat lain.
-di sebalik kabus pagi, di seberang Sungai Nil, nampak Valley of the King (Wadi Al-Muluk). sungguh besar ya Allah.... Ada juga beberapa buah hot air balloon di udara. kata anteh, mat saleh kaya memang suka naik ballon tu.

Tiba di rumah mereka. 3 tingkat sebab Pak Yem 3 beradik. Rumah Su'ad bawah sekali, tingkat 2 rumah Pak Yem manakala tingkat 3 rumah 'ammu Taha, kembar Pak Yem. Style rumah Arab memang luar nampak macam setinggan. Tapi bila masuk dalam....whoaaa!! Kondo weh! Aku tercengang seketika melihat interior design rumah tersebut. Aku kat kampung ke kat kondo mewah nih??


Di tepi rumah mereka ada kawasan. Kawasan yang ada macam-macam. Contohnya oven tanah seperti di atas. Serta kawasan menternak arnab, burung merpati, kambing....ape lagi eh? Macam-macam lah.


Alalala....comelnye arnab tu. Kecik sangat. Baby lagi.


Ini breakfast. Ya, hanya breakfast! Banyak gilo weh T_T. Banyak dan pelbagai. Ada batotis, ful, telur, isy syamsi, tomato, timun, muhallal, gargil. Semuanya Su'ad buat sendiri, termasuk roti. Baru makan sikit dah rasa kenyang. Alhamdulillah....


Selepas kami sarapan, datang seorang kanak-kanak bernama Muhammad. Dia adik kepada Ahmad. Sebaya dengan Muzdahir. Cuba lihat gambar di atas. Ya, mereka sebaya, 4 tahun. Saiz kanak-kanak kampung memang kurus begitu. Mereka sama-sama main bola.

Su'ad tanya aku nak makan apa untuk lunch. Aku tanya what's in the menu? Haaa...takde la camtu sangat. Dia kata ada ayam.....(oh...cantek!), ada burung merpati..... (whoaaa...menarik!), ada arnab....(HAA?!!). ARNAB?! Oh Tuhan...tolonglah jangan suruh aku makan arnab. Aku sangat menyayangi makhluk comel itu. Jangan. Tolong jangan bagi saya makan arnab. Tolong. Tolong.....

Sementara menunggu waktu lunch, masa diisi dengan qadha' tidur. Yelah, kalau tidur tak cukup boleh spoil mood sepanjang hari! Tapi baru beberapa minit lelap mata, terasa macam dah berjam-jam tidur. Pusing kanan, pusing kiri, tak nak tidur lagi. Lalu aku membuang tebiat dengan membaca novel Melayu, aA+bB. Sarah baca novel Melayu! Sila tepuk tangan untuk beliau.

Tengah hari tu kami dihidangkan dengan burung merpati stuffed with nasi, makarona, ayam goreng yang dipotong 1/4 (besar lak aiii....) dan sayur-sayur. Perghhh....tak tau nak kata apa. Kalau space perut ni besar, mungkin mampu nak habiskan. Tapi Allah....terciptanya perut orang Melayu dengan saiz kecil. Makan sikit dah penuh. Tambah-tambah lagi perut aku dah masuk angin akibat seharian tak makan semalam. Padan muka yeay. Tapi beruntung jugak perut masuk angin sebab anteh kata "Anteh ade bawak minyak yu yee cap limau. Kamu nak? Ambik la satu botol,". Wah! Sangat terharu. Dapat minyak yu yee cap limau tuuuu. Jangan jeles. Hehe.

Saki baki hari tersebut aku mendengar cerita tentang family Pak Yem. Mengenal susur galur asal usul mereka semua. Kebetulan ada beberapa orang wanita datang menziarahi rumah tersebut. Katanya nak jumpa Sarah. Fuh...terasa famous seketika. Astaghfirullah....

Mereka ialah Zainab-mak Ahmad, Ni'mah-mak Fatma, dan Wafa'. Ketika itu hanya ada aku dan anteh di tingkat dua. Sebelum mereka masuk ke rumah kami, anteh berkata "Kak ngah, pakai tudung. Diorang ni suka memerhati,". Gulp. Tiba-tiba rasa cuak.

Kami pun bersalaman. Gaya salam mereka agak lain sebab aku tak terkira berapa kali mereka laga pipi. Biasanya kita buat 3 kali je. Kanan kiri kanan. Tapi bila salam dengan mereka jadi kanan kiri kanan kiri kanan kiri, kiri, kiri, kiri kanan kiri...macam kawat pulak. Haha. Takdelah. Pointnye, mereka laga pipi banyak kali. Kami pun berbual-bual, berta'aruf. Actually, aku tak berbual sangat pun. Sekadar senyum manis sepanjang masa. Ada satu part tu, mereka berbual sesama mereka, termasuk Su'ad. Aku sekadar mendengar. Tapi loghat 'ammiah mereka sangat pekat! Sampai satu perkataan pun aku tak dapat faham time tu. Ku rasakan seolah-olah mereka sedang bercakap Bahasa Rusia. Tapi buat-buat faham je lah. Senyum, angguk. Senyum, angguk. Sesekali perut meragam. Angin puting beliung buat hal dalam perut. Terpaksa senyum paksa. Beberapa minit kemudian mereka pun beransur pulang. Diorang jemput aku dan anteh datang rumah mereka. Fuh. Kalau pergi rumah diorang, mesti makan besar punya. Tak dapat bayang.....

Day 1 aku di Luxor sekadar berehat di rumah, main-main dengan arnab, buang tebiat membaca novel, belek-belek camera dan menenteramkan tsunami dalam perut. Tolonglah jangan buat hal esok. Aku nak berjalan....

Sekadar itu saja catatan perjalanan hari pertama. Ketemu lagi di lain hari. Mungkin malam ni aku taip post untuk Day 2. Kalau rajin lah. Daaa~

p/s: baru ku tahu Shadow of the Day itu lagu LP. Patutlah best >_<

1 play the melodies:

Anonymous said...

ahhaaa, nak makan jugak, wuaaa :((

indahnye sebuah perjalanan, mengenali lebih tentang Tuhan~

3 December 2010 at 12:07
Related Posts with Thumbnails