Ok, sudah-sudahlah membebel. Entri kali ini aku copy daripada blog seorang pejuang. Nak bagitau nama dan link? Tak perlu la kot. Berjuang kerana Allah, bukan untuk nama. Selamat membaca dan bertindak!
Khas untuk yang bergelar Muslim. Empat perkara to keep in mind:
1. Memikirkan tentang Islam
Sebagai
seorang yang bergelar umat Islam, kita perlulah berfikir untuk Islam.
Gunakan beberapa minit untuk berfikir tentang umat manusia, berfikir
tentang perancangan dalam membangunkan Islam dan lain-lain. Kita
menghadapi masalah apabila umat Islam malas berfikir!
Mereka hanya tahu memikirkan tentang periuk nasi sendiri. Hanya tahu memikirkan kejayaan sendiri.. sambil berkata "tengok.. inilah hasil usaha aku" sedangkan hasil tersebut adalah anugerah Allah.
Lihat
kisah ulama mazhab. Mereka memainkan peranan untuk menghidupkan
golongan yang mampu berfikir tentang Islam. Mereka sendiri berfikir
untuk Islam. Imam Syafie ketika bermalam di Rumah Imam Ahmad, berfikir
pelbagai masalah sehinggakan wudhu Isya digunakan untuk subuh
keesokannya. Kita bagaimana?
2. Bekerja untuk Islam
Tidak
cukup dengan hanya berfikir untuk Islam, perlu juga bekerja untuk
Islam. Ramai juga golongan yang hanya tahu berfikir, tetapi malas untuk
bekerja. Tetapi lebih teruk sekiranya terdapat golongan yang malas
berfikir, dan malas bekerja.
Ingat,
ramai orang mampu berfikir, tetapi tidak ramai yang mahu bekerja
walaupun dia mampu. Ada juga yang hanya tahu bekerja untuk periuk nasi
sendiri.. sambil berkata : Lantaklah apa nak jadi.. asalkan aku bahagia.
Lihat
pula sejarah ulama Hadis. Kita hanya tahu mereka ini bersungguh-sungguh
dalam mendapatkan hadis. Hakikatnya, apa yang kita nak daripada sejarah
kesungguhan mereka ialah "mereka bekerja untuk Islam". Hari ini, kita
hanya tahu berkata : Saya nak jadi ulama Hadis.. lalu dia akan
menuntut ilmu, tetapi tidak mahu bersama dengan gerakan Islam. Pelik,
sedangkan ulama'-ulama hadis tersebut bekerja untuk Islam, bukan untuk
periuk nasi mereka.
3. Berkorban untuk Islam
Tidak
cukup dengan hanya berfikir dan bekerja untuk Islam.. Tingkatkan lagi
dengan "berkorban untuk Islam". Ada juga yang sanggup berfikir dan
bekerja untuk Islam, tetapi belum sanggup untuk berkorban.
Lalu
golongan ini akan meninggalkan kerja tersebut (tidak istiqamah) apabila
diancam atau menerima rintangan dalam gerak kerja tersebut. Lihat kisah
Asy Syahid Abdullah Azzam, meninggal dunia dalam dunia jihadnya.
Beliau pernah berkata : "Kita tanpa jihad umpama ikan tanpa air.."
Ikan akan mati tanpa air, dan roh seorang muslim akan hilang sekiranya malas berjihad, tidak mahu berkorban untuk Islam.
4. Ithar untuk Islam
Ithar
adalah melebihkan kepentingan orang lain berbanding kepentingan
sendiri. Contohnya kita telah meletakkan bahawa masa tidur aku adalah 5
jam. Tetapi disebabkan kewajipan terhadap umat yang begitu besar, maka
saya sanggup tidur 3 jam sahaja kerana 2 jam lagi adalah untuk Islam.
Cuba
lihat sejarah salafussoleh, mereka bukan hanya tahu berzikir seorang
diri, beruzlah, bahkan mereka mengeluarkan harta mereka untuk Islam. Asy
Syahid Abdullah Azzam sanggup melepaskan kerja sebagai pensyarah yang
bergaji 20 000 sebulan, semata-mata untuk berjihad. Kita bagaimana?
Sudahlah
sukar berkorban, apatalah lagi ithar? Sanggupkah kita tak tidur malam
untuk memberi ruang kepada orang lain untuk tidur? Ramai yang mampu
berkata : Kita kena berkorban.. kita kena itu dan ini.. Kemudian orang yang berkata ini balik rumah, minum susu dan tidur.
Kesimpulan
Perkara
yang perlu diingatkan kepada kita termasuk diri ini ialah empat perkara
yang disebutkan. Mengabaikan salah satu daripada empat perkara tersebut
menampakkan kerompangan dalam perjuangan. Seolah-olah ada yang tak kena
sekiranya salah satu daripadanya terabai.
Berfikirlah
untuk Islam, bekerjalah untuk Islam, berkorbanlah untuk Islam dan
itharlah untuk Islam. Janganlah kita berfikir, bekerja, berkorban dan
ithar untuk memecahbelahkan Islam, atau meruntuhkannya.
Tidak
perlu berpaling tadah, cukuplah dengan hanya kita malas, sudah
menyebabkan kita tergolong dalam golongan yang merosakkan Islam.
Di dalam buku "Ainal Khalal" karangan Dr Yusof al Qaradhawi menukilkan kalam dari Syeikh Jamaluddin al Afghani, beliau berkata :
"Kalaulah
jutaan kamu ini adalah lalat yang menghinggapi telinga Inggeris, sudah
pasti kamu akan merosakkan telinga-telinga mereka!"
Cukup
dengan kita ini hanya kumpulan lalat yang bersatu, kita boleh menghalau
penjajah dari negara kita. Lihatlah bagaimana Raja Namrud yang mati
dengan hanya seekor nyamuk. Lihatlah bagaimana tentera bergajah Abrahah
yang mati disebabkan serangan burung. Lihatlah bagaimana tentera Yakjuj
dan Makjuj akan musnah disebabkan serangan wabak.
Cukup
dengan kita memainkan peranan sebagai kumpulan lalat.. Kita hari ini
bagaimana? Bilangan kita ramai, tetapi kita tidak bersatu..
1.
Fikrah tidak satu.. masing-masing membawa agenda masing-masing sambil
berkata : "Lantaklah Islam itu berpecah.. Lantaklah Islam itu tak
menang.. asalkan kamu bersama kami.." Bukan kerana Allah.
2.
Gerak kerja tidak satu.. Jemaah yang kedua sibuk dengan gerak kerja
mereka.. "Lantaklah gerak kerja Islam tak selaras (disebabkan
perpecahan).. Asalkan kamu bersama kami.. " Bukan kerana Allah.
So....apa tunggu lagi. Jalankan tanggungjawab kita!
p/s: kalau aku post 5-10 entri hari ni jangan marah eh. excited nak copy paste entri2 hamba Allah yang best2.
1 play the melodies:
sudah berjaya!! :D
6 December 2010 at 09:03Post a Comment