Betty nak kawen.... ^_^
Dua hari lepas bersamaan hari Khamis, rombongan pengantin lelaki datang ke rumah kami membawa hajat besar. Nak mengahwinkan Betty anakku dengan Keebo, anak kepada Husna, Ana dan Ika. Keebo ni ramai mamanye. Itu la first time aku bersua muka dengan Keebo. Selama ni dengar orang cakap je:
-Keebo tu panjang.
-Macam anak singa.
-BESAR...
Macam2 gambaran yang hadir kat fikiran. Bagaimanakah rupa bakal menantuku?
Ini dia Keebo. Muka ala2 Korean gitu. Parsi juga, tapi bulu baru lepas kena cukur ngan 'ammu. So, dia nampak macam singa sket. Kalau tengok muka dia, sweet je, lagi kecik dari Betty.
Keebo ni baik, sejuk mata memandang. Kalau orang usap, dia dok diam je. Betty tak. Kalau orang usap...ngap! Dia gigit kuat2. Siapa yang tak biasa dengan Betty memang banyak lah tanda kat tangan, haha.
Mula2 tengok Keebo aku dah ragu-ragu. Mampu ke Keebo pikat Betty? Kalau menurut cerita kawan aku, suami Betty yang first dulu (Boboi) dah kena lempang ngan Betty. Last2 putus asa & tak kawen. Tengok Keebo ni lemah lembut je, sopan santun kucingnye.
Time Keebo sampai je Betty dah tunjuk taring. Dengan mertua2 dia pun tak nak mesra. Aduiii anakku ini. Segan mama dibuatnye.
Keebo: Hai Betty. Nama saya Keebo. Salam perkenalan.
Betty: Ape hai2? Jangan berani dekat ngan aku! (muka garang)
*Tak penah2 Betty naik atas meja tu. Sekali Keebo datang, melompat Betty atas meja, haha.
Seterusnya, bermulalah sesi 'pertengkaran' dan 'peperangan' antara kedua-dua belah pihak. Seram sejuk satu rumah ni dibuatnya. Mula-mula hanya Betty yang tunjuk taring, tengking-tengking Keebo. Tapi Keebo pun nak tunjuk macho jugak. Haaa...maka riuh rendah lah rumah ni, mereka bergaduh. Semua orang lari masuk bilik, cari perlindungan, haha.
Betty: Haaa...berani la ko naik atas katil tuan aku ni!
Keebo: Wooo...ko main tipu! Mane aci naik atas katil tuan ko!
*Yup, Betty suke main tipu bile dah nak kalah. Kadang2 pukul 2 pagi, tiba-tiba je melompat atas katil. Rupa-rupanya kena kejar ngan Keebo.
*Ada masa panjat atas meja. Sambil tu perhatikan gerak geri Keebo. Macam tentera la taktik Betty.
Keebo: Macam mane la nak tundukkan pihak lawan ni?
*Kami sentiasa bagi sokongan kat Keebo. Ganbatte kudasai!
*Ade satu hari tu tiba-tiba Keebo terlepas keluar rumah, laju giler dia lari turun tangga, tak tahu lah nak pegi mana. Nasib baik bawwab sempat tangkap dia. Ahli beit kata Keebo kecewa kot ngan Betty.
*Tadi nampak Keebo macam tengah kunyah sesuatu. Cek2 mulut dia...rupa-rupanya dia makan plastik! Ya Allah...cuak dibuatnye. Adakah Keebo cuba membunuh diri??
*Anak mama yang comel ni makin hari makin garang. Tapi dia mula menunjukkan tanda-tanda takut ngan Keebo.
*Tadi tengah syok-syok makan, tiba-tiba mereka berdua datang, sambil hidu2 pinggan. Lapar agaknye. Betty tak pernah diberi makan makanan selain Friskies. Saje la try hulur pinggan kat mereka. Ingatkan merka nak la share. Macam kat gambar atas tu. Tapi, beberapa detik lepas gamba tersebut di snap...satu cakaran padu hinggap ke muka Keebo. Sambil Betty membuat hissing sound. Ish3....
Keebo: Alahai...kedekutnye Betty ni.
Betty: Diam!
Keebo: Laparnye... Nak makan jugak. (sambil merenung pinggan dengan muka kelaparan)
Betty: Tak baik la tenung orang tengah makan! (kemudian membuat hissing sound lagi, dan berlalu pergi dengan muka kekenyangan)
Keebo: Hek eleh...dah habiskan ikan, blah camtu je?! Ish3... (kemudian Keebo buat muka kesian kat aku dan makan sisa yang tinggal).
*Kesian tengok Keebo. Tapi mama2 dia jangan risau ye. Dia tak dibiarkan kelaparan :)
Kawan-kawan ramai tanya perkembangan mereka. Setakat ni, dah 3 hari...macam tu la mereka. Bertengkar hampir setiap masa. Tapi Keebo tak mengalah. Bagus la tu.
Ada jugak yang bagi teori: Betty tak suka kawin paksa. Kesian....
Ade jugak yang kata Betty ni terlebih tarbiyah. Dia tak nak ikhtilat. Tapi sekarang ni kawin laaa... T_T
p/s: makcik suruh bawak Betty balik Malaysia, kawinkan dengan kucing Parsi kat Malaysia. Aku terfikir...bukankah Betty ini sangat BESAR...?? Saiz Mesir. Hahaha....
12 play the melodies:
siyesly lawak giler... ngahaha.. dialog2 tu pun kene ngan gmbr2 tu.. nice3x.. betty blom jumpe ngan uncle tingkat 5... nnt da jumpe tiap2 ari nk makan nasik minyak uncle. tak pun nk mkan ikan sweet sour.. betty kan?
20 June 2010 at 00:01ahahahaha~~ comelnya la si betty ni! :))
20 June 2010 at 01:30pecah perut wei tgk gambar2 tu, ade dialog lagi best baca kisah2 perkahwinan dorang ni yg penuh dgn peristiwa yg xdisangka2 (macam world cup! saja bagi panas~ :P)
rasanya mama dy ni yg excited nak timang cucu kot. entah2 betty rileks aje. agaga~ sabar ek, mak betty dan mama2 keebo. :D
p/s: ade 1 pic tu nampak cam keebo feminin sgt2, betty jadi terlebih maskulin. hehe
hahahaha
20 June 2010 at 05:51betty saja je tuh pull up price. adakah dia ikut perangai mak dia (kot?). XD
hahahaha...memang klakar la kisah dorang ni.bleh wat novel~.
20 June 2010 at 09:31erm, tapi kesian plak.macam kena paksa je..huhu (memang paksa pun)
memang xsabar pun nak timang cucu..tapi nak wat camne, betty garang sangat..anyway, kredit too keebo sbb ikut ajaran mama2 dy..jangan putus asa, stay cool~~
biasenye kalo ikut novel2 cinta, kahwen paksa ni lame2 akan happy ending jugak last skali nnt..agak2 keebo n betty ni cmtu gak ke??
hehehe.... (^___^)v
Dr Marami: 'ammu tingkat 5 kalau masak sedap2 jgn lupe ajak Betty ye!
20 June 2010 at 12:58Farah: ni sume gara2 memprotes tak dpt tgk world cup. so, kite tgk je la Keebo vs Betty. Ape2 pun...Spain tetap menanglah! (tetibe). Bukannye mama dia excited tak tentu pasal, tp sbb Betty dah berumur ma. Tak sanggup biarkan dia jd andartu T_T.
Kak Elle: alamak...jgn kantoikan kt sini...haha
Husna: InsyaAllah, mari kita sama2 doakan kebahagiaan anak2 kite ^_^
keebo ngan betty tu kawen tak sah blom jumpe tok kadi ting 5 lg... meh tok kadi nikahkah.. then baru rasenye dieorg tak gaduh...
20 June 2010 at 15:31Laaa...ade tok kadi rupenye kat ting 5 tu. Kenapa xbgtau awal2. 10 minit lg keebo n betty datang. Tok kadi nikahkan mereka ye.
20 June 2010 at 15:46psst.. taktik nk pinjam kucing.. :">
20 June 2010 at 17:08Nak pinjam ke? Kalau nak, sangat dialu2kan, haha.
20 June 2010 at 17:19ngaaaa... dahlamesgtdajelesdenganbudak2ygadekucingnehkeranasyadalahpeminatnosatukucemdantersangatlasabarhatiinimenahannk mainngkucemniadeh~~~~~
20 June 2010 at 18:32Ish3...kesian 'ammu tingkat 5. Bile2 nak pinjam Betty boleh je. Betty kate dia ok je, asalkan ade makanan best2 :D
21 June 2010 at 01:12Hahaha, mmg kelakar cerita ni. Betty dan Keebo yg comel. Rasanya mmg ye kot Betty terlebih tarbiyah, xmahu ada unsur2 ikhtilat isy3, kucing pun tau kan.. :)
21 June 2010 at 12:01Post a Comment