SYUKUR
Masa Shida call aku semalam nak bagitau pasal result, sedikit pun tiada rasa berdebar. Kenapa eh? Susah betul nak rasa nervous bab-bab macam ni. Haha.
Shida: Sarah. Erm...erm....result dah kluar....
Sarah: Oh. Haaa...camne keseluruhannya? (entah kenapa aku tanya result keseluruhan. patutnya tanye result sendiri dulu)
Shida: Erm...ntah la...erm.... (apa yang Shida cakap lepas tu aku dah tak berapa nak dengar sangat, tak clear)
Mendengar suara Shida yang berunsur kelat dan ketar, aku mula faham. Tak ramai yang lulus. Ramai yang terkandas. Termasuklah aku. Time dengar berita tu aku tarik nafas dalam-dalam, telan air liur, ucap innalillah dan terus sebarkan result pada kawan-kawan yang belum tahu. Sungguh, tiada kesedihan yang aku rasakan. Kenapa eh? Haha. Beruntung juga tak ada perasaan time2 macam tu.
Perkara pertama yang aku fikir time tu ialah TARBIYAH DARI ALLAH. Rasa syukur menghantui diri seketika selepas dapat tahu result. Melihat nama-nama sahabat yang lulus membuatkan aku rasa sayu. Kami sama-sama mendapat tarbiyah awal yang sama, cuma tarbiyah kali ini, masing-masing mendapatnya dengan cara yang berbeza. Ada yang ditarbiyah dengan kejayaan, ada juga yang ditarbiyah dengan kejayaan yang tertangguh. Walau apa pun keputusannya, itu semua tarbiyah dari Allah ^__^.
SEBAK
Seorang sahabat masuk ke bilik denga mata merah-merah. Aku faham keadaannya. Cuma aku masih lagi belum ada feel untuk sedih. (giler la aku ni. takde perasaan! haha) Time tu aku dah decide nak call Malaysia, bagitau ibu dan ayah.
Aku: Ibu, result dah dapat.
Ibu: Oh. Ye? Macam mane?
Aku: Innalillaaah. Bu, angah tak lepas.
Ibu:....................................... Yeke ngah? Kenapa jadi macam tu?
Aku:.........err. Ntah la bu..... (kalau korang la kan, korang nak jawab camne? haaa...KBKK betul soalan ni)
Seketika kemudian, seorang sahabat call aku, nak tanya pasal result beliau.
Sahabat1: Sarah, result dah kuar eh? Camne?
Aku: Dah2. Alhamdulillah, ko lepas. Tahniah weh!
Sahabat1: Ya Allah. Yeke?! Alhamdulillah!! (suara beliau sungguh happy. aku tumpang happy)
Aku: Tahniah eh weh.
Sahabat1: Ko camne?
Aku: Aku tak lepas la....huhu. (telan air liur)
Sahabat1: Ko biar betul ni! Ko jangan tipu aku..... (tiba-tiba suara beliau bernada sebak. sebak giler! tak tipu)
Aku: Eh...ko ni. Jangan la sedih-sedih. Aku ok je la. (seriously, aku terkejut dengar beliau sebak)
Sahabat1: Mana boleh tak sedih. Aku lepas, kawan-kawan aku tak lepas. Ish....camne boleh jadi camni....
Sehinggalah nada suara beliau dan start bunyi macam nak nangis, aku paksa diri tamatkan perbualan. Fuh. Sebak. Sungguh, aku sebak. Kenapa beliau nangis? Aku biarkan persoalan tu diawang-awangan. Menjelang malam, baru aku mengerti mengapa sahabat-sahabat yang lulus menangisi keputusan peperiksaan sahabat-sahabat yang belum ada rezeki. UKHWAH ISLAMIYYAH. Sungguh, aku rasa terharu dengan ke'concern' an sahabat-sahabat semua.
Memang semua sahabat yang chat dan call aku semalam bernada sebak. Beberapa orang menangis, beberapa lagi kental menahan air mata. Secara tiba-tiba lacrimal gland aku nak merembeskan air mata. Tapi aku tahan. Bukannya rasa sedih sebab gagal. Tapi sedih sebab orang lain sedih untuk kita. Terselit juga rasa bersalah. Tapi aku bukan jenis yang senang nangis. So senyuman masih mampu ku ukirkan di saat-saat sahabat memandang aku dengan wajah yang sayu.
Ayat yang paling tak boleh blah..."Sarah.....lepas ni Sarah dah takde dalam kelas. Sarahhhhh......"
p/s: Sahabat-sahabat, I need your smiles to give me strength. So please don't be sad.
TENANG
Apabila kita gagal sesuatu, elok la kita ambil nasihat dan pendapat orang yang pernah melaluinya dulu dan berjaya mencipta kejayaan melalui kegagalannya. Semalam aku sempat berbual meminta nasihat dan kata-kata semangat daripada 2 orang senior. Di sini, kalau senior itu ikhwah yang belajar pengajian Islam, kita panggil Ustaz. Ustaz B dan Ustaz D masing-masing menceritakan pengalaman mereka menghadapi kegagalan. Ada yang pernah gagal 2 kali, kemudian berjaya melonjakkan diri ke tahap yang tinggi. Aku rasa bersyukur sangat-sangat sebab mendapat nasihat dan kisah daripada mereka. Aku kagum mereka berjaya menjadi insan yang hebat setelah mereka didatangi kegagalan. Sungguh, kegagalan itu bukanlah semata-mata gagal, tetapi ia adalah KEJAYAAN YANG TERTANGGUH.
Bila dapat berbual dengan orang yang lebih tua, lebih matang, lebih berpengalaman, aku rasa best sangat! Cuma aku masih blur, tak tahu arah tuju selepas ini. Setahun. Setahun?! Fuh.
Seorang sahabat berkata "Thanks Sarah. You seem so strong,". Okay, masa mula-mula aku dengar ayat ni rasa nak gelak, sebab seolah-olah aku ni beriya menenangkan dan menasihati serta memberi kata semangat kepada kawan-kawan lain. Sedangkan aku gagal juga. Tapi aku memang dididik begini. Tidak frust menonggeng dengan sesuatu kegagalan. Malahan ayah mendidik aku supaya jadi orang yang boleh tenangkan sahabat-sahabat ketika dilanda kekusutan. Mungkin sebab itu juga aku masih tak nangis sehingga sekarang. Bukan sebab keras hati, tapi sebagai tanda redha dengan tarbiyah Allah ini.
Semoga sahabat-sahabatku baca post ini. Muslim itu saling menguatkan antara satu sama lain. Dan aku sudah nampak kita mempraktikkannya. Tahniah kepada semua. Teringat pesan Ustaz D...
"Kegagalan kadang-kadang bukan suatu azab, tapi suatu nikmat. Sedangkan kejayaan kadang-kadang bukan suatu nikmat, tapi suatu istidraj. Jadi, selalulah muhasabah kejayaan kita. Bukan sahaja muhasabah apabila gagal,"
Benar, jarang sekali aku bermuhasabah apabila berjaya. Suatu perkara yang kita sering terlepas pandang.
Satu.....
Dua......
Tiga....?
p/s: rasa nak makan mihun goreng :)
5 play the melodies:
sarah, YOU'LL NEVER WALK ALONE.
26 September 2010 at 05:26sememangnya, kejayaan selepas kegagalan merupakan saat yang lebih manis sahabatku.
rabbuna ma3aki, insyaAllah!
:)
tarbiyah Allah itu berbeza kpd setiap hambaNYA..DIA tahu sarah kuat, sbb tu dia uji dgn 'kejayaan yg tertangguh'..
26 September 2010 at 06:25I.Allah kejayaan yg hakiki bkal bertandang~
Rabbuna yusahhil..
(=_=)b
26 September 2010 at 07:16tak perlu bersedih lama lama. i was just like you 2 years ago. kena repeat tahun 2. samalah time dapat result memang takde rasa tapi sehari lepas tu baru kena efek semua. sedih semua semua.
26 September 2010 at 09:21but then baru nampak memang ada hikmah. dulu susah nak catch up lectures in arabic and today, here i am dapat apply masuk prog mou. syukur sangat lepas tu. maybe dulu digagalkan sebab Allah nak tolong dengan cara macam ni. :)
i know you're one strong woman. tc!
syg...kamu merupakan seorang yang kuat...ucapkan lah tanda syukur kerana kamu yg dipilih khas oleh Allah untuk mendapat tarbiyyah sebegini....jeles dgn kamu sbb Allah pandg kamu lebih sikit dari saya...
6 October 2010 at 00:47apa pun, selamat maju jaya di dunia dan akhirat ye...
akn sentiasa berada di belakang kamu..walaupun sy rendah dari kamu :P
Post a Comment