Sebelum baca post ni, sila tajdid niat. Bersihkan fikiran anda dari sebarang anasir-anasir kurang baik. Mentang-mentang la sebelum ni aku tulis post tentang 'isu kahwin', semua orang nak respon. Sampai ada orang siap tulis dalam blog beliau, mempromote post 'isu kahwin'. Haha. Adeh...macam-macam hal budak zaman sekarang. Nasib baik aku tak tulis detail, mengarut banyak-banyak (padahal tak reti nak tulis detail).
Baiklah. Berbalik kepada tajuk. Hari ni merupakan hari untuk perkataan "Whoa!" keluar banyak kali dari mulut. Secara sedar mahupun tidak. Secara dengar ataupun berbisik. Kenapa? Sebab apa? Sebab......... Eh...kejap. Tukar la. Buat apa sebut "Whoa!". Baik sebut "Subhanallah!". Haaa...baru ok.
Tadi jumpa rumah sewa yang BESAR + BEST + CANTIK + MURAH ++++........
Perasaan jealous yang membuak-buak dalam diri segera ku buang jauh-jauh. Rezeki orang, kita tumpang gembira lah ^__^.
Tak, bukan apartment macam gambar kat atas tu. Dah sah-sah la rumah kat Mesir bukan macam tu. Rumah atas ni bersih sangat. Kat sini, bangunan yang ada majoritinya disaluti debu, ala-ala melambangkan klasik gitu. Ataupun nak ayat lagi best, nampak macam bangunan bersejarah la. Tapi kena selalu ingat. Apartment kat sini biasanya dari luar nampak macam setinggan. Tapi bila tengok dalam, macam kondo mewah! Kalah kondo mewah Siti Nurhaliza. Tak tipu. Tapi tu kalau tengok rumah Arab kaya la. Kalau tengok rumah student....tehehee....(jawab sendiri).
Rumah yang kami tengok tadi dah siap ada katil, kabinet, sofa! Paling tak boleh blah, banyak giler sofa kat rumah tu. Dah la ada TV. Ish3.....beruntung sangat la siapa duduk rumah tu. Boleh tengok World Cup! Tapi lambat lagi la kot. =.='
Ada satu rumah tu, siap ada aircond! Tercengang kami mendengarnya. Sewa pun takde la mahal mana. Adakah tuan-tuan rumah sedang menjalankan kempen menurunkan harga rumah? Haha. Kalau begitu kisahnya, amat baiklah.
Perkaitan antara tajuk post dengan kisah di atas adalah....sebentar tadi ada junior bertanya kepada sahabatku.
Junior: Akak, akad tu macam mana?
Sahabat: Ermm....macam....'aku terima nikahnya....'. (haha. tercengang mereka!)
Junior: Ha?! Yeke kak?
Kesian mereka. Dapat senior kuat kelentong. Sekali-sekala, tak apa la kan? At least kami tak raging. Kelentong je :P.
Akad rumah bukannya macam akad nikah. Akad rumah ni just nak bagi duit-duit yang perlu dibayar sebagai permulaan kita memulakan hidup di rumah sewa tersebut. Kemudian deal dengan tuan rumah, nak duduk situ berapa tahun. Deal la apa-apa yang nak dibincangkan. Nak mintak harga rumah tetap setiap tahun ke, nak mintak tuan rumah naikkan harga rumah setiap tahun ke (tak payah laaaa....), nak mintak harga rumah turun setiap tahun ke (setuju!)....terpulang.
Akad ni bukannya kena duduk bersila atas bantal empuk bersarung satin, pastu salam, beserta lafaz. Bukan. Bukan. Bukan. Akad biasanya buat kat rumah tuan rumah. Tak pun kat bawah bangunan. Kat lorong-lorong gelap pun boleh jadi jugak. Macam tengah seludup dadah. Haha. Semuanya bergantung kepada tuan rumah.
Kesimpulannya, apabila dalam usaha mencari rumah, mintalah pertolongan dari Allah. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui, Dia tahu segala-galanya sedangkan kita hamba yang lemah, tidak mengetahui apa-apa yang terselindung. Sebab kita akan duduk dan hidup kat rumah tu untuk jangka masa yang agak panjang. So, mintalah yang terbaik dari Allah. Semoga dipermudahkan urusan ^__^.
p/s: ada seorang sahabat kata aku ni 'pelik'. pelik ke aku ni? aku rasa aku biasa-biasa je. heh
Related Posts:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 play the melodies:
surat akad isi x??
1 October 2010 at 05:42Post a Comment