Hope

Hope

Pray

Pray

Work

Work

Repent

Repent

Unique

Saturday, 16 October 2010

Walaupun Ali dan Abu kembar seiras, sukar untuk dibezakan dengan mata kasar, namun mereka mempunyai pasukan bola kegemaran masing-masing. Ali minat Al-Ahly, manakala Abu pula minat Galatasaray. Mereka bukan sahaja tidak sependapat berkenaan hal bola, malah juga hal-hal lain. Mungkin apabila bertemu mereka berdua orang ramai akan anggap mereka sama dari segala aspek. Tapi manusia selalu terlepas pandang satu perkara. Setiap manusia memiliki akal dan daripada itu lahirnya pendapat yang berbeza-beza.


Seringkali dalam menjalani kehidupan moden yang semakin mencabar ini, kita merungut dan mengeluh apabila terpaksa berhadapan dengan manusia yang tidak sependapat dengan kita. Atau dalam bahasa pasarnya, tak sekepala. Kadang kala dek terlalu emosi, kita turutkan hati sampai terlupa bahawa setiap orang berhak untuk memiliki pendapat masing-masing. Biarpun orang tersebut adalah ahli keluarga kita sendiri, adik-beradik kita, ataupun kembar kita, masih ada probability untuk tidak sependapat. 


Kerana manusia ini unik. Masing-masing Allah kurniakan akal. Bukan sekadar otak. Tapi kita dapat akal, yang membuatkan kita lebih istimewa daripada haiwan dan unik dari segala segi.


Tapi, apabila manusia tak menggunakan akal dengan sebaiknya, lebih teruklah jadinya daripada haiwan. Ya, memang manusia berhak untuk memiliki pendapat masing-masing. Kerana manusia lain tidak mempunyai kuasa istimewa untuk menukar pendapatnya secara total dan segera. Tapi kita harus ingat, dalam pada kita menggunakan akal, kita sentiasa terdedah kepada perkara-perkara yang boleh mempengaruhi akal. Jangan terlalu cepat menyalahkan syaitan. Lihat dulu ke dalam diri sendiri. Ada emosi, ada nafsu, ada hati, ada iman...macam-macam ada. 


Sebenarnya, apa yang kita fikirkan kita zahirkan melalui perbuatan atau kata-kata. Dari situ kita dapat lihat sama ada seseorang itu pemikirannya jenis yang macam mana. Sama ada jenis manusia yang memang secara keseluruhannya memikirkan tentang dirinya, hidupnya, segalanya tentang diri sendiri, atau  jenis manusia yang berfikir untuk orang lain, berfikir untuk ummah dan masa depan ummah. Sudah tentu banyak lagi jenis manusia kerana hakikatnya manusia sangat unik apabila diberikan akal. 

Namun sebagai umat akhir zaman, sebagai manusia yang hidup sebagai umat Muhammad S.A.W, sebagai hamba Allah yang dilahirkan ke dunia apabila Islam itu tidak lagi dijadikan sebagai gaya hidup, namun disempitkan hanya sebagai ibadah......layakkah kita yang masih hidup pada hari ini menggunakan akal yang sihat yang Allah beri untuk sekadar berfikir tentang diri sendiri? Tak perlu susah-susah, kelam kabut pandang orang lain. Lihat saja pada diri sendiri. 

Apa yang kita fikirkan selama ini ye? Aku belajar rajin-rajin nak jadi doktor nanti dapat gaji banyak boleh beli rumah besar, kewangan stabil, tak perlu membebankan suami, masa depan anak-anak pun terjamin. Aku dapat banyak duit biasiswa. Boleh beli baju cantik-cantik, yang trendy. Mahal sikit pun takpela, aku mampu. Ni kan duit aku. Kalau tak guna untuk diri sendiri, nak guna untuk apa lagi. Aku stress la baca buku medik ni. Tebal tahap dewa. Layan movie lah. Main game best jugak. Pegi jalan-jalan kat City Stars ke. Boleh release tension. Apa lagi nak buat kan? Lawa lah Taylor Swift punya bracelet. Ada jual kat e-bay pulak tu. Ishh...tak boleh jadi, kena beli jugak ni. Duit banyak, nak guna untuk apa lagi. Bulan lepas aku belanja sikit je. So bulan ni boleh la aku beli sunglass baru, kasut Adidas, trench coat MNG, sebab yang tahun lepas punya tak up-to-date, handbag aku ni pun nampak lusuh je. Aku kena la dress up lawa-lawa nanti mamat tu pandang aku. Aku nak pakai tudung labuh supaya nanti orang respect kat aku. Nanti diorang kata aku alim.
Kita macam ni kah agak-agaknya? Pemikiran begini tidak akan terhenti selagi manusia itu tidak dapat memenuhi kehendaknya. Dan ketahuliah, sesungguhnya terlalu sikit manusia yang bersyukur dengan nikmat yang dia ada. Segalanya serba tidak cukup. Justeru, wajarkah kita untuk masih memikirkan tentang diri sendiri dalam keadaan dunia masa kini yang serba dahsyat? 

Tulis post panjang-panjang pun tiada guna. Sebab setiap manusia mempunyai akal masing-masing. Terpulang kepada diri masing-masing untuk memilih perkara apa yang selayaknya untuk difikirkan. Benar, bukan semua bersetuju kita perlu berfikir untuk ummah. Tapi ingatlah, jangan cetekkan akal kurniaan Allah itu untuk hanya sekadar berfikir tentang perkara yang menguntungkan diri sendiri. Apa bezanya kita dengan kucing kalau kita hanya mementingkan diri. Betul kan? 

~Sekiranya kita hidup untuk diri kita sahaja, maka kehidupan akan menjadi pendek dan terhad. Sekiranya kita hidup untuk orang lain, maka kehidupan kita panjang dan bermakna~


p/s: kool fever mode.

10 play the melodies:

beruanglegend said...

aku selalu pencinta kucing rasa terina
kahkahkah

16 October 2010 at 11:43
Sarah Mustaza said...

eh...aku pencinta kucing juga. kenapa kau rasa terhina?

16 October 2010 at 11:47
beruanglegend said...

quote "Apa bezanya kita dengan kucing kalau kita hanya mementingkan diri. Betul kan?"
kau menuduh kucing seekor makhluk yang selfish
ini satu tuduhan yang serius
nak di saman 100 juta atas tuduhan saman malu??
kahkahkah

16 October 2010 at 22:50
Sarah Mustaza said...

laaa. kucing aku yang bagi cadangan buat quote tu. aku ikut je. anak suka, ibu setuju.

16 October 2010 at 22:59
beruanglegend said...

aku yang bergambar profile kucing ini tak setuju
RAGE!!!!!
kahkahkah

16 October 2010 at 23:05
Sarah Mustaza said...

ok ok ok...nanti aku slow talk semula dengan kucing aku. gerenti dia merajuk kalau aku tak pakai idea dia. ni lagi satu perangai kucing. kuat merajuk. ini realiti.

16 October 2010 at 23:11
beruanglegend said...

oiiii
lari daripada tajuk entri
kahkahkah

16 October 2010 at 23:31
Sarah Mustaza said...

kau la
tiba2 rasa terhina
haihhh

16 October 2010 at 23:33
beruanglegend said...

salahkan orang lain pula
inilah manusia
=,,='''

kahkahkah

16 October 2010 at 23:40
farahnur said...

there are times when we have to agree to disagree. nice post! :)

19 October 2010 at 07:42
Related Posts with Thumbnails