Hope

Hope

Pray

Pray

Work

Work

Repent

Repent

Penuh

Saturday 6 November 2010

Hari ni hari yang cukup penuh. Nak kata tepu pun boleh. Hari kedua aku jaga gerai di bazar Rumah N9. Esok hari last. Jemput lah datang kalau sempat. (Tiba-tiba promote...)

Malam tadi tidur di RNSK. Setelah sekian lama aku tak bermalam di kampung. Hati rasa berat nak meninggalkan Betty sekor2 di rumah. Tapi hati lebih berat nak pulang, menambaheratkan ukhwah. Semua orang busy menguruskan bazar. Almaklumlah, dah lama N9 tak buat bazar. Di situ aku lihat kerjasama yang mantap. Di suatu sudut aku senyum sorang-sorang. Bahagia tengok mereka semua.

Sekian lama tidak bertemu dengan kakak-kakak tersayang seperti Kak Zah dan Kak Ros (yang masih sangat kelakar dan mampu buat aku ketawa terguling-guling...), kami berbual-bual. Bicara tentang perjuangan dengan seorang kakak membuatkan aku terus bersemangat dan berazam untuk terus kuat. "Tiada perjuangan tanpa keperitan". Aku senyum, rasa tenang. Hidup ini satu perjuangan.

Pagi tadi hari bermula dengan program Glow With Flow untuk junior tahun 1 Ain Shams. Masuk-masuk je dewan nampak mereka dengan wajah ceria sambil melambai-lambai "Kak Sarah!!". Aku senyum sedikit dan terus menuju ke bilik diskusi. Terharu. Selesai urusan, aku bertemu mereka. Masing-masingnya teruja datang program. Tak macam aku dulu. Kalau kena datang, punyalah ketat muka. Tapi tadi aku join dengar sekali sebab junior aku jugak yang bagi talk. Lagi rasa terharu dan teruja dan ter...ter...ter... Bangga dengan mereka. Bangga dengan semua. Bakal-bakal pemimpin negara. Bakal-bakal doktor berjaya. Bakal-bakal tokoh yang akan berbakti untuk ummah.

Best dengar junior bagi talk. Like I said before, aku lebih terkesan dengan kata-kata orang yang lebih muda. Nasihat-nasihat mereka untuk adik-adik tahun 1 juga hebat. Dan yang paling best apabila Is cakap "Kat Mesir ni, macam-macam boleh berlaku. Ade je yang kat sekolah dulu dapat straight A plus plus, tapi bila kat sini, haaaa...dia gagal,". Aku senyum. Rasa macam kena tembak dengan machine gun. Junior sekolah aku tuh. Terima kasih Is. Huhu. Mereka bagi nasihat bukan sekadar omong kosong. Mereka memetik kata-kata alim ulama', tokoh-tokoh Islam dan yang paling utama, Rasulullah S.A.W. Cara beginilah yang kita mahukan. Mabruk untuk kamu semua.

Lepas habis program, bazar pun bermula. Berduyun-duyun hamba Allah datang membawa rezeki. Para AJK, penjaga gerai dan anak-anak N9 semuanya give all out untuk bagi yang terbaik. Di saat masing-masing kepenatan, ada yang sudi mendedikasikan lagu bagi menaikkan semula semangat untuk terus bekerja dengan ikhlas. Aku tersenyum sendiri. Terharu lagi.

Selepas asar, makin ramai yang datang. Dari seluruh pelusuk Kaherah. Ada wajah-wajah yang baru ku kenal, ada juga wajah-wajah yang sudah lama tidak ketemu. Masing-masing meraikan kedatangan masing-masing. Tiada diskriminasi dalam berukhwah. Perbezaan kuliah, negeri, usia, universiti, bekas sekolah, mahupun pemikiran tidak menjadi penghalang untuk terus berukhwah. Aku mengharapkan perkara ini terus dikekalkan untuk kemaslahatan ummah pada masa akan datang. Tiada lagi istilah 'clique'. Aku senyum lagi. Bersyukur. Ain sempat bertanya "Ko tak buat kek batik ke? Jual la...". Peminat setia kek batik telah bersuara. Maaf Ain, tidak punya masa dan tenaga untuk buat. Maybe lain kali.

Menjelang maghrib, aku mula pancit. Badan mula menunjukkan tanda-tanda dehydration, severe fatigue dan edema. Aku meminta izin untuk pulang ke Abbasiyah dengan janji untuk berkhidmat lagi pada hari terakhir, esok. InsyaAllah.

Ya Allah, aku mohon untuk terus bertahan. Agar aku dapat bekerja untuk agamaMu. Agar aku dapat memberi sesuatu. Agar aku dapat terus ditarbiyah sambil mentarbiyah. Kurniakan aku kekuatan agar dapat terus menguatkan. Amiiin~


(Hari ni banyak buat aku tersenyum sendirian. Hari esok mesti senyum lebih lagi. Senyum pun cukup untuk membahagiakan orang lain. Terima kasih sahabat. Atas senyumanmu.)


2 play the melodies:

dealova said...

saraaaaaaaaaaaaa...
kem salam kt akk2 di kg sumenye.sedih x pat dtg.sob3.
bz ngn adha,korban dll. aisyah dok la ajk p,tp sries dgn class pack ape sume terpaksa daku tolak.)=

6 November 2010 at 23:03
Sarah Mustaza said...

hehe. takpe2. aku tolong makankan utk ko :P. take care kat sana :)

6 November 2010 at 23:07
Related Posts with Thumbnails