Hope

Hope

Pray

Pray

Work

Work

Repent

Repent

Ko nak ape weh??

Saturday 20 November 2010

Kisah ini diolah dari kisah sebenar.

Suatu hari di dalam sebuah kelas Tingkatan 5....

Seorang guru bertanya kepada anak-anak muridnya "Apa yang kamu semua impikan dalam hidup ni? Apa matlamat kamu?"

Umar: Saya nak jadi orang paling berkuasa, paling kaya dalam dunia ni cikgu!  

Borhan: Saya nak dunia ni aman, bersatu padu. Manusia berbilang kaum hidup bersama. 1 Malaysia!

Ikram: Err....matlamat saya ....erm....rahsia cikgu. Rahsia. Hehe.

Hilmi: Saya nak mati syahid cikgu. Berperang untuk Islam cikgu.

Amir: Saya tak pasti la cikgu. Belum terfikir lagi. Nantilah.

Mokhtar: Saya nak satu dunia ni mentauhidkan kalimah Allah, cikgu. InsyaAllah.

Cikgu berkata "Bagus. Kamu semua mempunyai matlamat masing-masing. Cikgu harap kamu berusaha bersungguh-sungguh untuk capai matlamat tu. Walau susah macam mana pun, kamu mesti terus kuat untuk merealisasikan impian tu.

Ikram dan Amir, kamu berdua mesti mempunyai matlamat. Kalau tak, sia-sialah usaha kamu selama ni. Walau macam mana kuat dan hebat sekalipun kamu bekerja dan berusaha, tapi kalau matlamat tak jelas, akhirnya sia-sia juga. Semoga kamu dapat menetapkan matlamat dengan jelas.

Umar, kamu mempunyai matlamat yang sangat jelas. Bagus. Tapi Umar, matlamat kamu hanya berpaksikan diri sendiri. Cikgu tak salahkan kamu, cuma cikgu harap kamu dapat letakkan matlamat yang lebih bermakna untuk seluruh manusia, bukan sahaja diri sendiri. Balik rumah ni, fikir semula ya Umar.

Hilmi, matlamat kamu tu bagus. Cuma, dalam konteks sekarang, kamu lakukan apa yang perlu dahulu. Contohnya menuntut ilmu. Sebab dalam keadaan negara kita sekarang ni, kita perlukan anak-anak muda yang  mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dan akan beramal dengan ilmu tersebut. Menuntut ilmu adalah salah satu jihad kamu untuk Islam juga.

Borhan banyak sangat tengok TV ye.

Mokhtar, matlamat kamu tu sangat besar. Dan banyak perkara yang perlu dilakukan, serta banyak halangan yang perlu dilalui untuk mencapainya. Apa-apa pun, cikgu yakin matlamat tu akan tercapai suatu hari nanti walaupun untuk mendapatkannya bukan mudah. Yang penting kamu mesti istiqamah dan jangan sekali-kali berputus asa. Cikgu harap kamu kekal dengan matlamat tersebut.

Cikgu nak kamu semua simpan impian dan tetapkan matlamat yang akan memberi manfaat kepada semua orang. Hidup kita di dunia ni sekejap sahaja. Sebab matlamat akhir kita di akhirat nanti. Maka, usahakanlah sesuatu yang akan memberi manfaat untuk kita di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat. Dan ingatlah, jika kita hidup untuk diri sendiri, kita akan rasa hidup ni terlalu singkat. Tapi, jika kita hidup untuk orang lain, hidup ini dirasakan sungguh panjang dan bermakna. Hakikatnya, keredhaan Allah itulah yang paling kita impikan,"


p/s: hidup mesti ada matlamat bro!

1 play the melodies:

mimi said...

"matlamat rahsia"
haha, x ley blah

20 November 2010 at 13:07
Related Posts with Thumbnails