Hope

Hope

Pray

Pray

Work

Work

Repent

Repent

Orang kampung pergi KL. Gelabah.

Thursday 24 February 2011

Sejak pulang ke Malaysia sebagai pelarian ni, hati rasa tak best je kalau tak keluar pergi jalan-jalan. Ayat macam nak kena lempang. Yelah, kami manalah tahu kan. Bila-bila masa saja boleh disuruh pulang ke sana semula. Kang mula lah menyesal tak sempat pergi sanalah, tak sempat beli itu inilah. Jadi, selaku manusia yang tidak terkecuali dengan perangai di atas, aku pun konon-konon buat idea nak pergi KL dengan kawan-kawan. Eh...bukan konon-konon. Memang betul-betul nak pergi KL, sebab ada kawan nak pergi Kinokuniya, jadi aku pun bagitahu ibu dan ayah, "Angah nak teman kawan pergi Kinokuniya. Kesian dia tak pernah pergi,". Padahal aku yang terlompat-lompat kegirangan apabila diberi keizinan -___-".

Maka, lagak seperti orang kampung baru pertama kali nak ke bandar, kami tiba di stesen KTM Seremban sebelum jam 9 pagi. Janji asalnya pukul 9 pagi kami naik komuter pergi KL Sentral kemudian ambil LRT pergi KLCC. Tapi biasalah, apa yang dirancang tak semestinya yang terbaik. Perancangan Allah lebih baik. Pukul 9 kami masih di stesen Seremban. Tapi tak apa. Fitrah orang perempuan tak reti duduk diam. Kami pergi berlima. Semua pelajar Mesir kecuali seorang. Eloklah tu. Memang tak diamlah kami. Sibuk bercerita hal Mesir. Ya Allah....mulut masing-masing! Sampaikan tengah rancak berbual, tiba turn aku untuk bercakap, tiba-tiba ada seorang pak cik tua menegur aku. Arghh...kacau daun betul. Baru sampai turn aku nak bercakap ni T__T.

Pak cik: Dulu kito ponah poie umrah sesamo ko? Ghaso macam kona yo muko.
Aku: Err... (kenapa macam tak familiar je muka pak cik ni?). Penah eh? Ermmm...pak cik pergi dengan Ustaz Halim ke dulu?
Pak cik: Tak. (lalu beliau menunjukkan beg umrah beliau yang ada nama syarikat apa entah)
Aku: Ohh...tak sama kot pak cik. Heh.  (dah-dah. bagi lah aku sambung borak ngan kawan-kawan pulak...)

Tapi masa tu dah sampai masa kami nak beli tiket, maka -__-". Aku pun mengeluarkan sehelai not RM 10. Tak ingat harga tiket di Malaysia ni. Kalau kat Mesir bukan main senang. Pergilah jauh mana pun, harga tiket sama je, LE 1. Murah gila kentang! Tapi sesak, biasalah. Mungkin sebab tu murah. Dalam hati aku sedikit ketawa bangga, kerana merasakan yang komuter jauh lebih selesa daripada Metro (nama sejenis keretapi laju macam komuter, di Mesir). Tapi langit tidak selalunya cerah. Sangkaanku meleset ke paras terendah. Sampai aku terfikir....dengan Metro yang laju, efisien dan memudahkan itu pun rakyat Mesir boleh merusuh, inikan pula komuter yang terhempap-hempap, asyik terhenti tengah jalan dan membuatkan orang menunggu sampai berjanggut, wajar rasanya rakyat Malaysia nak merusuh. Uishhh...jangan. Kena tahan ISA nanti. Akta hasutan. Eh...wujud ke? Entah.


Kami pun melangkah masuk ke koc wanita. Aku senyum kambing. Banyak warna pink lah. Best ni. Sepanjang perjalanan (yang terasa aaaaaamat jauh ), kami berbual-bual. Wallpaper dalam koc tu iklan Sunway Lagoon. Perghhh...tak menahan! Rasa nak pergi sana pulak. Tak jadilah pergi Kinokuniya. Eheh. Memang nak kena cubit dengan ibu.

Oh ya. Seperkara yang baru kami sedar. Di Mesir, dah terbiasa buat perangai berbual-bual dengan nada suara yang biasa (kami rasa tak lah kuat, sebab orang Mesir berbual lagi riuh kot), lalu kami pun berbual macam biasa (macam di Mesir) semasa dalam koc. Tapi baru tersedar yang orang lain juga dengar dan faham perbualan kami apabila ada budak Cina sengih-sengih dengar aku cakap pasal apa entah masa tu. Time tu baru rasa 'aisehhh....semua orang dengarlah!'. Kalau di Mesir, tak ada siapa pun nak peduli apa kami bualkan. Haha. Hambik ko. Semua orang pandang rupanya. Lalu membisu seribu bahasa kelima-lima kami. Isk...isk....rasa macam pakai blusher je masa tu.

Sampai di KL Sentral, kami kena beli tiket nak ke KLCC. Time tu mula lah semua orang panggil kawan kami yang belajar di Malaysia tu, namanya Ira (bukan nama sebenar) "Eh...orang Malaysia kan? Tolonglah beli tiket,". Membuli orang! Tapi nasib baik kawan kami tu okay je. Padahal kami semuanya tak reti nak beli tiket. Bajet orang luar negara lah. Ape daaa~

Tiba di KLCC, dalam hampir pukul 12, masing-masing pegang perut. Berkeroncong lagu rock nampaknya perut masing-masing. Tapi semuanya diam, buat-buat macho. Sampailah salah seorang menyuarakan kelaparannya. Masa tu baru lah semua nak kata "Ha ah....lapar lah!", "Lapar gila ni...", "Tadi tak sempat sarapan,". Haishhh....perangai masing-masing (aku pun termasuklah). Isu nak makan di kedai mana juga memakan masa yang lama. Akhirnya kami sepakat pergi ke food court saja, memandangkan ada banyak pilihan di situ. Sorang makan nasi, dua orang makan wantan mee, sorang makan sizzlin' hot plate, manakala seorang lagi makan ramen. Part pencuci mulut paling tak boleh blah! Kak Ina (bukan nama sebenar) membelanja kami makan cendol, banana split dan lagi satu tu tak tahu nak kata apa namanya. Nampak macam ABC, tapi perisa soursop. Serius sedap! Itu lah pertama kali aku berjaya menghabiskan wantan mee menggunakan chopstick! Hahaha (gelak bangga). Padahal mula-mula dah cuak, takut tak dapat makan langsung. Kami makan menghadap ke arah fountain, lalu salah seorang berkata "Ada jugak orang yang kata best kalau jalan-jalan kat sini dengan boyfriend," lalu menggeleng-gelengkan kepala. Seorang lagi menyambung "Ntahnye. Kite rase kalau jalan dengan kawan lagi best kot. Boleh buat perangai gila. Tak payan segan-segan,". Aku setuju! Senyum sambil memaksa diri menghabiskan pencuci mulut. Arghhh...kena buli!



Selesai menunaikan hajat perut, kami menuju ke Kinokuniya. Walaupun baru minggu lepas pergi dengan andak, serius aku rasa excited pergi lagi ke sana. Kalaulah ada kedai seperti ini di Seremban....argh! Hentikan angan-angan itu.


Di awal sesi, aku mengekori Kak Yah (juga bukan nama sebenar). Nak juga tahu buku jenis apa yang beliau baca. Kak Yah terjumpa buku bertajuk 'Interlock' yang khabarnya kontroversi sangat tu. Lalu beliau mengambil satu. Nak tahu apa punca kontroversi itu, katanya. Aku angguk saja. Masih berasa kesal kerana buku kegemaranku tidak dijual dalam bentuk set, dan harganya jauh lebih murah semasa pesta buku di Cairo. Puas aku mengumpul duit bagi tujuan bershopping di ma'rad (pesta buku) tahun ni. Tapi...tapi....dah, diam!.

Beberapa ketika kemudian, Kak Ina datang dengan muka murung. "Ni apehal ni?" tanya Kak Yah. Kak Ina menunjukkan empat buah novel Melayu kepada kami. Katanya, tolong buat pilihan, nak beli yang mana. Kena pilih TIGA sahaja. Tekakku terasa gatal. Adeh. Disuruh pilih novel Melayu? Novel sastera zaman sekolah dulu pun tak pernah habis baca. Aku ingin berlaku jujur, tapi kasihan pula melihat Kak Ina. Layanlah kejap. Lepas tu buat-buat pergi tengok novel thriller. Kejam! Akhirnya Kak Ina berjaya membuat pilihan TIGA buah novel sahaja.

Di tangan Kak Yah ada lebih kurang LIMA buah buku. Di tanganku ada DUA. Di kaunter pembayaran, ku lihat Nur (bukan nama sebenar) datang dengan beg plastik. "Beli buku apa?" aku bertanya. Nur mengeluarkan buku 'Versus' karya Hlovate. Aku mengeluh. Begitu juga Kak Ina. "Alaaa...kite ade buku ni kat rumah! Boleh je kalau nak pinjam," kata Kak Ina. Aku juga mengangguk, tanda setuju. Buku tu ada di rumahku. Haha. Biasalah. Kesilapan teknikal. Nur bercerita beliau terjumpa buku Karipa-karipap Cinta. Perghhh...memang pecah perut baca buku tu! Sementara menunggu komuter ke KL Sentral dari Midvalley, aku menceritakan beberapa scene penting dalam Karipap-karipap Cinta. Lagi sekali, kami berbual seolah-olah orang lain tak faham apa yang kami bualkan. Sampaikan ada seorang Cina turut ketawa mendengar aku bercerita. Bapak segan!

"Gelabah gila Ali tu!" aku bercerita dengan semangat. Nur ketawa tak habis-habis. Mana taknya. Tren kami lewat hampir setengah jam! Dah la aku berjanji nak jumpa kawan di KL Sentral pada pukul 4, tapi kami masih di stesen Midvalley pada jam 4. Sungguh la membuat aku cuak, gelabah dan tak tentu arah. Nur merungut-rungut perihal ketidakefisienan komuter. Aku setuju. Sampai saja tren, kami pun naik. Dalam perjalanan, tiba-tiba datang perangai gelabah dalam diriku. Aku melihat peta perjalanan tren tersebut. KL Sentral adalah ke arah kanan. Sedangkan tren kami bergerak ke arah kiri. Adakah kami menaiki tren yang salah?? Kata aku di dalam hati. Aku memandang ke arah Nur dengan wajah yang cemas. "Eh...kita salah tren ke? Kenapa tren ni pergi arah kiri? Bukan patutnya kanan ke?". Nur mengangguk sejurus selepas melihat ke arah peta perjalanan. Setelah gelabah selama beberapa minit, aku bertanya kepada seorang penumpang. "Maaf kak. Tumpang tanya, tren ni pergi mana?". "KL Sentral," jawab akak tu sambil tersenyum. Nur memandangku dan tersenyum sinis lalu berkata "Gelabah gila Sarah ni! Mengalahkan Ali!". Haha. Padan muka. Tapi tren ni salah jugak. Kalau di Mesir, pergerakan tren ikut peta perjalanan, bukannya sesuka hati. Ceh...tak nak mengaku diri dah gelabah. Kuang3.....


Selepas mengambil barang di KL Sentral, aku dan Nur pergi semula ke Midvalley untuk bertemu dengan Kak Yah, Kak Ina dan Ira. Sungguh la macam pening kerjanya kan? Ulang-alik KL Sentral-Midvalley. Haha. Tak apa, exercise. Kunun je. Semasa menunggu yang lain makan, aku dan Nur berjalan-jalan mencari hadiah untuk ibuku. Birthday ibu tak lama lagi. Alang-alang dah keluar ni, cari sajalah hadiah. "Ibu Sarah suka teddy bear tak?" kata Nur membuat lawak kebangsaan. Payah juga nak cari hadiah untuk ibu ni. Apatah lagi tengah pokai, tak ada duit. Ada ke patut jual kotak perhiasan dengan harga RM 39.90?? Padahal benda yang sama dijual di Mesir dengan harga yang lebih murah! Argh...tak puas hati.

Walaupun pagi tu aku berdoa tak nak berjumpa dengan mana-mana pelajar Mesir yang lain, kami tetap terjumpa beberapa orang. Ana (bukan nama sebenar) yang kebetulan berjalan-jalan dengan ayah dan adiknya, kami temui di stesen KL Sentral. Manakala Kak Yah terjumpa kawan-kawan Cairo U di Midvalley.  Nasib baik jumpa perempuan. Hihi. Kan dah kata, budak Mesir memenuhi segenap ruang Malaysia!

Kami bertolak pulang ke Seremban pada jam 5.30 petang. Masa balik masing-masing dah tak larat nak bercerita. Maka koc wanita jadi senyap sunyi. Haha. Kalau tak, riuh dengan suara budak-budak Mesir    -____-".


p/s: dengar cerita nak kena balik Mesir dalam waktu terdekat ni

0 play the melodies:

Related Posts with Thumbnails