"Betty, I'm so sorry honey. I don't wanna do this but I have to. My mom, your grandmother is waiting for me. I can't disappoint her. I have to go back," ku tatap wajah Betty dalam-dalam. Dia menjeling. "Mama mungkir janji!". Ketika itu aku mengerti keberatan hati seorang ibu untuk meninggalkan anak kesayangannya. Sebak, sedih, sesak, se...se...semua-semua lah.
Keesokan harinya, aku pulang ke Imarah Malaya untuk mengambil beberapa barang penting untuk ku bawa bersama dalam pelarian. Sampai semula di RNSK, pegawai memberitahu ada lagi 2 jam untuk aku packing barang-barang. Seramai 70 orang pelajar N9 dijangka akan dilarikan ke Jeddah menaiki penerbangan pertama pada petang itu. Seribut tsunami aku menyiapkan barang-barang. Begitu juga orang lain. Kelam-kabut jugalah keadaan masa tu. "Alaaa....tak tau la nak bawak ape!", "Nak pakai beg mane ha?", "Alaaa kenapa 10 kilo je?", "Nak bawak ke tak buku?". Begitulah antara dialog keluhan yang keluar dari mulut masing-masing. Aku merenung Betty. *sigh*
Setelah semua beriya-iya menyiapkan barang, dah kemas rumah, dah clearkan peti sejuk, semua makanan dah sedekah kepada ikhwah, tiba-tiba dapat berita tak jadi pulak pindah ke Jeddah pada hari tersebut. Tunda esok. Aku bersyukur. Ada sehari lagi untukku spend masa dengan anak tersayang. Namun seperti biasa, Betty menarik muka masam. Malam tu pun dia tak tidur dengan aku. Sampai hati T__T.
Pada 3 Februari 2011, kekalutan yang dahsyat telah berlaku. Well, tahu sajalah orang perempuan ni. Kalau kata limit 10 kilo, timbangan pertama sudah tentu takkan tepat. Maka terpaksalah kami me repack secara berjemaah. Bukan sekali dua, tapi berkali-kali. Haha. Pegawai strict gila kot. Memang kena timbang semua beg. Tak boleh lebih sekilo pun. Kali ketiga me repack barang, aku merenung Miss Vaio yang boleh tahan berat itu. Kalaulah aku boleh telan Vaio ni, sudah lama ku telan! Ye la, mereka bukan timbang berat badan pun. Mereka timbang beg je. Kalau boleh ku sorok Betty dalam baju, dah lama aku buat begitu. Haha. Timbul pula idea sengal dikala kekalutan. Akhirnya, timbangan terakhir aku berjaya menjadikannya 9 kilo. Ustaz yang menimbang beg bertanya "9 kilo ni ustazah. Tak nak tambah lagi sekilo ke?". Beliau bertanya sambil senyum. Aku bermonolog dalaman 'Arghh...bukan boleh bawak Betty pun. Betty 5 kilo!' sambil senyum dan blah daripada tempat kejadian.
Menjelang waktunya, 3 buah tremco berulang alik membawa kami semua ke Cairo International Airport. Di sana........ Baiklah. Tidak perlu kot nak mengeluh dan merungut. Tapi nak jugak bagitau. Kami melepakkan diri di airport selama hampir 10 jam! Whoaaa....tiba-tiba aku rasa kagum kat semua orang masa tu. Haha. Menyesal betul tak sarapan pagi tu sebelum keluar rumah.
-google punya gambar-
Aku tak ingat pada jam berapa, keluar segerombolan manusia berbangsa Melayu serta India dari airport (masa tu kami masih berjemur di bawah terik mentari di luar airport). Mereka datang menghampiri kami semua yang sudah keletihan dan kepanasan sambil beramah mesra, mengambil gambar, menyebarkan doktrin 1Negara. Kalau ikutkan hati, masing-masing nak menyumpah. Sebabnya....kami nampak depan mata mereka bawa berkotak-kotak makanan. Tapi satu pun tak diberi kepada kami yang kebuluran ni. Ya Allah....serius aku rasa nak meletup bila seorang pak cik bertanya dengan nada 'bergurau' "Dah berapa hari korang tunggu kat sini?". Mujur Allah kurniakan kesabaran dalam diri manusia. Aku masih ingat lagi salah seorang mereka berkata "Kami tak dibenarkan pulang selagi semua rakyat Malaysia di Mesir tak dipindahkan". Perghh...aku kagum seketika. TAPI, peristiwa semalam (7 Februari 2011) menjadikan aku menyampah kepada manusia yang menuturkan kata-kata tersebut. Ketika aku melangkah keluar dari tempat kapal terbang mendarat, aku terlihat beberapa orang manusia yang ku kenal rupanya, serta t-shirt 1Negara yang mereka pakai. Dalam hati ku berkata 'Aikk...apahal korang balik jugak ni??? Kan masih ada rakyat Malaysia di Mesir'. Bukan nak kata apa, tapi kata-kata mereka, tindakan mereka serta apa yang mereka pakai tu sudah memalukan persatuan bangsa mereka sendiri. At least kalau nak mungkir janji pun, tak payah kot pakai baju persatuan kebangsaan.
Haha. Abaikan. Biarlah mereka.
Kira-kira pada jam 8 malam waktu Kaherah, kami dapat lah check in. Nasib baik tak buat rusuhan kat airport tu. Haha. Kasihan tengok muka masing-masing. Lapar dan kepenatan. Setelah masuk ke dalam pesawat, disebabkan ruang udara agak sesak dengan kapal terbang, maka penerbangan kami terpaksa dilewatkan. Tapi tak apa. At least dah masuk dalam kapal terbang. Rasa sejuk dan dapat duduk atas kerusi yang selesa. Apa-apa pun, aku bagi thumbs up kepada krew penerbangan Air Asia yang terpaksa melayan kerenah kami dari Cairo ke Jeddah. Hal ini kerana penerbangan ke Kuala Lumpur dari Jeddah menyaksikan pemendaman rasa geram yang meluap-luap. Haha. Adehhh. Tak boleh nak describe krew penerbangan yang lagi satu. Air Asia jugak yang bagus.
2 jam kemudian, kami mendarat di lapangan terbang di Jeddah. Namun kami terpaksa menunggu beberapa lama sebelum turun disebabkan....haha, alasan yang malas nak diceritakan. Nak kata kelakar pun boleh. Abaikan. Sudah berlalu.
Dalam keadaan muka sembab, mata bengkak disebabkan tidur terus menerus, kami melangkah masuk ke airport King Abdul Aziz, Jeddah. Masuk je airport, kelihatan ramai kameraman. Aiseh....mekap dah cair! Haha. Kami melangkah masuk ke tempat berkumpul. Beberapa jam menunggu urusan visa siap. Hah....yang ni memang aku kagum lah. Kerajaan Arab Saudi boleh bagi visa dalam masa beberapa jam sahaja! Tahukah anda, nak apply visa pergi umrah pun memakan masa yang lama. Time tu rasa sebak dan terharu gila lah sebab negara Islam sanggup bagi kerjasama kepada negara Islam yang lain. Semuanya kerana Islam!
Selesai semua urusan, kami menaiki bas yang disediakan menuju ke Madinatul Hujjaj, kawasan penempatan jemaah haji Malaysia yang diuruskan oleh Tabung Haji.
-ini semua gambar google-
Sampai di Madinatul Hujjaj....kisahnya akan disambung lain kali. Haha. Tapi aku nak jugak bagi 10 bintang emas kepada Tabung Haji. Kenapa? Kita sambung lain kali jugak. Majulah Tabung Haji untuk Malaysia!
p/s: Sebarang penceritaan berkenaan peristiwa ini adalah daripada kaca mata masing-masing. Setiap manusia memiliki pendapat yang berbeza. Apa yang ku tulis di blog ini adalah pendapat aku yang lemah ini. Sekian.
0 play the melodies:
Post a Comment