Hope

Hope

Pray

Pray

Work

Work

Repent

Repent

Ziyaad2....

Friday, 18 February 2011

Rabu lepas ayah dan ibu hantar aku ke rumah andak. Andak ialah adik perempuan belah ibu yang paling bongsu. Dah lama tak pergi rumah beliau. Memang lah, baru je balik dari Tahrir Kaherah. Memandangkan kami (aku dan pelarian2 yang lain) tidak tahu bilakah kami akan dihantar pulang secara free ke sana semula disuruh pulang ke negara asal ke Mesir semula, eloklah aku menghabiskan tour ziarah rumah-rumah sanak saudara awal-awal. Yelah, bila-bila masa wisel boleh ditiup menandakan cuti-cuti ops piramid sudah tamat, sepertimana dulu, bila-bila masa saja wisel ditiup menyuruh kami pulang ke Malaysia secara free.

Anak andak yang seorang itu, namanya Megat Muhammad Ziyaad, nak masuk 4 tahun. Rambut style Noh Hujan. Bukan dia merengek minta mummy dia dandan rambut dia macam tu. Tapi memang rambut dia semula jadi begitu. Tak perlu sikat, hanya pakai jari pun boleh. Amat sesuai masuk iklan shampoo. Aku pun tak faham mengapa pengiklan-pengiklan lebih suka menyuruh wanita yang sepatutnya bertudung berlakon dalam iklan shampoo. Baik ambik Ziyaad berlakon je. Dah tentulah tak perlu guna Adobe Photoshop untuk rambut dia, sebab memang lurus dan terurus. Cuma mungkin kalau dinilai dari segi pemarkahan, Ziyaad kehilangan markah dari segi 'kurang seksi'. Sebab beliau benar-benar kurus. Hihi. Ahh...apa pun, aku tetap kurang setuju menggunakan wanita dewasa dalam iklan shampoo.


See? Ada gaya model shampoo kan? heee ^_^

Aku tidur di rumah andak. Saje, nak mengenali Ziyaad dengan lebih dekat (apakah?). Padahal sepupu. Malam tu sebelum masuk tidur, aku menonton Playhouse Disney Channel bersama Ziyaad. Tak sangka, seronok juga menonton channel kanak-kanak ribena. Seperkara yang aku sangat kagum dengan beliau ialah, beliau sangat suka menyanyi, dan hafal macam-macam lagu! Dia nyanyi sedap pulak tuh. Walaupun kadang-kadang terjejas akibat sebutan perkataan yang masih pelat. Setiap iklan di televisyen pun dia hafal skripnya. Perghhh...macam span otak dia ni! Bijak, bijak. 

Sudah bosan menonton, dia pergi bilik mainan lalu mengeluarkan sebuah kotak panjang. Dalam kotak tu ada bola yang dia nak main. Tapi dia tak reti nak ambil bola tu. Tanpa segan silu dia datang kepadaku seraya berkata "Ibu kak ngah, Iyaad nak main bola dalam ni. Tapi Iyaad tak boleh ambik,". Innocent je muka dia masa tu. Aku terguling-guling ketawa. Dia panggil aku ibu kak ngah??? Aduiyaiii..... 'Ibu kak ngah' merupakan nama panggilan sepupu-sepupuku untuk ibuku. Ada yang panggil 'mak ngah', ada yang panggil 'ibu kak ngah'. Dan of course, ayahku diorang panggil 'pak ngah' atau 'ayah kak ngah'. Haha. Kesian Aiman. Namanya tidak disebut (macam lah dia kisah). 

Aku cuba bernafas setelah ketawa macam nak pengsan. "Yad, ni sape ni Yad?" aku bertanya.

Ziyaad yang sedang sibuk berusaha mengeluarkan bola-bola kecil dari kotak tersebut memandang ke arahku sebentar lalu berkata "Ibu kak ngah.........". Lagi sekali aku ketawa guling-guling. Ish. Tak boleh jadi ni!

"Yad, ni kak ngah la Yad. Bukan ibu kak ngah," aku berusaha membetulkan persepsi beliau. 

Kali ni Ziyaad tak pandang aku. Masih tekun dengan kotaknya. "Tak nak.....ibu kak ngah jugak," dia berkata. 

Haishhh...boleh pulak tak nak. "Tak nak lah ambikkan bola dia. Ni bukan ibu kak ngah," aku berkata dengan nada merajuk.

Ziyaad yang dah termengah-mengah memandangku dengan reaksi muka bengang. "Alaaa....ibu kak ngah!! Tolong la Yad ambik bola ni!". HAHAHA. Masih lagi ibu kak ngah! Haihhh...nasib lah.




Malam tadi, ketika sedang menikmati makan malam, Ziyaad membuat pengumuman bahawa beliau mahu buang air besar. Maka, Uncle Bob (suami andak) yang dah selesai makan, segera mendapatkan Ziyaad, menyuruhnya bangun. Masa nak bangun tu, Ziyaad sempat cakap "Mummy, baby Yad ni gerak-gerak lah..." dengan muka innocent gila. Aku yang tengah nak menyuap makanan tu, terguling-guling gelak. Kelakar gila budak niiii! Andak pregnant 6 bulan. Maka selalu saja andak kata kat dia "Yad, baby dalam perut mummy ni gerak-gerak lah,". So Ziyaad pun anggap dalam perut dia ada baby, dan bergerak jugak. Hahaha. Baby cacing barangkali.

Suatu ketika, kami sama-sama melukis atas drawing block. Mula-mula aku lukis cawan, lepas tu suruh dia teka. "Yad, cuba teka ni ape?" aku bertanya. "Cawan!" excited dia menjawab. Ok. Aku lukis gambar lain pula. Kali ni aku lukis buah oren. Siap warna oren sekali. "Yad, ni ape?" aku bertanya dengan excited, bajet gambar yang aku lukis tu lawa lah. Ziyaad pandang gambar tu sekali lalu dan menjawab "Fishball!!". Lagi sekali aku gelak macam nak pengsan. Fishball???? Macam mana dia boleh terpikir tu fishball? Haha. Adehh...nampak sangat suka makan. Tapi tak gemuk-gemuk.

Ziyaad...Ziyaad...jangan nakal-nakal. Nanti kesian mummy dengan baba.

0 play the melodies:

Related Posts with Thumbnails