Hope

Hope

Pray

Pray

Work

Work

Repent

Repent

.........

Sunday, 2 October 2011

"Assalamualaikum Sarah.....". Hati berdebar. Jarang ibu panggil aku dengan nama Sarah. Biasanya 'angah', tak pun 'Siti' (kalau nak start kena bebel. hehe).

"Wa'alaikum salam. Ye bu?"

"Nenek, dah pergi tadi................"

Aku diam, diam dan terus diam. Ibu cakap ape ek tadi? Rasa kelabu seketika.

Mungkin kerana suara ibu tenang, maka aku pun turut merasai ketenangan itu.

Innalillahi wa inna ilaihi raaji'uun....

Aku termenung beberapa ketika.

Nenek....

Kali terakhir aku jumpa nenek beberapa hari sebelum nenek koma. Nenek minta aku buatkan air milo. Sepatutnya nurse yang kena buat. Tapi nurse semua busy. Disebabkan nenek nak sangat, jadi aku buatkan.

Nenek kata "Nenek ni suka menyusahkan orang kan?" dengan nada berjenaka. Aku sengih. Dalam hati rasa lain. Mungkin sebab itu kata-kata terakhir yang aku dengar dari nenek.

Sepanjang nenek koma, alhamdulillah dapat melawat nenek banyak kali. Dapat tatap wajah nenek, dapat bacakan ayat-ayat cinta dari Allah.

Aku tak menangis. Sebab ayah ajar, jangan menangis. Mesti kuat. Mesti sedekahkan doa. Sebab orang koma kadang-kadang masih boleh mendengar.

Masa lawat nenek, teringat dulu nenek selalu cerita....

"Dulu, masa kecik-kecik kamu suka tengok nenek menjahit. Tapi bila nenek nak ajar jahit, kamu tak nak. Siapa la yang nak mewarisi ni...."

"Kamu tau tak, dulu masa kecik kamu penah menyorok dalam almari. Semua orang cari kamu tak jumpa-jumpa.... Nasib baik tak lemas dalam almari tu"

"Ngah, tolong pakaikan nenek baju ni. Dulu nenek la yang selalu pakaikan kamu pampers...."

"Ngah, tolong sikatkan rambut nenek. Dulu masa kamu kecik nenek selalu sikatkan rambut kamu...."

Masa kecil, aku diasuh oleh nenek belah ibu. Banyak pengalaman dengan nenek. Nenek mengasuh aku dengan penuh kasih sayang, penuh perhatian. Terima kasih, untuk segalanya.

Semoga Allah mencucurkan rahmat ke atas roh nenek, Jemiah binti Long.




0 play the melodies:

Related Posts with Thumbnails