"Mesir dah nak berubah musim ke?" ternampak status seorang junior di laman sosial. Entah. Aku asalnya tiada mood nak keluar rumah hari ini. Terasa ingin mengurung diri di bilik, barangkali emosi kurang stabil gara-gara menerima berita kematian malam tadi. Maka tiadalah aku menjenguk matahari di awal pagi.
Tapi terpaksa juga meringankan kaki keluar rumah, gara-gara ada gosip bahawa result sudah keluar. Aku punya prinsip, kalau setakat gosip, jangan percaya bulat-bulat. Sama ada siasat, atau biarkan saja. Tapi memandangkan gosip kali ini amat penting untuk ramai orang, maka selaku hamba Allah yang rumah paling dekat dengan kuliah, aku pun berpergianlah ke kuliah. Jam 2 lebih, petang. Cepat-cepat sarung tudung, capai beg, pen dan buku nota kecil.
Melangkah ke luar dari bangunan. Panas. Cahaya matahari cukup terik. Tapi berangin. Jalan semakin sesak dengan kenderaan. Semenjak dua menjak ni, aku punya skill melintas jalan raya kurang menyerlah. Kejap nak cross, kejap undur. Sesekali buat-buat tengok beg, tengok handphone. Padahal cuak nak lintas. Antara aku dengan pintu masuk kuliah, cuma jalan raya menjadi penghalang. Alah....nak takut ape. Allah kan ada. Bukannya cross jalan nak pegi buat maksiat. Maka dengan keyakinan dalam diri bahawa Allah sentiasa bersamaku, aku melintas jalan raya 3 lane yang sentiasa sesak dengan kenderaan laju itu.
Fuh. Selamat sampai ke seberang. Macam lah kena seberang sungai yang penuh buaya, ye tak? Imaginasi je lebih. Ok. Maka aku pun terus berjalan pantas masuk ke kawasan kuliah. Terus menuju ke kawasan yang sepatutnya, tiada lencongan.
Dup dap dup dap. Entah apehal aku pula yang berdebar. Ketika menghampiri papan putih yang bertampal result, ternampak seorang senior lelaki yang aku tak pasti siapa namanya (ok, ukhwah cukup teruk! -___-" ).
Aku: Result dah keluar ek?
Senior: Ha ah. Dah. Tengok lah. Kat situ.
Kemudian dia berlalu pergi. Wajah dia tak menunjukkan sebarang reaksi. Aku terus menuju ke tempat yang berkenaan. Cari....cari....cari.....hah! Jumpa pun nama Malizi. Teliti satu per satu. Telan air liur. Kesat peluh. Panasnya hari ni. Aku mengeluarkan handphone dari poket seluar. Call nombor yang berkenaan. 'Call Not Allowed'. Pulak dah.....
Sahabat 1 call. Aku teragak-agak nak menjawab panggilan. Suara beliau lain macam. Beliau dah tahu result beliau. Kemudian bertanya tentang sahabat-sahabat lain. Aku membaca kertas result. Sesekali menelan air liur.
Aku call sahabat 2. Suara beliau ceria. Tapi suara aku terketar-ketar. Tahan air mata. Sakit rasanya nak menahan. Lepas sahabat 1 call, terus rasa sebak. Ish. Kuat lah Sarah! Aku meneruskan berbual dengan sahabat 2. Aku bersyukur, dia tabah. Cukup tabah. Dia pula yang menenangkan aku. Katanya, lepas ni kita sekelas semula. Aku tak tahu mahu gelak atau nangis. Asalkan dia gembira.
Aku mesej sahabat 3. Kemudian meneliti semula satu demi satu nama-nama sahabatku. Tubuh rasa menggigil. Kenapa ya? Di akhir kertas, tertulis nama-nama senior. Allah....aku pejam mata. Tarik nafas dalam-dalam. Lepas. Aku ambil masa untuk bertenang, berfikir.
Hari berubah menjadi mendung. Serta merta. Angin bertiup, matahari mula kurang menyinar. Aku cuba mengingati situasi aku tahun lepas. Tapi tak ingat sangat. Barangkali sebab dah berusaha keras melupakan.
Tapi aku sangat ingat. Apabila Allah beri aku kegagalan tahun lepas, sebenarnya Allah nak beri aku beribu hikmah yang besar. Ya, sedih memang sedih. Rasa down jangan cakap lah. Memang selalu berlagak macho dan cool, tapi dalam hati berkecai. Sedikit demi sedikit aku memujuk diri. Mengingatkan diri bahawa segalanya datang dari Allah. Mengajak diri untuk terus kuat, terus melangkah. Ya, memang memakan masa. Tapi aku sangat ingat. Pesan seorang sahabat. Di kala aku cukup down, sahabat itu berkata "Jangan rasa kecewa. Sebab itulah masanya syaitan nak menguasai diri. Nak meragu-ragukan hati. Nak mengaburi jiwa. Kuatlah. Sebab Allah yang bagi dugaan ni. Maka yakinlah, Allah sentiasa bersama dengan kamu. Bila Allah ada dengan kamu, kamu sepatutnya rasa kuat, rasa selamat, ". Aku tersentak. Tersedar dari lamunan yang cukup lama. Terbangun dari tidur yang cukup panjang.
Failure is never final. We see failure as failure. Not as opportunities. We need to shift our paradigm.
Dari situ aku sedar. Allah beri aku ujian dalam bentuk kegagalan sebab ujian bentuk itu lah yang aku mampu hadapi. Allah Maha Mengetahui. Allah tahu aku tak mampu hadapi ujian dalam bentuk lain, jadi Allah beri aku ujian kegagalan. Orang lain mungkin dapat dugaan yang lebih besar. Muhasabah diri: perjuangan itu pahit kerana syurga itu manis. Hidup ini satu perjuangan kan? Sesekali terjatuh, kita bangun semula. Beberapa kali terjatuh, kita gagahkan diri untuk terus melangkah. Nak dapatkan syurga, tiada istilah putus asa.
Walau apa pun dugaan yang kita dapat, itulah peluang yang Allah bagi untuk mentarbiyah jiwa kita. Ya, ini masanya. Ini masanya iman kita diuji. Keyakinan kita terhadapNya, kebergantungan kita kepadaNya tahap mana. Ini masanya kita sedar kita ni sungguh kerdil. Hanya hamba.
Redha. Tabah. Dan terus kuat. Teruskan melangkah, wahai sahabat-sahabat, senior dan junior. Di situ tersembunyi hikmah yang cukup besar.
God took something from you because He wants to give you something better in return.
Bersangka baiklah dengan Allah. Sesungguhnya Allah bersama-sama dengan sangkaan hamba-hambaNya terhadapNya.
Remember: It always happen that after a rain, there's a rainbow ^___^.
p/s: barangkali memang dah nak berubah musim.
1 play the melodies:
paling suka yang ini --> Failure is never final. We see failure as failure. Not as opportunities. We need to shift our paradigm.
4 October 2011 at 12:44:)
jujur cakap, kalau kita yang dapat ujian sebegitu, kemungkinan besar kita tak dapat handle sebagus kamu. rekod hidup kita pun macam kamu juga sebelum ini, setakat ni tak pernah ada kegagalan lagi dalam ujian besar alhamdulillah.
w/pun cuba juga men'pyscho' diri untuk tidak pedulikan kegagalan (macam cakap pada diri, alah ulang tahun ni boleh faham dalam2 lagi tentang subjek2 lama) tapi kita tahu, mesti pahit nak telan hakikat kegagalan tu. sifat manusia kan, mesti nak kejar sukses, tak suka dengan kegagalan.
tapi kita harap, dengan kegagalan sebegini, kita dan kamu tidak lupa dengan ujian kehidupan yang lebih besar, lebih penting. kita mesti lebih takut kalau gagal di akhirat sebab kemenangan yang sebenar adalah bila kaki kita menjejak ke syurgaNya kan? :)
semoga kegagalan yang sarah hadapi sekarang ini lebih mendekatkan diri sarah kepada Allah dan bukan menjauhkan. semoga sarah sentiasa kuat & tabah menghadapi kancah perjuangan. semoga sarah sentiasa dibawah keberkatanNya! :)
Post a Comment