Hope

Hope

Pray

Pray

Work

Work

Repent

Repent

Action Speaks Louder Than Words

Saturday, 24 October 2009

Saban hari aku memikirkan masalah umat, terutamanya wanita akhir zaman ni. Ayat seperti agak membajet di situ, tapi memang benar, apa yang berlaku sekarang ni amat membimbangkan. Bimbang juga diri terpengaruh dengan tusukan halus yang bisa membinasakan diri sendiri. Na'udzubillah......

Kali ni aku hanya ingin memperkatakan tentang satu isu mudah: MENGUMPAT. Seperti yang telah ku dengar selama ini melalui ceramah dan tazkirah, syaitan tidak menyuruh kita melakukan sesuatu maksiat. Syaitan hanya mencantikkan perbuatan maksiat itu di hadapan mata kita. Maka, kita yang terdorong oleh nafsu yang kuat dan iman yang lemah, tertipu dengan hiasan yang diada-adakan oleh musuh kita. Jadi, dalam hal ini, siapa yang lebih bersalah sebenarnya? Kita sering menyalahkan syaitan, namun kita sendiri yang tewas dalam mengawal diri dan nafsu.

Berbalik kepada tajuk asal: MENGUMPAT. Nak tak nak, kita akan berhadapan dengan situasi mengumpat setiap hari. Walau macam mana pun kita mengelak, mesti jugak terkena pada diri. Sama ada diri sendiri yang memulakan umpatan, atau kita join orang lain mengumpat, atau kita syok dengar orang lain mengumpat. Haaa....maka dengan pemikiran logik akal, kita sentiasa membuat ketupat setiap hari. Bak kata orang dulu2....buat 'dosa kering'.

Bagi mengaitkan perenggan kedua dan ketiga....

A: Weh, ko tau x...kawan umah aku tu kan...pemalas sangat nak masak. Sampai kadang2 tu kebulur kitorang dibuatnye.
B: Yeke? Ish3...teruk betul perangai....
C: Eii...korang ni xbaik la mengumpat.
A: Alaa...kitorang nak bagi pengajaran, supaya orang lain x ikut.
B: Ntahnye...
C: Patutnye, ko nasihatkan kawan ko tu supaya rajin masak, bukannya mengumpat pasal dia. Kalau ko teruskan mengumpat, dia still malas gak. Ko pun kebulur gak. Haa...dua2 pun rugi.

Di sini dapat dilihat, betapa kita telah mencantikkan perbuatan mengumpat tersebut. Dalam kata lain, kita dah 'redefine' maksud mengumpat yang asalnya perbuatan yang ALLAH tegah seperti yang termaktub dalam Al-Quran. Aku pun tak pasti tentang orang lelaki, tapi wanita zaman sekarang gemar sangat memperkatakan tentang keburukan orang lain, dengan alasan untuk memberi pengajaran. Hakikatnya, tiada apa pun yang berubah pada diri orang yang diumpatnye, kerana dia tidak mendapat sebarang nasihat atau pun teguran yang sepatutnye.

Kan senang kalau kita nampak je seseorang buat kemungkaran, kita terus tegur dan nasihatkan dia. Tak perlulah menceritakan pada orang lain melainkan kita sendiri tidak tahu cara intuk menegurnya. Menceritakan masalah orang lain haruslah dengan niat untuk membantunya, bukan untuk membuka aibnya. Namun, zaman sekarang ni....semuanya dah terbalik. Kadangkala aku terfikir juga, betapa banyaknya dosa orang yang mengumpat ni jika dibandingkan dengan orang yang diumpatnya. Katakan lah orang yang diumpat tu hanya buat kesalahan kecil, seperti terlajak tidur hingga terlepas waktu Subuh. Kawan2 yang lain ni pulak...mulalah pot pet pot pet...mengumpat pasal dia. Sape yang lagi banyak dosa sebenarnya? Sia2 je kawan2 tu mengumpat, sedangkan dia boleh mengelak daripada buat dosa tu.

Aku tulis ni pun sebab dah banyak kali berhadapan dengan situasi yang sama. Ada je yang bermurah hati nak cerita pasal orang tu, orang ni. Tapi bila kita mencadangkan sesuatu untuk dilakukan bagi menyelesaikan masalah tu, macam2 pulak alasan yang diberi. Kadang2, xmahu buat langsung. Cuba fikir....what's the point of telling about others kalau kita xnak tolong dia? Nak biar orang lain menyampah dengan dia ke? Takkan sampai macam tu sekali kan.....

Hati pun tak senang bila orang menceritakan keburukan orang lain kat kita. Bayangkan kalau orang lain mengumpat yang bukan2 pasal kita. Tak ke panas telinga, membara hati?

Kan lebih baik kita tegur terus orang yang buat kesalahan dengan niat nak membantu dia. Dia boleh berubah, kita dapat pahala. Sama2 untung. Kalau tak, takkan lah ALLAH haramkan perbuatan mengumpat tu.

Jadi, sebelum buat apa2 tindakan yang merugikan diri sendiri, eloklah kita sama2 fikir baik buruknye. Jangan sampai kita terpedaya dengan syaitan yang mencantikkan perbuatan dosa di mata kita. Wallahu a'lam~

Kedekut

Thursday, 15 October 2009

Antara berjimat cermat dan kedekut, apakah perbezaannya? Otak mula ligat memikirkan jawapannya tatkala ribut tsunami datang melanda diri. Aku ni jimat ke kedekut?

Apabila mengetahui bencana teknologi yg melanda diri ini, kawan2 ku mula bersuara. " Ko ni memang kedekut la. Padan la laptop ko wat hal". Gulp. Terasa dicekik disitu. Tiada sepatah kata yg keluar dr mulutku untuk membangkang. Tidak juga aku bersetuju dengan penyataannya. (Orang bajet macho memang macam tu, hehe)
Beberapa hari lepas, bencana teknologi datang menimpa laptop kesayangan. Angin tak, ribut pun tak, tiba2 vaio comel (cam tuan dia) merajuk tak pasal2. Puas aku pujuk, tapi tak menjadi jugak. Keresahan melanda apabila terkenangkan pengalaman kawan2 yg pernah mengalami kerosakan laptop. Tidak terbayang fenomena yg sama akan berlaku.

Setelah puas memerah otak memikirkan apakah masalahnye dengan cik vaio tu, barulah aku teringat yg anti virusnye dah lama luput. Tak henti2 dia meminta aku update tapi sering ku tangguhkan niat suci itu. Bukan ape, aku xreti nk update tanpa perlu bayar ape2. Membazir la kalau asyik kena bayar je time nak update kan? Kedekut ke namenye tu? Aku rase x...huhu. Penah jugak teringat nak beli je software antivirus yg ori. Tapi juga ditangguhkan sebab harga software dekat nak ratus. Pikir2 balik, kalau aku beli pun x rugi, huhu.

Kata orang, dlm komp dan laptop elok ade banyak partition. Kalau ade C je, elok la tambah D dan seterusnya supaya selamat. Kalau x, beli la external hard disk. Habis cite. Atas beberapa sebab munasabah, aku turut menangguhkan niat nak beli benda tu. Tunggu sampai duit biasiswa masuk (lambat gile mengalahkan siput sedut). Mane taknye, harga sebuah external hard disk bukannye 50 genih. Kalau x, dah lame aku borong. Bajet nak tunggu harga kat pasaran menurun la. Ntah bila la agaknya.

Tangguh punya tangguh, maka tibalah hari yg mengubah segalanya. Bencana misteri yang melanda vaioku menyebabkannye perlu di set up semula. Maka..kalau kata set up tu, paham2 je la. Sume khazanah yg terkandung didalamnye akan lenyap. Gamba raya bersama keluarga, guru n rakan2 paling ku sayangi lenyap sekelip mata. Tiada kata mampu dilafazkan, huhu.


Tapi bagiku, tiada perlu untuk menangisi kelemahan objek ciptaan manusia. Bersyukurlah iman masih di dada. Satu2nya khazanah yg andainya hilang, maka tiada lagi ertinya hidup. Na'udzubillah..

Barangkali Allah ingin menunjukkan hikmah besar di sebalik kejadian kecil ini. Mungkin kerana banyaknya perkara melalaikan telah kulakukan dengan vaio itu. Tidak tertanggung olehnya segala yang melalaikan itu. Kufikirkan juga andainya ku miliki sebuah external hard disk yg khabarnya harus dimiliki oleh semua, apakah yg mungkin ku isi di dalamnya? Lagu2 terbaru? Filem box-office? Drama bersiri korea n jepun?

Sesungguhnya, hampir seluruh external hard disk milik org lain yg pernah ku gunakan, hanya dipenuhi dengan perkara2 melalaikan tadi. Maka aku bertanya..untuk apakah semua itu? Mereka sanggup menghabiskan ratusan duit bagi mendapatkan sesuatu yg melalaikan mereka. Jarang..amat jarang sekali aku menemui hard disk yg dipenuhi dengan perkara bermanfaat. Ketika itu terdetik di hati, mungkin kerana itu ALLAH menutup pintu hati ini dari mengeluarkan wang dah harta untuk tujuan itu. Aku bersyukur aku kedekut dalam bab tu, huhu.

Tiada guna menangisi kehilangan harta dunia. Iman dan amal yg penting untuk dikekalkan selamanya~

B.O.I.K.O.T

Thursday, 1 October 2009

Rase2nye isu ni dah agak lame diperkatakan. Yela, tiap kali berlakunye serangan ke atas negara2 Islam oleh pihak Yahudi...maka dihebohkanlah ke satu dunia kempen memboikot. Hari ni Afghanistan diserang....mari ramai2 kita boikot barangan Yahudi!! Yeaa!!! Beberapa bulan kemudian....senyap sunyi saje. Sepi sekali. Tahun seterusnye...Palestin diserang. Yeaa...boikot balik!! Jangan beli barangan Yahudi!!!

Err...apsal camtu? Cam bermusim plak kan... Kalau takde serangan, takyah la boikot (suke2 hati je). Dah kena serang, baru pakat ramai2 tak makan McDonalds (ish3....). Ade tu plak...time kat Amerika je boikot KFC. Dah sampai Mesir, buat ape nak susah2 boikot. Makan je maaa...dah lame tak rase. Yang lagi menghairankan apabila ada orang buat 'dono' je bila sebut pasal boikot.

Pada suatu hari.....seorang anak keluar makan malam bersama keluarganya. Kebetulan, seorang kawan ayahnya turut hadir ketika itu.

Ayah: Ooo...ni ke dia handphone yang kamu baru beli tu? Jename ape ni? (tanya ayah kepada si anak, sambil membelek2 handphone anaknye)

Anak: Sony ericsson (jawabnye sambil tersenyum lebar. Mane taknye...dapat barang idaman)

Ayah: Ooo...ingatkan Nokia....

Anak: Nokia boikot...! Barang Yahudi....(dengan tegas menyatakan pendirian)

Secara tiba2...terdengar hilai tawa kawan si ayah setelah mendengar penyataan si anak itu.

Kawan ayah: HARHARHAR....diorang ni susah2 je boikot. Orang lain beli jugak. Orang Yahudi tu kaya gak...haha.

Anak: (Kalau ramai yang boikot, bankrupt la Yahudi tu kan?? Out of 10, kalau 2 dah boikot...still alami kerugian kan?? Yang dah tau kena boikot, tapi still beli gak tu memang support Yahudi la namenye. Sebab tu diorang kaya. Sampai bila pun camtu la. So, boikot la caranya. Ape la pak cik ni....-kata anak di dalam hati)

Si anak menunggu sesiapa di situ yang ingin membuat pembelaan terhadap penyataannya. Namun, semuanya bersetuju dengan pendapat pak cik tersebut.

Berdasarkan kisah di atas, dapatlah kita ketahui bahawa terdapat pelbagai pendapat dan pandangan manusia Islam terhadap isu boikot ni. Contohnye:

Kakak: Jom gi makan. Lapar laaa... Nak makan mane ni?
Adik: McDonalds. Ade McFlurry sedaaaap.
Kakak: Mane boleh. Boikot tu. Yahudi punye.
Adik: Tapi orang Islam yang keje kat situ. Diorang nak cari rezeki.
Kakak: Bukannye tak boleh cari keje lain. Rezeki Allah luas. Keje la kat restoran lain. Banyak je jawatan kosong.

Kawan I: Weh....nak tau tak...hari tu aku shopping ngan budak2 ni kat KLCC. Barang muraaah. Banyak aku borong...haha.
Kawan II: Ko beli ape? Nak tengok....
Kawan I: Ni haa...beg Timberland ni. Lawa kan? Murah lak tu...
Kawan II: Timberland? Ala ko ni...beli la brand lain. Buat ape beli yang Yahudi punye. Ko tak boikot ke....
Kawan I: Alaa...buat ape nak boikot. Sementara tengah murah ni aku beli la. Lagipun aku beli kat Malaysia laa buan kat sane.
Kawan II: Err...ape2 je lah. Ko shopping kat mane lagi.
Kawan I: Marks & Spencer! Murah tetibe!! Slame ni aku tengok mahal barang2 dia. Minggu lepas murah lak kan. Aku shopping sakan laa...

Sebenarnya, banyak lagi situasi yang boleh dipertikaikan berkaitan isu BOIKOT ni. Yela...kita nak boikot ni bukan suke2 je. Kena siasat asal usul, akar umbi dulu kan. Bila dah terang lagi bersuluh kita perlu boikot, kenapa masih ada yang mengaburkan mata.....

Aku penah dengar ceramah pasal ni. Ade seorang ustaz tu dia kata bila kita boikot barangan Yahudi ni, ekonomi diorang jadi lumpuh. Sumber kewangan diorang terjejas. Lagipun, aku penah baca jugak ade satu akhbar tu melaporkan betapa marahnya pihak Yahudi bila satu dunia mengambil langkah untuk memboikot. Mesti diorang rugi habis kan?? Kekuatan diorang antaranya kat bahagian ekonomi la. Nak kata Yahudi ramai...ramai lagi Muslim. Tapi masalahnye, Muslim masih lagi boikot bermusim.

Persoalannya....adakah sengsara jika kita memboikot barangan mereka? Sakit tenat kah kita kalau tak pakai handphone Nokia? Kena barah paru2 ke kita kalau tak makan makanan Nestle?? Jatuh miskin kah kita kalau tak pegi minum kat Starbucks?? Buat je la ice-blended kat rumah.

Logically thinking...takde masalah pun kalau kita boikot. Yep....no problem!! Tapi kenapa la manusia suka bagi macam2 alasan? Kenapa susah2 pikir orang USA tu boikot ke tak? Kenapa pikir orang Mesir, orang Indon, orang Jepun boikot ke tak?? Kenapa kena ikut mereka? Kenapa? Sebab tak cukup yakin ke...Yahudi guna duit2 kita tu untuk hancurkan saudara kita? Nak tunggu diorang hinggapkan sebutir peluru berpandu kat Malaysia baru kelam kabut nak boikot?

Jawapannya terletak di minda & hati masing2....

Jangan fikir diri sendiri. Jangan ikut kawan. Fikir betul2...Allah dah bagi akal kat kita. Bersama2lah renungkan. Dan yang paling penting....cakap je tak bagi kesan. Perlu ade tindakan.




Dunia ini....

Friday, 25 September 2009

Ni aku jumpa dalam blog someone yg xpuas hati utk satu interview.
Org ni bakal grad dlm AI. Aku saje letakkan kat sini utk kita
renung-renungkan bersama.....


Baik. Aku rasa seperti mau bunuh orang.

Pernah baca posting aku tentang abang panda yg drive lexus?

Alkisahnya, aku ke pejabatnya, untuk interview kerja. Bersiap sekadarnya
dengan sepasang baju kurung, memakai sedikit lipstick warna pink. Pendek
kata sesimple yang mungkin.

Yang penting adalah portfolio. Dimana portfolio inilah senarai sistem yg
pernah aku bangunkan. Tak banyak, tetapi cukup untuk meyakinkan aku punya
kemahiran php.

Sampai saja dipejabatnya, aku dapati ada 8 candidates yg tgh tunggu turn.
Dan aku punya turn. Dan aku tak nampak abang panda itu.

Sempat aku berbual dengan candidates yg lain. Semua pun apply post junior
programmer. Dan hati aku agak senang bila candidates yg lain nampaknya
sumanya fresh graduates tanpa portfolio. Bermakna aku punya sedikit
kelebihan kerana yang lain belum pernah bangunkan sebarang sistem.

Aku pun masuk untuk sesi temuduga. Dua orang interviewer adalah perempuan,
dalam awal 30-an. Dua orang lagi lelaki. Mereka membelek2 resume aku dengan
muka yg agak kurang berminat. Yang menghairankan, mereka langsung tidak
membelek portfolio aku.

Dan, inilah saat yang tiba2 membuatkan aku berang. Apabila salah seorang
interviewer berkata kepada aku..

?°Sory ye dik. Kami tau adik ni bwk portfolio sendiri. Tapi company ini
lebih prefer org yg slim, presentable. Why not u kurangkan berat badan n
try again,?± Sambil tersenyum sumbing.

Kepada Nurul Fatheha Zainal Alam, a.k.a interviewer yang tidak beradab.
Saya tahu anda baca blog saya. Jadi sila baca dengan teliti.

Sebab kenapa orang Melayu tidak maju adalah kerana wujud golongan
berfikiran jumud seperti anda. Sejak bila programmer perlu secantik miss
world? Adakah anda cuma mahu programmer yang tidak menutup kepala, dengan
rambut perang seperti bulu beruk terkena clorox, dengan berpakaian skirt
pendek menampakkan betis besar tiang letrik dan berbaju ketat menampakkan
perut boyot seperti anda? Atau programmer yang mengenakan mekap tebal
seperti mak nyah, memantis kening senipis mungkin dan cuma tahu pakai
visual basic?

Maaf, jika bahasa aku biadap.

Tetapi terima kasih kepada abang panda a.k.a Encik Fawwaz kerana
menjanjikan aku post junior programmer sebaik sahaja aku grad, keesokan
harinya setelah aku tinggalkan portfolio aku kepadanya. Tetapi Encik
Fawwaz, saya tidak mahu bekerja di syarikat anda dengan manusia yang tidak
tahu adab. Dan tolonglah update staf anda dengan current programming
language. Sesungguhnya untuk bersaing dengan company lain, simpanlah VB yg
sudah berhabuk itu.

Noktah. Itu prinsip saya. Maafkan saya. Saya tidak mahu bekerja di sebuah
software house yang stafnya berpakaian seperti pelayan kelab malam. Saya
harap Encik Fawwaz tidak tersinggung. Anggaplah ini satu teguran, untuk
memastikan kejayaan yang diraih adalah dengan keberkatanNya.


and bawah ni ialah reply drpd salah seorang interviewer yg baca blog org
ni.....


Aa'ha said,
March 11, 2009 @ 12:42 am

What the hell do you mean by your redish wording? You just so fuckin rude!
Let me say this;
U tak lulus temuduga dengan kitaorg sebab kitaorang dah buat homework pasal
you berdasarkan maklumat dlm resume yg u hantar seminggu sebelum interview
and we?¯all trackback ur blog.
we all rasa u ni islamic freak berdasarkan posting u dlm blog.
guess what? we all tak mahu org mcm u sebab u nanti bermasalah nak
accompany customer karaoke @ minum2. sebab u org kampung yg tak tau sosial
dan pakai tudung macam mak nenek!!
kalau u rasa nak keja dekat company besar u better jgn kolot sangat sebab
u?¯ll never make it dgn cara u ni.u perlu sedar u hidup tahun 2009 bukan
zaman nabi dulu!!
and thanx-a-lot sbb tak terima job ni becoz we all memang allergic dgn org
yg konon2 islamik mcm u.

apa kata u try mintak keja dengan masjid kat kampung you?? buat sistem
masjid ke?

chill?-?-?-.

(APE KEJADAHNYE BLAJA TINGGI2 WAHAI INTERVIEWER OIIII....)

Saki baki hari......

Tinggal beberapa hari lagi aku nak memflykan diri ke Mesir. Sedih ke suke? Sayu ke excited? Jawapannye....tade perasaan kerana sesungguhnye, amat sukar untuk mendescribe sesuatu secara tepat dan benar.

Bile nak balik sane balik?
(Tanye mereka2 yang curious + caring, huhu. )
Minggu depan...
Laa...kejap je cuti?? Bile balik sini hari tu?
Akhir bulan tujuh....
Ohh...lamenye cuti.
(Cam keling kan?)

Maka aku pun tertanya2 pada diri. Ape aku dah buat selama hampir nak dua bulan kat Malaysia nih? Dulu panjang lebar senarai aktiviti yang nak dibuat kat Malaysia. Rase2nye, 1/10 je kot yang dibuat hehe. Quote biase: Manusia hanya merancang, Allah yang menentukan....

Pejam celik, pejam2 celik....tinggal lg seminggu lebih nak balik sane. Time ni la rase cam tak cukup mase nak buat itu ini. Nak jumpe kawan2 la, nak jalan rumah mak cik la, nak beli barang2 la, nak snap banyak2 gambar la, nak tingkatkan khidmat masyarakat la (bajet terlebih2....). Ntah mane yang sempat.

Namun, keterkilanan kerana tidak sempat berjumpa dengan majoriti kawan2 tetap kurasakan. Masing2 ramai yang dah balik U. Ade exam final maa!! Sape2 pun xleh la nak cakap ape2....

Tapi aku sangat bersyukur dapat jumpe ngan beberapa sahabat: Adibah (kawan first aku jumpe since balik Malaysia!! Thanks dib....), Thackey, Iqbal & Pijai (yg xpenah jumpe time kat Mesir), Nuar, Hafis, Dayat, Faqrul (walaupun beberapa saat...haha), Herda!! (nasib baik jumpe kat rumah Nuar), The AlBam2 (Tem, Teq, Dekna, Faizah, Yan, Skeen, Faz, Sap, Ermin, Fakhrul)- thanks 4 coming, and of corze, my usrah family (same la tuh): Achik, Husna, Aida, Meen, Arfah, Hajar, Jee, Fatin, Wani, As'ad, Din, Hanif, Syahril, Rahman, Hidayat...dan beberapa lagi). Terima kasih lah banyak2 kepada anda semua ye.

Tertunai juga hajat nak berjumpa ahli keluarga 'besar' belah ibu n ayah walaupun dalam suasana yang kurasakan sangat pelik. Abang Ikhwan & Bang Long Faiz masing2 dah nak tunang (ish3....da besar sumenye. Dulu same2 main kejar2), Bang Ngah yang first time borak ngan aku (terharu2...), Tasha yg makin meninggi lagi, Haziq yang time kecik2 mandi same2 (urgh...malu2!), Mira yg makin lawa lagi, Illya, Fatin, Afiq, Kemal (makin STAR skarang), Nadia & Nisa yang dah nak PMR, Aisyah & Ayish & Azam yang tahun depan nak PMR, Syahira & Hajar & Apai yang baru habis UPSR, serta mereka2 yang kanak2 ribena ( Athirah, Tasnim, Tariq-hensem!!, Muzdahir, Ziyaad-kecomelan tahap xbleh describe, Icad, Iki, Arissa, Atin, Adif, Aim, Pia, Akil-yang makin rajin berborak, Isya, Wafa, Nina, Zati, Danial, Ilani, Rayyan, Luth Iman-suke 'kuase' (puase), Kautsar-tembam, Mira n Tira anak Umi, serta beberapa lagi yang xsempat nak disebutkan name kerana sekiranya disebut semuanya, maka cram la jari jemari ini, huhu).

Hampir keseluruhan rumah family telah ku 'serang' walaupun x semuanye. Saki baki hari mungkin dispendkan untuk membeli belah barang2 nak bawak balik. Perghhh....giler banyak nak kena bawak. Yes, KENA bawak!! Paham2 kan maksud itu ...wahahah. Lepas ni xde can la nak jumpe longgokan peket2 ikan bilis, udang kering, perencah adabi itu dan ini, plastik ais krim malaysia, dadih, kuih muih tradisional, serunding, air perisa jagung (pergh...sedap giler), ayamas...apsal sume aku listkan makanan jek?? Hehe...(blushing).





Lepas ni, kembalilah aku seperti asalnye (cam gamba kat atas tuh). Yang diselubung benda ijau tu bukan kawan2 yg saje main nyorok2, tapi tu la cadever a.k.a MAYAT yang kami temui 3 kali seminggu...yay!!





p/s: memerah otak pikir nak buat ape + demam mengehadkan aktiviti T_T

Hatiku terpikat.....

Wednesday, 23 September 2009

Semua kawan2 mesti nak tanye soalan cepu emas ni: BEST X RAYE KAT MALAYSIA??
Raye pertama, sampai la sekarang ni pun orang masih tanye soalan yg same. Adoiyaiii....letih gak nak jawabnye. Tanye la soalan lain ke...baju raye bape pasang tahun nih? Duit raye banyak dapat? Brape banyak jenis kuih raye buat? (ecece...nak kate buat kuih la tu kan...huhu)

Seperti biase, aku jawab dengan jawapan paling simple: Alhamdulillah, ok la...

Sesungguhnye, bukan nak kate x best raye kat sini. Memang la best.... Sebab ape best? Ntah la, huhu. Tapi tahun ni adalah kali pertama aku raye sambil demam panas menggila! Aduishh....xterkata terkilannye diri ini. Kawan2 tanye bile nak wat open house? Err...tiada jawapan bagi soalan itu kerana aku mmg xlarat nk basuh pinggan sendiri. (haha...bunyi cam teruk sangat je)

Nak ikut kawan2 konvoi pun cam xde selera je. Ape hal ntah. Makan xlalu (tp berat same je, huh!), mandi basah la jugak (nasib baik).

Kesian kat ibu n ayah melayan tetamu yg datang bagaikan tsunami tanpa pertolongan anak perempuannye, huhu. Bukan sengaja bermalas-malasan, tapi mungkin xdiberi keizinan olehNya.

Sebenarnye bukan nak cite pasal raye kat sini. Tajuk tu...nak mengisahkan ttg seorang jejaka yg berjaya memikat hati ini....hehe. (cam saspen je bunyi kan)


Pada suatu malam, kira2 pada hari raye ketiga, iaitu semalam....seperti biase, selepas isyak, aku terus membungkus diri dengan selimut tebal sambil menggigil macam orang 'high'. Sebarang sumber angin tidak ku benarkan berada dlm bilik tuh, huhu. Sebab ape? Kerana ia bisa menusuk tulang belulang bagaikan jarum yang tajam. Perghh....xbley describe maaa.... Tapi masalah timbul apabila aku baring, mesti kepala dan leher sakit mcm nak patah. Setelah beberapa ketika pusing kanan, pusing kiri, aku decide nak kuar bilik, tengok tv.

Krreeett....bukak je pintu, nampak ade tetamu dtg membawa rezeki. Kawan ibu rupenye. Seorang lelaki, bersame anak lelakinye. Sekadar senyum tanda hormat la kat mereka. Aku terus ke ruang menonton tv. Sambil tu memikirkan dlm kepala otak...kenapa la pak cik tu pandang aku semacam je??? Ade jerawat batu ke kat muke aku ni? Xsyok la kalau ade, huhu. Cek2....rupe2nye, aku pakai telekung! Yup, lengkap bertelekung! haha....Sebab sejuk bebenor. Sweater sume kat Mesir, so pakai je la telekung. Kan senang, hehe.

Ibu membebel setelah meletakkan tangan di dahiku. Tak surut2nye demam. Aku disuruhnye makan. Aku dengan pantas menuju ke dapur....(walaupun demam, perut tetap merengek minta diisi, hehe). Sampai je dapur....WAAAH!!! MIHUN GORENG!!!! Faveret ku seumur hidup! Memang xleh miss ni, hehe. Aku dengan pantas mengisi pinggan dengan mihun masakan ayah.

Dengan pantas menuju ke depan tv. Makan dengan penuh penumpuan, kenikmatan, keasyikan, ke..ke....macam2 lagi, haha. Time tu cite Evolusi KL Drift sedang tertayang di tv. Aku xtengok pun, tumpuan sepenuhnye kuberikan kepada sepinggan mihun, hehe.

Tiba2 datang seorang kanak2 lelaki berbaju merah, berseluar jeans, berjam tangan, rambut kemas, comel orangnye.

Hello! Dia menyapa aku yang sedang menikmati makanan terlazat di dunia.

Aku hanya mengangguk sambil senyum kambing.

Aku: Dah makan ke?

Sudah, baru tadi. Jawabnye sambil duduk di sofa.

Mula2 aku memang bajet xnak borak ngan dia sebab xde mood + tengah makan makanan best kan...hehe. Tapi tibe2 aku tergerak hati nak berbual ngan budak tu.

Aku: Name sape?

Hafiz.

Aku: Brape tahun? (soalan typical, huhu)

Tujuh tahun, tapi belum tujuh lagi. Sikit lagi nak tujuh tahun.

Aku: Ooo...tahun depan sekolah la kan.

Dia hanya mengangguk sambil memandang ke arah tv. Khusyuk dia menonton.

Aku: Cite ape tu ha? (bajet xtau...)

Evolusi KL Drift.

Aku: Best ke? (aku xpnah tengok)

Errmm....tengok je la dulu. Esok ade cite Sifu dan Tongga. Lusa ade cite....(ape ntah dia kate...aku xbrape ingat). Tapi Hafiz suke tengok Sifu dan Tongga.

Aku: Ooo...best eh? Tv brape cite tuh? Pukul brape?

Sume tv 3. Pukul 9 malam tiap2 hari. (jawabnye penuh yakin)

Perghhh....mesti dia hafal jadual rancangan tu, huhu. Dia bangun dan menuju ke arah Aiman yg sedang melayan FB. Pastu dia dtg balik, bawak kamus English-Melayu. Ehh...budak ni bace ke kamus? Kalau bace, ini sangat baik!

Kakak ade permainan x? (bertanye dengan muke serius...tp still sgt comel)

Aku: Err...permainan macam mane? Robot?

Ha ah....ade x? Hafiz nak main la kak.

Aku: Hafiz suke main robot eh? Transformers??

Dia mengangguk sambil menunggu jawapan dariku.

Aku: Akak xde permainan la....akak dah besar. Abang pun xde rasenye sebab sume dah besar.

Hmm...betul jugak. (menjawab sambil menyelak2 kamus)

Aku: Hafiz suke bace buku ke?

Aku xdengar jawapan die, mungkin sebab dia menunduk sambil bace kamus tu.

Aku: Tahun depan Hafiz skolah mane? (still nak borak, haha)

Yang tu.....(jawapan selebihnye aku xdengar)

Aku: Ape?

Yang tu jangan ditanye....(terdiam seketika mendengar jawapannye...)

Aku: Kenape? Ooo...sebab xtau lagi ek?

Ha ah...(sambil mengangguk)

Uishhh....bijak budak nih. Aku dapat rase sesuatu yang special ttg dia ni. Maka aku teruskan berbual dan berbual. Tiba2....

Ibu: Hafiz tengok cite ape tu?

Evolusi KL Drift. (cepat2 dia bangun menuju ke ruang tamu)
Kenapa? Tak boleh ke tengok cerita lumbe haram tu? (soalan menarik....)

Ibu: Ehh....haram ke cerita tu...tak kan. Boleh tengok, tapi jangan ikut....

Ok. Hafiz x ikut. Mane boleh buat benda2 haram (dia berkata sambil kembali ke tempat aku berada)

Sah2 la budak ni bijak. Firstly, otaknye ade memori kuat. Kedua, senang nak bentuk dia ni. Umur camtu da tau halal haram. Ketiga, curiosity yang tinggi tp terkawal. Keempat, membaca dengan baik sekali! Baru 6 tahun.... Aku banyak je jumpe budak darjah 2 xreti bace lagi.

Aku teruskan berbual dengan dia sampaila ayah dia ajak balik. Sambil berdiri kat sisi pintu, aku merenung Hafiz memakai stokin.

Kakak boleh tolong?

Aku pun dengan pantas duduk kat sbelah dia, tolong pakaikan stokin dia. Selama ni aku xde la suke sangat nak layan kanak2 ribena. Tapi ntah kenapa...kali ni aku rase senang plak ngan budak ni, hihi.

Kenapa kakak pakai telekung??

Aku: Akak demam la...rase sejuk sangat. Sebab tu pakai telekung.

Ooo...ermm....kakak bace la Yaaasiiinn. Nanti, Allah tu bagi sihat. (katenye dengan tenang)

Gulp! Terkedu aku beberapa ketika. Ya Allah...pertama kali dalam hidup ni aku dengar kanak2 lelaki berumur 6 tahun berkata2 begitu! Budak baya aku pun belum tentu bagi nasihat macam tu!! Ya Allah....bersihnye lah budak ni. Rase sebak pun ade.

Aku: Ok....doakan akak ye.

Ok. Terima kasih kakak. (Sambil bersalaman)

Tanpa aku sedar, senyuman kat muka masih terukir. Aku terus menuju ke dapur untuk bertanya sesuatu kat ibu.

Aku: Peramah kan Hafiz tu bu...(aku memulakan perbualan, huhu)

Ibu: Ha ah...(sambil menceritakan perbualannye dengan kanak2 comel tu)

Aku: Dia tu anak sape bu? (ntah kenapa aku tanye soalan tu. Mungkin sebab ibu kate dia anak angkat, jadi aku curious nak tau dia anak sape)

Ibu: Xtau la ngah. Kawan ibu tu kate, mak ayah dia xnak dia. Diorang bagi dia kat bidan mase umur dia 3 bulan. Kawan ibu tu la yg ambik dia. Xtau sape mak ayah dia.

Ya Allah....terasa remuk hati mendengar kisah kanak2 itu. Sampai hati mak ayah dia bagi dia kat orang lain. Aku ingatkan diorang dah xde ke.... Yela, mungkin ade sebab diorang buat camtu. Tapi aku rase, mesti diorang menyesal sebab Hafiz tu baik, bijak, comel, sopan-santun....sume2 lah.

Rase bahagia dapat kenal budak macam tu. Terlupe seketika yang aku tengah demam, huhu. Tersenyum riang je sepanjang malam. Sesungguhnye, aku memang terpikat kat budak tu :). Senpat gak berhasrat dalam hati, kalau ade anak nanti, harap2 dapat yang baik macam dia dan baik sampai bila2.

Semoga Allah pelihara dia di dunia & akhirat.

Dulu2~

Thursday, 17 September 2009

Ada satu hari ni, aku pun on9 la seperti biasa. Bilangan kawan2 yang on9 pun x banyak beza. Tengok senarai kawan2, macam xde yang berniat nak ditegur je...so aku pun bukak la email. Check2...mane tau menang hadiah besar ke hihi.

Tiba2....BUZZ!! pergh...berdesing telinga. Lain macam je kuatnye bunyi kali ni. Aku pun menjeling gerangan siapakah yang berani berbuat demikian. Rupa2nye Ammar, kawan skolah menengah yang dah lame menyepi dan disepikan diri daripadanya.

A: Ko bile nak balik ni?
S: (confuse) Balik mane?
A: Balik ke pangkal jalan la...haha

Eishh...buat lawak plak dia ni....

A: Balik Malaysia la wei
S: Laa...ko xtau pape pasal aku ke? (ecece...mcm la satu dunia tau aku dah balik, huhu)
A: Mane la aku tau. Ko da lame mendiamkan diri
S: Aku da sebulan setengah kat Malaysia ni laa....
A: Laa...yeke??? Ko xbgtau aku pun
Alaa...xkan sume orang aku nk kena bagitau plak. Paham2 sendiri la kan, hehe.
Beberapa ketika berbual ringkas dengan dia, teringat kembali zaman2 kat skolah dulu.
Dulu aku seorang pengawas. Ye, pengawas...bukan pengganas. Uniform berbeza warna daripada org lain. Namun tiada rase bangga di situ. Selalunye, bile jadi pengawas ni, susah orang nak kawan dengan kita. Sebab ape? Takut agaknye, huhu. Banyak je kes budak2 ni bila dah jadi pengawas, dulu2 ade 20 kawan, tinggal 2 orang je. Macam2 hal....

Tapi bagi aku, lain pulak halnye. Ntah macam mane, naik je Form 5, aku makin ramai kawan. Dan yang bestnye, kawan2 ku ade yg dikenali sebagai 'RULES BREAKER'! Cam xcaye je kan...

Antaranye Ammar ni lah. Mungkin sebab same kelas dari Form 3, senang je nak kamceng ngan dia ni. Paan, Zaim...termasuk la jugak. Yang paling menghairankan kawan2 lain, aku turut berkawan dengan budak2 laki yang orang xsangke orang macam aku ni ade kawan camtu. Fakhrul, Hafis, Anwar, Hazwan, Azizi dan beberapa lagi. Sampai ade kawan perempuan aku tanye 'Camne ko bleh kawan ngan diorang???' (soalan ditanya dengan reaksi terkejut beruk)

Jawapan aku time tu satu je: BOLA

Yeaa...bola lah yang menjadikan aku kamceng dengan jejaka2 sekolah tu dulu hahaha. Bukannye aku kawan sebab nak meningkatkan bilangan kawan, bukan jugak sebab nak jadi famous...atau yg sebagainye. Bagi aku, bila ramai kawan, maka banyaklah pengalaman dan ilmu tambahan yg kita dapat. Kawan dengan perempuan dan kawan dgn lelaki memang la xsame. Sesungguhnye aku berbangga berkawan dengan kedua2nye, hihi.

Persahabatan aku dengan mereka yg lelaki biasenye bermula dengan perang bola. Saat2 indah mempertahankan team bola masing2 sentiase bermain dlm ingatan.

>Liverpool?? Ape jadahnye team tu....
>Blah la weii...Walk alone je lah ko...

Kata2 di atas mmg nampak dan bunyinya kasar. Tapi selama hampir dua tahun aku dihujani dialog seperti itu, aku pun terlatih menjadi seorang yg xberapa senang nak ambik hati. Betul la kan? Mane ade laki yang cepat nangis, cepat ambik hati, cepat merajuk haha. Ape yang baik kita ambik, yang buruk kita buang jauh2.

Pengalaman bersahabat dengan mereka membuat aku senang bergaul dengan masyarakat kemudiannye. At least aku tahu 'topik' yang sesuai untuk diperkatakan kepada pelbagai golongan masyarakat. Lama kelamaan, bilangan kawan pun jadi makin ramai tanpa perlu bersusah payah.

Satu peristiwa yg aku sangat2 xboleh nak lupa....antara kawan & tanggungjawab. Dari peristiwa tu aku mengerti, kebanyakan budak laki lebih memilih kawan antara keduanya. Buktinya??

Suatu hari....kami (pengawas2 sekolah) ditugaskan membuat spot-check ke dalam setiap kelas dan mengambil sebarang barang2 haram sekiranya di bawa oleh sesiapa. Handphone termasuklah jugak dlm senarai barang haram. Dah selesai buat spot-check kat sume kelas, kami pun masuk ke kelas masing2. Nak jadi cerita, Ammar bawak handphone time tu dan aku nampak dengan mata kepala sendiri.

Aku menoleh ke arah Izzuddin (ketua pengawas yg jugak classmate kami) yang tengah rancak berbual. Kalau ikutkan, on the spot aku nak cakap kat Din, Ammar bawak handphone. Ntah kenapa tiba2...aku melengahkan niat nak bagitau Din. Tiba2 aku terfikir....ape perasaan Ammar kalau tau aku yg bagitau Din? Mesti dia bengang kan? Kawan sendiri yang laporkan. Kalau aku jadi dia...memang ade possibility putus kawan la, huhu. Pikir punye pikir...disebabkan kurang pengetahuan dan pembacaan, aku decided nak bagitau Din tanpa merevealkan aku yang report.

Dan sesungguhnya, tatkala melihat perubahan reaksi pada wajah Din time dia baca note tu, dan dia terus menghampiri Ammar, satu badan aku menggigil. Ishh...betul ke ape aku buat ni? Rase serba salah xbley blah. Semenjak tu, selama beberapa hari aku mengelakkan diri daripada bercakap dengan dia. Aku pun xtau same ade Din jumpa atau x barang tu. Sengaja xnak ambik tau.

At the same time, aku teragak nak tanye beberapa orang budak laki. Kalau diorang jadi aku, ape diorang buat? Jawapan mereka same: Tidak akan melaporkannya walaupun kesalahan yang dilakukan adalah lebih berat.

Gulp. Tercekik aku dengar jawapan tu. Sesungguhnye, mereka lebih mengutamakan kawan. Walaupun ade di antara mereka yang aku tanya tu pengawas sendiri, jawapan tetap same. Barulah aku tau macam mane mereka ni, huhu. Tapi, as I grow older....aku teruskan bertanya soalan yang same. Cuma jawapan dah berubah. Katanya, tengok pada orang laa...ade pentingkan kawan, ade yang tau tanggungjawab tu amanah. So, sendiri pilih.

Tapi, as I live, I continue learning something from these people. Dapat2 plak kalau kawan dengan yang alim, tawadhuk kan....lagi la banyak benda yang boleh dipelajari huhu.

p/s: saat paling best time kawan2 datang raye rumah, hihi. masih lagi berbual ttg bola, tapi dlm mood raye (^_~)



Tulis...tulis...tulislah

Wednesday, 16 September 2009

Setelah beberapa ketika membuat tidak endah kepada blog ini, maka beberapa hamba Allah mengutarakan soalan yang sudah lama ku agak:

-Bile nak update blog ni?

-Ko x sambung tulis blog ke?

-Wei! Nape senyap je?

Time tu la baru aku sedar ade orang bace blog ni. Tapi time tu jugak terpikir.....bukan senang nak mengerahkan otak mengeluarkan idea untuk diterjemahkan ke dalam bentuk tulisan. Kita sebagai manusia ni banyak imaginasi. Kadang2 terlalu tinggi sampai x tercapai dek fikiran orang lain. Tambah2 lagi dalam satu masa tu ade 4-5 perkara hebat yang difikirkan. Sampai x cukup tangan nak tulis idea yang melimpah ruah. Kadang2 disebabkan x sempat, idea dibiarkan saja bermain dalam fikiran. Maka terbukulah saja tanpa diketahui orang lain.

Kadang2 tu, dek terlalu memikirkan ayat yang sesuai nak digunakan, lame2 lupe plak ape yang nak ditulis. Macam2 hal...huhu. Ade jugak manusia yang 'takut' nak menulis gara2 tersalah cakap, salah fakta atau serba salah xtentu pasal.

Haha...pape pun, menulis itu suatu aktiviti. Boleh jadi baik, boleh jadi sebaliknye.

p/s: tulis sbb xde idea nk tulis ape...kikikih
Related Posts with Thumbnails