Hope

Hope

Pray

Pray

Work

Work

Repent

Repent

Erk...pahitnye!

Sunday, 30 May 2010

Hari ni, tepat pukul 10 pagi telah berlangsungnya exam praktikal Biochemistry. Sampai-sampai je kat kawasan lab, 'ammu terus suruh masuk lab Biochem, sedangkan kawan-kawan lain berkumpul dalam tutorial class. Itulah akibatnya datang 'on time'. Terus jadi orang terawal masuk exam. Huuu...cuak2.

Dengan penuh teratur, satu persatu student masuk mengambil tempat. Di meja kami tersedia test tube rack bersama 5-6 buah test tubes, 2 batang pipette, 1 cylinder, test tube holder dan beberapa bahan experiment yang membuat kami teruja apabila melihatnya. Muka masing-masing suci je (ke..pucat??) menanti arahan dari doktor. Satu meja ada 6 orang. Setiap orang dapat sample yang berbeza, maka tiada probability untuk meniru (haa...yeke?). Aku satu kumpulan dengan Aida, Sakinah N9, Ammar, Muqsit dan Syah.

Time awal-awal masuk lab keadaan agak kelam-kabut. Ada yang berbual pasal experiment yang bakal dibuat, ada yang musykil boleh bawak nota urine analysis atau tak, ada yang baru nak pakai lab coat, sampai terpecahkan test tube. Kat lab Biochemistry ni, sesi memecahkan test tube agak biasa :). Sambil-sambil geleng kepala tengok sahabat lain, aku capai semula beg yang dah dimasukkan dalam laci. Simpan nota, sebab tak tahu boleh tengok ke tak masa exam. Tengah-tengah bukak beg....keleting! Erk...alamak! Beg aku terlanggar cylinder kat atas meja, lalu ia jatuh dan pecah. Giler blushing time tuh. Semua orang pandang, rasa macam selebriti sebentar. Tak pasal-pasal satu badan menggigil cuak. Ya Allah Sarah...carelessnya! Maka dengan muka tebal, aku memohon lagi satu cylinder kat pembantu makmal. Nasib baik mood mereka ceria. Serpihan kaca atas meja cepat-cepat dibersihkan bila dengar doktor kata markah kebersihan tempat experiment juga diambil kira, huhu.


Itu lah dia cylinder yang aku 'terpecahkan'. Terpaksa diganti dengan yang baru, huhu.

Kami dikehendaki buat 2 experiments: Serum Creatinine dan Urine Analysis. Segala details penting doktor dah tulis kat blackboard, maka tibalah masanya untuk kami mempraktikkan segala ilmu yang ada. Bak kata Ustaz Danial, "Imtihan ni menguji kematangan ilmu". Baik, mari kita lihat sematang mana ilmu kita.

Firstly, group kami kena buat serum creatinine. Mula-mula pipette 2 ml serum dan campur dengan 1ml reagent, iaitu Alkaline Picrate yang berwarna kuning pekat. Mix well dalam test tube, pastu tunggu 20 minit, then pegi dapatkan nilai absorbance untuk sample tersebut dari doktor.


Ini adalah pipette, berukuran 5 ml. Yang kami guna tadi 2 ml dan 1 ml. Cara nak guna pipette ni senang je. Kena sedut ikut hujung pipette sampai ukuran yang kita nak, then adjust dengan ibu jari. Semua orang pun tahu macam mana nak guna. Sambil buat experiment, doktor pantau, soal itu ini dan bagi markah. Alhamdulillah, semua kat group aku berjaya buat experimen pertama dengan baik. Rasanya, semua dapat full marks.

Beralih ke experiment yang kedua. Time ni, doktor bukannya setiap masa kat meja kami. So, doktor dah tak ada, apa lagi...mulut pun tak reti nak diam.

"Weh...kena tuang sampai brape ek nak kire specific gravity nih?"
"Tadi ko baca tak volume urine ni?"
"Eh...mana satu sodium nitroprusside?"
Soalan paling best..."Eh...dah boleh mula experiment ek??" haha.

Ye, memang terasa kecuakannya. Aku sendiri pun menggigil pegang test tube, nasib baik tak jatuh. Entah kenapa nak menggigil. Padahal doktor kat tempat lain time tu. Maka kami mulakan experiment. Bismillahirrahmaaanirrahiim....

Sample yang diletakkan depan kami merupakan urine yang sama ada mengandungi bahan-bahan asing (albumin, bile salts, glucose, ketone bodies) atau normal. Nak tahu sample tu kandungannya apa, kena la buat experiment. Sample yang satu itu perlu dilakukan 4 tests ke atasnya. Heat coagulation test, Benedict's test, Sulphur Hay test dan Rothera's test. Test paling senang dan aku suka: heat coagulation test, hehe. Semua orang buat dengan tenang, sambil-sambil berbual itu dan ini. Meriah jugak la exam tahun ni :).

Beberapa ketika kemudian, nampak la result masing-masing. Ada yang samplenya normal (Aida), ada yang mengandungi albumin (aku) dan ada yang mengandungi glucose dan ketone bodies (Sakinah). Budak laki punya result tak sempat nak tinjau apa. Kemudian, doktor pun datang, nak tanya soalan dan minta setiap orang explain experiment yang dah dibuat. Sampai je kat aku doktor tanya urine sample aku ada apa. Aku jawab dengan yakin :Albumin! Doktor mintak tengok test tube yang membuktikan presence of albumin. Aku pun tunjuk la. Tapi white clouds kat permukaan sample tu dah makin hilang, sebab dah lama buat experiment tu. Doktor suruh buat sekali lagi, sambil tu beliau berpindah ke Sakinah.

Aku no hal je nak buat lagi sekali, sebab senang. So, tuang sample setengah tube, then heat kat surface of sample. Kejap je white clouds dah ada. Aku tengok syok je doktor tanya soalan kat Sakinah. Aku pun tangguh la niat nak tunjuk kat doktor. Teruskan heat. Agaknya, kalau lama sikit lagi, lagi banyak la white clouds nya. Tapi tiba-tiba dengar bunyi kaca retak. Alamak...test tube aku ke?? Aku pun cepat-cepat la jauhkan test tube dari api. Time tu doktor pusing nak tengok result aku. Kebetulan...keletang! patah dua test tube tuh. Hahaha...cuak giler time tuh. Budak-budak lain sengih je tengok aku buat muka tekezut. Doktor senyum dan kata "That's enough, doctor...". Aiyo....


Beberapa results experiment yang ditinggalkan oleh rakan-rakan yang keluar awal.


Macam-macam warna ada. Comel kan? Ini pun diambil dari meja yang ditinggalkan tanpa dikemas, huhu. Excited kot.

Selesai Urine Analysis, kami pergi dapatkan nilai absorbance untuk serum creatinine. Aku punya sample: 0.50. Kira punya kira, terkejut tengok result. 2.5 mg%. Tinggi tuh! Normal 0.6-1.2 mg% je. Aku pun tanya Aida. Result dia pun tinggi jugak, 3 lebih. Tanya pulak Ammar, 1.8 je. Muqsit pulak 1.9. Takdelah jauh beza sangat. Maka, aku dan Aida decide nak buat experiment lagi sekali memandangkan masa masih banyak.

Dengan berhati-hati, aku pipette serum 2ml, masukkan dalam test tube. Kemudian, pipette alkaline picrate 1 ml. Tengah khusyuk sedut cecair tuh, tiba-tiba....gulp! Ya Allah...masuk dalam mulut!! Mak oii...pahitnye!! Rasa nak tersembur kat situ jugak. Nasib baik la tak sembur. Malu kot. Beberapa ketika aku macam stunned, tak tahu nak buat apa. Banyak jugak yang masuk dalam mulut. Sebab aku tertelan sikit, tapi ada lagi baki dalam mulut. Takkan nak telan pulak. So, bergegaslah aku menuju ke sinki, nak buang cecair pahit dan kelat itu. Tapi malangnya keadaan sangat exposed, dan sesiapa pun boleh nampak. Aduii...malu seyh! Sambil sebelah tangan cover muka, sebelah tangan lagi tadah air kumur-kumur. Bajet orang lain tak nampak, huhu. Padahal obvious sangat! Ain datang sambil tepuk-tepuk belakang aku "Ko telan ke...?". Aku sekadar mengangguk. Bukan sengaja la weh....

Lama jugak nak hilangkan rasa pahit. Dah makan gula-gula pun masih terasa pahitnya. Haha...takpelah. Dapat pengalaman merasa Alkaline Picrate :p. Tapi betul jugak kata kawan aku "Nasib baik urine tu tak kena pipette. Kalau tak, free2 je minum...". Eerghh...geli tekak memikirkannya.

Yang menariknya tentang exam tadi, tiada soalan objektif diberikan. Hairan juga dibuatnya (walaupun dalam hati HAPPYYY!). Patut la aku macam nak tak nak je baca nota soalan objektif semalam. Alhamdulillah.....

p/s: teh hijau tanpa gula pun tak sepahit alkaline picrate :p

Tunang: Sudah bersediakah??

Saturday, 29 May 2010

AMARAN: Kisah ini bukan kisah jiwang. Sila hayatinya dengan hati yang bersih dan akal yang sempurna.



Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu.

Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada.

Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini.

Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam.

Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.


Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah (bertunang) apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang..

"Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.


Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh sanubari aku sebagai hamba Allah.

”Malam Pertama...” Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.


Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran.

Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga membuatkan beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah.

Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..."

Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput ana tau!"

Khalilah tersenyum megah.

"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak! "Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.


"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."


Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya.


Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.


"Insyirah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."


Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya.. . Subhanallah. Allahuakbar. "

"Ya Allah, tenangnya... "

"Moga Allah memberkatinya. ..."


Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.


Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.

Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.

Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.


Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku...

Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi.

Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."




Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab...

"Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar. .."

Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut...

"Ini nak, bukunya."

Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan.. ."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.


"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."


-Kisah ini aku copy dari blog seorang sahabat seperjuangan. Semoga kita dapat manfaat dari kisah ini-


p/s: Esok final exam praktikal Biochemistry. Doakan kami semua!!




Debu dan Anatomy dan...

Thursday, 27 May 2010

Pagi-pagi lagi Allah dah kurniakan nikmat bersin. HAAAACHUMMM! Alhamdulillah :). Hari ini hari yang mendung, matahari malu-malu nak keluar. Instead, debu-debu halus yang memenuhi ruang udara kawasan 'Abbasiyah. Bila hari dah terang je, Betty bising-bising mengiau, minta aku buka pintu balkoni. Dia nak tinjau kawan-kawan dia kat bumbung bangunan depan. Kawan-kawan dia burung la, siapa lagi. Buka je pintu, deruan angin membawa habuk dan debu menyelusup masuk ke dalam bilik. Aneh.


Dengan muka hampa, Betty undur balik, terus melantak Friskies. Memang hobi dia, kalau terasa hampa, dia akan melantak Friskies. Kucing kan...nak buat macam mana. Selesai makan, perasaan hampa dah hilang, dia lompat atas katil, terus duduk atas buku Anatomy yang aku tengah syok baca. Haihh budak ni. Memang suka perhatian. Bila aku buat tak layan, mula la dia buat hal macam-macam.


Entah macam mana dia boleh masuk dalam rak ni. Pandai pulak dia selak lapisan plastik tu. Bila aku panggil, dia buat-buat tido. "Betty buat apa dalam tu?" aku bertanya dengan nada serius. Dia segera mengangkat muka dan menjawab "Miau miau miau wauwauwau...". Terjemahannya "Mama ni sebok je la. Pegi la bace buku. Kejap lagi nak exam,". Aku pun teruskan study memandangkan exam akan bermula jam 9.00 pagi.

Tepat jam 8 pagi, dapat SMS dari Husna. Khabarnya, Diana kata, budak Arab kata, diorang punya soalan tak banyak keluar cadaver (mayat), banyak gambar je. Aku bingung seketika. Gambar je?? Habis tu yang kami berhempas pulas revise mayat berjam-jam dulu untuk apa? Pihak universiti tiba-tiba tukar format ye? Aneh...aneh.... Tak apalah, buat je yang terbaik. Sesungguhnya Allah bersama kita semua :).

Sedikit gambaran suasana Final Exam Practical Anatomy For Second Year Students For The Year 2010:


Ini namanya KIDNEY ye, tuan2 dan puan2. Nama kampungnya, BUAH PINGGANG. Dia tak tanya kidney ada berapa pasang dalam badan kita. Yang dia tanya, ni kidney kanan ke kiri? Dan benda apa yang ditanda dengan dawai besi tu? Haaa..macam itu lah soalannya.


Ini pula soalan x-ray. Namakan bahagian yang ditandakan. Sila lah jawab :)


Haaa....ni pulak apa?? Ni merupakan kaki belah kanan seorang (ke sebuah?) mayat. Kami kena namakan bahagian2 yang bertanda.


Siapa tak pernah tengok mayat, ini la contoh mayat yang ada dalam dissecting room kami. Format soalan sama je, namakan bahagian yang bertanda. Yup, benarlah khabar angin yang mengatakan tak banyak keluar mayat dalam exam tahun ini. Terlihat sedikit kekecewaan di wajah rakan-rakan.  Mengapa keluarkan soalan berdasarkan gambar dalam buku, sedangkan yang kami pelajari adalah dari mayat?? Mungkin terdapat hikmah besar di sebaliknya.

Total ada 30 soalan, setiapnya ada A dan B. Maka, 60 jawapan yang perlu kami berikan. Selesai exam, kami pun apa lagi, pot pet pot pet berbincang jawapan. Macam-macam bunyi ada "Alaa...yeke...", "Yeay...betul!", "Eh...bukan left kidney ke tuh?"...dan blablabla. Alhamdulillah, selesai sudah exam praktikal anatomy. Seterusnya, praktikal biochemistry menanti pada 30 Mei ni. Doakan kami ye!


Pelajar cemerlang Nigeria dan Malaysia, Karimah dan Diana. Sama-sama pakai hijau. Rugi aku pun tak pakai hijau, huhu. (Bajet nak dapat aura mumtaz :P).

p/s: kena strive betul2 untuk written & oral exam Anatomy. Everyone can do it!

Amalkan...nescaya selamat

Saturday, 22 May 2010

Tangan menggigil, jantung berdegup laju, peluh dingin terasa membasahi dahi. Aku menoleh ke belakang mencari-cari lembaga durjana itu....

Alkisahnya....

Pulang saja dari Muqattam, aku dan Sakinah decided nak singgah kedai, beli beras untuk rumah. Seterusnya, destinasi kami ialah kedai print. Ada benda aku nak kena print kat sana. Maka sambil berjalan-jalan, kami pun bercerita dan gelak ketawa, menambah eratkan lagi persahabatan. Secara jujurnya, aku memang tidak menjangka apa-apa yang buruk akan berlaku. Kami meneruskan perjalanan sambil berbual-bual. Beberapa ketika kemudian kelihatan 2 orang rakan kelas kami, Fahmi dan Azzam sedang berjalan menuju ke rumah. Hati rasa senang nampak mereka, tapi tak tahu kenapa. Mungkin kerana insiden selepas itu yang membuatkan aku terfikir....alangkah baiknya jika mereka ada.

Ketika sedang elok berjalan, melepasi kedai demi kedai menuju ke kedai print yang terletak tidak jauh dari rumah kami, tiba-tiba aku terasa seperti disentuh dari belakang. Erk... Aku pun menoleh, sedikit berdebar. Terlihat kelibat seorang lelaki berbaju biru sedang lari laju-laju masuk ke sebuah lorong. Langkahku terhenti. Sakinah yang menyedarinya bertanya, "Kenape?". Aku terpinga-pinga, rasa macam tak percaya. Aku memberi reaksi muka terkejut bercampur keliru kepada Sakinah sambil berkata "Orang tu...." aku tak reti nak sambung apa. Sakinah serta merta faham "Ya Allah....".

Kami meneruskan perjalanan menuju destinasi. Pada tanggapan, orang berbaju biru tu dah blah jauh-jauh. Masuk saja ke selekoh, kelibat Fahmi dan Azzam masih kelihatan. Hati rasa tergerak mahu memanggil mereka, namun aku tidak pasti tujuannya apa. Nak mintak tolong? Untuk apa? Entah-entah orang tu dah tak ada. Nanti apa pulak mereka fikir? Waktu siang terang benderang pun nak guna musyrif? Mungkin ada yang fikir kami gila, tak pun manja. Maka aku batalkan niat, dengan harapan orang tu dah tak ada.

Masuk lorong kedai print, aku menoleh ke belakang, sekadar untuk berhati-hati. Dan sangkaanku meleset apabila terlihat lelaki berbaju biru itu di sebalik sebuah kereta putih. Aduhh...apa yang dia nak? Hati mula rasa tak sedap. Badan rasa menggigil, menahan marah. Rasa nak bagi dia chopping kick je. Tapi dia menyorok jauh. Kami teruskan masuk ke kedai print. Sakinah tunggu di luar memerhatikan lembaga tersebut sambil aku berurusan dengan tuan kedai. Selesai urusan, kami menuju ke kedai photostat yang terletak hampir dengan kedai print. Kedua-dua kami sangat berwaspada, memerhatikan kiri dan kanan sambil berjalan. Ternyata lembaga biru itu masih memerhatikan kami. Hati mula rasa berat.

Selesai urusan di kedai photostat, kami terus menghala ke rumah. Namun kami terasa masih di ekori, tapi dari jarak yang jauh. Aku dan Sakinah saling berpandangan. Kami decided tak mahu terus pulang ke rumah. Bahaya kalau orang tu tahu rumah kami kat mana. Jadi, kami teruskan perjalanan menuju ke kedai Big Pencil berdekatan dengan rumah. Ketika melalui lorong rumah kami, terasa sunyi sebab tak ada orang. Degupan jantung makin kuat. Sesekali kami menoleh ke belakang, memastikan agar tidak diekori. Jalan nampak clear, tak kelihatan pun sesiapa di situ.

Ketika nak masuk lorong, aku tergerak hati nak toleh ke belakang. Tanpa disangka-sangka, lembaga biru itu sedang cuba mencapai...aku pun tak tahu apa. Mungkin nak capai beg aku ke, tak pasti. Takkan dia nak capai beg sekolah aku ni. Dalam beg ni duit pun berapa je ada. Tak sampai LE20 kot! Dihantui rasa marah + terkejut, aku buat la muka marah sambil tanya dia nak apa sebenarnya. Lembaga tu yang agak terkejut melihat aku tanya dia camtu, cepat-cepat je nak blah, tapi sempat pulak panggil aku datang kat dia. Pastu dia datang dekat. Rasa marah makin menguasai diri. Astaghfirullah...sesungguhnya tak patut aku biarkan diri dikuasai perasaan marah. Sungguh lemah iman ketika itu. Suatu ketika rasa nak belasah dia dengan beras 5 kilo ditanganku ini. Tapi terfikir jugak, nanti beras ni terbarai...dah tak ada makanan nak makan. Dah la duit tak ada nak beli lagi. Tanpa fikir panjang, aku lari ke arah Sakinah yang berjalan di hadapan, tidak mengetahui apa yang terjadi. "Sakinah, orang tu ikut lagi!" aku berkata sambil berjalan laju-laju.

Otak pun kelam kabut fikir nak buat apa bagi mengelak orang tu ikut kami lagi. Sampai sahaja di hadapan kedai Big Pencil, kami menaruh harapan agar 'ammu kat kedai tu dapat halau orang yang ikut kami. Sesungguhnya, salah seorang 'ammu kedai tu perasan yang kami diekori. Namun dia tersengih je melihat kami. Pelik...sungguh pelik. Kenapa dia sengih je? Tak ada rasa nak tolong ke? Tanpa berlengah, kami pun masuk ke kedai, mencari-cari barang yang tidak pasti. Sambil-sambil tu jenguk luar melihat lembaga biru menanti kami di luar. Ya, dia memang berlegar-legar di luar!

Hatiku bertambah panas. Tangan pun menggigil mungkin kerana perasaan marah bercampur baur dengan takut. Amat bahaya jika kami keluar dari kedai dan terus pulang ke rumah, sebab lembaga tu sangat berani nak meraba di siang hari, time orang tengah ramai. Musykil sungguh. Bukannya aku berjalan seorang diri. Bukannya aku berjalan di malam hari. Dan bukan juga aku berjalan di lorong yang sunyi!

Di dalam kedai, aku dan Sakinah memerah otak memikirkan cara terbaik untuk pulang. Teringat Fahmi dan Azzam yang dilihat setengah jam yang lalu. Mesti mereka ada kat rumah. Kalau mintak salah seorang jadi musyrif, boleh tak agaknya?? Tapi mesti mereka pelik. Siang-siang pun nak musyrif. Namun keadaan tersebut sangat memaksa. Dah 2 kali kena pegang, takkan nak jalan lagi kat luar. Seolah-olah memanggil lembaga itu untuk meneruskan kerjanya. Kami decide nak call musyrif. Malang sungguh aku tertinggal handphone di rumah, dan Sakinah tiada nombor telefon jiran kami. Maka terpaksalah call Kak F dahulu, cerita keadaan sebenar dan minta dia carikan musyrif.

'Ammu kedai tu dah bengang je tengok kami berlegar-legar tanpa beli apa-apa. Namun kami stay dalam kedai sampailah Marami datang. Time dia datang, tengok muka dia buat reaksi pelik. Of course la dia tak tahu perkara sebenar. Aku pun bagitau la pasal lelaki berbaju biru tu. Marami cari-cari lelaki tu sambil buat muka macho + garang. Pastu dia kata lelaki tu dah tak ada. Kami pun meneruskan perjalanan pulang ke rumah. Alhamdulillah, selamat sampai tanpa diekori, namun kami yakin masih diperhatikan.


Sampai je rumah, terus cerita kat Kak F. Macam peluru kami bercerita, haha. Kawan-kawan yang tahu hal tersebut pun ramai bagi respond. Ade yang suruh belasah je Arab tu, ade yang suruh marah dia supaya dia takut, ada yang pesan lain kali kalau keluar bawak la pisau ke, penyembur lada ke. Dan semuanya berpesan supaya berhati-hati lepas ni. Aku pun decide nak call ibu. Kebetulan ibu belum tidur. Silapnya di situ, I should've called dad first. Sebab ibu sudah tentu bimbang. Ayah dengan tenang bagi nasihat. "Kan ayah dah pesan. Setiap pagi dan petang, jangan lupa baca Bismillahillazi la yadhurru ma'asmihi syai-un fil ardhi wa la fissama-i wa huwassami'ul 'aliim. Kalau amalkan selalu, insyaAllah selamat. Jangan tinggalkan tau. Kalau orang tu serang dari arah depan, baca doa Nabi Ibrahim yang ayah ajar dulu tu. Jangan lupa. Yang penting, dalam situasi macam tu kena tenang....".

Ya, aku mengaku. Ada masanya aku terlupa nak amalkan. Astaghfirullaaaaah... Leka sikit boleh mengundang bahaya! Selama ni banyak je dengar cerita akhawat kena kacau dengan Arab. Ada yang kena raba, macam-macam lagi. Tak kena kat diri sendiri, memang rasa tak ada apa-apa. Ada masa, waktu malam pun aku rasa selamat tanpa musyrif. Namun kejadian di siang hari tadi mengubah segalanya.

Tawakkal itu sangat penting, dan perlu ada usaha di sampingnya. Doa memohon perlindungan Allah setiap masa, sebab kita tak tahu bahaya yang bakal menimpa. Sungguh, Allah telah memberi peringatan kepada aku yang leka.

p/s: Kena kahwin la nampaknya. Baru ada musyrif kekal :P



Allah...

Friday, 21 May 2010

Entah berapa kali aku mundar-mandir dalam rumah, lagak seperti tiada arah tujuan. Ku tinjau makanan di dapur, namun tekak kata belum lagi. Ku selak-selak nota Anatomy atas meja, otak kata nanti sambung lagi. Ku buka pula buku lukisan Histology, tangan kata dah letih ni. Ku toleh ke arah katil, namun mata kata belum masanya lagi. Serentak dengan itu, hati menjerit. Kenapa aku rasa kosong dan sunyi?? Aku merenung ke arah bungkusan Friskies yang sudah 3 hari tak bersentuh. Bukan, bukan kerana Betty. Aku sudah immune dengan ketiadaannya. Hati tercari-cari apa puncanya. Mata meliar, mencari sesuatu objek yang boleh menghilangkan kekosongan dalam jiwa. Tiba-tiba terlihat tasbih yang tergantung kemas di pintu almari. Ku capai dan mula berselawat. Teringat pesan ayah: Bila rasa kosong, kembalilah pada Allah. Nanti kita jadi tenang. 


Ketika hati mula khusyuk bertasbih, fikiran mula melayang mengenangkan betapa alpanya aku pada Tuhanku. Setiap hari hidupku dipenuhi aktiviti keduniaan, yang kadang kala terselit di celah-celahnya masa untuk mengingati Tuhan. Namun ku kira-kira, berganda-ganda masa ku lebih banyak ku habiskan untuk aktiviti dunia. Siang ku padat dengan aktiviti yang membuatkan aku sibuk. Andai terdapat masa luang pun, ku penuhinya dengan rehat, atau sukan yang boleh menghilangkan keletihan. Malam ku turut ku penuhi dengan belajar, tidur dan selebihnya qiam, kadang kala. Namun tidur itu sering kali melebihi qiam.

Ya Allah, betapa zalimnya diri ini! Aku terlalu sibuk dengan diri sendiri, hingga aku terlalai dari mengingatiMu ya Allah! Sedangkan Allah tidak pernah lupa kepadaku. Setiap detik Allah kurniakan nikmat kepadaku, agar aku dapat terus hidup, dan mengabdikan diri padaNya. Tapi aku? Aku gunakan nikmat itu tanpa sedar. Aku gunakan nikmat masa, usia, sihat dan nyawaku untuk hal-hal dunia, untuk keseronokanku. Ya Allah, aku terlalu zalim!! Hatiku meronta-ronta memarahi diriku yang alpa ini.

Mengapa aku terus lalai begini? Apakah puncanya?? Teringat pesan ayah: Kalau dalam solat pun kita tak khusyuk, macam mana kita nak khusyuk buat kerja lain. Aku terkedu. Benar kata ayah. Kadang kala dalam solat pun tumpuan ku lari entah ke mana. Takbirku, ruku'ku, sujudku...ada masanya tidak khusyuk! Revision Anatomy, lukisan Histology, assignment dan exam kadang kala ku bawa masuk ke dalam solat. Ya Allah...apa nak jadi dengan aku ni?!! Ke mana perginya daya tumpuanku? Mengapa harus ku fikirkan hal-hal dunia ketika aku sepatutnya memikirkan hanya tentang Allah, Tuhanku yang satu, yang tak layak disamakan dengan apa-apa pun di dunia ini. Ya Allah...aku terlalu zalim.

Ketika pada suatu masa aku mengadu pada ayah, tumpuanku untuk belajar kurasakan seakan-akan hilang. Ayah menasihatiku agar menjaga solatku, menjaga hubunganku dengan Allah, mengingatiNya setiap masa, dalam setiap denyutan nadiku, dalam setiap pekerjaanku, dalam detik-detik yang ku lalui dalam hidup ini. Kata ayah, jika hubungan kita dengan Allah itu baik, insyaAllah urusan kita yang selebihnya juga baik. Ayah mengajakku mengenang kembali saat-saat aku masih di sekolah. Kata ayah, Ayah dan ibu tengok angah busy sangat time sekolah. Lebih-lebih lagi tahun nak SPM. Tapi ayah tak risau tentang pelajaran kamu. Sebab ayah tahu keyakinan dan tawakkal kamu pada Allah sangat tinggi. Dan sebab itu Allah sentiasa bantu kamu. Ayah kagum dengan tumpuan angah. Sejak angah sekolah rendah, ayah dapat lihat tumpuan yang sangat kuat tu. Time kamu nak fly ke Mesir dulu pun ayah masih nampak daya tumpuan tu kat angah. Sekarang ni, ayah dah tak ada dekat dengan kamu, nak ingatkan kamu hari-hari. Kamu mesti disiplinkan diri, ingatlah Allah setiap masa dan janganlah bimbang. Pertolongan Allah sentiasa ada untuk hambaNya yang sentiasa mengingatiNya. Hati tertunduk mengenangkan betapa berdosanya diri.

Menjadi kebiasaanku untuk mencari bahan bacaan ilmiah bagi mengisi rasa kosong. Ku renung beberapa saat ke arah rak buku yang setia memenuhi diri dengan pelbagai jenis buku. Majoritinya buku akademik, buku rujukan, buku cerita, buku motivasi dan sedikit sungguh buku yang mendatangkan muhasabah diri. Tiba-tiba mata tertumpu kepada senaskhah buku yang seolah-olah tersepit di celah-celah buku yang lebih tebal. Aku mencapai buku tersebut. Serta-merta teringat, itulah buku pemberian teman seperjuanganku ketika hari lahirku yang ke 20. Belum lagi aku membaca, mahupun menyelak-nyelak isi kandungannya.



Aku pun berhasrat untuk mengisi malamku itu dengan membaca buku tersebut. Sepanjang pembacaanku, kerap kali hatiku menangis, menyedari diriku telah terlalu terpikat dengan dunia. Betapa selama ini aku sering menuruti kehandak nafsu dan hati, yang inginkan kesenangan, keseronokan dan bergembira serta bergelak ketawa. Sedangkan Allah, Tuhanku dan Tuhan sekalian alam, memerintahkan agar aku takut kepada Allah, dan mencegah diri daripada memenuhi kehendak nafsu. Persoalannya, seruan manakah yang disambut oleh hati? Disinilah letaknya ujian dan dugaan kehidupan. Pilihan hati lah yang menentukan bagaimana keadaan hati sebenarnya.

Jika hati itu tenang dan bersih, seruan Allah disambut dengan semangat yang berkobar, tiada apa pun di dunia ini yang bisa menghalang diri dari mentaati Allah. Namun jika hati itu rosak dan kotor, keindahan dunia dilihat seperti tiada akhirnya, seolah-olah dia akan hidup selamanya. Hati ini sangat mudah tertipu, dan oleh itu ia perlu dipelihara sebaiknya, agar ia sentiasa tunduk dan khusyuk menjalankan perintah Allah. Kerana pada akhirnya, bukan harta dunia yang akan membantu kita, tapi amal ibadahlah yang menjadi teman setia di akhirat nanti. Ketika kita menangis, meraung kesakitan di akhirat, hanya amal ibadat yang bakal bersama kita. Tiada lagi dunia dan isi kandungannya yang dulu kita agungkan.

Allah...hati rasa segar semula. Bagaikan telah diberi makan, setelah beberapa lama diabaikan. Hidup ini bukanlah untuk keseronokan, tetapi ia adalah perjuangan. Sehebat mana pun kita, sedalam manapun ilmu kita, ada masanya kita terleka dan terkapai-kapai keseorangan, menanti seseorang untuk menarik kita keluar dari kepompong keseronokan. Itulah hikmahnya Allah menciptakan manusia di sekeliling kita; keluarga dan sahabat untuk sentiasa mengingatkan kita yang lupa. Sungguh, itulah sifat manusia, sering kali lupa. Dan Dia, Allah Yang Maha Esa, sentiasa ada di sisi kita dan tidak pernah sesaat pun lupa kepada kita.

MAYans' birthday bash

Wednesday, 19 May 2010

Pagi tadi aku punyalah bersemangat nak datang kelas, memandangkan aku bakal menerima kepulangan Betty pada hari ini. Sudah 2 hari aku kehilangan Betty. Hari ni ku rasakan kerinduan bakal terubat.

Sampai saja di kuliah, ternampak kelibat Akmal yang memberi reaksi agak pelik apabila ternampak aku.

"Err...Betty tak kawen lagi. Tunggu sehari lagi la...." dan selebihnya kata-kata beliau aku tak berapa dengar.

Rasa remuk hati mendengar kata-kata beliau. Hancur harapan aku nak bersua muka dengan anak tersayang. Dalam dewan kuliah, aku tak mampu nak selindungkan lagi rasa sedih. Lalu bergenang air mata menyebabkan rakan-rakan sekeliling turut simpati. (Ntah camne tetiba sentimental, hahaha). Itulah akibatnya apabila terlalu sayangkan kucing.



Setelah beberapa ketika melayan perasaan sayu, datang Sue tersengih-sengih sambil berkata "Sarah, kita pegi makan kek nak? Jom la. Aku nak mengurangkan kesedihan ko ni,".

Aku yang agak blur ketika tu.. "Ha??" kek tu ape? Haha. Nasib baik bertanya dalam hati je.

Maka setelah selesai kelas terakhir Physiology pada petang tadi, kami pun beramai-ramai menuju ke rumahku untuk celebrate birthday gadis-gadis yang makin meningkat umur, yang lahir pada bulan 5. Kami terdiri daripada:

DINIE-the cheese cake baker (birthday girl to be. turning 19 soon!)
SUE-the birthday bash organizer
YAT
DIBA
ANDI
FARAH
ALIN- (also birthday girl to be)
AIN
NUHA
SAKINAH-(belated birthday)
SARAH-(me!)



*Kek hasil air tangan Dinie!* ~Sedapnya hingga....~ (thanks girl!)


*Menu berat yang tak berapa nak berat untuk kami yang kelaparan. Mee ape? Jangan tanye.*


*Wajah-wajah ceria + kekenyangan* (Alin is turning 20 soon!)



*Terima kasih juta2 sebab datang & menceriakan majlis*

p/s: kesedihan terubat seketika oleh kawan2 yang ceria.

p/s II: we should do this more often. boleh eratkan ukhwah sesama kita kan?? ^_~


Pulanglah

Monday, 17 May 2010

Hati rasa tak menentu je sejak semalam. Bangun tidur rasa ada sesuatu yang tak kena. Kosong, sunyi. Aku tertanya-tanya apakah punca perasaan ini muncul?


Kerana hamba Allah yang satu ini tiada di sisiku. Dia dibawa pergi pada petang 15 Mei ke suatu tempat di mana dia bertemu dengan suaminya. Masuk hari ni dah 2 hari dia tak ada. Dan aku terbeban dengan rasa rindu yang amat sangat.


Betty selalu temankan aku study. Dia pesan jangan malas baca buku. Tapi dia selalu tidur atas buku aku.


Kalau time nak exam, lagi dia rajin tidur atas meja aku, siap pilih buku tertentu untuk dijadikan tilam. Macam dia yang penat sangat study, huhu.


Tertido sambil study~


Buku dan laptop adalah kegemaran Betty. Kedua2nya sering menjadi tilam beliau.


Kadang-kadang Betty tolong tuliskan post untuk blog. Dia memang pandai menaip.


Ada masanya beliau masuk dalam almari, pura-pura jadi patung. Takut aku marah, dia siap buat mata bulat lagi. Memang comel tak boleh blah.

Betty, bila kamu nak balik? Mama rindu sangat kat kamu~

Ripetere!

Sunday, 16 May 2010

-Ketika menulis post ini, penulis tersenyum lebar mengenangkan pengalaman yang diperolehi siang tadi-

Setelah tamat kelas revision Histology, Sue ajak aku dan Sakinah jumpa Dr. Hany Shawky bagi membuat presentation untuk assignment Anatomy. Masuk je ke dalam bilik doktor, hadir rasa cuak dalam diri, memandangkan tak bersedia apa-apa. Entah ingat atau tak slide yang dah dibuat. Time kami masuk, doktor tengah check slide kumpulan Ayu. Next, kumpulan Yat. Lepas tu baru kami. Ahli kumpulan kami tak cukup, lagi menambahkan kecuakan.

Pujian demi pujian diberikan oleh Dr. Hany kepada kumpulan Ayu. Aku, Sue dan Sakinah saling berpandangan sambil tersenyum cemas. Sebelum beredar, Ayu sempat bertanya kepada doktor "Doctor, how do you memorize all these?". God, I love you Ayu for asking such question. Sebabnya, jawapan yang doktor bagi sangat membantu kami semua.

Dr. Hany yang sedang menghadap notebooknya berhenti menaip dan menanggalkan cermin matanya dengan perlahan. "If you have to teach Anatomy for 30 years, I guess it won't be a problem for you," katanya sebagai mukaddimah sambil tersenyum melihat kami yang tercengang. Kemudian beliau menyambung "Anatomy needs repetition". "Forgetting is normal, you know. If you read it today, it's normal that you'll forget it tomorrow. You are normal human beings," kata beliau sambil tersenyum.

"Nobody who graduated from a medical school remember everything. When you become a doctor, those experiences diagnosing, dealing with patients, are going to help you memorize everything. Not even someone from Harvard is going to remember exactly everything when he graduated," beliau menyambung dengan nada memberi harapan kepada kami. 

"Anatomy is like driving a car. On your first day driving, you are busy looking at the gear that you forget to press the break. But after several time driving, you can chat with your friend beside you while driving. The same goes to me. I teach Anatomy like driving a car like an expert now," tambahnya dengan nada sedikit bangga. Kami ketawa. Doktor memang pandai buat lawak.

"To me, it's like pressing a button labelled 'Upper Limb', then every details come out easily. Don't compare yourself with me," kata beliau sebagai penutup. Kami pun tersenyum lega, mendapat kata-kata semangat daripada doktor.

Tak perlu risau risau kalau lupa. The key is -----> REPETITION.

Teringat ungkapan yang tertulis kat buku teks sejarah "Those who forget the past are condemned to repeat it". Ungkapan ni boleh bagi 2 maksud yang berbeza. So, choose the other one :).


Experiences are going to help us soon!



Lets aim to be great doctors you guys! Happy revising & memorizing! :)



p/s: how could spring be so hot??

Related Posts with Thumbnails