Hope

Hope

Pray

Pray

Work

Work

Repent

Repent

via RJ to Malaysia

Thursday, 29 July 2010

Iqbal: Ko jangan terpengaruh sangat dengan nama dia yang Royal tuh. Dia lebih kurang Egypt Air je. SIA lagi best.
Aku: Oh...yeke? Takpela. Janji sampai Malaysia.    

Hishh Iqbal ni. Bagila support sikit. Iqbal is my friend, belajar di Jordan. Terkejut dia bila aku bagitahu yang aku akan pulang ke Malaysia menaiki pesawat RJ, Royal Jordanian. Bukan dia seorang sahaja yang terkejut, tapi semua orang sebenarnya. HAHA. Yeah, they said ini first time RJ buat flight dari Cairo ke KL. Cool.



Aku bukan pulang seorang diri. KAMI terdiri daripada: Ayu, Fatin, Fare, Diana, Syuhada, Yaya, Ana, Farah, Tiqah, Kak Nisa', Nuha, Ain, Eja, Maryam, Sya-i, Ah dan aku, serta beberapa students Melayu yang lain. Yeah, dah macam Geng Bas Sekolah Ain Shams.

Flight kami dijadualkan berlepas pada pukul 10 malam, 25 Julai 2010 dari Cairo International Airport. Gate untuk check in dibuka 3 jam lebih awal. Maka majoriti kami tiba di airport lebih kurang 3 jam sebelum flight. Aku dan Eja bertolak dari 'Abbasiyah menaiki kereta sewa yang ditempah oleh Eja. Sebelum melangkah pergi meninggalkan 'Abbasiyah, aku memberikan nasihat serta wasiat kepada anak tersayang, Betty. Dia asyik murung je 2-3 hari sebelum aku balik. Kesian.



-Nyorok dalam almari. Konon2 aku tak nampak laa...-


-Murung je Betty ni. Nanti Mama Sofiya jaga dia. InsyaAllah, happy. Didi pun ada juga ^__^ -


-Mama pulang dulu ye. Betty jangan nakal2...-


Jam menunjukkan pukul 7.15 petang, barulah Samad (classmate kami, orang Melaka) call, memberitahu kereta sudah sampai. Aku turun diiringi Sakinah dan Kak F, bersama sebuah beg kecik dan kotak. Beberapa minit kemudian, kelihatan sebuah Avanza dipandu ke arah kami. Aku merenung Avanza tersebut untuk melihat pemandunya. Ya Allah....Paan???! Aku tercengang, lalu memandang ke arah Sakinah. Sakinah speechless. Haha.

Paan, atau nama sebenarnya Farhan, ialah classmate kami, sebaya dengan kami, sama tahun 2 dengan kami. Aku sedikit berdebar melihat Paan yang drive kereta. Ya Allah...


Paan: Ok, jom2. Kita dah lambat ni.  (Kata Paan yang melompat turun dari Avanza diikuti oleh Samad)

Selesai masukkan barang dalam kereta, kami pun bertolak ke rumah Eja.

Aku: Paan, ko ni ade lesen ke?
Paan tersengih memandang Samad. Mereka berdua tersenyum. Gulp. Ya Allah...selamatkan lah kami semua.
Paan: Ade, insyaAllah ade.

Selepas mengambil Eja, kami terus memecut ke airport. Kami dah agak lewat sebenarnya dan ini menggesa kawan2 kami di airport untuk menelefon kami tanpa henti sampai Paan naik tension. HAHA. Kebetulan, mereka juga call sebab nak minta kami tolong compensate berat barang2 yang terlebih. Maka....

Aku: Kesian diorang. Berat strict sangat diorang kata. Ada banyak lagi barang tak masuk.
Eja: Yeke?   (geleng2 kepala)
Tiba-tiba Paan menyampuk.....
Paan: Aku tak paham la pompuan ni. Yang korang nak bawak banyak sangat barang kenapa? Ntah ape la yang korang bawak kan. Aku kalau balik, bawak 2 helai jeans, 2 t-shirt, beg laptop sudah....blablabla, potpetpotpet.

Aku hanya ketawa melihat Paan yang dah macam ayah, membebel kepada anak-anaknya. Akhirnya kami tiba di airport pada pukul 8.40 malam. Kapal terbang akan berlepas pada pukul 10 malam.





-Beratur menunggu turn untuk masukkan barang2. Kawan2 lega bila kami pun sampai-


Selesai semuanya, kami pun melangkah masuk ke pesawat Royal Jordanian seperti yang dijadualkan.


-Sambil menunggu gate dibuka, aku menjalankan kerja2 mengambil gambar-

Flight pertama kami ke Amman. Transit di sana selama 3 jam. Flight kecil je, ada 2 column & 6 seat dalam setiap row.



Dalam flight, aku duduk di sebelah Nuha dan Sya-i.


-Ya, inilah seats kami bertiga. Aneh kan? Seats lain warna kelabu, tapi ada satu seat warna merah. Haaa...siapa la yang bertuah agaknya duduk kat situ-


-Seat merah ni dikhaskan untuk peminat Liverpool + Espana yang kebetulan pakai t-shirt merah time naik flight. Hahaha. Jangan jeles. Memang tak banyak seat warna merah-


-Nama pun Royal, tak sah kalau tak ada crown. Semua benda pun nak letak crown-


-Untuk kawan-kawan yang tanya best ke tak naik RJ, bagi aku ok la. Not bad. Lagipun dalam flight kita semua tidur je kan?-


-Our first meal dalam flight dari Cairo ke Amman-


-Sedap, tapi masin. Sebab ada cheese-





Time kapal terbang nak berlepas, Nuha tanya aku satu soalan.

Nuha: Ape ek Law yang kita guna time blaja pasal terbang2 ni? Law Physics tu....
Aku: Haaa....   (memerah otak cuba mengingat nama Law tersebut. Tahun lepas, senang je perkataan tu keluar dari mulut, walaupun tak ada sesiapa tanya. Kali ni boleh pulak lupa....)
Aku: Alaaaa...ape name dia tu. 
Nuha: Ermm...mula dari B kan?    (juga sedang memerah otak)
Aku: B eh? Bukan V ke?   (ntah mana aku dapat V ntah)
Nuha: Boyle's?
Aku: Bukan laaa...
Kami pun teka la macam2 nama. Sampai masuk sekali Law dalam Physiology. Hahaha.

Aku bertanya pula kepada Sya-i.
Sya-i: Archimedes. Ye eh?
Aku: Tu yang terapung2 tu kan?
Arghhh...semua lupa. Masalah aku ialah....apabila diutarakan soalan yang aku tahu jawapannya, tetapi lupa, maka aku tak boleh duduk diam. Akan cuba juga nak dapatkan jawapannya. Astaghfirullaaah. Dah lama tinggalkan ilmu Physics. Tu la sebabnya lupa. Maaf kan kami cikgu T_T.

Aku: Nuha, jangan tidur. Pikirkan jugak jawapan tuh.
Nuha: Haha. Ye2...tengoh pikir la ni.

Maka sepanjang perjalanan 3 jam tu, kami bertiga tak tidur. Hahaha. Takde keje. Sampai airport kat Amman, mata merah2. Orang lain syok je dapat tidur.

Ain: Lepas ni, nak naik flight, jangan bagi soalan kat Sarah. Nanti kita semua tak dapat tidur.

Hahaha. Cis!

Last2, Farah yang berjaya menjawab soalan tersebut.

Farah: Bernoulli kan?

Kami: Haaa...yes! Cayalah Farah!
Nuha: Haaa...betul la mula dari B.
Aku: Hehe...

Selama 3 jam, kami berlegar-legar di dalam airport di Amman sementara menunggu gate untuk check-in dibuka.


-Mesti ada crown-


-Semua tak sabar nak naik flight seterusnya. 11 jam dari Amman ke Bangkok. Boleh tidur puas2! Haha.-


-Senyum! Tapi ssebenarnya kami sangat mengantuk.-


-Di saat mereka kata mat salleh tu hensem, yang tu kacak, yang tu lawa, aku rasa budak Cina ni je yang comel. -

Setelah 3 jam berlalu, kami pun bersama-sama ratusan penumpang lain beratur menaiki pesawat airbus A330. Besar! Ada 10 seats dalam setiap row. Aku duduk di column tengah, masih bersama Nuha dan Sya-i.

Aku sampai di seat agak lambat, kerana membawa sebuah kotak yang agak berat. Ada kawan minta tolong bawak kan sebab aku hanya bawa beg laptop sahaja. Masuk dalam kapal terbang, aku cek tiket. Seat bernombor 14E. Aku berjalan perlahan menuju ke seat. Setelah dapat cam seat aku yang mana, aku mengerutkan dahi. Apesal ada mat salleh duduk sebelah aku? Seat aku mash berwarna merah. Yang lain warna kelabu. Haha

Aku melihat ada 3 kerusi kosong di sebelahnya. Oh...mungkin itu seat aku, Nuha dan Sya-i. Sampai saja di seat, aku memandang mat saleh tersebut dan buat gaya nak letak kotak kat atas. Beliau terus bangun dan tolong aku letakkan kotak tersebut. Bagus. Gentleman.

Kawan A: Sarah! Jelesnya aku!
Kawan B: Ha ah. Sarah, jelesnya kita!

Aku terpinga-pinga. Apa yang diorang jeleskan?

Aku: Kenapa?

Kawan A: Ko duduk sebelah mat saleh tu. Kitorang dok usha dia la dari tadi.
Aku: Hahaha. Yeke? Well....nak buat camne.

Actually, takde la best pun duduk sebelah mat salleh. Sebab beliau takde lah peramah mana. Dan sepanjang flight, asyik tidur je. Dan ini sangat mempengaruhi aku untuk tidur sepanjang flight. Haha. Alasan! Cakap je la aku memang kuat tidur =P.

Sepanjang penerbangan yang memakan masa 11 jam, kami di serve meal 2 kali. Time makan je la segar. Lepas tu zzzzzzzzzzz. Mujur ada tv dalam flight. Boleh la nak main game ke, dengar radio ke, tengok movie ke. Movie yang disediakan agak menarik, sebab banyak juga movies yang latest. Mat saleh sebelah aku awal-awal lagi dah pasang earphone, tengok cerita She's Out of My League. Sesekali terdengar beliau ketawa geli hati. Mungkin kelakar sangat cerita tu. Aku berbisik kepada Sya-i.

Aku: Sya-i, beria orang ni gelak tengok movie. Haha.     (jangan contohi. ini dinamakan mengumpat.istighfar)
Sya-i: Yeke. Huhu. Sarah tak nak tengok movie ke? 
Aku: Tak reti la nak pasang earphone ni.     (agak kuno di situ T_T)
Sya-i: Oh...yang ni memang macam pelik sikit. Tapi senang je pakai dia. Selitkan ni kat belakang telinga.   (mengajar aku cara-cara memakai earphone)




Kemudian aku pun menonton movie Diary of A Wimpy Kid. Baru je tengok intro movie tu, aku dah tergolek-golek gelak. Sampai mat saleh tu pandang dengan muka hairan. Hahaha. Tadi mengata pasal orang tu. Sekarang aku yang gelak lagi kuat dari dia. Tapi serious, cerita tu memang kelakar. Sya-i hanya ketawa melihat aku. Dia sedang menonton Alice in Wonderland. Nuha pula sedang menonton Clash of the Titans.

Setelah penat tidur, bangun makan, pergi tandas, tidur semula, bangun makan semula, tengok movie, tidur dan tidur, kami pun tiba di Bangkok untuk transit selama sejam. Hanya stay dalam kapal terbang. Tak turun pun.



-Pekerja airport Thailand datang membersihkan pesawat yang dikucar-kacikan oleh kami.-


Sejam kemudian, kami meneruskan penerbangan ke Kuala Lumpur International Airport. Kami dijangka tiba pada pukul 7.45 petang waktu Malaysia, lewat setengah jam dari jadual asal. Kami tiba pada 26 Julai 2010.

Alhamdulillah, selamat sampai ke tanah air. Kami semua senyum sampai ke telinga. Tak putus-putus mengucapkan alhamdulillah. Tak sabar nak jumpa keluarga dan sanak saudara!



-Menunggu bagasi-


-Beberapa orang di antara kami akan mengambil flight domestik keesokan harinya ke Terengganu-

On the way dari airport ke rumah, kami berbual-bual. Hanya ada ibu, ayah dan aku. Aiman di UiTM Segamat.

Ayah: Angah lapar tak?
Aku: Tak sangat. Tadi dalam flight dari Bangkok tu dia bagi makan.
Ayah: Ooo. Kita singgah kedai dulu la ye. Ayah lapar ni. Lepas tu kita pegi makan durian kat rumah nenek.
Aku: Durian???    (pengsan)



-Home sweet home-


-Menu malam itu di rumah nenek: Sate dan......


.....tadaaaaa!

Teringat pesan seorang kawan: Kalau ko makan best-best kat Malaysia tu, ingat-ingat la kawan2 ko kat sini. Baik. Disebabkan aku ingat kawan2 di sana, maka aku post kan gamba-gamba ini. Enjoy! ^___^

-The end-

p/s: tahun ni aku berazam tak mahu jet-lag lama sangat. Sehari dua ok kot. Tahun lepas 2 minggu! Haha =P.

Misi Jersey

Thursday, 22 July 2010

Tahun ni tak ramai yang kirim barang untuk dibawa pulang ke Malaysia. Maka tugas aku sebelum pulang amat mudah. Setakat hari ni, yang dikirim hanya satu: Jersey pasukan Mesir. Dikirim oleh adik tersayang, Aiman.

Aku: Ibu nak kirim ape2 tak?
Ibu: Takde pape la ngah.
Aku: Jubah ke...untuk raya? Tak nak?
Ibu: Alaa...jubah kat Malaysia lagi cantik2.

Aku: Ayah, nak kirim ape nak bawak balik Malaysia?
Ayah: Apola yang ayah nak kirim. Takdo po la.

Aku: Mok nak kirim pe?    (entah kenapa aku masih panggil Mok sedangkan dia dah kurus. Yelah, takkan nak panggil Rus kot. haha)
Aiman: Erm.....jersey. Jersey Mesir.
Aku: Kamu pakai saiz ape ha? M eh?
Aiman: Erm...S la. Beli S.   (ceh...bajet kecik)
Aku: Yeke? Angah beli saiz besar sikit dari angah la eh?
Aiman: Eh...kecik, lagi kecik dari angah. Biar fit. Wahahahaha!
Aku: Cet!


Maka pada hari ini, aku membawa diri ke City Stars bagi misi mencari jersey pasukan Mesir untuk Aiman. Boleh je beli jersey cetak rompak kat Hussein. Tapi ni Aiman la....takkan nak dia pakai jersey tak ori. Huh. Lagipun berbeza sangat jersey ori dengan cetak rompak. Ade ke patut dia letak jenama Juhaynah kat belakang jersey team Egypt? Dah tentu la tu tak ori. Note: Juhaynah tu jenama produk tenusu di sini.

Sampai di City Stars, langkahku yang macam kilat tu terhenti seketika. Eh...macam mana rupa jersey Egypt ek? Lupa pulak nak google sebelum pegi tadi. Aiseh....


-Ni la rupa City Stars. Semua gambar dalam post ni aku google je-

Aku mendongak, mengira-ngira berapa tingkat shopping mall itu. Kat mana nak cari? Yang penting bukan sama level dengan Spinneys. Setelah berfikir sebentar, aku berjalan pantas menuju ke kedai Adidas. Kat tingkat berapa entah. Sambil berjalan, dalam hati tak putus-putus bermonolog. Macam mana rupa jersey Mesir? Adidas ke? Entah2 Nike kot. Inilah kali pertama dalam hidup aku membeli jersey. Selama ni kat Malaysia, pernah juga teman Aiman beli jersey bola. Dia memang minat sangat beli jersey. Nak buat koleksi agaknya. Tapi pelik, time raya pun pakai jersey.

Aku melangkah masuk kedai Adidas. Macam biasa, kat sini jangan nak expect salesgirl atau salesman nak greet kamu kat depan pintu. Hanya Arab kaya dan bergaya saja yang dilayan. Aku meneliti setiap sudut kedai itu. Ada beberapa pelanggan sedang dilayan oleh jurujual. Ada juga beberapa orang jurujual berdiri saja, tak buat apa-apa. Aku buat la muka nak request sesuatu. Dia pandang, pastu pergi blah tempat lain. Cis. Baik aku cari sendiri.

Aku mula meneliti dan membelek-belek jersey adidas. England, Holland, France....banyak juga jersey yang ada. Aku masih memerah otak memikirkan bagaimana rupanya jersey Mesir. Mesti merah warnanya. Aku berjalan lagi sambil memerhatikan setiap jersey yang tergantung. Sesekali aku pandang jurujual yang tak buat apa-apa. Mana tau, kot2 dia nak tolong aku. Tapi dia buat tak heran pun.

Tengah leka mencari, tiba-tiba mata terpandang jersey yang amat familiar.



Eh2...jersey Spain! Senyuman terukir sampai ke telinga. Hati jadi berbunga2. Aku belek2 jersey tu. Harga boleh tahan. Kalau convert harga Malaysia, kira lagi murah. Alaaa...tapi buat apa nak beli. Aku bukannya pakai jersey. Kalau beli untuk Aiman, merajuk pulak dia nanti. Haha.

Di belakang jersey itu, tergantung sehelai t-shirt Espana berwarna merah.


Weeee~ Berbunga betul hati nampak t-shirt tuh. Last2 aku tibai t-shirt Espana tu. Harga boleh tahan murah. Lagi murah dari jersey. Nanti balik Malaysia boleh pakai kat rumah, sambil promote kat Aiman ngan ayah: Spain menang World Cup. Jom pakai t-shirt Spain! Haha. Kejam.

Niat datang City Stars dah bertukar. Astaghfirullaaaah. Aku terus mencari jersey Egypt. Bertentangan dengan jersey Spain tu, tergantung jersey berwarna merah bertulis Al-Ahly. Jersey pasukan Mesir, ala2 Manchester United. Aku merenung jersey tersebut. Tapi Aiman nak national team Egypt. Ish....

Tengah syok2 merenung jersey Al-Ahly, datang seorang budak lelaki, umur dalam 10-12 tahun, berbaju hijau, berseluar paras lutut merembat jersey Al-Ahly tersebut, lalu berlari ke arah ibunya. Alamak....budak nih. Kacau daun je. Aku tengah nak fikir nih. Ku selak-selak jersey lain, hanya ada Chelsea, AC Milan dan Real Madrid.

Beberapa ketika kemudian, budak itu datang semula dan menyangkut baju tersebut. Dia memandang ke arahku, muka penuh persoalan. Aku senyum.

Aku: Erm...lau samah. Haza Misr?  (Excuse me, ni jersey team Mesir ke? Aku bertanya sambil memegang jersey Al-Ahly tersebut)
Budak baju hijau: Yes. But not the national team.   (Dia menjawab dengan yakin.Fasih sungguh English nya)
Aku: Oh...where is the jersey for the national team?
Budak baju hijau: The national team...go to Puma.  (Katanya sambil menunjuk ke arah kedai bertentangan)
Aku: Oh...thank you!  (Muka excited + senyum seindah suria)
Budak baju hijau: But this is the best team!  (Kata beliau sambil menunjuk ke arah jersey Al-Ahly, dan berlari pergi mendapatkan ibunya yang dah nak keluar kedai)

Haha. Ni mesti die hard fan Al-Ahly nih. Lepas bayar t-shirt Espana, aku pergi menuju ke kedai Puma.

Kedai tu tak ramai customer. Sama juga situasinya. Jurujual termenung je, macam aku ni halimunan. Ahh...peduli apa. Tiba-tiba seorang salesman ternampak beg kertas Adidas di tanganku. Cepat2 dia datang, tanya aku nak beli apa. Ceh! Materialistik weh.... Agaknya, kalau aku masuk kedai tu pegang beg plastik Spinneys mesti dia buat tak layan.

Aku: Do you have the jersey for national team of Egypt?    (Aku bertanya dengan muka macho, bajet speaking omputeh. Konon2 anak orang kaya. Haha)
Jurujual: Yes. What size do you want?
Aku: Erm.....  (Aku melihat jurujual tersebut. Mana aku tau size kat sini macam mana.)
Jurujual: My size?
Aku: Ermmm...yes.   (Ye kot)
Jurujual. Okay. It's M. Wait for one minute.   (Dan dia berlalu pergi mencari jersey bersaiz M)

Aku meneliti jersey yang bergantungan. Oh...macam tu rupanya jersey team Mesir.


-Gamba2 ni aku google je-

Beberapa minit kemudian, jurujual tu datang, membawa sehelai jersey berwarna merah. Dia pun tunjuk la kat aku.

Aku: This is the national team?   (Aku masih ragu-ragu)
Jurujual: Yes! Look here.   (Dia menunjukkan tulisan EGYPTIAN FA di lambang jersey tersebut)
Aku: Oh...okay. I'll take it.

Cashier kat kedai Puma yang tadi pandang aku nak tak nak, terus senyum bila aku datang bawak jersey tu. Harap-harap dia senyum ikhlas. Dia menekan mesin kira-kira dan menulis resit pembelian. Nak tercekik aku tengok harga jersey tuh. Hurmm...kalau convert duit Malaysia, standard la harga jersey kat Malaysia pun harga macam tu. Tak pe la...balik nanti claim kat Aiman. Haha. Kejam punya angah!

Dengan terbelinya jersey tersebut, maka selesai lah misi membeli barang-barang untuk di bawa pulang.

Aku melihat jam tangan. Baru pukul 5 suku. Rasa nak cari baju atau skirt labuh la kat sini. Untuk pakai raya. Maka aku berjalan dan terus berjalan, mencari kedai yang sesuai. Hampir sepuluh minit berjalan, turun naik escalator, aku berhenti dan mengeluarkan handphone. Jari jemari pantas menekan nombor kawan.

Tutt...tuttt....

Yat: Assalamualaikum.
Aku: Waalaikum salam. Yat, maaf ganggu.
Yat: Takpe2, tak ganggu pun. Ye Sarah?
Aku: Erm...segan la nak cakap. Kite kat City Stars ni. Rasa nak beli blaus ke, skirt ke. Yat tau tak kedai mana yang ada jual benda camtu?
Yat: Haha. Ooo...kat City Stars rupenye. Erm..biasenye budak Melayu selalu pegi kedai H&M, pastu sekitar kedai tu pun ade jugak. Tak pun kat Fabulous.
Aku: Oh..ok Yat. Thanks.

H&M tu kat mane? Haha. Sah la aku tak penah shopping baju kat sini. Kantoi.

p/s: Kepada ibu, anteh, ummi, atam n andak, angah balik ni, kita mentibang sama2 ye? Lama sungguh tak mentibang bersama makcik2 yang happening ^_^ .

Misi Attabah, Misi Gelabah

Wednesday, 21 July 2010

Maka selesai sudah exam akhir tahun kami sebagai pelajar Tahun 2 di Ain Shams. Macam-macam reaksi muka dapat dilihat time exam oral Biochemistry tadi. Ada yang muka berseri macam pengantin, ada juga yang sugul macam tengah kunyah peria. Walau apa pun, kita semua kena tawakkal ^_^. Itu yang terbaik.

Pada asalnya, plan aku dan Sakinah hari ni nak meneroka Bandar Bintang-bintang a.k.a City Stars selepas exam. Nak cari sedikit barang untuk dibawa pulang ke Malaysia. Fakta menarik tentang kami dan City Stars: Selama 2 tahun tinggal di Mesir, kami hanya tahu selok belok tingkat paling bawah shopping mall itu. Kami tak pernah pun naik ke tingkat-tingkat lain. HAHAHA. Kawan-kawan, sila ketawakan kami. Kalau orang tanya, cakap je la "City Stars tu BESAAAAR sangat! Kami ambik masa 2 tahun nak jalan-jalan kat tingkat bawah je,". Gagaga~

Namun pertemuan dengan Kak Nisa' selepas exam akhirnya membawa kami berlima ke 'Attabah. Mari kita namakannya Ekspedisi 'Attabah. Ahli-ahlinya terdiri daripada: Kak Nisa', Syud, Ah, Sakinah dan aku. Semuanya akan pulang serentak nanti. Maka kami pilih hari ini untuk jelajah 'Attabah, cari jubah dan benda-benda lain.



Lebih kurang pukul 11 pagi, kami berkumpul di stesen Metro Demerdash. Naik Metro pegi 'Attabah weh! Comel tak kami? Kalau naik teksi, mahal. Kalau naik bas sesak, sarat, panas, peluh, campur. Semua tak best. Maka Metro lah pilihan terbaik. Yang bestnya, Metro pun agak sesak siang tadi. Huhu....

Semasa membeli tiket:

Aku: Kita nak beli tiket ape?
Syud: Mubarak. Kat sana nanti kita kena tukar....blablabbla.

Oh...okeh. Bagus. Ada yang tahu direction.




Dengar cerita, kat Malaysia pun dah buat gerabak khas untuk wanita. Tak sabar nak naik. Tak sabar nak rasa selesa, tenang, selamat, dapat tengok pemandangan indah belaka time naik komuter kat Malaysia. Pemandangan indah itu sangat makan dalam. Harap maklum.

Tiba di stesen Mubarak beberapa minit kemudian. Kami bersesak-sesak turun. Seperti yang di jangka, kena naik tren lagi satu. Kami dengan yakin meneruskan perjalanan, sambil tengok peta, detect lokasi 'Attabah. Dengan tenang menunggu tren. Kemudian, dengan yakin kami naik tren. Hanya beberapa ketika selepas tren bergerak, aku tergerak hati nak tengok peta perjalanan.

Aku: Eh...bukan ke kita patutnye pegi arah kanan? Tapi tren ni pegi kiri.
Sakinah merenung peta seraya berkata: Ha ah la....kita salah arah eh?
Aku menatap semula peta perjalanan. Kami sedang menuju arah Massara.
Kuang3.....





Sakinah: Kita dah salah arah ni...
Syud: Ha ah la...camne nih....
Kak Nisak: Wah...first time sampai Massara
Ah: Massara ni tempat ape?

Dialog tu aku reka je.....Kalau orang tanya Massara tu kat mana, cakap je la dekat-dekat ngan Matruh. Ini jawapan orang yang terkilan tak dapat join jaulah ke Matruh =P.


Tengok jam tu. Tulisan Arab! Tak ada kat Malaysia nih. Tetibe je...



Stesen Massara. Kosong, sunyi, lapang. Macam bukan kat Mesir.


Syud: Rase-rasenye, cukup tak bekal kite bawak ni?
Ah: Cukup ni. Kite masak lebih pagi tadi.

Sebenarnya kami beli batotis bittibaan je kat kuliah tadi. Gagaga~


Paham tak? Paham tak tu??

Beberapa minit menunggu, maka tibalah tren yang membawa kami ke 'Attabah. Dari Mubarak nak ke 'Attabah, kena lalu 2 stesen. Stesen first tak ingat sangat nama dia. Tapi ada peristiwa best kat stesen first tadi. Sedang melayan perasan naik tren menuju ke 'Attabah, tren pun berhenti di stesen pertama. 'Attabah adalah stesen KEDUA.  Ketika tren berhenti, mataku terlihat 2 kelibat wanita Melayu yang sedang turun dari tren. Eh2....rasa macam kenal je 2 orang tu. Tapi apsal mereka turun? Jantung terus berdegup laju. Ya Allah!

Aku: Eiii....naaaaaik cepat! Belum lagi laaaaa!!

Terkeluar suara garau aku time tu, sampai mak cik Arab yang duduk depan aku ketawa. Syud turut ketawa melihat aku. Mereka yang turun tadi dengan muka cemas, cepat2 naik semula. Fuhh...nasib baik sempat. Kalau pintu dah tutup.....na'udzubillah. Dan kami pun ketawa sampailah tiba di stesen 'Attabah.



Ini lah salah satu corok di 'Attabah. Panas, sesak....semua lah ada. Barang-barang pun banyak ada jual kat sini. Biasanya, students yang nak balik Malaysia borong kat sini la.


Trafik pun tidak kurang sesaknya. Teringat kata2 seorang kawan: Ape je yang tak sesak kat Mesir nih???




Masih di 'Attabah. Kata seorang kawan: "Saya pegi Hussein pukul 8, pukul 9 dah balik. Senang pegi sorang ni,". Lelaki, memang la. Ambik tu, ambik ni, jalan sikit, balik. Memang senang =P.

Ketika mnuju ke Hussein, azan Zohor berkumandang. Maka kami decided nak solat di kawasan Hussein saja. Nama kampung Hussein ni: Khan El-Khalili. Orang Holland tak kenal tempat nama Hussein. Diorang tau Khan El-Khalili je. Cis.

Ketika masuk ke dalam masjid.....

Aku bertanya kepada seorang remaja lelaki di luar masjid: Fi musolla lissaiyidaat? (Ade tempat solat perempuan tak?)
Beliau: Aiwah...fi. (Ade)

Dengan rasa gembira, kami pun masuk. Jalannya agak bersimpang siur, dan sepanjang perjalanan menuju tempat solat, hanya kelihatan lelaki sahaja. Gulp.

Sampai je tempat solat, seorang 'ammu berkata: Tempat solat perempuan tutup. Korang solat sini je la. Pegi belakang tuh.

Adeh....kena solat kat tempat lelaki pulak. Ahh...bantai je la. Janji solat. Tak haram kan? Lagipun, kat kawasan belakang memang tak ada orang solat. Huhu.




Pemandangan dari dalam masjid. Cantik tak?



Selesai solat, kami meneruskan ekspedisi. Cari itu, cari ini. Tawar-menawar, gaduh-gaduh sikit dengan 'ammu. Ada satu ketika tu, aku tengah tunggu Syud beli barang. Berdiri di tepi kedai dengan Sakinah. Tiba-tiba seorang 'ammu dari kedai bertentangan menunjuk ke arah aku dengan muka excited. Gulp.

'Ammu excited berkata: Khomsah wa thalathiiin... (maksudnye: 35 genih. sambil menunjuk ke arah jubah yang aku pakai, kemudian menunjuk ke arah longgokan jubah yang dia jual)

Sama. Hek eleh...kantoi la camni! Aku merenung jubah hijau boria MTP itu. Hahaha. Sape suruh pakai jubah tu pegi Hussein? Sah2 la diorang beli jubah ni kat Hussein dulu. Kuang3.....

Kami meneruskan ekspedisi sampailah semua orang dah tak larat nak berjalan lagi. Time tu dah pukul 4.15 petang.

Aku: Waaa...hausnye. Nak air kosong....
Sakinah: Dah tak larat nak jalan nih...
Syud: Kita balik la nak?

Maka kami mengorak langkah pulang. Rasanya kaki dah melebar dua kali ganda. Haha.

Aku, Sakinah dan Syud menuju ke tempat menuggu bas. Dalam perjalanan ke stesen bas, kami pekena 'asir dulu. Konon nak bagi tenaga =P. Kak Nisa' dan Ah mengorak langkah pulang ke 'asyir.

Akhirnya, aku dan Sakinah menaiki bas Ramsis, seperti yang dipesan oleh kawan kami. Lama juga nak tunggu bas Ramsis. Rasa nak pengsan pun ada. Tengah2 tunggu bas, tiba2 tersaksi pula peristiwa dua orang lelaki Mesir sedang berlari2 mengejar bas. Dia punya lari tu...perghh macam masuk sukan Olimpik, acara 4x100 meter! Sorang pakai seluar, sorang lagi pakai jubah. Bahaya juga kalau terlihat lelaki berjubah berlari laju-laju. Setelah beberapa kurun menunggu, tiba juga bas Ramsis. Alhamdulillah, bahagia sungguh rasanya.

Dalam bas sangatlah sesaknya. Jalan raya lagilah sesak. Ditambah dengan cuaca panas...fuh. Memang menguji kesabaran. Kalau ikutkan nafsu, banyak dah sumpahan keluar. Tapi tak baik emo2 nih. Ingat Allah tak lihat kamu? Ingat Allah tak dengar kamu? Ingat Allah tak tahu isi hati kamu?? Mari insaf T_T.

Beberapa penumpang turun naik silih berganti. Asalnya, sebelah aku mak cik, kemudian jadi pak cik. Aku hanya merenung ke luar tingkap, tak mampu nak senyum atau berkata2.


Nampak tak tulisan yang tertulis kat bangunan tuh? Macam tau2 je keadaan kami time tu. Haha.




Sedapnya kalau dapat minum air sejuk time2 tekak tengah kering.

Dalam bas, hati ini sangat membara. Tak tahu kenapa. Mungkin kerana penat, ditambah dengan zahmah (traffic jam), panas terik, peluh2, tekak kering, lapar (sebab dari pagi tak makan lagi T_T), maka aku jadi tak reti duduk diam. Namun tetap memaksa diri untuk istighfar. Tak elok emo2 nih. Percayalah :).

'Ammu yang duduk di sebelahku maybe dia perasan yang aku ni muka macam dah nak meletup, maka dia pun jadi peramah, nak borak2 dengan aku. Aiseh....wrong timing la 'ammu.

'Ammu: How are you?  (perghhh...cakap omputeh)
Aku: Alhamdulillah, bikhair  (senyum dan terus pandang keluar tingkap. dalam hati kata: jangan la borak dengan aku...)
'Ammu: You know Arabic?
Aku: Syuwaiya  (sikit2.senyum lagi)
'Ammu: Korea?
Aku: Ana? La'...ana Malizi (Tak, aku orang Malaysia. Aku rupa Korea ke? Ni dah kali kedua orang Mesir cakap aku Korea. Cis)
'Ammu: Kuliyyah eyh? (Ko kuliah ape)
Aku: Tibb Ain Shams. Ana sanah thaniah. (Perubatan Ain Shams. Aku Tahun 2)
'Ammu: Very good......

Senyap sebentar.... Fuh. Lega.

'Ammu: Ana Mister Hassan. (alaaa...aku tak tanye pun T_T. nape dia peramah sangat nih...)
Aku: Ana Sarah  (sambil tersenyum dan pandang luar semula. sungguh, aku takde mood nak borak2)
'Ammu: Sarah???
Aku hanya mengangguk.
'Ammu: Good name, Sarah.
Aku hanya bermonolog: Ye, aku tau laaa
'Ammu: My sister is Sarah.
Aku hanya senyum.
'Ammu: I love the name Sarah.
Cis. Jujur giler 'ammu nih....
Aku terus mendiamkan diri. Masih memandang ke luar tingkap.

'Ammu: Anti makhtubah?
Apesal aku rasa macam pelik je soalan dia kali nih? Ke...aku salah dengar?
Aku: Eyh? (Apa?)
'Ammu: Anti makhtubah? (sambil membuat aksi memakai cincin di jari. soalannya bermaksud: ko dah bertunang ke?)
Gulp. Aiseh! Aku tak pakai cincin. Memang tak ada cincin. Adehhh........
Aku: Erm....I'll go back to Malaysia this Sunday. Wa ba'din, ana makhtubah.
(Maksudnya: aku balik Malaysia Ahad ni. Lepas balik aku bertunang lah. sambil tersenyum sinis)
Sarah penipu! Aku berkata dalam hati. Tapi nak menyelamatkan diri. Kang entah2 'ammu tu kata: Will you marry me? Orang Mesir ni suka jugak cakap camtu. Mereka ingat kawen ni main2 agaknya....ish3.

'Ammu: Oh...very good. God bless you and your husband.
Aku: Amiiiin ya Rabb!
Aku: Is this the last station?  (cuba mengubah topik perbualan. ceh...)
'Ammu: Yes, this is Ramsis, the last station.
Haaa??! Ramsis? Aku nak turun kat 'Abbasiyah! Ya Allah...salah naik bas rupenye...kuang3.

'Ammu: Okay, bye. (terus bangun dan blah)
Laaa....terus blah? Haha. Taktik aku berkesan!

Sampai saja di stesn Ramsis, aku dan Sakinah hanya mampu tersenyum pahit. Kemudian, kami naik Metro untuk pulang ke rumah. Lebih selamat. Gerenti tak sampai Ramsis semula. Haha.

Sampai rumah pukul 6.30 petang.... Bushhh!! Sedapnya dapat mandi.


-The end-

p/s: Ibu, nanti hadiahkan angah cincin raya boleh tak? I think I really need one. Huhu.

+ve boleh?

Tuesday, 20 July 2010


MARI KITA SEMUA JADI POSITIF NAK TAK?

Jom jadi positif, fikir yang baik sahaja dan mari start packing barang untuk pulang ke Malaysia dengan tenang. Heh....

Kelas start awal? Tak apa...ada hikmahnya.

Result keluar awal? Banyak hikmahnya tu...

Biochem tadi macam.....entah. Lagi berjuta hikmah terselindung di sebalik 90 mcq dan 5 esei.

Anda rasa seram? Ngeri? Pahit? Kelat?

Mari kita buang perasaan itu dan serahkan segalanya kepada Allah. Lagipun, kita dah buat yang terbaik kan? Kita tak mungkin dapat mengembalikan masa yang telah berlalu. Walaupun sesaat.

So, apa lagi yang kita mampu buat selain doa dan tawakkal? Jom semua.


-Yakin dengan doa, usaha dan pertolongan Allah-


p/s: entri ini berbau cemas. tapi ia positif. seriously.

p/s II: kawan-kawan yang tunggu gamba time sesi tembak-menembak tadi, sabar la ye. kalau terus post hari ni, macam tipikal sangat. malas sebenarnya, haha =P .

Aku & Sergio Ramos

Thursday, 15 July 2010

Pejam celik, pejam celik, pejam tak celik celik...tinggal 10 hari lagi saki baki hari ku di bumi anbiyaa' ini. Tak sabar sungguh rasanya nak pulang ke Malaysia. Lebih spesifik: pulang ke rumah bertemu ibu, ayah dan aiman. Lebih excited lagi nak menghabiskan baki 1 paper for final exam: Biochemistry. Semangat2!


Rindu rasanya nak menjejakkan kaki ke home sweet home. Pagi-pagi sapu halaman, sidai kain, masak makan tengah hari, kemas rumah, bangga buat banyak kerja, pastu kena tegur dengan ayah sebab tak siram bunga =.=" . Lepas ni kena buat list of things to do besar-besar dan tampal kat pintu bilik. Yang tengah posing depan rumah tu ialah Aiman Naeim Mustaza. Balik nanti dia tak ada sebab tengah pulun dekat Yu Ai Ti Em Segamat. Huhu.

Then nak lepaskan rindu bawak kereta! Ya Allah...lama sungguh tak rasa nikmat bawa kereta. Tambah-tambah lagi pelekat 'P' dah boleh ditanggalkan. Weehooo! Tapi still kena ada 'P' sebab Aiman belum cukup 2 tahun. Tapi ibu biasanya tak izinkan aku terus bawa kereta bila dah sampai Malaysia. Takut terpengaruh dengan gaya driving orang Mesir, katanya.

Kemudian nak jumpa dengan sanak saudara yang dirindui. Ya Allah, semoga aku sempat berpuasa dan berhari raya dengan mereka semua.



Ziyaad yang comel & bertambah naughty, kata andak. Dia panggil aku 'Kakak kak ngah'. Orang lain panggil 'kak ngah' je  =.=" . Dan dia panggil andak 'Aminah', bukan lagi 'mami'. Hahaha!



Zuyyin yang tomel + keding + selalu kena buli dengan abang-abangnya. The youngest cousin perempuan belah ibu.


Abang-abang Zuyyin, Kiki & Iecad. Atam kata Iecad perform bagus kat sekolah. Darjah 1. Tapi tak puas hati sebab tak dapat jadi ketua darjah. Andak kata Iecad gila kuasa. Gagaga~ Diorang ni dah grow up, kurang la childishnya. Tapi masih suka membuli kanak-kanak lain.


Muzdahir kiut miut. Yang pakai t-shirt putih tu. Ayah kata Muzdahir makin petah bercakap sekarang. And yeah, dia faham Bahasa Melayu, Arab Fushah dan Arab 'Ammiah. Terer seyh!

Rindu juga pada cousins comel belah ayah. Gamba2 mereka kebanyakannya 'lenyap' time laptop ni dilanda virus T_T. So balik ni nak snap banyak2 gambar mereka dengan pose yang comel + tak boleh blah tu. Cousins belah ayah ada 27 orang kesemuanya, so kalau nak letak gambar semua dan elaborate, maybe makan masa sehari dua atau lebih. Haha.

Ditengah-tengah ke excited an memikirkan tentang aktiviti yang nak dibuat kat Malaysia nanti, terselit kesayuan nak meninggalkan anak kesayangan kat sini. Behave yourself ye Betty! Dah 3 bulan lebih bela Betty, jadi makin kamceng ^_^ V. Oh ye...Betty tak kawen pun dengan Keebo hari tu. Dia menegaskan bahawa dia tak mahu kahwin dan mahu hidup single. Atau mungkin benar juga kata Baba Ain, Betty belum bersedia.

Pengumuman ringkas: Saya akan pulang ke Malaysia pada 26 Julai 2010. Flight dan masa ketibaan terpaksa dirahsiakan atas faktor keselamatan (ceh...). So, kawan-kawan yang suka kata 'ko ni balik tak nak roger' , sila ambil perhatian. Haha.

Oh...what's with the title?? Aku & Sergio Ramos? Tak, kami langsung tak ada kena-mengena. Bau2 kacang pun tak ada. Just.... 

Nampak tak head band yang dia pakai tu? Kebelakangan ni, sejak sakit kepala gara-gara MSG memuncak, aku ambil keputusan untuk mengikat kepala bagi mengurangkan rasa sakit, dan bagi memudahkan proses mengulangkaji pelajaran. Tapi aku tak de la pakai head band macam tu. Sebab tak ada head band. Aku pakai ni:


Hahaha. Yup, tali pinggang. Punyelah desperate nak kurangkan rasa sakit, terpaksa la ikat kepala dengan belt nih. Sambil kata kat Sakinah "Cute tak ana? Ada rupa pemain bola Spain tu tak?". Sakinah tersengih dan berkata "Ada, tapi yang ni tak main bola, yang tu main bola,". LOL.

Erm...okay2. Tahulah bukan Sergio Ramos sorang je pakai macam tu. Nanti ada pulak yang kata aku racist. Ye, Drogba pun pakai jugak =.=" .



p/s: doakan kami untuk paper yang last but not least ni ye! Semoga Biochemistry akan membuat kami semua mengakhiri hari-hari terakhir di kuliah dengan senyuman ^________^ . Ya Allah, berikan yang terbaik untuk kami semua. Amiiin~

Menang!

Thursday, 8 July 2010


TAK. Entri kali ni tak ada kaitan dengan team Spain yang bakal menang World Cup nanti. Haha. Optimis sungguh. Tak habis-habis. Tak apa, optimis itu kan bagus. Sila setuju.

Gambar itu sekadar hiasan. Sekadar nak melambangkan juara, pemenang. Tiada langsung nak membuatkan peminat Germany jealous. Okay, mungkin ada sedikit. Tapi kali ini nak membicarakan tentang pemenang.

Pemenang itu apa? Apa itu juara? What is champion? What is a winner? Ambil masa untuk fikir. Kalau suruh kanak-kanak tadika fikir, mereka akan jawab "Pemenang tu orang yang paling bagus dalam pertandingan. Dia dapat nombor 1. Dia kalahkan orang lain". Ya, itu jawapan kanak-kanak ribena. Bagaimana jawapan kita?

Sedar atau tidak, pemenang itu adalah kita. YA, KITA. Kamu, aku, awak, saya, kami, semua. Kita telah lama ditakdirkan Allah sebagai pemenang. Tiada patut wujudnya istilah 'loser' dalam hidup kita semua. Sebab kita diciptakan oleh Allah untuk hidup di muka bumi sebagai pemenang. Buktinya?

Sebelum kita dilahirkan, sebelum kita wujud sebagai makhluk comel (fetus) dalam kandungan ibu kita, kita terlebih dahulu terpaksa bersaing dengan berjuta-juta sperma yang lain untuk bersenyawa dengan ovum, agar kita dapat lahir ke dunia ini. BERJUTA, okay. Beruntungnya kita dapat lahir ke dunia, dapat menjalani kehidupan, dapat melihat wajah ibu dan ayah, dapat memiliki sahabat, dapat menolong orang lain, dapat tersenyum, dapat belajar, dapat menangis, dalam kata lain....dapat hidup sebagai khalifah Allah di dunia ini. Dalam berjuta sperma yang bersaing, kita dipilih sebagai pemenang. Allah...bersyukurnya diri ini. Allah telah memilih kita untuk memakmurkan bumi. Fikirkan kembali. Sperma berjuta yang bersaing dengan kita dahulu tiada peluang pun untuk melihat dunia. Beruntungnya kita. Alhamdulillah.....



Kini kita hidup sebagai manusia, hamba Allah yang semakin hari semakin lemah. Setiap dugaan yang datang menimpa kita, kita rasakan ia membuatkan kita semakin lemah. Kita sering kali lupa, kita diciptakan sebagai pemenang. Hanya kerana ujian yang Allah turunkan kepada kita agar kita lebih bertaqwa, kita dengan mudahnya berasa lemah. Allah....betapa lalainya hati ini! Sungguh, hati ini sangat mudah terpaut pada dunia yang keji. Sedangkan Allah ciptakan dunia bukan untuk disanjung, tetapi hati kita lebih suka memuja dunia, hidup dalam zon selesa, mengumpul kekayaan, berasa senang dengan kehidupan. Apabila datangnya ujian Allah, kita mudah rasa lemah, sungguh mudah berputus asa. Semuanya kerana hati ini terlalu lalai, terlalu asyik dengan dunia. Hati ini dikaburi dengan dahsyatnya sehingga ia lupa dengan janji-janji Allah.

Merujuk kepada jawapan kanak-kanak ribena di atas. Pemenang itu adalah yang terbaik, yang berjaya menewaskan yang lain. Sebab itu dia menang. Dalam konteks hidup kita sekarang, siapa yang kita nak tewaskan? Tak perlu susah-susah fikir jauh sampai ke Israel. Mari kita lihat dalam diri sendiri. Adakah kita sudah berjaya tewaskan nafsu sendiri? Bagaimana pula dengan syaitan yang rajin, dan tak pernah putus asa mengapi-apikan nafsu kita? Bagaimana pula dengan helah dunia? Sudah menangkah kita? Sudahkah kita berjaya menewaskan semua itu? Kita diciptakan sebagai pemenang. Marilah kita kembali kepadaNya sebagai pemenang. Hakikatnya, yang menjadikan diri itu 'loser' adalah lemahnya iman dalam diri, dan kuatnya pautan hati pada dunia. Na'udzubillahi  minzaalik....

Untuk kita dan siapa-siapa yang sering berasa lemah, marilah kita muhasabah bersama. Allah ciptakan kita sebagai pemenang. Hidup ini adalah pertandingan untuk mencapai kemenangan hakiki di akhirat kelak. Sebelum kita berputus asa, ingatlah kenapa Allah benarkan kita hidup di dunia. Ingatlah kenapa Allah pilih kita untuk hidup di dunia. Sebab kita semua adalah pemenang. Benar, ada masanya kita lupa. Tidak dinamakan manusia jika ia tidak lupa. Maka itulah gunanya saling mengingatkan ^_^ .

~Ya Allah, thabatkan hati-hati kami dalam mentaatiMu, dalam berpegang pada agamaMu dan dalam berjuang pada jalanMu. Hidup dan mati ini hanya untukMu~


p/s: entri ini dibuat khas sempena dengan hari lahir seorang sahabat di Malaysia. Kehidupan beliau mengajar aku erti tak kenal putus asa. Semoga kau terus berusaha dan berjaya.

p/s II: entri ini ditujukan untuk diri sendiri. Sebagai muhasabah diri yang dah lama tak bermuhasabah. Astaghfirullaahal 'aziim....
Related Posts with Thumbnails