"Atam ngan family sambut birthday Iecad kat sini," kata ibuku melalui handphone.
Aku pun excited mendengar berita gembira tu lantas decided nak call Iecad guna evoiz (erm...tiada unsur mempromosi di sini ye)
Wajah ceria adik sepupuku, yg dipanggil Iecad tergambar dlm minda.
Mesti dia dah besar, hehe.
Harap2 da xnakal lagi dah. Dah matang la hendaknye...huhu.
Tutt....tutt....
Ibuku mengangkat telefon, terus bagi kat Iecad.
"Iecad! Sini meh....Kak ngah nak cakap"
Kelepap....kelepap....kelepap....bunyi derapan kaki Iecad berlari2 mendapatkan telefon.
"Elo!" terdengar suara comel yg da lame aku xdengar, hihi.
Rindu betul rasenye.
"Hello...abang! Assalamualaikum...."
"Wasalam...." jawabnye pelat.
"Hari ni birthday abang ye?"
"A'ah...." ringkas je dia jawab.
"Happy birthday!"
Tiba2 dia jawab "...happy besday..."
Hahaha...klaka la budak kecik sorang ni.
Terbarai mak cik2 ku yg dibelakang tergelak.
"Abang, cakap thank you la..." kate salah seorang mak cik ku.
"em...tenkiu kak ngah" katenye dgn nada yg agak blur, huhu.
Aku pun memerah otak la pikir ape lagi nak cakap ngan dia ni.
Bukannye slalu dapat cakap ngan dia. Seingat aku, ni kali kedua aku dpt cakap ngan dia sejak sampai Mesir ni.
"Abang dapat hadiah ape?"
"em...Ben 10!" jawabnye dgn excited sekali.
"Ha..? Ben 10? Dapat robot eh?"
"...a'ah..."jawabnye ringkas.
"....ok...bye!!!"
erk....aku terkedu.
BYE??!
Dia terus pass telefon kat orang lain.
Adoiyai...sodeh lak aii...
Aku beriya2 nak cakap ngan dia ni haa....dia cepat je nak cakap bye, huhu.
"Aik...kejapnye abang cakap..." ibuku bersuara.
"Abang nak main ni..." terdengar suaranye dari jauh.
"Haha...dia leka nak main belon tu ngah" kata ibuku.
Ibuku memanggil adiknya, yang kami panggil Kiki.
"Kiki nak cakap ngan Ka ngah?"
~senyap sebentar.....~
"Haha...xnak de ngah. Dio pun sibuk nak main tu haa..." kata ibu dengan nada simpati.
Aduh...remuk rasenye hati ni.
Haha...tapi xpela.
Diorang kanak2 lagi. Mane tau camne aku rase. Elok la diorang ceria. Aku pun happy dapat dengar diorang riuh rendah main belon.
-Iecad n Kiki semasa berumur 4 & 2 tahun....cute kan? hehe....-
Umur Iecad dah masuk 6 tahun sekarang. Mesti dia da tinggi, mesti lagi cerdik.
Haha...teringat lagi satu masa dulu masa atam suruh aku tolong tengok2kan Iecad kejap, sementara dia gi kedai.
Masa tu umur Iecad 3 tahun rasenye.
Aku bawak la dia dok lam bilik mainan dia, biarkan dia main sambil aku basuh kain lam bilik air.
Sesekali aku ketuk2 pintu bilik air tanya keadaan dia.
Risau gak aku, kot dia tejatuh ke, terluka ke kan.
Tuk..tuk...tuk....
"Abang...."
"Ye..." suaranye yg comel tu menjawab.
"Abang ok?" aku bertanya dari dalam bilik air.
"Okeh..."
Lega aku rase.
5 minit sekali, aku ketuk pintu lagi. Tanye lagi.
Tiap kali dengar suare dia kate "okeh" aku pun lega.
Lepas dah 4-5 kali aku wat camtu....tiba2....
Tuk...tuk...tuk....
Terdengar macam ade org ketuk pintu bilik air dari luar.
Aku pun cepat2 la tutup pili air, nak dengar bunyi tu.
Tuk...tuk...tuk...
Orang tu ketuk lagi.
"Kak ngah...." Iecad memanggilku dgn suara yg kuat tapi tenang.
Aku sedikit berdebar, memikirkan kot ade pape lak yg berlaku kat dia.
"Ye...." aku menjawab.
Suasana senyap sebentar......
"Angah ok?" tanya Iecad dgn suara & nada yg sangatlah innocent.
Terkekek2 aku gelak lam bilik air, memikirkan betapa concernnye kanak2 umur 3 tahun tu.
"Ok..." aku jawab.
Pastu terus senyap. Dia sambung main agaknye.
Mesti dia pelik, kenapa la aku asyik tanye dia ok ke x.
Ha...ape lagi, dia pulak yg tanye aku, huhu. Rase macam budak kecik plak aku time tu.
Pape pon...aku harap diorang dapat membesar dengan sihat & jadi anak2 yg berguna.
-The end-
3 play the melodies:
Haha.. bestnya ada adik kecil..
5 May 2009 at 07:00Not my real adik, actually.
5 May 2009 at 22:27He's my cousin, huhu.
La... yeke... patutla..
6 May 2009 at 17:25Post a Comment