Hope

Hope

Pray

Pray

Work

Work

Repent

Repent

*TIME & PUNCTUALITY*

Friday, 29 May 2009

((Demi masa [1] Sungguh, manusia berada dalam kerugian [2] Kecuali orang2 yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran [3] ))

-Surah Al 'Asr, ayat 1-3, Makkiyyah-

Masa itu emas~kata peribahasa Melayu
Masa itu pedang, jika kita tidak memotongnya, maka ia akan memotong kita~kata peribahasa Arab
Masa itu nyawa~ kata salah seorang ustaz di SHAMS

Masa...time...alwaqt...

Ape yang menarik sgt sampai aku nak post pasal masa nih? Haa...jeng3...

Bukannye ape...aku slalu dengar orang merungut (dan aku penah gak cakap benda yg same)
"Eii...rase cam kejap je mase berlalu..."
"Ehh...dah hari jumaat dah? Laa...rase cam baru semalam hari isnin..."
"Jam ni betul ke tak ni...? Kejap je dah pukul 10. Tadi baru pukul 8 aku tengok..."

Haa camtulah sedikit sebanyak rungutan dan sungutan manusia zaman sekarang. Masa oh masa, kenapa cepat sangat kau berlalu? Kenapa kau terlalu cemburu? Kenapa kau selalu xmengizinkan? Erm..jawabla sendiri.

In contrast, slalu gak dengar kata2 ni...
"Aduih...bosan la hari ni. Xde mende nak buat..."
"Uihh...lame gler aku tido hari ni. Bangun2 je dah azan zohor..."
"Ishh...bile nak malam ni? Aku nak tengok final champions league ni...lambat btol laa"

Apakah perkaitan antara 3 dialog awal dengan 3 dialog seterusnye?
General conclusion: manusia suka buang masa, kemudian menyesal, kemudian buat balik.

Kita biase je dengar orang kata:
"Masa xmenunggu sesiapa..."
Kalau camtu, kita la yang kena kejar masa. Dulu masa kecik aku penah terpikir. Kalau masa xtunggu kita, baik kita buat supaya masa kena kejar kita. Haa...sounds interesting je. But then came across the saying " Kewajipan lebih banyak daripada masa yang kita miliki...".
Maka terbuktilah bahawasanya masa kita sememangnya dan sepatutnya padat dengan pelbagai kerja, aktiviti dan perkara.

Aku lebih tertarik dengan kata2 ~Masa itu nyawa~
Kalau kita buang masa, maknanye kita sia2 kan nyawa kita la kan?
Astaghfirullahal'aziim....sanggup ke buang nyawa?
Tentulah sama sekali tidak. Jadi...wahai manusia, marilah sama2 manfaatkan masa.
Ada orang xpaham perkataan 'manfaatkan'.
Tu yang gi lepak2 Terminal One (kalau kat Seremban la), gi City Stars (yg kat Mesir ni) sampai berjam2 lame. Belum lagi yang tengok wayangnye, main snooker, race motor. Ade gak syok sangat berbual, bercerita, menyebarkan berita, ketawa seolah2 hidup lama.
Erm...aku tulis ni bukan nak point finger kat sesape. Sekadar peringatan bersame. Kan Allah perintahkan kite supaya saling menasihati dan mengingatkan ;) .

Kalau nak ikutkan, kita yang dah hidup belasan tahun ke atas ni, dah beribu lecture pasal masa kita dah dengar. Cuma...antara dengar xdengar, ikut xikut, berubah atau tak. Tu la manusia kan. Kadang2 kite pikir, masa tu hanya sekadar jam. Pukul 1, 2, 6, 12... Tak lebih dari tu. Bile la kita nak sedar agaknye.

Ada jugak yang terlepas pandang. Masa tu sebenarnya nikmat besar yang Allah bagi kat kita. Semua orang ade masa. Semua dapat 24 jam sehari. Tapi ade je yang komplen xcukup masa. Hmm...kalau tido 12 jam sehari, mane nak cukup masa, kan? Kalau main PS 3, main game DOTA dan ape ntah lagi dari pagi sampai malam, confirm la kita xcukup masa. Pastu boleh plak tanye "Ehh...cane ko leh siap homework yang banyak tu ah? Cane ko leh habis bace buku yang tebal sejengkal tu ek? Giler ah..."
Ish3....manusia2.

Semua orang maklum, dengan apa sepatutnya kita gunakan masa. Memang sume orang tau. Malahan kalau suruh buat karangan bertajuk 'Cara2 Mengisi Masa Dengan Baik' , memang majoriti boleh skor full mark. TAPI....aplikasinya nggak ada dong...
Cakap nggak serupa bikin. Semuanya omong kosong.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

-Punctuality-

Ada apa dengan punctuality? Apakah ia? Adakah ia jenama peralatan sukan? Adakah ia makanan baru di pasaran? Atau...model Mercedes yang baru??

Punctuality => menepati masa

Apa yang penting sangat? Kenapa nak cakap pasal punctuality? Kalau xpunctual xbleh ke?

Hehee...tersengeh sendirian memikirkan sering kali diajukan soalan begitu.
Cuba nilai situasi di bawah:
1- Ceramah dijadualkan bermula pukul 9 malam, tapi penceramah datang 10.30
2- Bagitau ahli organisasi, mesyuarat start pukul 5 ptg tapi ketua dtg 5.45 ptg
3- Kuliah kat U start pukul 8 pagi tapi pukul 8 masih on the way
4- Janji ngan member nak study same2 pukul 10 pagi tapi sampai pukul 11.3o
5- Adik mintak tolong abang hanta gi skolah pukul 7.30 pg tapi abang bangun pukul 7.55

Sekiranya situasi seperti di atas berulang banyak kali, agak2...ape berlaku?
Situasi 1: Orang dah xnak caye ngan penceramah/ da'ie. Ape penceramah cakap pun buat xendah je...slalu bona dtg lambat. So, jangan la slalu mengeluh kalau mad'u xnak dengar ape kite cakap.
Situasi 2: Ahli2 naik berang ngan ketua. Mane taknye, orang lain ade keje lain nak buat. Maka prestasi organisasi pun merudum, hubungan ahli-ketua pun merosot.
Situasi 3: Doktor masuk tepat pada masa, maka banyaklah lecture yang tertinggal, pastu komplen xpaham, salahkan doktor ajar xbest.
Situasi 4: Member bengang, tepakse tunggu lame2. Sedangkan janji sepatutnye dipatuhi. Maka study pun jadi xbest.
Situasi 5: Adik kena denda, sebab salah abang.

Haa...sekiranya anda adalah mangsanya, terpaksa berhadapan dengan kerenah manusia yang xpunctual, bukan sekali, tapi ratusan kali....apa anda rasa?
Hmm..mungkin ade yang kata "sabar jelah...nak wat camne. Dia mmg camtu. Slalu lambat..."
Tapi semua orang tahu, patience has its limit. Dan, kalau kita selalu bagi muka kat orang yang xpunctual, bila la agaknya kita nak maju?
Dalam sebuah syarikat, kalau sume pekerja masuk office pukul 9 instead of pukul 8...maju ke syarikat tu? Pikir la sendiri.

Cuba imagine. Zaman dulu. Kenapa Islam berjaya? Kenapa Islam dapat capai zaman kegemilangan? Kenapa dapat tewaskan tentera musuh yang lagi ramai? Camne boleh sebarkan Islam ke serata dunia dalam masa yang singkat?
Things won't happen without punctuality. Sekiranya tentera Islam bertangguh menjalankan arahan Rasulullah semasa perang...boleh ke menang? Sekiranya para sahabat bertangguh2 menyebarkan Islam, boleh ke Islam tegak di dunia?

Imagine pulak zaman skarang. Kita sangat suka bertangguh.
"Alah...kejap lagilah..."
"Esok jelah aku buat..."
"Tomorrow never die..."
Ntah bila2 la nak sedar agaknya. Bertangguh tu merugikan, menyusahkan dan memusnahkan. Jadi, kalaupun xkisah diri tu rugi, susah dan musnah, janganlah menyusahkan orang lain.
Manusia...terutamanya pelajar dan da'ie, kalau tak punctual boleh ke berjaya? Bajet orang lain faham la... Subhanallah...marilah kita cermin diri kita. Dah la tak punctual. Tanggungjawab bertimbun plak tu. Cukup ke masa?
See...? Kan molek kalau kita jadi orang yang punctual. Xpayah nak kelam kabut. Xpayah susahkan orang lain. Xyah buat keje last minute.
Hidup ni boleh adjust. Strategi kena cukup mantap to live life to its fullest. Xdela orang kafir gelar kita 'golongan yang mengharapkan akhirat tapi xmenyumbang apa2 di dunia".
Kita boleh buat banyak benda. Masa tu ada. Just use it fully and BE PUNCTUAL~

1 play the melodies:

[Dr Nu@r] said...

uhuk,bagusnye post ni..
cam ne nk kejar masa eh??mampu ke kejar??haha
kite ley jalan seiring dgn masa je kot..huhu

2 June 2009 at 21:58
Related Posts with Thumbnails