Musim exam menyelubungi warga pelajar, mahasiswa, bakal doktor, bakal ustaz/ustazah bagaikan seekor singa yg ganas lagi besar. Yes, like a LION.
Bak kata Prof Aziza, when a LION gets near you, you'll all turn sympathetic.
Sympathetic. Apa itu?
Bukan simpati, apatah lagi pathetic.
Ia adalah keadaan di mana jantung berdegup kencang, selera terbantut, nafas mencungap, dada berdebar, energy dirasakan seolah2 di tahap yg paling tinggi, selera makan terbantut...dan bla bla bla.
Jikalau begitu halnya punca utama kerana masa.
Apabila datang seekor LION menghampiri dgn wajah yg tiada belas kasihan, satu kelemahan kita adalah MASA.
Ya, jika aku ada masa, aku boleh lari 100 km/j.
Jika aku ada masa, aku berupaya menyorok di belakang seekor gajah.
Jika aku diberikan masa, akan ku pelajari teknik2 menewaskan LION yg ganas.
Tapi...aku tiada MASA.
Benarkah?
"Sahabat2, masa sentiasa ada. Jangan cuba nak beri alasan...xde maselah, mase xcukup lah.
Kita sendiri yang perlu pandai cari masa, guna masa sebaik2nya. Percayalah, walaupun esok ade imtihan, hari ini, masa masih ade..."
Pesanan hebat ttg MASA dari Ustaz Khoir di musolla.
Benar, masa sentiasa ada.
Jika tidak, masakan jam di dinding itu masih berdetik?
Jika tidak, masakan matahari terbit dan terbenam.
MASA membutuhkan kita menggunakannya semaksimum yang boleh.
Ya, aku mengakui sedang diselubungi keadaan yang tegang, stressful dan tidak menyenangkan.
Dalam keadaan ini tidak boleh lagi termenung, berangan, apatah lagi beradu 12 jam secara maraton.
Plethora of kitab menunggu utk dikhatamkan, dihadamkan, diingati, difahami, lebih2 lagi diamalkan.
Ah...buku terlalu banyak untuk dihabiskan.
Andai ku baca satu2 mana mungkin habis pada masanya.
Jadi, mengapa ada masa bermenung?
Mengapa ada ketika utk menonton?
Dari mana datangnya masa berchatting?
Aku hidup dalam dunia moden.
Apa orang lain buat, aku perlu buat.
Orang lain ebuddy guna handphone.
Orang lain tonton drama Korea.
Orang lain selalu gosip panas.
Orang lain sms dengan kawan, boyfren/girlfren.
Jadi....???
Mengapa jadi orang lain??
Jadilah diri sendiri.
Persetankan pengaruh itu.
Persetankan keindahan dunia yang sementara.
Mahukah kau gagal kerana 'orang lain'?
Apakah ertinya kau berusaha sejak kecil jika kau ingin jadi seperti 'orang lain'?
Mampukah kau melepaskan cita2mu hanya kerana mengikut 'orang lain'?
Sudah lupakah kau punyai hadaf BESAR?
Sudah lupakah bai'ah kau pada mereka?
Sudah lupakah kau dengan apa kau dididik, ditarbiyah, dibentuk?
Apakah ertinya berjaya jika yang utama kau tinggalkan?
Sedarkah kau dimana kedudukan sebenarmu....
Antara 'orang lain' atau 'mereka'??
Mengapa harus kau berhijrah sedangkan kau mengerti dari mana asalmu.
Sedangkan kau mengerti arah mana hala tujumu.
Sedangkan kau mengerti yang mana satu jalanmu.
BIAR.....
Biarkan 'orang lain' kata kau lain.
Biarkan 'orang lain' menjauhi.
Biarkan kata2 itu pergi.
Tetaplah pada pendirianmu!
Ingatlah siapa dirimu!
Jangan sesekali kau berpisah dari mereka!
Jangan kau palingkan wajahmu dari Dia!
Kau masih belum terlambat
Kau masih punya masa
Hentikan amalan 'orang lain'
Pulanglah kepada jalan 'mereka'
Ya ALLAH....tetapkanlah hatiku pada jalan ini.
Tabahkanlah hatiku meneruskan perjalanan ini.
Berikan aku kekuatan dan keyakinan pada perjuangan ini.
Related Posts:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 play the melodies:
Very well quoted.
29 May 2009 at 20:06I like this.
The busier you've gone through, the better experience you'll have.
Time sometimes friendly, but sometimes consider as enemy. We are the synchronizer.
All the best!
Post a Comment