14 Mei 2009-9.30 pm, Cairo-
Eish...ngantuknye rase. Macam xlarat nak teruskan baca buku Thorax ni. Mata dah kuyu. Dengan hati yang berat, buku Thorax ditutup dan langkah diatur menuju ke katil. Tak sampai 3 minit, aku pun lelap.
14 Mei 2009-11.58 pm, Cairo-
Lagu 'What I've Been Looking For' kedengaran kuat, menandakan ada mesej kat hp. Dengan mata separuh tertutup, aku baca mesej. Oh...mesej birthday daripada Alin. Tersenyum sendiri. Aiseh...Alin ni terawal 2 minit la. Huhu. Tapi xpela. Lepas reply mesej ringkas, aku pun sambung tido.
15 Mei 2009-ntah pukul berape, Cairo-
Lagu tema 'New Heart' bermain dengan rancak. Adehh...sape plak call ni? Aku mencapai hp dan melihat sekali imbas pada nama pemanggil. Ayah?! Cepat2 jawab panggilan.
"Hello angah...Happy birthday..." terdengar suara ayah.
Waah...terus segar mata. Terharu ayah call, sebab selama ni ayah xpenah call.
Lame jugak aku mendengar wish & nasihat daripada ayah.
Seterusnya, beberapa mesej sampai. Abun, TD, Ustz Mukhlis, Harry, Fifah dari Jordan, Umi, Mak Ngah n family, Andak, Ibu, Kak Anis, Herda, Fatin Kimah, Kak Zetty, Kak Ziemah, Kak Wa...dan lain2.
Syukur, gembira rasanye diri diingati walaupun xmengharapkan apa2.
Aku bangun pagi dengan bersemangat sekali. Hari baru, aku dah besar, mesti lagi matang, amalan mesti lagi banyak, bak pesan Afifah.
Tapi macam biasa....suasana rumah ni sunyi sepi. Xde sebarang pergerakan berlaku. Tikus kat dapur pun tengah beradu agaknye. Disebabkan terasa lapar, aku decided nak masak.
Terkenang zaman menyambut hari lahir kat Malaysia. Malam2 mesti ibu & ayah bawak makan luar. Kat mana2 nak la. Pastu semua kena buat ucapan. Siang tu dapat hadiah. Mak cik2 call, wish Happy Birthday. Pastu dapat kad, dari ayah ibu n aiman. Selalunye, aiman punye aku baca last. Sebab ucapan dia lebih kepada lawak antarabangsa, huhu.
Selesai masak, aku dapat mesej dari sorang kawan. Katanya, nak bagi hadiah.
Inilah hadiahnye, seekor (ke...sebuah?) bear kucing yang comel yg diletakkan dalam kotak pink.
Tersenyum lebar aku, si peminat kucing. Cepat2 ambik gambar & hantar MMS kat ibu ;). Kucing ini akhirnye diberi name Miko.
Malam tu, ahli bait belikan kek coklat unik, huhu. Penuh dengan 'kelopak' bunga atas kek tu. Jiran2 diajak untuk makan sama2. Bestnye berkumpul makan ramai2. Walaupun xsemua dapat hadir, tapi meriah jugak malam tu.
Tadaa~! Kek coklat unik ciptaan Sakinah & Kak Najwa (bak kata diorang la, hehe).
Selesai makan2, dah kemas sume, aku pun masuk bilik.
Tuk..tuk..tuk...
Buka je pintu, nampak Kak Najwa, Kak Yan ngan Sakinah tersengeh2 kat depan pintu. Kak Najwa pegang sejadah pink yg diikat dengan riben pink. Huhu...plannye nak buat surprise, tapi aku dah ternampak sejadah tu pagi tadi, mase masuk bilik Kak Najwa. Kantoi sudah...hehe. Bersyukur...gembiranye ukhwah erat.
Beberapa hari kemudian, kad birthday daripada ibu & ayah pun sampai.
Semalam, 23 Mei 2009, selepas pulang dari exam praktikal anatomy, aku menerima kad daripada aiman pulak. Warna pink tu...hehe. "Ntah2 dia yang suka pink," kata Sakinah membuat lawak kebangsaan, haha. Hatiku berbunga mendapat kad khas daripada Aiman. Bukak je kad, baca je ucapan....tergolek2 aku & Sakinah tergelak. Masih seperti dulu, penuh dgn ucapan a.k.a lawak antarabangsa ;)
Pagi tadi, tengah2 syok nak melukis histology, tiba2 terdengar suara Kak Najwa "Sarah dah berbuat jenayah ni...". Aku berdebar2 je dengar. Kak Najwa masuk ke dalam bilikku sambil memegang 5 keping kad bersampul. "Banyaknye!" katanya, meletakkan kad2 kat atas mejaku. Aku tersengeh, melihat satu persatu kad birthday kiriman anteh & keluarga serta anak2 umi (azam, apai, mira & tira). Terharu sungguh rasenye.
Thanks a lot semua~
Related Posts:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 play the melodies:
salam ziarah dr bumi malaysia..
25 May 2009 at 03:40maaf la ye x antar pape hadiah..
dpt tulis dlm status ym je..
=)
weh cam sdp jer kek coklat tuh!!
25 May 2009 at 23:07aduhh...pntang aku ade kek coklat...aku nak
hahahaha....besday ko ker??rase cam da lps kan
Post a Comment