Hope

Hope

Pray

Pray

Work

Work

Repent

Repent

Aku & Sergio Ramos

Thursday, 15 July 2010

Pejam celik, pejam celik, pejam tak celik celik...tinggal 10 hari lagi saki baki hari ku di bumi anbiyaa' ini. Tak sabar sungguh rasanya nak pulang ke Malaysia. Lebih spesifik: pulang ke rumah bertemu ibu, ayah dan aiman. Lebih excited lagi nak menghabiskan baki 1 paper for final exam: Biochemistry. Semangat2!


Rindu rasanya nak menjejakkan kaki ke home sweet home. Pagi-pagi sapu halaman, sidai kain, masak makan tengah hari, kemas rumah, bangga buat banyak kerja, pastu kena tegur dengan ayah sebab tak siram bunga =.=" . Lepas ni kena buat list of things to do besar-besar dan tampal kat pintu bilik. Yang tengah posing depan rumah tu ialah Aiman Naeim Mustaza. Balik nanti dia tak ada sebab tengah pulun dekat Yu Ai Ti Em Segamat. Huhu.

Then nak lepaskan rindu bawak kereta! Ya Allah...lama sungguh tak rasa nikmat bawa kereta. Tambah-tambah lagi pelekat 'P' dah boleh ditanggalkan. Weehooo! Tapi still kena ada 'P' sebab Aiman belum cukup 2 tahun. Tapi ibu biasanya tak izinkan aku terus bawa kereta bila dah sampai Malaysia. Takut terpengaruh dengan gaya driving orang Mesir, katanya.

Kemudian nak jumpa dengan sanak saudara yang dirindui. Ya Allah, semoga aku sempat berpuasa dan berhari raya dengan mereka semua.



Ziyaad yang comel & bertambah naughty, kata andak. Dia panggil aku 'Kakak kak ngah'. Orang lain panggil 'kak ngah' je  =.=" . Dan dia panggil andak 'Aminah', bukan lagi 'mami'. Hahaha!



Zuyyin yang tomel + keding + selalu kena buli dengan abang-abangnya. The youngest cousin perempuan belah ibu.


Abang-abang Zuyyin, Kiki & Iecad. Atam kata Iecad perform bagus kat sekolah. Darjah 1. Tapi tak puas hati sebab tak dapat jadi ketua darjah. Andak kata Iecad gila kuasa. Gagaga~ Diorang ni dah grow up, kurang la childishnya. Tapi masih suka membuli kanak-kanak lain.


Muzdahir kiut miut. Yang pakai t-shirt putih tu. Ayah kata Muzdahir makin petah bercakap sekarang. And yeah, dia faham Bahasa Melayu, Arab Fushah dan Arab 'Ammiah. Terer seyh!

Rindu juga pada cousins comel belah ayah. Gamba2 mereka kebanyakannya 'lenyap' time laptop ni dilanda virus T_T. So balik ni nak snap banyak2 gambar mereka dengan pose yang comel + tak boleh blah tu. Cousins belah ayah ada 27 orang kesemuanya, so kalau nak letak gambar semua dan elaborate, maybe makan masa sehari dua atau lebih. Haha.

Ditengah-tengah ke excited an memikirkan tentang aktiviti yang nak dibuat kat Malaysia nanti, terselit kesayuan nak meninggalkan anak kesayangan kat sini. Behave yourself ye Betty! Dah 3 bulan lebih bela Betty, jadi makin kamceng ^_^ V. Oh ye...Betty tak kawen pun dengan Keebo hari tu. Dia menegaskan bahawa dia tak mahu kahwin dan mahu hidup single. Atau mungkin benar juga kata Baba Ain, Betty belum bersedia.

Pengumuman ringkas: Saya akan pulang ke Malaysia pada 26 Julai 2010. Flight dan masa ketibaan terpaksa dirahsiakan atas faktor keselamatan (ceh...). So, kawan-kawan yang suka kata 'ko ni balik tak nak roger' , sila ambil perhatian. Haha.

Oh...what's with the title?? Aku & Sergio Ramos? Tak, kami langsung tak ada kena-mengena. Bau2 kacang pun tak ada. Just.... 

Nampak tak head band yang dia pakai tu? Kebelakangan ni, sejak sakit kepala gara-gara MSG memuncak, aku ambil keputusan untuk mengikat kepala bagi mengurangkan rasa sakit, dan bagi memudahkan proses mengulangkaji pelajaran. Tapi aku tak de la pakai head band macam tu. Sebab tak ada head band. Aku pakai ni:


Hahaha. Yup, tali pinggang. Punyelah desperate nak kurangkan rasa sakit, terpaksa la ikat kepala dengan belt nih. Sambil kata kat Sakinah "Cute tak ana? Ada rupa pemain bola Spain tu tak?". Sakinah tersengih dan berkata "Ada, tapi yang ni tak main bola, yang tu main bola,". LOL.

Erm...okay2. Tahulah bukan Sergio Ramos sorang je pakai macam tu. Nanti ada pulak yang kata aku racist. Ye, Drogba pun pakai jugak =.=" .



p/s: doakan kami untuk paper yang last but not least ni ye! Semoga Biochemistry akan membuat kami semua mengakhiri hari-hari terakhir di kuliah dengan senyuman ^________^ . Ya Allah, berikan yang terbaik untuk kami semua. Amiiin~

Menang!

Thursday, 8 July 2010


TAK. Entri kali ni tak ada kaitan dengan team Spain yang bakal menang World Cup nanti. Haha. Optimis sungguh. Tak habis-habis. Tak apa, optimis itu kan bagus. Sila setuju.

Gambar itu sekadar hiasan. Sekadar nak melambangkan juara, pemenang. Tiada langsung nak membuatkan peminat Germany jealous. Okay, mungkin ada sedikit. Tapi kali ini nak membicarakan tentang pemenang.

Pemenang itu apa? Apa itu juara? What is champion? What is a winner? Ambil masa untuk fikir. Kalau suruh kanak-kanak tadika fikir, mereka akan jawab "Pemenang tu orang yang paling bagus dalam pertandingan. Dia dapat nombor 1. Dia kalahkan orang lain". Ya, itu jawapan kanak-kanak ribena. Bagaimana jawapan kita?

Sedar atau tidak, pemenang itu adalah kita. YA, KITA. Kamu, aku, awak, saya, kami, semua. Kita telah lama ditakdirkan Allah sebagai pemenang. Tiada patut wujudnya istilah 'loser' dalam hidup kita semua. Sebab kita diciptakan oleh Allah untuk hidup di muka bumi sebagai pemenang. Buktinya?

Sebelum kita dilahirkan, sebelum kita wujud sebagai makhluk comel (fetus) dalam kandungan ibu kita, kita terlebih dahulu terpaksa bersaing dengan berjuta-juta sperma yang lain untuk bersenyawa dengan ovum, agar kita dapat lahir ke dunia ini. BERJUTA, okay. Beruntungnya kita dapat lahir ke dunia, dapat menjalani kehidupan, dapat melihat wajah ibu dan ayah, dapat memiliki sahabat, dapat menolong orang lain, dapat tersenyum, dapat belajar, dapat menangis, dalam kata lain....dapat hidup sebagai khalifah Allah di dunia ini. Dalam berjuta sperma yang bersaing, kita dipilih sebagai pemenang. Allah...bersyukurnya diri ini. Allah telah memilih kita untuk memakmurkan bumi. Fikirkan kembali. Sperma berjuta yang bersaing dengan kita dahulu tiada peluang pun untuk melihat dunia. Beruntungnya kita. Alhamdulillah.....



Kini kita hidup sebagai manusia, hamba Allah yang semakin hari semakin lemah. Setiap dugaan yang datang menimpa kita, kita rasakan ia membuatkan kita semakin lemah. Kita sering kali lupa, kita diciptakan sebagai pemenang. Hanya kerana ujian yang Allah turunkan kepada kita agar kita lebih bertaqwa, kita dengan mudahnya berasa lemah. Allah....betapa lalainya hati ini! Sungguh, hati ini sangat mudah terpaut pada dunia yang keji. Sedangkan Allah ciptakan dunia bukan untuk disanjung, tetapi hati kita lebih suka memuja dunia, hidup dalam zon selesa, mengumpul kekayaan, berasa senang dengan kehidupan. Apabila datangnya ujian Allah, kita mudah rasa lemah, sungguh mudah berputus asa. Semuanya kerana hati ini terlalu lalai, terlalu asyik dengan dunia. Hati ini dikaburi dengan dahsyatnya sehingga ia lupa dengan janji-janji Allah.

Merujuk kepada jawapan kanak-kanak ribena di atas. Pemenang itu adalah yang terbaik, yang berjaya menewaskan yang lain. Sebab itu dia menang. Dalam konteks hidup kita sekarang, siapa yang kita nak tewaskan? Tak perlu susah-susah fikir jauh sampai ke Israel. Mari kita lihat dalam diri sendiri. Adakah kita sudah berjaya tewaskan nafsu sendiri? Bagaimana pula dengan syaitan yang rajin, dan tak pernah putus asa mengapi-apikan nafsu kita? Bagaimana pula dengan helah dunia? Sudah menangkah kita? Sudahkah kita berjaya menewaskan semua itu? Kita diciptakan sebagai pemenang. Marilah kita kembali kepadaNya sebagai pemenang. Hakikatnya, yang menjadikan diri itu 'loser' adalah lemahnya iman dalam diri, dan kuatnya pautan hati pada dunia. Na'udzubillahi  minzaalik....

Untuk kita dan siapa-siapa yang sering berasa lemah, marilah kita muhasabah bersama. Allah ciptakan kita sebagai pemenang. Hidup ini adalah pertandingan untuk mencapai kemenangan hakiki di akhirat kelak. Sebelum kita berputus asa, ingatlah kenapa Allah benarkan kita hidup di dunia. Ingatlah kenapa Allah pilih kita untuk hidup di dunia. Sebab kita semua adalah pemenang. Benar, ada masanya kita lupa. Tidak dinamakan manusia jika ia tidak lupa. Maka itulah gunanya saling mengingatkan ^_^ .

~Ya Allah, thabatkan hati-hati kami dalam mentaatiMu, dalam berpegang pada agamaMu dan dalam berjuang pada jalanMu. Hidup dan mati ini hanya untukMu~


p/s: entri ini dibuat khas sempena dengan hari lahir seorang sahabat di Malaysia. Kehidupan beliau mengajar aku erti tak kenal putus asa. Semoga kau terus berusaha dan berjaya.

p/s II: entri ini ditujukan untuk diri sendiri. Sebagai muhasabah diri yang dah lama tak bermuhasabah. Astaghfirullaahal 'aziim....

Gara-gara MSG

Tuesday, 6 July 2010

-Bu, sakit kepala & sakit2 badan la. Pukul 10 kang nak pegi exam. Doakan angah ye.-

Lebih kurang macam tu la bunyi mesej yang ku hantar kepada ibu tepat jam 8.24 pagi tadi, waktu Mesir. Selesai solat Subuh, aku terus merehatkan diri a.k.a tidur memandangkan kepala mengalami kesakitan yang tak terperi. Exam akan bermula pada jam 10 pagi. Namun aku masih mamai, kepala masih sakit dan suhu badan mula menunjukkan tanda-tanda nak naik. Seketika terfikir...betul ke aku nak exam pagi ni? Haha.

Tak sampai 2 minit selepas mesej tersebut dihantar, ibu call. Ibu memang risau kalau anak-anaknya sakit. Tambah-tambah lagi nak exam. FINAL exam.

"Assalamualaikum angah. Sakit kepala lagi ke sayang?" ibu bertanya dengan nada risau.

"Wa'alaikumsalam. Ermm...ha ah. Sakit jugak la. Bu, doakan angah ye. Kejap lagi exam," aku masih agak blur.

"Macam mana boleh sakit kepala pulak tu?" ibu bertanya. Nada serius.

Aduh....macam mana nak jawab ni?? "Erm..................................MSG kot. Huhu," hati berdebar-debar tunggu reaksi ibu.

"Hmm...ibu dah agak dah. Kamu kan memang tak boleh makan benda tu. Berhati-hatilah sikit...." dan seterusnya dengan nada yang lebh serius.

"Angah tak tau pulak dalam tu ada MSG," aku berkata dengan nada kesal.

"Dah2. Kamu rehat sikit, lepas tu pegi mandi basahkan kepala. Minum air banyak2 tau. Buat exam elok2 ye," kata ibu mengakhiri perbualan.




YA, benda di atas serta merta menjadi musuh utama dalam hidupku sejak aku discover yang aku sangat alah kepada penambah perasa tersebut. Sangat alah di sini bermaksud...kalau nak aku menderita, bagilah aku makan tu. Haha. Bunyi sarkastik, tapi memang benar.

Sejak kecil lagi ibu dan ayah selalu menjaga pemakanan kami sekeluarga. Jarang sekali aku ternampak aji-no-moto berada di dapur rumah. Ibu dan ayah masak memang sedap, tapi mereka tak ada pulak susah-susah nak tambah perasa. Semuanya guna bahan fresh dan asli. Namun, antara ahli keluargaku, aku seorang saja yang memiliki tindak balas pelik terhadap MSG ni.




Sampaikan kalau makan luar, ibu dan ayah akan rasa dahulu makananku.
-"Ya Allah...banyaknye ajinomoto dia letak. Angah makan ibu punye la,"-ibu
-"Umang aii...kuek peghaso eh ni. Buleh ko kamu makan ni?"-ayah
(translate: Mak aii...kuatnya perasa. Boleh ke kamu makan ni?)

Jelas terbukti, ibu dan ayah memang tahu tentang kepantangan aku dalam hal MSG dan mereka sangat mengambil berat. Tapi bukan setiap masa mereka ada bersamaku untuk lindungi aku dari kejadian tak diingini kan? Contohnya bila dah sampai kat Mesir, aku yang masih belum berapa mahir nak detect kewujudan MSG dalam sesuatu makanan melalui bau seringkali terkena penangannya. Setakat ni, hanya mee segera yang aku boleh detect bila ada orang masak. Itupun disebabkan baunya, kepala boleh jadi sakit gila kentang. Haha. Ini bukan cerita bohong. Tapi aku memang akan menyampah kalau ada orang masak Maggi dan seumpamanya dalam rumah, dengan menggunakan perencah yang mengandungi MSG. Bukan sengaja nak menyampah, tapi ia memang betul-betul mendatangkan kesakitan. Dan apabila termakan lauk atau apa-apa makanan yang rupa-rupanya ditambah MSG, ada juga probability untuk aku menyumpah dalam hati. Sakit ok. Sakitnya macam rasa nak mati. Sakitnya macam anda rasa yang beberapa saat lagi, malaikat maut akan datang mencabut nyawa anda. Cuba bayangkan. Haha.


Maka siang tadi aku menuju ke dewan peperiksaan bertemankan perasaan yang malaikat maut akan datang pada bila-bila masa. Bagus jugak tu, membuatkan aku ingat mati sentiasa ^_^. Doaku time tu agar dipermudahkan urusan. Janganlah blank atau blur secara tiba-tiba. Ia hanya akan memburukkan keadaan. Namun kesan MSG kali ini agak kuat memandangkan dalam seminggu ni, hampir setiap hari aku makan bahan tersebut secara sedar mahu pun tak. Hampir setiap hari ok. Kalau ibu baca post ni mesti kejap lagi ibu call dan nasihat macam-macam. Haha. Ya, salah aku sebab tak cek betul-betul. Lepas tu menderita sakit. P**** muka.Banyak dah peristiwa dalam hidup yang berlaku disebabkan MSG. Sakit kepala tahap dewa & sakit-sakit badan macam baru lepas menuai padi seluas 1 ekar tu memang biasa. Kalau teruk sangat akan mendorong kepada muntah-muntah dan demam dan lelap sepanjang hari.




Apa-apa jenis perencah pun jadi kepantangan, asalkan mereka mengandungi MSG. Kiub pati ayam memang diharamkan berada di rumah kami. Haha. Terima kasih ayah dan ibu atas penjagaan rapi. Kat sini kena hormat orang lain. Mereka tak ada masalah dengan MSG, tak ada masalah la kalau mereka nak masak guna bahan tu. "Angah, lepas ni angah masak makanan sendiri ok, " pesan ibu. Baik ibu!



Ada masanya aku jeles jugak tengok orang lain makan itu ini, tapi aku tak boleh. Makan mee segera la, keropok la, nasi goreng cina, kampung....macam-macam lagi. Sarah, sila sedar diri. Baiklah T_T.

Selesai saja exam, aku terus hanta mesej kat ibu. -Ibu, exam dah habis-
Itu taktik nak mintak ibu call sebab kredit dah nak habis. Haha.

"Assalamualaikum. Macam mana exam? Ok?" 

"Erm...boleh la. Tawakkal. Hehe. Ibu doakan angah ye. Esok oral pulak," nada jadi sebak sebab....

"Ye, ibu sentiasa doakan anak-anak ibu,"

On the way nak ke pasar dengan Sakinah lepas exam, aku berkata "Ana rasa ana kena bawak balik buku Histo la balik Malaysia nanti,". Tak perlu cuba untuk faham maksudnya ok.
.
Sakinah sekadar mengangguk tanda faham.

~Hanya mampu doa yang terbaik untuk exam yang dah berlalu. Semoga Allah kurniakan yang terbaik~

p/s: bila nak berkeluarga nanti, kena pastikan belakang rumah ada kebun sayur. tanam macam-macam. nak masak, petik saja dari kebun. selamatkan?

p/s II: esok kami oral Histology. Doakan kami semua ye!


Istanbul sana sini

Thursday, 1 July 2010

Hajat nak buat post tentang pengembaraan di Istanbul dah lama tertangguh. Semuanya gara-gara kurang kerajinan + faktor lupa letak nota catatan perjalanan kat buku mana + banyak fakta tak ingat T_T. So, hari ni just nak letak gambar-gambar yang sempat di snap sepanjang keberadaan kami di sana.

*update*. Post ini adalah kesinambungan daripada post ini dan ini juga. Harap maklum.

Note: kalau gamba tak lawa, harap maaf. photographer tak profesional ^_~


Blue Mosque dari jauh...


Ni Hippodrome namanya kalau tak silap. Sejarah tentang tempat ni akan diceritakan lain kali. Lupa sudah...T_T



Kesan sejarah yang tertinggal....



Pintu gerbang Topkapi Palace.


Yang berbaju putih tu tourist guide kami. Orang Turki, namanya....mula dengan huruf U. Urghh...tak ingat.






Bunga-bunga yang banyak terdapat di sekitar Istanbul.



Look at the colour of the sky! Macam lukisan kan? Hehe. Dulu sebelum pegi Turki time kami tengah decide nak pergi negara mana, (time tu pilihan awal = Jordan dan Syria) Ain ada cakap "Aku nak jugak pergi Turki, nak tengok langit dia. Kalau mendarat kat Turki beberapa jam pun jadila. Aku nak tengok langit dia je. Cantik!". Yup, memang sah cantik. Bak kata Ain, ada banyak warna. Subhanallah....




Pokok-pokok botak di sekitar Istanbul. Look at the sky!



Ini Blue Mosque versi cerah ^_^



Hagia Sophia. Ada jugak orang panggil Aya Sofya.



Ni dekat sekitar kawasan luar Blue Mosque.



Juga di sekitar luar Blue Mosque.




Kapal ni kami naik time nak pegi ke Bursa.


Bukan kami je yang naik kapal, tapi bas & kenderaan lain juga.



Burung-burung comel mengiringi kapal sepanjang pelayaran. Baaaanyak sangat!


Burung lagi... Kat Istanbul memang banyak burung.



Sebelum sampai Bursa, singgah kat masjid ni, masjid tertua di sana. Tak ingat nama dia T_T.



Kanak-kanak (ke remaja?) Turki sedang jalan-jalan. Time ni kami tengah tunggu bas. Ambik gamba banyak2.


Pemandangan sepanjang perjalanan kami menuju puncak Gunung Olympus (betul ke nama dia?). Semua teruja nak main salji!


Turun je dari bas, diserbu oleh angin yang saaaangat sejuk. Disebabkan suhu sangat rendah, camera Sony hijau ni tiba-tiba tak berfungsi. Cis. Dengki rupanya dia. Rosak time orang nak ambik gamba main dengan salji. Gamba ni je sempat di snap dengan camera tuh T_T.


Salji tebal giler, kalau jalan boleh tenggelam kaki. Kami pun bermain dan bergambar selama hampir sejam, sebab time tu dah nak gelap. Ni satu-satunya gambar yang sempat di snap dengan camera handphone sebelum camera phone tu jadi blur. Kawan kata "Barang Sony ni sensitif la!". Sangat setuju.


Kemudian kami menuju ke restoran ni, tak tau nama dia apa untuk makan malam, barbeque masak sendiri.


Cantik, kan?kan?kan?



Self-service ye.




Tadaaa! Dah siap! Sedap, tapi banyak. Jenuh jugak nak menghabiskannya. Orang N9 kata: hongeh. Haha. Aku tapau je bawak balik hotel.


Tak tau la mereka ni pelancong atau orang Turki. Mereka sangat excited dengan kehadiran kami di restoran itu.


Ini kedai jual barangan yang diperbuat daripada kulit. Mahal woo! Mahal giler! Giler kentang punya mahal! Tak ada siapa pun yang borong kat sini. Ada la yang beli 1, 2 benda. Yang lain leka ambik gambar, haha.


Ini Meram dan ayahnya, Mohsen. Mereka sama group dengan kami, dari Mesir. Diorang ni dah merata tempat diorang jelajah. Siap bagitau kitorang: kalau nak shopping, Turki paling best. Kalau nak honeymoon, Paris best. Kalau nak....dan blablabla. Lepas ni diorang kata nak datang Malaysia pulak. Kami kata: Kalau bab makan, Malaysia terbaek! HAHA.


Suasana dalam Olivium, salah satu shopping centre yang sempat kami singgah. Time tu musim Hari Kakashi Kekasih. So, banyak la ungkapan kasih dalam pelbagai bahasa di gantung di situ. Bahasa Melayu tak ada.




Haaa....cuba teka ni apa? Sekali tengok nampak sedap je kan? Tu semuanya sabun. Yup, SABUN. Waaaangi sangat. Lalu je sebelah gerai ni dah terbau dah. Tapi harganya cukup mahal. Huh....


Cute tak?


First time nampak kedai ni, punyalah excited! Tapi tak ada jual kain batik pun dalam tu. Baju batik pun tak ada. Tak tahulah ia batik dari segi apa. Kek batik mungkin?


Taxi! Tak naik pun teksi kat sana. Tak tahulah tambangnya semahal mana T_T.


Guess what?? Nope. Mereka bukan Power Rangers. Ini polis ok. Yup, POLIS! Cool kan? Haha. Excited kot kami semua time nampak brader2 polis ni. Bergaya tuuuu....


Kanak-kanak Turki. Lokasi: Luar Olivium. Diorang khusyuk je tenung aku ambik gambar banyak-banyak. Aku pun agak musykil pada mulanya. Ke mana aku pergi pun diorang ikut. Dari jarak yang agak jauh la. Last-last aku minta izin nak ambik gamba diorang. Punyalah happy mereka ni. Haha. Dah ambik gamba, mereka pun beredar. Cute je.



Now guess what? Ini Universiti Galatasaray. Yup, UNIVERSITI! Tepi laut tuh. Bestnya kan? Bayangkan kalau gambar di atas adalah Universiti Ain Shams. Wah....



Pintu gerbang Grand Bazaar a.k.a Kapalicarsi. Memang grand la tempat ni, Macam-macam ada!


Kawasan luar Grand Bazaar. Ni baru luar je ni.




Makanan ni banyak di jual di tepi-tepi jalan. Kira macam kuih la kot.



Delima merekah. Cantik kan? Tak beli pun. Mahal kot. Nak tau harga pisang kat sana? 2 biji pisang = 1 Lira, bersamaan LE 5. Mahal weh!


Erm...pasu bunga?



Benda ni ala-ala komuter kat Malaysia. Best naik dia, tapi pikir banyak kali jugak nak naik sebab tambangnya... T_T. Ia bergerak atas jalan raya, sama macam kenderaan lain. Nama ia tak berapa nak ingat.


Stadium! Yes, stadium bola. Tapi tak sure ini stadium team mana. Galatasaray? Fenerbahce? Tak pasti. Gambar di snap time on the way ke Grand Bazaar.


Menara jam.


Contoh rumah di sana. ^_~


Okay, setakat itu saja untuk hari ini. Jumpa lagi di lain hari. Maaf la ye, maklumat tak banyak.

*update*. p/s: baru teringat nak letak gambar orang Turki, lelaki perempuan. maybe next post.

p/s II: tips menarik- kalau anda nak ambik gamba orang Turki, just snap gambar mereka, tak perlulah anda bergambar sekali dengan mereka sebab... MEREKA SANGAT CANTIK DAN ANDA AKAN RASA RENDAH DIRI. SOB...SOB... T_T. Ini kenyataan.
Related Posts with Thumbnails