Alhamdulillah, memandangkan hari ni line broadband laju semacam, maka bolehlah nak update ringkas (bajet ringkas laa) tentang hidup.
Pertama dan selamanya (eh?) nak minta maaf sesangat345 kat sesiapa yang telah dijanjikan dengan post itu ini, tapi sampai sekarang tak buat-buat. Kelemahan diri sendiri T___T. Satunya, dari tempoh Oktober sampai November, line internet rumah telah jatuh hingga ke tahap lebih lembap dari siput yang obese. Ni pun dapat online sebab songlap (pinjam) broadband Kak Az yang balik Malaysia. Keduanya, nak update blog ni perlu mood yang padu. Banyak je post yang jadi draft sebab tak ada penghujung *muhasabah*. Ketiganya, belakangan ini (perghh) banyak menyibukkan diri dengan macam-macam maka jarang dapat menghadap laptop. Keempatnya....cukuplah. Jangan banyak sangat beralasan.
Kadang-kadang terasa nak futur dari arena blogging ni sebab banyak merepek dari bagi manfaat (huwaa!). Moga Allah ampunkan dosa-dosaku yang menggunung tinggi.
Baiklah. Sedikit update tentang hidup hamba Tuhan yang mencuba sehabis baik mencari redhaNya.
1. UBM
Amboi...awal-awal dah UBM naaa. Bukan. Bukan. Jangan fikir bukan-bukan. Ni nak bagitahu. Saya ni diminta untuk jadi salah seorang penulis untuk buku Beit Muslim yang akan diterbitkan. Aneh kan? Mengapalah tak diminta jadi penulis buku 'Cara-cara Merepek Dalam Blog' ke... atau buku 'Teknik Membiarkan Blog Anda Bersarang Dengan Jayanya'. Tapi nak dijadikan cerita, begitulah. Maka penulis-penulis diminta menghantar satu sampel artikel masing-masing untuk dilihat keselarasan bahasa. Alkisahnya saya memang jenis yang tak suka kena paksa menulis ni! (haha. sadis tapi sangat benar -___-) Maka dengan jiwa yang rasa terpaksa, saya pun buatlah artikel last minute. Banyak kali juga saya tanya kawan saya yang terlibat sama, (mesti dia rimas) nak guna gaya bahasa yang macam mana? Kalau kena bunga-bunga, memang tak retilah. Nama je suka bunga. Tapi sungguh, memang tak reti nak hias bunga dalam artikel. Sebab gaya penulisan saya macam funfair!
Maka setelah semuanya hantar artikel, kami pun saling membacalah artikel masing-masing. Ternyata artikel saya yang paling macam zzzzz sebab orang lain punya ayat boleh buat novel! Maka jatuh merudumlah self-esteem dalam bab nak menulis buku Beit Muslim ni. Bulan ni adalah fatrah menulis. Tapi saya masih belum mula menulis apa-apa sebab sangat blur dengan bab yang saya kena tulis, dan memandangkan masih kurang sumber. What to do? What to do?
Sekarang sedang menguatkan diri untuk membaca buku Bahasa Melayu supaya (harapannya) dapat serap gaya penulisan Bahasa Melayu yang betul. Tapi setakat ni kejayaan paling besar adalah baca 2 muka surat dalam masa 3 hari. Osah eh laaa -____-.
2. ENT
Masuk tahun 4 ni, subjek pertama yang dipelajari ialah ENT (Ear, Nose and Throat). Menarik? Mestila! Sebab sejak tahun 1 sampai tahun 3, belajar benda teori je, sampai asyik pikir "Betul ke aku ni bakal jadi doktor?". Bila masuk tahun 4 ni, terasa la nikmatnya jadi pelajar perubatan. Dapat pergi hospital, tengok patient, belajar jenis-jenis penyakit kat telinga, hidung dan tekak dan blablabla. Setakat ni, memang berkenan sungguh la kat ENT ni. Masa exam end round pun, study tak seberapa (tak senonoh!). Tapi Allah permudahkan urusan masa exam. Ya Allah...moga tak menjadi istidraj. Walaupun study smart, mesti study hard juga!
3. CEOM (ComMed)
Hah! Saya melihat ia sebagai satu wasilah yang cukup baik untuk berdakwah kepada manusia dalam komuniti yang besar. Cukuplah tu.
p/s: cuma sekarang ni tengah ermmm...(I don't know how to say this) tengah tabah mungkin? lulz.
4. Makan dan berat
Jujurnya, saya tiada masalah dengan makanan. Pantang nampak makanan, itu saja masalah saya (heh). Tapi tapi tapi entah kenapa kebelakangan ni semacam ada permusuhan antara tekak, perut dan makanan. Rasa macam tiada persefahaman antara ketiga-tiganya. Barangkali perlu buat perjanjian damai. haha.
Yang dirisaukan cumanya berat makin turun. Dan hari ini, berat telah turun ke angka yang dilarang oleh pakcik saya (seorang doktor). Maka gelabahlah saya mencari makanan dan makan dengan semangatnya. Tapi...itulah. Kalau dia nak naik pun, dia naik 200 gram je. Tak paham gua. Stress barangkali? Saya bukan Perdana Menteri pun!
Lah....ada kerja pula. Lain kali la sambung.
Related Posts:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 play the melodies:
Post a Comment