Hope

Hope

Pray

Pray

Work

Work

Repent

Repent

Experience is the best teacher

Tuesday, 1 September 2009

Sabtu lepas merupakan hari kedua aku mengajar tuisyen di rumah Puan A. Datang dengan semangat dan harapan baru...ceeewah.

Di kelas Darjah 5:

Mengajar tajuk PERIMETER. Kusangkakan semuanya dah paham betul pasal ni, tapi tidak. Aku pun mula la menconteng whiteboard bagi mereka soalan sendiri. Teringat pesan 'Atiqah n Sakinah...

"Sarah kalau buat soalan sendiri, lagi pening jadinye..." tidak kunafikan, haha. Terasa kesian kat mereka2 yang terpaksa berhadapan dengan soalan buatan sendiri.

Salah satu tugas guru adalah untuk mempermudahkan kerja murid2. Mungkin kat skolah diorang tak brape nak pay attention, maka kat tempat tuisyen lah kena pastikan diorang 100% focus. Maka....aku pun mulalah mengajar diorang cara mudah nak kire perimeter. In other words...aku ajar 'short cut' untuk dapatkan jawapan yang betul.

Aku pun start la pot pet pot pet tunjuk jalan kira sampai dapat jawapan. Dan bila pusing belakang tengok diorang paham ke tak....masing2nye menganga tak paham. Kuang3....syok sendiri rupenye. Shouldn't be that way, huhu.


Di kelas Darjah 3:

Masih lagi 7 orang yg hadir. Tapi Ammar dan Haikal tidak kelihatan. Ada 2 wajah baru time tu. Sorang laki, sorang perempuan. Kali ni aku mengajar mereka tajuk Liquid. Biaselah...kena lah cabar diorang kan...

"Sape siap dulu cikgu bagi hadiah...." aku memandang masing2 dengan wajah serius. Hanya 2,3 orang yang mengambil peduli ape yang aku cakap. Yang lain...buat dono je, huhu.

Macam minggu lepas jugak, pelbagai aksi yang diorang buat sambil buat latihan. Cuma minggu ni, alhamdulillah, semuanya buat latihan, xde plak yang simpan buku awal2. Irfan dan Harith (baru) sungguh2 buat sampai berebut buku latihan disebabkan Harith xde buku. Amsyar needed more attention sebab dia cepat bosan. Kalau aku explain kat student lain, dia mula berenti menulis.

"Kenapa?" aku cam musykil.

"Kite xtau la ni..." katanya menunjukkan soalan mudah. 1000 x 6 = ?

"1 x 6 brape?" (aku)

"Erm...urm...err...." jawapannye sambil leka merenung ke arah murid2 perempuan yg tengah ketawa terbahak2.

Oh...tiada fokus di situ. Huh...kanak2 sebegini memerlukan lebih perhatian....teringat fakta daripada dokumentari di TV. Maka dengan itu, sepanjang 1 jam, tumpuan lebih ku berikan kepada Amsyar dan Haziq. Sampaikan....

"Eee...cikgu ni asyik dengan budak laki je!!" kata Izzah memprotes. Maaf la ye mak cik... Aku ni manusia jugak. Kalau dah orang xnak pay attention kat kite, mule la bosan ngan orang tu kan? Hehe.... Ish3...mane boleh camtu lah! Maka sepantas kilat aku menuju ke tempat bersila kanak2 perempuan.

"Haa...boleh buat x? Ade yang xpaham?" aku mula memberi perhatian.

Sedikit pun soalan tersebut tak diendahkan. Mereka seperti biase bergurau dan berbual. Aduhh...ape ni. Aku datang nak tolong. Pada masa yang same, Irfan menjerit2 panggil aku sebab xpaham soalan. Terasa agak segan sebab rasenye, kelas aku la yang paling 'meriah'.

Aku pun beralih kepada budak laki yang lebih berminat nak blaja tu. Rase gembira la jugak sebab ade jugak yang berminat dan bersungguh nak paham. Huhu... Last skali, hadiah menjadi milik Irfan dan Harith. Time tu...

"Yeay!! Dapat hadiah!!" terdengar sorakan Irfan yang berlari mengelilingi meja sambil menunjuk hadiah kepada budak perempuan yang tercengang. Immediately, diorang serbu aku.

"Ala cikgu....kite nak jugak..." kata Izzah sambil membuat muke kesian.

"Sape suruh ko xbuat keje....gelak je tau" kata Irfan.

Agak terkedu aku time dengar Irfan cakap camtu. Sebabnye, biase aku dengar budak perempuan lebih rajin daripada laki. Time skolah rendah, lagi ramai budak perempuan beratur ambik hadiah. Menengah pun camtu. Dalam kelas aku, tak pernah laki lagi ramai. Tapi sekarang kat Universiti, semuanya dah lain. Hmmm...mungkin zaman dah berubah.

Bukannye hadiah ape pun yang diorang dapat. Just penanda buku papyrus yang aku beli kat Hussein dulu. Tapi mane senang nak dapat kat Malaysia kan? Haha. Harith plak dapat duit syiling segenih. Heboh la satu kelas tu...masing2 nak dengar cerita pasal Mesir.

Kenangan mengajar KAFA kanak2 Darjah 1 tahun 2008 dulu turut menerjah dalam fikiran. Memang la serak2 basah suare dibuatnye. Tapi dah sampai hari last, terasa sayu nak meninggalakan mereka yang comel2 tu. Sempatlah juga aku mendapat gelaran 'Ustazah' sedangkan baru habis SPM time tu. Syukur kepadaMu yang memberiku peluang berharga itu.

Sebenarnye, bukan aku je yang mengajar mereka. Mereka turut mengajar aku macam2 benda yang aku takkan dapat kalau setakat duduk je kat rumah. Kalau dulu aku kekok dengan kanak2, sekarang tak lagi. Kesabaran, ketekunan...macam2 lagi lah nilai yang aku pelajari sepanjang bersame mereka. Terima kasih banyak2 kepada mereka. Bak kata naqib dan naqibah terdahulu....dalam masa mentarbiyah, kite juga akan ditarbiyah. And so it happens....

Inilah mereka:









Semoga mereka membesar menjadi Muslim dan Muslimah yang berguna dan berjasa kepada agama dan bangsa.

3 play the melodies:

Anonymous said...

hmm,betul3...semua orang tak kira siapa,sebenarnya boleh mengajar kita sesuatu...just samada kita sedar atau tidak je...

p/s : eyp dear,tadi pi shams jap..nak ajak awak,takut busy n taknak pi lagi lepas hari tu,hehe...nanti pi lagi nak??ustaz zaini kata budak2 mesir yang balik sume nampak susut,budak jordan je yang nampak biasa2 or sihat sket,haha^^

1 September 2009 at 14:38
Anonymous said...

Salam sarah, tentang 'experience is the best teacher' ni, ana baru je buat satu kenyataan,

EXPERIENCE IS NOT THE BEST TEACHER.

hehe.

Ini bukan offence tajuk sarah, tapi nak kongsi, mungkin lepas ni, di seni kehidupan, insya Allah.

[Entah APA-APAlah ana ni]

8 September 2009 at 02:08
Sarah Mustaza said...

waahh...awesome kenyataan tuh
I always wonder if I can get logical n reasonable explanation about it.
Can't wait to read yours :)

8 September 2009 at 04:20
Related Posts with Thumbnails