Hope

Hope

Pray

Pray

Work

Work

Repent

Repent

Robot dan manusia

Friday, 4 March 2011

Salam Jumaat wahai umat Muhammad :).

Aku pernah terbaca status-status hamba Allah di Facebook, YM dan sebagainya yang membuatkan aku berfikir "Manusia ni sedar tak mereka ni manusia, bukannya robot?". Haaa fikir jangan tak fikir.


Sedar atau tak, kadang-kala kita menjadikan diri kita (yang diberi kebolehan, keupayaan, keistimewaan sebagai manusia) seperti sebuah (ke seekor?) robot yang tak bernyawa, tak berakal. Bangun pagi, gosok gigi, pakai baju, minum kopi. Pergi kerja/kuliah, buat kerja/belajar, makan tengahari. Buat kerja/study lagi, balik rumah, minum petang, malam tengok TV, bukak FB, makan malam, tidur. Esoknya kita ulang rutin yang sama. Hujung minggu pula kita pergilah lepak-lepak, jalan-jalan di taman, shopping mall, bagi menggembirakan hati. Tak pun main game, tengok wayang. Kononnya nak mengurangkan stress bekerja, atau belajar. Kununnye lah...

Kita tak sedar pun kita menyerupai robot, sebab manusia sekeliling kita pun buat benda yang sama. Ye lah, mana taknya, dah kita duduk sesama kelompok kita kan?  Jadi, sama-sama robotlah. Apa nak kesah, kan? Macam robotlah, dia tak peduli apa pun. Dia buat benda yang sama saja setiap hari. Blender, kerjanya blend bawang, buah-buahan, ais + coklat, serta apa-apa sahaja benda yang perlu di blend. Mesin basuh, kerjanya membasuh pakaian sampai bersih. Kalau tak bersih, bukan salah dia. Barangkali salah sabun agaknya. Kalkulator, kerjanya mengira apa sahaja yang disuruh untuk kira. Dia tak reti nak mainkan lagu, atau mengarang cerita. Itulah sifat robot. Kerjanya sangat limited. Certain perkara je yang robot boleh buat. Certain perkara lagi, kalau dipaksa buat, robot boleh rosak, meletup, black out terus.


Tanya pada diri...kau robot ke manusia? Allah cipta kau sekadar menjadi seorang anak kah? Allah cipta kau sekadar menjadi seorang sahabatkah? Allah cipta kau sekadar menjadi penganut Islam kah? Allah cipta kau sekadar menjadi seorang pelajar kah? Bukankah kau bertanggungjawab sebagai semuanya? Kau seorang anak, kaulah sahabat, kaulah Muslim, kaulah pelajar. Maka perlulah kau menunaikan tanggungjawab kesemuanya. Tanggungjawab sebagai anak kepada kedua-dua ibu bapa. Tak semestinya kau belajar jauh-jauh, kununnya nak menunaikan tanggungjawab sebagai mahasiswa, lalu kau terpaksa mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang anak. Come on la....kau bukan robot. Kau manusia. Lebih-lebih lagi kau hamba Allah.

Sila ingat, KAU HAMBA ALLAH. Sila review tanggungjawab kau sebagai hamba Allah yang masih belum selesai tu. Jangan kau fikir kau sudah belajar tinggi-tinggi, maka kau 'terpaksa' mengorbankan tanggungjawab dan amanah kau sebagai hamba Allah. Jangan fikir kau belajar jauh-jauh, maka kau 'terpaksa' mengenepikan tanggungjawab dan amanah kau sebagai khalifah di muka bumi Allah ni. Senang cerita, jangan ingat kerja kau belajar saja. Islam dihina, Islam menuju keruntuhan, Islam difitnah....kau buat tak tahu. Kau rasa kau pelajar, jadi tugas kau belajar saja. Kemungkaran depan mata kau buat tak nampak. Kau ingat kau robot ke? Kau rasa kau tak mampu ke jadi seorang anak, pelajar, hamba Allah sekaligus dalam satu masa? Kau dah lupa ke kenapa kau dilahirkan ke dunia ni? Tolonglah...jangan sempitkan pemikiran dan akal yang Allah berikan tu. Rajin-rajin lah buka kitab, baca sirah, kisah orang-orang Islam yang terdahulu. Belajar daripada mereka, orang-orang yang hebat tu. Ya, aku sebut 'orang', aku tak sebut 'pejuang'. Nanti ada pula yang kena gatal-gatal kulit akibat alergik. Ibnu Sina, Imam Al-Ghazali, Ibnu Khaldun, Al-Khawarizmi, Al-Farabi....mereka semua belajar juga. Tapi mereka belajar bukan sekadar belajar buta, tak buat benda lain. Mereka menuntut ilmu, pada masa yang sama mereka memperjuangkan Islam, menyebarkan Islam, mengubah dunia. Mereka manusia. Kau? Kau juga manusia kan? Kenapa memilih untuk menyerupai robot sedangkan sudah ada contoh-contoh orang Islam yang hebat, yang boleh menunaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah?

Kau nak main PES, main DOTA, main CS, main lah. Bukannya berdosa. Kau nak belajar sampai mati, belajarlah. Tapi tak perlulah kau menafikan tanggungjawab kau sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Kau rasa kau boleh senang-senang masuk syurga ke nanti kalau kau sekadar belajar saja? Lima hari seminggu belajar macam nak gila. Hujung minggu pergi lepak-lepak, main game, layan movie, jalan-jalan sana sini. Bila masa kau mantapkan ilmu agama kau? Bila masa kau jalankan amar ma'ruf nahi mungkar? Bila masa kau bantu agama Allah? Kalau kau mati esok, macam mana agaknya ya? Dah la jarang-jarang menyedari diri sebagai hamba Allah. Lebih teruk lagi, sering pandang serong kepada hamba-hamba Allah yang sibuk menginfakkan diri ke jalanNya.



Cuba kira umur kau sekarang berapa. Tak, umur kau bukan 20, bukan bakal 21. Umur kau hanya hari ini. Ya, hari ini. Sebab esok belum tentu roh dan jasad kau masih bersatu. Maka hari ini, silalah jadi manusia. Manusia yang sedar dan faham tanggungjawab sebagai hamba Allah. Manusia yang sedar dan faham bahawa amanah yang dipikul lebih besar dari Gunung Everest. Manusia yang sedar dan faham bahawa dirinya bukan robot. Robot, bila dah rosak, bila dah tak boleh digunakan, orang buang je kat tong sampah. Hujung minggu, robot yang dibuang tu dilenyek bersama sampah-sampah yang lain. Senang je hidup robot ni. Dia tak ditanya pun "Kau buat apa untuk Islam selama kau hidup?". Dia terus dibuang macam tu je. Walaupun pada awalnya dia robot yang canggih dan hebat, tapi last-last ke tempat pelupusan sampah juga tempatnya.

Allah tak menciptakan kita dan memberi kita peluang untuk hidup di dunia ni supaya kita boleh menyerupai robot. Kau hadir di dunia ni dibekalkan dengan amanah, dengan tanggungjawab. Begitu juga orang lain. Sebab tu kau boleh buat banyak perkara dalam satu masa. Adakah kau akan menjadi kurang pandai sekiranya kau membantu kerja-kerja Islam? Adakah teputus hubungan kekeluargaan sekiranya kau menjalankan amar ma'ruf nahi mungkar? Adakah kau akan menjadi cacat sekiranya membantu menyebarkan Islam? Fikirlah sendiri. Kau kan dah besar (aku yakin pembaca blog ini semuanya sudah besar, boleh berfikir).

Di kesempatan ini, aku ingin memohon maaf atas keterlanjuran bahasa sepanjang menulis post di blog ini. Aku  juga manusia, hamba Allah yang lemah, kadang kala membuat kesilapan. Sila beri peringatan. Cumanya, aku yakin aku bukanlah robot. Aku manusia. Kamu bagaimana?

p/s: selawat~

2 play the melodies:

Anonymous said...

assalamualaikum sarah..

Nadhrah nak jadi manusia dan daie yg menyebarkan agama-Nya di muka bumi ini...

tggungjwb hamba ada 2 : khalifah dan beribadah..

mohon share ye ukhti~

9 March 2011 at 02:45
Unknown said...

terima kasih kerana peringatan....da lama x bukak blog sarah... ^.^
tanggungjawab sbg seorg khalifah, seorg hamba Allah, dan juga seorg anak kepada ibu bapa akan dipertingkatkan usaha untuk mengimbangkan semuanya... ^_^

22 April 2011 at 17:27
Related Posts with Thumbnails