Hope

Hope

Pray

Pray

Work

Work

Repent

Repent

Do.

Friday, 13 May 2011


((Sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan))



Hari ini kita lihat manusia gah berkata-kata. Secara lisan, mahupun secara penulisan. Bukan susah nak berkata-kata. Betul kan? Lihat saja di Facebook, Tumblr, blog, status YM (sekadar menyebut beberapa contoh) dan sebagainya. Masing-masing berlumba-lumba nak berkata itu, berkata ini. Seolah-olah macam ada pertandingan 'Siapa buat ayat paling best dia menang'. 

Tapi tanpa kata-kata, sukar untuk menyampaikan dakwah. Jadi memang wajar, selaku manusia yang berdakwah, perlu sangat kita mengeluarkan kata-kata yang berhikmah, yang indah, yang sedap didengar. Sebab manusia memang mudah terkesan dengan kata-kata. Bayangkan kalau seseorang itu bisu. Jika hanya dengan kata-kata manusia mampu menyampaikan sesuatu, sudah tentu orang bisu hidup merana, hidup penuh seksa. Ya, memang sangat perlu untuk kita berkata-kata. Cuma....

Sedar atau tidak, kadang-kala kita terlalu seronok, terlalu syok, terlalu ketagih berkata-kata. Sehingga kita lupa untuk melaksanakan apa yang kita katakan. Contoh mudah:

Kata-kata: Korang tau tak, kita orang Islam ni, kena rajin bangun malam. Qiamullail. Bangun malam, solat tahajjud. Bangun untuk dekatkan diri kita kepada Allah.

Realiti: Alarm berbunyi pukul 3.00 pagi. Buka sebelah mata, tutup alarm, sambung mimpi indah. 


Keesokan harinya kita masih berkata-kata yang sama. Sampai berbuih mulut nasihatkan orang lain supaya bangun malam. Tapi diri sendiri tak berusaha nak buat. Tak, memang tak salah nak nasihatkan orang. Cuma cubalah fikir. Cubalah ingatkan diri tentang ayat Allah kat atas tu. Surah As-Saff, ayat 3. Sampai bila nak biarkan diri dibenci oleh Allah? Dibenci oleh Allah, bukan setakat manusia. Bukan perkara main-main. 

Sekecil-kecil perkara, (contoh: kita pesan kat orang lain, jawab salam itu wajib) sehingga sebesar-besar perkara, (contoh: kita pesan kat orang lain, nak capai kemenangan untuk Islam, kita mesti bersatu) bukan boleh memberi kesan dengan sekadar berkata-kata. Tindakan itu lebih penting, dan lebih berkali-kali ganda besar impaknya. 

Adakah kita terlalu taksub berkata-kata sehingga kita lupa ada kerja yang perlu kita lakukan? Atau adakah kita berasa terlalu selesa berkata-kata sehingga kita memalaskan diri untuk bertindak? Atau adakah kerana kita disukai manusia kerana kita pandai berkata-kata sehingga kita merasakan bukan menjadi tanggungjawab kita untuk bekerja? Sedarkah kita, keadaan sebegitu menjadikan kita hipokrit yang sangat dibenci oleh manusia? Allah juga membenci sikap begitu! 

Astaghfirullah....astaghfirullah.....astaghfirullah..... Sungguh besar kesalahan yang kita sering terlepas pandang. Semoga dengan peringatan ini, kita lebih sedar bahawa kita terlalu kerdil untuk berbangga. Kita terlalu lemah untuk mendabik dada. Kita terlalu hipokrit apabila terlalu seronok berkata-kata. Padah manusia yang mengaji Al-Quran, tetapi tidak terlekat di hatinya ayat-ayat cinta dari Tuhan. 

~muhasabah~

0 play the melodies:

Related Posts with Thumbnails