Zon selesa itu zon bahaya
In muhasabahWednesday, 21 March 2012
Hari ini pemuda pemudi kita lebih kenal penyanyi daripada kenal ulama'.
Hari ini pemuda pemudi kita lebih peka isu bola sepak daripada isu umat Islam.
Hari ini pemuda pemudi kita lebih risau diri sendiri tak dapat makan best-best daripada risau orang miskin yang sentiasa kelaparan.
Hari ini pemudi kita lebih cemburu tengok orang pakai shawl lagi lawa daripada dia, berbanding cemburu tengok orang ada ilmu lebih daripada dia.
Hari ini pemuda pemudi kita lebih risau Justin Bieber masuk hospital daripada risaukan saudara Islam yang setiap hari terkorban.
Hari ini pemuda pemudi kita lebih sibuk mengedit gambar untuk di upload ke facebook daripada sibuk update tentang perihal Islam dan umatnya.
Hari ini pemuda pemudi kita lebih gemar menghias tubuh dan wajah dengan aksesori mahal daripada menghias hati dan jiwa dengan iman dan taqwa.
Hari ini pemuda pemudi kita lebih takut kepada orang yang zalim berbanding Tuhannya sendiri.
Hari ini pemuda pemudi kita dalam hatinya banyak perasaan takut. Takutkan macam-macam kecuali Tuhannya.
Hari ini pemuda pemudi kita hanya mampu melihat kemungkaran lalu bercakap-cakap belakang, daripada mencegahnya.
Hari ini pemuda pemudi kita hanya mampu menyatakan rasa kasihan terhadap kesusahan yang menimpa orang lain, tidak sama sekali membantu.
Hari ini pemuda pemudi kita hanya mampu mengambil tahu, tetapi tidak berfikir dan bertindak.
Hari ini pemuda pemudi kita hidup bagaikan dunia ini kekal, seakan-akan lupa kewujudan akhirat.
Hari ini pemuda pemudi kita menyesakkan hati dengan perkara-perkara melalaikan, sedangkan hati itu hanya untuk Tuhan.
Hari ini pemuda pemudi kita hidup tanpa roh. Roh Islam yang hilang dari diri masing-masing.
Pemuda pemudi itu siapa?
Kita semua.

Simbolik Cinta?
In bila saya membebel, In friendsAku bukanlah seorang yang hebat. Aku berasal dari keluarga yang biasa-biasa, pergi ke sekolah yang biasa-biasa, dan menjalani kehidupan yang biasa-biasa. Kalau kamu jumpa aku, mesti kamu akan kata dalam hati, 'oh...biasa saja budak ni,'. Ya, memang begitulah aku. Dulu.
Tapi hakikatnya, dalam hidup ini, bukan semua benda itu biasa. Kadang-kala berlaku perkara luar biasa dalam hidup kita, sama ada kita sedar atau tidak, yang sebenarnya menjadi peristiwa penting yang mengubah diri dan hidup kita.
Aku, macam kamu juga. Manusia biasa, yang kadang-kala tak sedar pun apa yang berlaku di sekelilingku. Aku, macam kamu juga. Manusia leka yang tidak mengambil serius tentang hidup ini.
Aku, macam kamu juga. Manusia alpa yang tidak melihat dengan mata hati.
Namun apabila Allah sayang kepada hambaNya, Dia akan tetap beri hidayah kan? Apabila Allah ingin mendekati hambaNya, kita tak akan dapat lari ke mana-mana kan? Walau betapa teruknya kita, betapa banyaknya dosa kita, rahmat Allah tetap lebih luas.
Kisahnya bermula apabila aku tiba di bumi Mesir. Bukan pilihanku untuk berada di sini. Bumi yang penuh dengan pasir, angin debu, ribut sampah, sangat memeningkan kepalaku. Apatah lagi aku tak berapa mahir Bahasa Arab. Dah la tinggal jauh dari keluarga. Kena uruskan hidup sendiri pula. Setiap hari rasa stress. Mujur ada laptop yang padat dan sarat dengan movie dan drama bersiri. Terubat juga tekanan perasaanku.
Hari-hari aku jalani hidup seperti robot. Robot yang tak berapa faham apa erti hidup di dunia. Robot yang rutin hariannya mengulangi perkara yang sama, tanpa ia sedar, ia tidak mendapat manfaat apa-apa. Apabila rajin, aku ulangkaji pelajaran. Apabila stress aku menonton movie. Sekali sekala, apabila terasa duit berlebih, aku manjakan diri pergi ke mana-mana pusat membeli-belah untuk menqinfaqkan wang ke saluran yang aku sendiri tidak pasti hala tujunya. Aku rasa hidup aku sudah cukup baik begitu. Yang penting, aku bahagia kan?
Pada suatu hari, aku terjaga dari tidur siang yang panjang. Rasa resah, gelisah, serba tak kena. Aku buka buku Physiology, tapi semuanya nampak kabur. Aku toleh ke arah laptop, tiada perasaan. Aku toleh semula ke arah katil, juga tiada perasaan. Aku rasa tak tentu arah, tidak tahu apa puncanya rasa tak sedap dalam hati ini. Aku mengeluh. Mengeluh. Dan mengeluh lagi. Tetap tiada perubahan.
Tiba-tiba handphone berbunyi. Kak Solehah. Ada apa agaknya...
Kak Solehah: Assalamualaikum Aishah.
Aku: Waalaikumsalam.
Kak Solehah: Awak sihat hari ni? Suara macam tak sihat je.
Aku: err...sihat. Rasa tak sedap badan sikit.
Kak Solehah: Ooo...syafakillah. Awak, akak call sebab nak ingatkan, takut awak lupa. Petang ni kita ada SC kat Hadiqah Azhar ye. Jemput datang ye Aishah. Kawan-kawan lain semua rindu kat awak.
Aku: err..o ok. Tengok la macam mana.
Aku tamatkan perbualan. Resah di hati makin menebal. Arghhh...kenapa ni???
Petang itu aku paksa diri pergi ke Hadiqah Azhar. Entah kenapa, buang tabiat agaknya. Aku sendiri tidak pasti itu SC kali ke berapa yang diadakan, sebab aku pernah datang sekali saja, masa mula-mula dulu. SC kedua, ketiga dan seterusnya, aku tak pernah hadir. Sentiasa istiqamah bagi alasan yang aku sendiri rasa tak munasabah. Macam itulah aku. Dulu.
Aku tiba lewat. Fatin, Najwa, Balqis, Izzati dan Syakirah dah siap-siap duduk dalam bulatan dengan Kak Solehah. Diorang sebut halaqah. Aku menghampiri mereka. Tiada siapa pun sedar kehadiran aku. Khusyu' sangat mendengar leteran Kak Solehah agaknya.
Aku: ermmm...sorry lambat.
Balqis: Eh...Aishah! Waalaikumsalam. Tak perasan awak datang. Meh, jemput duduk sebelah saya.
Kak Solehah: Alhamdulillah, dapat jugak Aishah datang. Awak sihat?
Aku: Sihat je.
Mula-mula aku rasa pening-pening, rasa nak muntah, dah nak mula rasa gatal-gatal. Aku tak pasti sama ada ia suatu realiti, atau hanya imaginasi. Berada dalam halaqah membuatkan seluruh tubuhku hypersensitive. Begitulah yang aku rasa masa SC pertama dulu. Lepas tu, memang aku tak mahu datang dah. Kali ini, aku tak tahu kenapa. Tapi aku paksa diri untuk mendengar. Aku paksa hati untuk bersabar. Aku paksa jiwa untuk bertenang.
Aku tatap satu persatu wajah sahabat-sahabat sehalaqahku. Relax je mereka ni. Wajah ceria je bila datang SC. Menarik sangat ke?
Izzati: Haaa...Aishah, kitorang tengah bincang pasal hakikat hidup kat dunia. Tadi Kak Solehah ada sebut, kita hidup kat dunia ni, ada tiga tujuan utama.
Fatin: Yang pertama, sebagai hamba Allah.
Najwa: Yang kedua, sebagai khalifah.
Syakirah: Yang ketiga, sebagai da'ie.
Aku mengerutkan dahi. Da'ie tu apa benda? Tak pernah dengar pun. Hamba tu aku tahu lah. Khalifah, pernah dengar masa kat sekolah dulu, ustaz sebut nama Khalifah Umar. Tapi da'ie, serius rasa tak pernah dengar. Tiba-tiba Kak Solehah senyum. Macam tahu-tahu je apa yang aku fikir.
Kak Solehah: Da'ie tu maksud ringkasnya, pendakwah.
Aku: Ooo...macam tu. Ermm...tapi kan kak. Saya nak jadi doktor. Bukan nak jadi penceramah agama.
Kak Solehah: Ya, betul tu. Kita semua yang datang sini, belajar medik, nak jadi doktor kan? Tapi, kita kena ingat, sesiapa yang mengucap La ilaha illallah, maka dia adalah da'ie.
Najwa: Maksudnya, kita semua ni, tak kira kita ni siapa pun, kerja apa pun, kita semua da'ie.
Aku: Ooo...baru tau. Selama ni tak pernah dengar.
Fatin. Tu la, kita ni, banyak benda kita tak tahu kan? Kadang-kadang, makin banyak ilmu kita dapat, makin rasa kerdil.
Izzati: Alhamdulillah, bila kat sini, kita ada SC. Dapat tambah ilmu.
Syakirah: Macam ustaz cakap dalam kelas tafaqquh dulu, usrah ni bukan setakat jumpa, tanya khabar, makan-makan, borak, balik. Tapi usrah ni medan untuk kita bina diri, bina jiwa, jadi individu Muslim yang hebat.
Najwa: Generasi kemenangan. Hehe.
Kak Solehah: InsyaAllah.
Pulang dari SC petang tu, macam-macam aku dapat. Rasa tepu pun ada juga. Cuma rasa alergik, gatal-gatal, pening kepala dah hilang. Banyak betul input bermanfaat yang aku dapat. Rugi betul aku tak pergi SC yang sebelum-sebelum ni. Kawan-kawan aku tu, mesti banyak dah diorang dapat. Fatin, dulu macam aku jugak. Jenis yang masuk air, suka hati nak buat apa. Tapi aku tengok dia dah makin berubah. Perubahan yang aku senangi. Dulu sama-sama dengan aku lepak petang-petang kat City Stars, bagi alasan tak sihat sebab tak nak pergi SC. Pergi H&M beli baju yang paling latest. Bukannya reti nak beli stokin. Tapi sekarang, dia pakai stokin, baju longgar, skirt labuh, tudung tutup dada, cakap pun sopan. Segan pulak aku dengan dia. Tiba-tiba rasa nak berubah juga.
Bermula dari detik itu, aku cuba disiplinkan diri untuk pergi SC setiap minggu. Tak bosan, sebab Kak Solehah pandai conduct SC. Bukanlah setiap masa dia membebel. Kak Solehah suka bagi kami tengok video-video menarik. Banyak rupanya video best yang ada pengajaran. Selama ni aku tengok YouTube, buka video klip lagu-lagu saja.
Kadang-kala, masa SC, ada modul untuk kami. Seronok, sebab di akhir permainan, kami dapat banyak ilmu baru dan pengajaran yang kami tak tahu. Tentang ukhwah, masa, priority, kesatuan dan sunnah Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam. Best buat aktiviti macam tu, sebab membuatkan kita berfikir, dan memberi idea. Tak ada lah sekadar kena suap dan terima bulat-bulat.
Kadang-kala Kak Solehah tugaskan kami untuk buat pembentangan masa SC. Tentang tajuk-tajuk tertentu. Macam aurat, ikhtilat, istiqamah. Part ni paling aku cuak. Dah la ilmu cetek sangat, sumber bacaan tak banyak. Tapi mujur ada kawan-kawan SC yang banyak membantu. Dari situ aku belajar develop keyakinan diri. Aku belajar memberi, bukan lagi sekadar menerima.
Dan paling best, aku rasa ahli-ahli usrah ni macam ahli keluarga sendiri. Sebab bila aku tak sihat, mereka datang ziarah. Masa aku ada masalah, mereka tolong. Ada masalah dalam pelajaran, Kak Solehah ajak kami study group sama-sama. Lagi satu, aku suka bila kami buat sistem kejut bangun malam. Tiap-tiap pagi, dalam pukul 4 pagi, ada orang misscall aku, supaya aku qiam. Setiap hari Isnin dan Khamis, kami puasa sunat ramai-ramai. Lepas tu, buka puasa sama-sama. Kadang-kadang, kami ramai-ramai pergi LIFE. Kak Solehah pun ikut sekali. Best, tak rasa pun beban nak buat benda baik sebab buat sama-sama.
Hati yang dulu rasa kosong, kering kontang, mula rasa terisi. Aku mula sedar kenapa aku hidup kat dunia ni. Aku mula sedar, banyak sudah aku bazirkan masa, mensia-siakan usia yang Allah bagi tanpa buat perkara yang Allah nak. Aku perlu bina diri jadi Muslim yang hebat. Aku nak jadi generasi kemenangan yang dijanjikan. Aku nak jadi Muslim yang hidup dengan Islam, berbangga dengan Islam. Untuk itu, aku perlukan pengisian, dan aku juga perlu memberi. Dalam SC, dua-dua aku dapat. Give and take. Mudah.
Dulu, aku seorang manusia yang biasa-biasa. Allah hadirkan dalam hidupku, sesuatu yang luar biasa, yang mengubah hidupku menjadi luar biasa. SC, atau usrah, bukan benda biasa untuk orang biasa macam aku. Melalui usrah, aku mula mengenal Islam dengan lebih mendalam. Islam, bukan biasa-biasa. Rupanya, Islam itu sangat istimewa. Melalui usrah, aku belajar macam-macam. Melalui usrah, aku makin sayangkan Islam.
Syukur, Allah membukakan hatiku untuk menerima usrah sebagai aktiviti wajib dalam hidupku. Aku bersyukur menjadi umat Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam, kerana bagindalah yang mengajar kita tentang usrah, medan membina individu Muslim yang hebat. Dengan usrah, aku makin dekat dengan Islam. Aku makin kenal Allah. Aku dapat rasa manisnya hidup dengan Islam. Nikmat Islam untuk semua. Alhamdulillah.
Tujuanku menulis kisahku ini bukan untuk membuang masa kamu membacanya. Aku cuma mengharapkan agar dengan cara ini, aku dapat mengajak kamu semua untuk membina diri, menghidupkan jiwa roh Islam yang semakin hilang. Aku harap dapat bersama-sama kamu semua menjadi generasi kemenangan yang dijanjikan, yang mendaulatkan Islam di dunia. Kalau bukan aku, kalau bukan kamu, kita nak tunggu siapa? Ayuh, kita mulakan dengan membina jiwa. Ayuh, kita berusrah!
*sahabat gua minta gua tulis sesuatu sempena kempen SC. so, gua tulis la ni.
*gua pikir + tulis ni 2 hari sebelum due date. ni la hasil keje last minute. (tak senonoh betul perangai kamu Sarah!!!)
*gua harap maksudnya sampai. maaf kepada sahabat yang meletakkan harapan tinggi kepada gua.
*gua bukan tak suka menulis. gua hanya tak suka disuruh menulis. (sah ayat ko pening Sarah)
*2 hari gua demam sebab menulis dalam bahasa yang skema. (haha. tipu je)

Sembang kencang
In kerepekAku ada sorang kawan. Dulu sama-sama fly Mesir. Tapi dia dah habis belajar. Sebab tempoh pengajian dia singkat je. Alhamdulillah, dah habis.
Dulu kami pernah borak-borak. Tentang masa depan masing-masing. Tentang kerjaya, tentang berkeluarga.
Suatu ketika...
Kawan: Sarah, nanti aku nak cop anak ko buat menantu.
Aku: Haha. Kenapa?
Kawan: Hari tu aku tengok status ko. Nak anak rupa SiWon. Aku tak kenal pun sape SiWon. Tapi aku rasa mesti dia hensem kan? Ha, pastu anak2 ko mesti soleh, ko didik dengan baik.
Aku: Hehe. InsyaAllah....
-sembang kencang dua hamba Allah yang melihat masa depan.
-nak anak rupa SiWon tu hanyalah angan2 kosong yang sangat merepek.
-aku ni suka2 je rancang nak jodohkan anak aku dengan anak orang lain. mana tau anak aku ade pilihan dia sendiri. ish3....sarah!
-ape2 hal kena bincang dengan suami dulu (kawin pun tak lagi)
-apa2 pun, semuanya ditentukan oleh Allah kan? :)

Sama tapi tak serupa
In muhasabahThursday, 8 March 2012
Mereka dikepung tentera-tentera Basyar siang dan malam,
Minda kita dikepung ejen-ejen Yahudi siang dan malam.
Mereka disekat daripada menerima bekalan makanan dan ubat-ubatan,
Kita tersekat daripada menemui dan menerima jalan kebenaran.
Mereka dipisahkan daripada keluarga mereka yang mereka cinta,
Kita terpisah daripada agama suci yang menyelamatkan kita.
Tubuh mereka dibelai dengan sepak terajang,
Tubuh kita dibelai dengan hedonisme dan fahaman songsang.
Setiap hari bayi suci mereka ditikam dan terkorban,
Setiap hari bayi luar nikah di negara kita dilahirkan.
Jasad mereka dihujani peluru-peluru liar,
Jiwa kita dihujani dosa-dosa yang mekar.
Tubuh mereka disembelih hingga bumi bersimbahan darah,
Aqidah kita disembelih tak siapa pun mampu marah!
Kita menangis melihat keadaan mereka,
Barangkali mereka lebih sedih melihat nasib kita.
Kita, mereka, sama sahaja statusnya bukan?
Kita, mereka, sama-sama sedang dihapuskan bukan?
Kita, mereka, semua perlu kepada jihad bukan?
Kita, mereka, sama-sama dalam bahaya.
Sedarkah kita?

Lakarkan semangat itu~
In kerepek"Kak Sarah, akak ada tak kenal sesiapa yang boleh menulis artikel?" tanya seorang junior dalam perjalanan pulang dari sebuah meeting.
Aku terkedu. Bukankah semua orang boleh menulis? Setiap yang boleh berfikir, dan telah diajar menulis, sudah tentu boleh menulis bukan? Bagi aku, sekalipun yang ditulis itu adalah monolog dalaman seorang manusia yang sedang kebosanan, itu juga dikira penulisan bukan? Tak semestinya yang dikira penulis itu adalah orang yang menulis novel sahaja, atau yang menulis artikel sahaja.
Cuba lihat. Setiap hari orang update status di Facebook. Setiap minggu ada yang update post di blog. Ternyata, majoriti boleh menulis. Sebab pemikiran manusia diluahkan melalui kata-kata, juga penulisan. Yang menjadi tembok penghalangnya hanyalah mahu atau tidak. Meskipun apa yang ditulis setiap hari itu karut semacam bunyinya, pemikiran manusia itu boleh dibentuk. Malah setiap manusia ada idea yang berbeza, hasil daripada akal yang unik kurniaan Allah. Jika dikumpulkan penulisan banyak orang, yang berbeza-beza gaya dan pemikirannya, nescaya cerialah dunia penulisan. Kalau tak, memang bosan, sebab tiap kali baca, gaya cerita yang sama sahaja.
Aku simpan monolog dalaman ini dalam hati. Tidak pula meluahkannya kepada junior yang bertanya. Sekadar berkata "Ramai je yang boleh menulis. Nak senang, tengok sape-sape yang ada blog,".
Kemudian junior itu menyebut satu nama junior lain, yang aku kira ada blog, dan baik penulisannya. Haaa...kan senang? Ramai yang boleh menulis. Cuma untuk meminta mereka menulis artikel, atau benda-benda yang formal, perlu dilatih dan dibentuk. Idea? Biarkan penulis dengan idea mereka yang tersendiri. Kerana di situ wujudnya warna yang pelbagai dalam kanvas penulisan.
Sebenarnya, semua orang boleh menulis. Ingat tak masa kita buat karangan time SPM dulu? Panjang gila kentang kan? Nak lulus dengan cemerlang punya pasal. Apabila ada matlamat, kita akan usaha sungguh-sungguh untuk capai matlamat itu.
Dalam keadaan kita sekarang, cuba tanya diri sendiri: untuk apa menulis? Adakah untuk menyusahkan diri, sedangkan banyak kerja lain boleh buat (seperti membuang masa tengok movie)? Adakah sekadar sebuah hobi (yang kalau suka buat, kalau tak ada mood tak payah buat)? Atau adakah kita rasa terpanggil untuk menulis demi Islam?
Aik....menulis untuk Islam? Macam mana tu? Nak tulis apa?
Mudah. Generasi zaman sekarang rajin membaca (baca bahan-bahan online). Dan kita sangat-sangat-sangat kekurangan bahan bacaan yang bermanfaat untuk dibaca oleh masyarakat. Lebih-lebih lagi golongan muda, yang sedang dalam proses membina diri. Sadis kan kalau membesar dalam keadaan tiada benda bagus yang boleh dibaca? Sedangkan kita banyak tenaga muda penuntut ilmu yang boleh menulis, berkongsi dan menyebarkan ilmu kepada masyarakat.
Tak perlulah tanya apa nak ditulis, sebab terlalu banyak yang boleh ditulis.
Bagi yang rajin ke kelas-kelas agama, kongsikan ilmu yang kalian perolehi di sana, dalam bentuk penulisan. Tulislah dengan cara yang mudah untuk orang lain faham. Kalau tak reti nak buat ayat best, tak apa. Kalian mesti ada kawan-kawan yang banyak idea kan? Boleh tolong-menolong hasilkan sebuah karya ilmu yang menarik untuk dibaca dan yang paling utama, bermanfaat.
Bagi yang rajin membaca berita, cubalah untuk membina minda mahasiswa itu. Baca, jangan sekadar baca buta. Baca dan kupaslah isu yang kalian rasa perlu diperbincangkan dan perlu diperjelaskan kepada masyarakat. Isu dunia, isu ummah, isu apa-apa pun.
Bagi yang rajin membaca bahan bacaan tambahan, seperti kitab-kitab agama, motivasi dan sebagainya, cubalah rajinkan diri untuk tulis satu rumusan, atau extract perkara-perkara penting daripada bahan bacaan tersebut, supaya orang lain boleh baca the simplified version. Seronok kan bila dapat kongsi manfaat sama-sama?
Bagi yang tak baca apa-apa bahan bacaan tambahan, tak rajin ke kelas-kelas agama, hanya rajin membaca dan mengulang buk teks kuliah, ketahuilah, kalian juga boleh menulis. Yang kita belajar di kuliah itu, semuanya memerlukan aplikasi bukan? Kalian boleh ubah suai ayat buku teks yang skema itu menjadi satu bentuk panduan, atau nasihat yang kalian nak bagitahu kat patient kalian nanti. Senang cerita, boleh tulis panduan-panduan ringkas kesihatan, berdasarkan apa yang kita dah belajar.
Sekalipun kalian bukan seorang yang rajin baca buku kuliah, tak rajin baca bahan tambahan, tak rajin pula pergi ke kelas agama, kalian masih boleh menulis untuk masyarakat. Sebab kalian ada kehidupan. Kalian hidup selama 20 tahun, hidup itu mesti penuh dengan pengajaran bukan? Penuh dengan hikmah yang tersembunyi, dan penuh dengan kisah-kisah yang mentarbiyah kalian. Jadi, kongsikan dengan semua orang, agar manfaatnya semua orang dapat.
Eh...merepek apa ni Sarah?
Haha. Taip panjang-panjang tapi tak jumpa point? Point dia senang je: menulislah untuk UMMAH!
Bantulah ummah ini. Kasihan, ia sangat dahagakan bahan bacaan yang bermanfaat, yang boleh mengisi jiwa-jiwa yang kosong itu. Jangan simpan semangat itu. Lakarkan, nukilkan dan sebarkan kepada semua. Agar kita dapat bersama mencapai matlamat yang mulia.
(alahai...ayat skema -____-" )

Subscribe to:
Posts (Atom)