Hope

Hope

Pray

Pray

Work

Work

Repent

Repent

9 years later....

Tuesday, 23 August 2011

"Assalamualaikum. Encik, tumpang tanya. Ada tak orang booking meja atas nama Zulhilmi?" tanya Safwan kepada pekerja Doll Tomyam.

Aku, Izyan dan Azura menanti dengan sabar walaupun hakikatnya semua berdebar-debar. Haishhh...rasa macam salah tempat je. Sebab semua pekerja restoran tu tak tau pun kitorang ada booking meja untuk 23 orang. Restoran Doll Tomyam sebelah Shell, dekat dengan highway. Kat situlah kitorang sepatutnya berkumpul, berbuka puasa bersama-sama. Tapi kalau dah semua pekerja restoran tak tahu menahu pasal kitorang....jawabnye..... "Sap, ko biar betul kat sini?" , "Weh...sape yang booking mula2?" , "Zul mane Zul? Suruh dia datang sekarang,". Hahaha. Serius aku rasa nak gelak guling-guling time tu. Agak kalut la jugak. Bayangkan kalau betul memang nama kami tak ada kat situ. Kat mana nak buka puasa nanti? Dah la 23 orang!

"Jap2. Cuba kita tanya restoran sebelah," kata Sap bajet tenang. Ok. So, dipendekkan cerita, memang Zul booking meja kat restoran sebelah Doll Tomyam. Fuh. Alhamdulillah, lega. Kitorang tertanya-tanya la jugak apa nama restoran tu. Hakim Md Nor menjawab "Samdol Cendol Tomyam agaknye,"  -_____-". Heh. Awal-awal lagi dah kalut. Nasib baik semua dah besar, tak ada yang merengek-rengek XD.

Total malam tadi 19 orang datang memeriahkan majlis iftar SRI Seremban batch 1997-2002. 13 lelaki, dan 6 perempuan. 4 orang lagi tidak dapat hadir atas sebab-sebab yang tidak diketahui dapat dielakkan.



~Abu Huzaifah, Idham, Izwan, Zulhilmi, Azizi Saari, Safwan Amran, Hakim Md Nor, Irsyad, Saiful Amirin, Khairul Fazli, Fuad Murad, Hakimi, Azura, Izyan, Sarah, Farah Asilah, Nasreen, Farhana~

Lepas buka puasa minum air seteguk dua, kami bergerak mencari surau untuk solat berjemaah. Ye la, kalau makan dulu baru nak solat kang berat semacam je rasanya kan? Selesai solat, kami sambung bersantap.



Mantap gila kentang makanan malam tadi. Alhamdulillah, kenyang semuanya. Ada jugak yang terpaksa makan 'extra' sebab tak nak membazir, memandangkan dah order makanan untuk 23 orang. Tapi aku tak berapa pasti orang yang makan extra itu memang tak nak membazir atau dia memang sebenarnya sangat lapar. Haha. Just kidding =P.

Sambil-sambil makan, kami semua berbual-bual, bertanya khabar, bertaaruf, berjejak kasih. Ada di antara kami yang masuk sekolah menengah yang sama. Like Sap, Safwan Amran, Hakimi, Izyan, Nasreen & me, semua masuk SHAMS. Azura, Farhana, Azizi, Abu serta beberapa orang lagi masuk SMAD Klana. Farah Asilah, satu-satunya pelajar perempuan yang dapat masuk MRSM masa naik tingkatan satu. Maka majoriti kami lost contact dengan beliau. Alhamdulillah, dapat jumpa semula after 9 years ^____^.





Yang lelaki duduk di sebelah kanan meja, yang perempuan di sebelah kiri. Like Azura said "Ya Allah....semua orang banyak cakap sekarang ni. Dulu mase sekolah, senyap je masing-masing,". Haha. Yeah, agak banyak cakap la semua orang semalam. Maybe banyak sangat benda nak diceritakan within limited time. Almaklumlah, dah 9 tahun tak jumpa. Segala macam benda nak cerita. Study macam mana, life macam mana, family, kawan-kawan lain, status (eh? haha). Dan segala macam kisah sekolah rendah diceritakan semula. Ada yang ingat dengan jelas, ada yang kabur-kabur, ada jugak yang tak ingat langsung. Heh. Sempat jugak kitorang bercerita tentang kawan kami, arwah Ayuni yang meninggal dunia baru-baru ni. Alfatihah untuk arwah.



~Farah Asilah, Izyan, Azura~

Farah dengar ceritanya sekarang belajar di UNIMAS. Whoaa...jauh tu. Oh ye. Farah makin cantik sekarang ^___^. Dulu masa sekolah rendah kecik je. Selalu buat birthday party time birthday beliau. Pastu dapat goodie bag tiap-tiap tahun. Best gila. Izyan dulu pengawas. Sama kelas dengan aku masa darjah 4, 5, 6. Maintain macam dulu jugak, cuma lebih bergaya  :). Azura pun pengawas, sempat sama kelas masa dah tahap 2. Sekarang belajar di UKM.


~Kuih comel Farah bawak. (macam penah nampak kuih ni kat Cairo. heh)~



~Sarah, Farhana, Nasreen~

They all look so lady-like and matured. Tiba-tiba gua rasa rendah diri. sobs. Haha. Sengal :P.


~sweet memories. O Allah, please protect and guide us in everyway~

Selesai makan-makan, bual-bual, kitorang decided nak ambik group photo. Nanti boleh la banding dan beza gamba 9 tahun dahulu dengan sekarang. Haha. Mesti lain gila. So, memandangkan pemandangan dan suasana kat restoran tu kurang menarik, kitorang pun sepakat nak ambik gambar kat Dataran Seremban. Nasib baik kita ade photographer Abu yang bawak 600D. Perghhh...sempat la jugak aku merasa guna 600D. sobs. Terharu weh!

Sambil-sambil arrange tempat, kitorang teruskan berbual. Dah kata dah. Malam tadi memang semua orang banyak cakap. Barangkali petanda lailatul qadar. We took photos at a few places, kemudian kira-kira pukul 10, kami mula bersurai. 


13 gentlemen. May Allah bless all of you throughout your lives. 

Take a look at these:


~The boys~


~The girls~

Bezakan gambar 2011 dan gambar 2002. Hehe. Dulu semua comot, comel, senget, sengal-sengal sikit. Sekarang dah besar, cantik, macho, matang. 

The not-so-long meeting last night taught me so many things. I learnt a lot from other friends' experiences. Well, we can't really depend to learn everything form our own experience only, right? Some told us how their lives changed. From being a really obedient boy to a rebellious teenager. From a rebellious teenager, to a wise man. Anyway, everything begins with tarbiyah, right? I'm thankful to God for letting me to have the chance to study at SRI Seremban, where the tarbiyah of life began. 

Dear friends, bantulah agama Allah, nescaya Allah akan membantumu. Semoga Allah memelihara ukhwah ini sehingga ke syurga. Amiiin~


p/s: ni post pasal kawan-kawan SRI yang aku penah tulis dulu  http://sarahmustaza.blogspot.com/2010/01/complete-transformation.html . feel free to read!

Aku, Golf dan Ramadhan

Monday, 15 August 2011

Saya tak ada lah minat sangat dengan sukan golf ni. Biasa-biasa saja. Kalau saya tak berminat, memang saya tak akan cakap tentang golf. Lain lah macam bola sepak. Kalau dah jadi kipas susah mati, memang selalu lah nak cakap pasal bola kan? Harga berapa, saiz apa, jenama apa. Team itu lawan team ini. Team ini ambil pelakon Hollywood jadi pemain bola sepak. Team itu buang duit beli satu player je. Team sana buat jersey baru. Team sini turun divisyen satu. Biasa lah....hal-hal keduniaan begitu. Dengan siapa-siapa pun saya akan cakap pasal bola sepak. Dah saya suka. Nak buat macam mana kan? 

Ada pernah saya cakap pasal golf dengan siapa-siapa? Rasanya belum pernah lagi. Entri dalam blog pun belum pernah ada yang berkaitan golf. Post di FB juga begitu. Tumblr, YM....jauh sekali. Sebab saya tak berapa nak minat, jadi saya tak cakap. 

Jadi, bila tiba-tiba ada hamba Allah tuduh saya hasut kawan saya jangan kawan dengan dia sebab dia main golf, saya jadi terharu hairan lah. Ini boleh kena tahan ISA ni. Akta hasutan. Haha. Jangan main-main. 

Serius, tanya lah siapa-siapa pun. Saya memang tak pernah nak berbicara tentang golf. Sebab tak minat. Tak perlu bicara. Betul? Nanti kalau bicara atas dasar perasaan, macam-macam yang busuk pun keluar. Ok. Kita cuba rasional ya. Kita cuba bertindak matang. Sudah-sudah la perumpamaan golf yang memeningkan ini. haha :P



Saya tak boleh lah nak letak dalil sangat. Nanti ada yang kena gatal-gatal, demam campak. Tapi semua pun tahu fitnah itu lebih dahsyat daripada pembunuhan. Sedih lah jugak, bila kawan  kita buat sesuatu yang lebih teruk dari pembunuhan. Semuanya kerana perasaan. Berapa kali dah saya pesan, bila nak bertindak, bila nak berkata-kata, kena rasional. Jangan ikut perasaan. Ini semua akibat tak baca blog saya lah ni. haishhh...

Tak apalah. Kita anggap ini tarbiyah dari Allah. Dunia ini memang penuh dengan fitnah. Apalah maknanya hidup seorang pejuang kalau tiada dugaan dan ujian kan? Ini baru difitnah sahabat se Islam. Ada fitnah lagi besar di luar sana. Moga kita semua dijauhkan dari fitnah besar-besar. Ni cerita fitnah-fitnah apa hal. Ada yang alergik nanti. Ibu saya kata, "Jangan layan. Biarkan orang emo memang macam tu....". Ya lah. Anak yang baik mendengar kata :) . 

Baiklah. Main point entri ini adalah....saya nak highlight buat ke seratus ribu kalinya, how important it is for us to think rationally & wisely before making any conclusion. You take responsibility for what you say. So when you say something out of bursting emotion, are you fully prepared to face the consequences? What can you do if your words spread lies to everyone? Are you sure you can handle that till death comes after you? Think. Don't jump into conclusions out of emotions. Someday somehow you'll really regret it. 

Nak quote kata-kata seorang sahabat:

"Emosi jangan dituruti kerana realiti tak seindah imaginasi"

Bersyukur lah hal golf ini berlaku dalam bulan Ramadhan. "Saya sedang berpuasa". Ramadhan ini juga melatih kita untuk yakin dengan ketentuan Allah. Belajar untuk sabar dan redha. Ya, redha itu bukan sekadar untuk diucap-ucapkan buat penyedap usrah. Tapi untuk dipraktikkan. Ambil peluang Ramadhan ini untuk menjadi hamba yang lebih baik. Jadikan dugaan sebagai batu loncatan untuk tingkatkan keimanan. (yang ni pun dah banyak kali bagitahu rasanya)

Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam dahulu lebih teruk difitnah. Kita ni apa lah sangat. Sekadar penyambung rantai perjuangan baginda. Ayuh ikuti teladan terbaik, Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam. Apabila diuji, orang mukmin itu bertambah keimanannya. Jangan kita diuji, kemudian bertambah dosa. Na'udzubillah. 

Sekadar catatan ringkas Ramadhan. Ingatkan tak nak buat entri sepanjang Ramadhan. Iya lah...Al-Quran menunggu untuk ditadabbur, dikhatamkan sebanyak yang boleh. Tapi kadang kala perlu juga buat entri. Muhasabah diri. 

Terpikat (entri time sakit kepala)

Friday, 15 July 2011


Eh...eh....apesal keluar gambar ni pulak? *report as spam* Gambar di atas tiada kaitan dengan entri ini. Harap maklum. Dah cuba delete, tapi ada jugak gambar tu. *sigh*  >__<


Entri kali ini ialah entri kekucingan. Kalau tak suka kucing, boleh tekan butang pangkah warna merah belah kanan atas. Kalau tengah mencuba nak menyukai kucing, boleh la teruskan membaca.

Amaran: Gambar-gambar di bawah ada yang diklasifikasikan sebagai 'kejam'. Bagi pembaca yang mempunyai penyakit jantung, kencing manis, migraine, resdung dan osteoporosis, dinasihatkan supaya makan ubat sebelum baca.

Mereka yang disyaki bersalah ini ditemui sedang merayau-rayau di tumblr:



Berani dia buat muka macam tu sambil menyorok dalam beg. Ingat orang tak nampak bulu dia yang gebu tu?




Ini lagi kejam. Jenayah yang dilakukan: membuntangkan mata besar-besar dan bulat-bulat lalu menyebabkan ramai terkena penyakit jantung terhenti beberapa ketika. Kena hukum ketuk ketampi 100 kali ni sambil tangan pegang telinga dia yang comel tu.




Yang ini pula entah ape kes. Disuruh serta diberi amaran supaya mengurangkan berat badan pun masih berdegil juga. Berani dia buat tangan macam tu sambil baring. Suruh buat sit up kang....baru tau!




Ditemui abandoned di tepi jalan. Namun syukur, masih bernyawa dan tidak di flush ke dalam toilet. Kucing mana reti flush toilet, ye tak?



Perlu dihukum berat-berat sebab buat-buat comel. Konon-konon termasuk dalam paper bag tu, pastu tinjau orang buat mata bulat. urgh!



Perlu diberi tarbiyah yang cukup supaya bila besar nanti tak buat jenayah 'posing terlalu comel'.




Lu ni apahal? Tak bagus sangat duduk atas pagar ni. Mana tahu kat sebelah pagar tu ada harimau. Haaa.... Jangan kata gua tak warning ye.



Baaa-chakk! Eleleleh...bajet comel la kan tinjau orang dengan mata bulat macam tu.



Pendatang haram tanpa izin dari pelbagai negara. India, Pakistan, Mongolia, Sweden, Italy, UK dan Germany.



Kucing ini sebenarnya dia tengah buat tangan macam tu sambil gerak-gerak ke atas, ke bawah, macam sedang meminta sesuatu. Jenayah: terlalu debab dan buat aksi comel tak boleh blah.



Dia tengah lawan mata siapa lagi besar.



Sayangi keluarga. Makin hari makin sayang. Tapi jangan manjakan sangat anak tu. Nanti besar jadi rotten.



Ni tak boleh lagi comel ke?




Ish...ish...ish....anak dara tido macam ni. Nak kena ni.



Jangan baring je dik. Nanti besar jadi debab macam abang-abang kakak-kakak kamu kat atas tu.



Nota kuku kaki:

-tengah sakit kepala. bukak tumblr jumpa diorang ni tengah merayau. terpaksa tangkap sekor-sekor.
-yang atas sekali tu bukan kucing.
-bila kita tak pasti tentang sesuatu perkara, mintalah bantuan Allah.
-sama-sama doakan pelajar yang sakit dan pelajar yang dizalimi di sini. 


Saying someone else worse won't make you better either.

Tuesday, 12 July 2011

Saya masih ingin memperkatakan tentang kewajipan makhluk Allah bernama manusia untuk menjaga tatasusila dalam berkata-kata. Bukan apa. Jangan kerana terlalu ikutkan perasaan, ketentuan Allah dipermainkan. Terutamanya bab kematian. Allah...Allah.... siapalah kita nak menghukum ajal seseorang? Tidak cukupkah dengan menyedekahkan al-Fatihah? Perlu sangatkah membuat spekulasi serong tentang punca kematian yang kita sendiri tidak tahu kebenarannya? Aiseh...berterus terang sajalah Sarah.

Baiklah. Perihal pemergian arwah Baharudin Ahmad baru-baru ini. (ini sekadar satu contoh. yang sebelum-sebelum ini, yang lain-lain, yang mana tidak diketahui yang berkaitan juga termasuklah sekali)  -barangkali manusia yang ingin saya tegur tak baca pun blog saya yang tak seberapa ni. cuma, jika para pembaca memiliki kenalan yang mempunyai hobi seperti ini, sila-silalah beri teguran sementara malaikat maut belum mencabut nyawa masing-masing-

Jangan kerana kita tak sependapat dengan dia, jangan kerana kita tak sefahaman politik dengan dia, jangan kerana kita tidak mengibarkan bendera yang sama macam dia, segala-galanya tentang dia kita burukkan. Dia di sini merujuk sesiapa sahaja. Sudah selesai suatu isu, sudah lah. Perlukah diserang peribadi seseorang? Itu sangat tidak matang, dan lebih budak dari budak-budak. Terutamanya apabila berkata tentang hamba Allah yang sudah meninggal dunia. Ayat senang la saya bagi... "Eh.....lu orang kutuk-kutuk orang yang dah meninggal ni, lu orang ingat dosa lu orang tu diampunkan?". Orang yang dah meninggal dunia, macam mana kita nak mohon maaf atas kesalahan kita terhadap orang tersebut? Yang mengata ni sudah tentulah bukan kanak-kanak ribena darjah satu. Bukan juga budak-budak baru nak up form 1. Yang mengata ni dah cukup matang akalnya untuk berfikir. Tak tahulah makanan jenis apa yang di makan hari-hari lalu menyekat kelancaran akal untuk membezakan yang baik dan buruk.

Ini perkara sangat serius. Mudah. Letakkan diri anda di tempat orang yang telah meninggal dunia yang anda mengata itu. Oh....tak nak letak diri sendiri? Takut mati? Baik. Sebagai contoh, letak la sesiapa ahli keluarga anda di tempat arwah. Pemergiannya anda tangisi. Iya lah, orang yang anda sayangi meninggalkan anda selama-lamanya. Tiba-tiba entah siapa-siapa, tak tahu muncul dari mana, mengata itu ini tentang kematian arwah. Kenal arwah pun tidak, tiba-tiba sedap nak mengata. Saya bukan tak mahu letak contoh ayat mengata yang saya dengar, yang saya baca. Cuma bagi saya, terlalu kejam untuk hamba Allah berkata-kata seperti itu kepada hamba Allah yang lain. Nak kata mengigau lalu tertaip di internet tidak logik pula. Apa yang lebih dahsyat dari mengigau ya? Sampai sanggup memburukkan saudara se Islam sendiri? Ya, SAUDARA SE ISLAM! Itu yang saya nak highlight.

Bercakap ikut emosi, inilah jadinya. Manusia, jangan merungut generasi muda sekarang ni berperangai kurang sopan. Jangan mengeluh generasi muda kini akhlak runtuh. Lihat lah kerenah-kerenah orang lebih tua yang tidak sedar-sedar mereka diperhatikan oleh golongan yang lebih muda. Kalian menjadi ikutan anak-anak kalian. Kalian memaki hamun setiap hari, lepas tu nak harap anak-anak kalian berkata yang sopan santun, sedap telinga mendengar? Aha. Ini mimpi ajaib.

Bagi anak-anak muda yang sudah mampu berfikir, menilai baik dan buruk, perbuatan kalian tetap meninggalkan kesan kepada mereka. Oh...macam ini perangai pejuang negara rupanya. Macam ini rupanya perangai orang yang mengaku sayangkan negara. Dia sayang negara dia sampai dia sanggup mengata saudara se Islam yang telah meninggal dunia. No wonder people go against you. Honestly.

Lagi satu, apa yang kamu letak di Facebook tu dibaca oleh ramai orang. Kamu kenal ke tak, orang tetap baca. Kamu taip ayat kutuk orang tu, hina orang ni, orang lain baca juga. Dosa kamu sama meningkat dengan bilangan orang yang baca. Bukan setakat itu. Seminggu akan datang, sebulan, setahun, sedekad akan datang, bukti kamu buat dosa masih ada di situ. Barangkali masih dibaca orang lain. Dosa? Pandai-pandai fikir. Bayangkan kamu meninggal dunia tiba-tiba. Facebook tak ada aplikasi men delete profile manusia apabila manusia itu meninggal dunia. Maka segala status, komen, perbualan kamu masih ada di situ. Kata-kata hina yang kamu tulis penuh emosi suatu masa dahulu masih dibaca orang lain. Kamu sudah di liang lahad pun, dosa mengalir masuk. Itu pun tak boleh fikir? Iya lah....kalau sudah ikut emosi, lupa semua.

Sudah-sudah lah ikut emosi. Cuba lah hargai nikmat akal sihat yang Allah bagi. Suruh orang lain bersyukur dengan makhluk. Kalian juga patut luangkan masa fikir tentang nikmat Allah bagi. Jari memang mudah nak menaip ikut perasaan. Tapi apa gunanya akal fikiran yang sejahtera itu jika tidak digunakan? Akal, gunanya bukan berfikir cara-cara untuk mempengaruhi manusia saja. Sekali sekala, (jika tak mampu nak buat selalu) akal juga perlu digunakan untuk muhasabah diri. Jangan nak tunggu Allah tarik nikmat akal baru tahu nak bersyukur.

Lagi sekali, matang lah dalam berkata-kata. Saya tak kisah pun kamu siapa. Kamu menteri, kamu wakil rakyat, kamu jutawan, kamu doktor, kamu cikgu, kamu penoreh getah, kamu petani, kamu buruh binaan, kamu penceramah, kamu tak bekerja...... semuanya sama, tetap hamba Allah. Setiap hamba Allah tetap wajib menunaikan hak ke atas hamba Allah yang lain. Berbeza pendapat bukan lah penyebab kamu mempertikaikan sama ada seseorang itu syahid atau tidak. Apatah lagi mempermainkan sebuah kematian. Jangan lupa. Dunia ini terlalu singkat. Apabila kita berasa terlalu selesa, terlalu syok hidup di dunia, sudah tiba masa kita muhasabah. There must be something wrong somewhere.

Harap-harap lah coretan ini dibaca oleh yang sepatutnya. Harap juga memberi manfaat kepada semua. Ya, saya masih muda. Umur baru 21. Tetapi usia tidak menjadi penghalang untuk menjalankan amar ma'ruf nahi mungkar. Anda buat salah, saya tegur. Saya buat salah, lagilah anda kena tegur. Sebab memang itu tanggungjawab manusia di bumi ini kan? AMAR MA'RUF, NAHI MUNGKAR. Ingat itu sampai mati ya.

Semoga Allah mencucurkan rahmat ke atas roh-roh yang telah pergi, dan semoga Allah memberi keampunan untuk setiap dosa kita. Yang terlihat, mahupun yang terselindung.

Saying someone else stupid won't make you smarter

Monday, 11 July 2011

Everybody's busy talking and looking for updates about BERSIH nowadays. Facebook, especially, presents us with people's thoughts about the event. It's true, everybody has the right to say anything. Well, everybody has mind, right? So they can say whatever they can think of. Be it absolutely ridiculous, or strangely irrational, people will still say what they have in mind. Sure, it's the 'express yourselves' era.

Whatever your thoughts might be, you should always watch your mouth and mind your words. You are against BERSIH? Fine, nobody said you are sinful for going against it. So why bother saying bad words, behaving improperly and cursing? You were actually innocent in the first place. Going against BERSIH is not a crime. But then out of a sudden, you sprayed all bad words, saying all bad things about BERSIH and people who supported it. Automatically, you became one sinful person. Ironic, huh? You were actually a nation hero with strong principle. But then you showed off your weakness. You cursed your own people. You cursed your own Muslim brothers and sisters. You cursed people who wanted justice. Oh hey, wait a minute. Is wanting justice a crime? Okay, leave the question that way. One person told me, think DEEP.

First of all, there are so many things need to be explained. To whom? To people who know little and to those who think they know all. First, justice, is not a crime. It is what Islam taught us to practice. Second, politics is not a crime. It is a part of Islam. You must have heard that Islam is syumul (menyeluruh), right? Be it economy, education, lifestyle, ibadah, politics and so on, it is all about Islam. There's no way we can separate any of them from Islam. Therefore, never say politics are bad. It's as if you're trying to say what Islam brought is bad. No. Actually, it's humans that made it look bad. You must have heard that 'kerosakan di dunia adalah disebabkan tangan-tangan manusia', right? So think DEEP about that. Politics itself is not a crime. Only when dirty hands are managing it, it became dirty. I think it's clear. So, wanting a fair election definitely is not a crime.

Therefore, ladies and gentlemen (eh? tetibe), when you are against something, be mature and come out with rational points, using proper words to explain your thoughts. There's no way people will listen to you if you go on cursing this and that. People say, "Listen to what is said, not to who said it,". True. But when the words are dirty, will you even bother to listen? No way.

You always have the chance to explain yourself. To be heard, to be understood. But please...please...please...do it properly or you'll lose all the opportunity. Not just that, you'll turn everybody against you. Pathetic, right?

No matter what issue it is, deal with it using rational ideas and words. You are trying to educate the future generation. So educate them properly.

Here's something for all my blog readers. I'm not trying to influence you with any kind of thoughts. I just know that all of us have the right to know the truth and rationalize. It is time to stop living in the comfort zone and face the reality.





p/s: If you say that I am one-sided, you are terribly wrong, mister. Remember how I've lived at least 18 years surrounded by people who are blindly government-sided and never bother to listen to others. And yes, because of that kind of surrounding, I opened my eyes, my mind, my heart. I listen, I think, I rationalize. It is time for you to do so.

Your phone is so not cool if.....

Saturday, 2 July 2011

"Sony Ericsson tak boleh block nombor orang,". Penyataan aneh yang sering dipaparkan di internet apabila aku search 'cara-cara nak block nombor orang guna Sony Ericsson'. Ini sangat tidak cool. Serius.



Bukan aku sengaja suka-suka nak block nombor orang lain. Tapi memandangkan terdapat seorang lelaki berbangsa Mesir yang sangat degil lagi tidak faham bahasa yang sering mengganggu hidup seorang hamba Allah yang sedang prepare untuk exam final, maka nak tak nak, kena juga cari jalan untuk block nombor beliau. Tapi....tapi...tapi.....nampaknya sudah jatuh ditimpa tangga, hand phone Sony Ericsson tak boleh block nombor orang. Barangkali pencipta hand phone ini terlalu baik hati. Barangkali terlupa untuk install option tersebut!

Nak mengubati hati pengguna Sony Ericsson yang kecewa kerana ketiadaan option 'block number', maka (agaknya) pereka hand phone ni ganti dengan option 'kau boleh pilih nombor-nombor yang kau nak accept je'. Oh....that sounds cool. Maka aku pun start lah memilih semua nombor dari A-Z, kecuali nombor yang disyaki spam. Tapi...tapi....tapi.....baru pilih 10 nombor terawal, contohnya: Abdul, Abu, Adam, Adi, Adiba, Adila, Ahmad, Aida, Aidil, Aiman.....tiba-tiba dia kata 'oh....limit 10 nombor je wei'. Peh! Ini lagi tak cool.

Can you imagine? 10 nombor je? Haha. Adoiyaiii....you gotta be kidding me la Sony Ericsson! 10 nombor. You never know which one of your thousand friends might call you to tell something really important. Or maybe a relative from Malaysia, who might call you out of the blue to say something worth knowing.

Tapi memandangkan mudarat akan lebih besar jika aku tidak pilih option (yang pathetic) tersebut, maka terpaksalah. Well, what's the big deal about this stubborn egyptian caller, anyway? Everybody asked me the same thing when I asked them 'cane nak buat ngan Arab ni ha?'. Yup, bukan suatu perkara yang aneh kalau nombor anda di call oleh orang Arab secara random. And yup, hanya egyptian lelaki yang buat begitu, dan perempuan tidak. Maka jika pertama kali dia call nombor anda dan anda dengan innocent nya menjawab panggilan tersebut sama ada dengan 'Helo' atau 'Assalamualaikum', automatically, caller tersebut tahu anda seorang perempuan atau lelaki. Ada 3 kemungkinan di sini.

Pertama: dia kata 'ni sape?'. Maka anda akan terus kata 'ko salah nombor'. Dan dia akan kata 'oh...sorry. salah nombor' dan kemudian disappear dari hidup anda.

Kedua: Dia kata 'ni sape?'. Maka anda akan terus kata 'ko salah nombor'. Tapi dia tetap tanya 'Nama ko sape?'. Dan walau anda ulang 10 kali pun 'KO SALAH NOMBOR', dia tetap akan tanya nama anda. So, biasanya kita akan tamatkan terus panggilan. Dan ya, seringkali berlaku nombor yang sama yang tak faham 'ko salah nombor' tu akan call anda berkali-kali. Mungkin akan berterusan selama 3-5 hari, paling teruk pun seminggu. The best way is....tak payah answer dan biarkan sahaja dia buang masa dail nombor anda. Atau, menurut idea beberapa orang senior, jawab panggilan tersebut dan letakkan hand phone anda di tempat lain. Tak payah dengar dia cakap dan tak perlu jawab apa-apa. Nice! Sebab nanti dia sedar dia dah membazir kredit. Dan biasanya, taktik ini memang berkesan.

Ketiga: Dia kata 'ni sape?'. Maka anda seperti biasa akan kata 'ko salah nombor'. Tapi dia tetap tanya 'Nama ko sape?'. Maka anda pun melakukan taktik tidak menjawab panggilan. Tapi caller kali ini sangat melampau. Seminggu berlalu, dia masih call anda. Kadang kala sampai 10 missed calls dalam tempoh setengah jam. Maka anda beralih kepada taktik jawab panggilan, tapi mendiamkan diri. Tapi disebabkan caller ini melampau, maka dia akan tetap call anda again and again. Anda pun melaksanakan taktik tersebut secara melampau juga dengan membiarkan dia habis kredit again and again. Sampai ke satu tahap, memang dia dah habis kredit dan terpaksa send message 'please call me back' kepada anda. Kalau dah sampai macam tu, maka automatically, anda tahu something wrong somewhere dengan caller tersebut. Keesokan harinya, barangkali dia dah top up, maka dia terus menjalankan rutin hariannya, iaitu call anda banyak kali. Call sampai lebam. Maka anda masih melaksanakan taktik yang sama, cuma kali ini anda letak hand phone anda di sebelah laptop anda sambil pasang bacaan ayat-ayat suci Al-Quran kuat-kuat. Ya, volume maksimum. Pada ketika lain, jika anda sedang menonton Running Man, boleh juga buat begitu. Especially part Sparta Kook tengah marah Gary dan Haha. Kalau sedang menonton Mr. Bean Animated Series, tak digalakkan buat begitu sebab tak banyak suara dalam cite tu. Another thing to do is, bagi orang lelaki answer your phone. Kawan-kawan ke, bawwab ke. Asalkan lelaki. Sebab teorinya, bila caller tu dengar suara lelaki, dia akan rasa cuak dan takkan call anda forever and ever. Bila macam-macam taktik anda dah buat, tapi caller tersebut masih berdegil jugak nak call anda, hingga dah 3 minggu, sehingga anda rasa anda bakal membunuh orang, maka cara terakhir adalah block nombor tersebut terpaksa pilih option 'pilih 10 nombor yang ko nak accept' memandangkan anda pengguna Sony Ericsson. T___T

The thing about this situation is, it's a big deal when the caller keep calling you at 12 midnight. Eh....kau tahu tak orang nak tido??? Dah la subuh pukul 3! Not just that, the caller keep calling you every morning, evening and midnight. Sampai aku pernah bertanya kepada seorang sahabat "Hand phone Arab ni ade setting call nombor tertentu pada waktu tertentu ke?". G.I.L.A. Pernah terjadi dalam satu hari, there were 46 missed calls from the same number! Lebih gila daripada gila? Pernah aku bagi bawwab rumah kami ni cakap dengan dia, tapi bawwab tu kata 'dia senyap je. tak kata apa-apa pun,'. Urgh.....

I can't put my phone in a silent mode because even the slightest movement or sound can wake me up from sleep, apatah lagi phone vibration. And yes, I can't set my phone off, because of several important reasons. 3 minggu tak dapat tidur malam, itu memang satu penyeksaan. sobs. Siang gunanya untuk mengulang kaji, bukan untuk tidur. Lebih-lebih lagi musim exam final ni, masa sangat berharga. Every second counts!

Bila anda dah promise diri anda bahawa anda takkan membiarkan apa pun disturb anda untuk give your best this time, so you finally have to choose the pathetic option 'pilih 10 nombor yang ko nak accept'. Alahai Sony.... -___-".

10 numbers. Tolak nombor ibu, nombor ayah, nombor Aiman, nombor orang yang jual tiket flight, nombor salah seorang kakak dari RNSK (untuk inform ape-ape yang penting), tinggal 5 je lagi nombor yang boleh dipilih. Aigooo.....bosan gila. Whose number would you choose if you were in my place? Kawan-kawan, senior, junior, kenalan. Nak pilih sape? Kawan yang selalu call tiba-tiba sebab nak cakap pasal macam-macam? Atau kawan yang call sebab nak cakap pasal exam? Atau senior yang call sebab nak bagitau hal penting? Atau junior yang call sebab nak ajak makan-makan kat rumah diorang? (heh. gurau). Atau AJKT Perubatan? (apakah?). Atau kawan yang call sebab perlukan pertolongan anda? Nice -___-". It's like 'choose between mihun goreng yang ayah masak atau ikan 3 rasa yang ibu masak'. Susah nak pilih.

So, what I'm trying to say is, if you're trying to call me but you can't, please send me a message. You wouldn't know if your number is among the 5 lucky numbers to be in my list. Anything important, just send me a message. Atau buat 'please call me back' pun takpe. Nanti gua call lu orang balik. Bukan gua nak memencil diri duduk dalam gua nak putus connection dari semua orang (dah la selalu deactivate FB. broadband pun dah terminate). Tapi nasib lah gua guna Sony Ericsson. kuang3..... Ada kawan cadangkan tukar nombor. Not a good idea, sebab nombor ni dah guna 3 tahun, so banyak masalah kalau tukar. Ada kawan cadangkan tukar hand phone. Pakai hand phone yang boleh block number. Untuk kemaslahatan masa depan juga. Good idea, tapi tiada kenaikan dalam biasiswa kami (eh...ape kaitan? haha), maka terpaksa pikir banyak kali. Ada kawan cadangkan 'kawin je la....' dengan nada bosan. Haha. Idea menarik. Kalau ade stranger call terus bagi kat 'abang'. Wekss.

For the time being, I'll stick to the 'pilih 10 nombor yang ko nak accept'. That's all. Sorry for the inconvenience! 

What is cool?

Thursday, 30 June 2011

"The man who does his work quietly but efficiently is the coolest,"
-Kaji Daiki





Baru habis tengok drama Jepun 'Voice'. Boleh tahan menarik. Should I suggest you to watch it too? Yes, if you:

1- are a medical student, wondering what on earth is the meaning of Forensic Medicine.
2- are a medical student, but only think that the field 'medicine' is only for treating living patient.
3- are not a medical student and wondering what is an autopsy and why it should be done.
4- think that Forensic Medicine is about finding the murderer (due to influence from CSI) instead of finding the cause of death and what's the person's last wish (the last part is cool, but I believe it doesn't happen so often)
5- are simply Japanese drama addict. heh. 

Physiology dan senyum

Monday, 27 June 2011

Alhamdulillah, selesai final exam Physiology. Siang tadi berlangsungnya oral exam yang memakan masa 3 jam lebih. Lagi lama dari written! Fuh. What made it so long? I don't really have any idea. Nak kata banyak sangat students, tak jugak. Doktor pun banyak. Whatever the reason is, this time, the oral exam made me smile with pleasure. Makhluk Allah yang mempunyai nombor ID dari 7008-7016 tergolong dalam kumpulan ketiga, yang turn pukul 12-2 petang. We always think it's quite a disadvantage to have an oral exam at noon, plus being the last group of the day. Just imagine how tired the doctors are, having to ask so many students within limited time. Moreover, each student will have to meet two doctors. Coooooooooooool~

Masa kami tiba di makmal Physio, kelihatan sahabat-sahabat dari kumpulan kedua sedang menuju ke bilik doktor masing-masing. Sepatutnya, kalau ikut jadual, turn mereka dah selesai pukul 12. Tapi mereka masih berlegar di ruangan menunggu, untuk jumpa doktor kedua. Mak aihhh...kalau macam ni keadaannya, berkemungkinan kumpulan ketiga habis time Asar. And yes, it happened that what we predicted was true. And worse, I was the last person to enter the doctor's room! Haha. Adeh....tak pernah terjadi dalam sejarah aku lah satu-satunya manusia yang berada di ruangan menunggu yang sudah sunyi sepi. Sampai ammu-ammu (pakcik2) yang jaga makmal tu pandang aku semacam. "Budak ni tak nak balik ke?" barangkali mereka menyangka begitu.

Doktor pertama yang menyoal siasat kami ialah Dr Amira. Masa mula-mula pergi bilik doktor, tiada siapa pun di antara kami yang tahu nama doktor tu. Maka.....

A: Weh.....sape nama doktor ni ek?
B: Tak tau la. Dia ade ajar kite ke?
C: Kenapa macam tak penah nampak dia pun kat kelas.
D: Kantoi selalu ponteng.
E: Bahaya ni kita tak tau nama dia. Kang tetiba dia tanya "What's my name?", kita nak jawab ape?
F: Kakak-kakak, abang-abang, nama doktor ni Dr Amira.
D: Oooo...ye eh? Dia ajar tajuk ape ek?
F: Tak tau la pulak. Haha. Dia ade ajar kita ek?
C: Parah kita ni.....

Dah tahu nama doktor kira agak selamat. Peh. Dr Amira agak strict bab membocorkan soalan. Setiap student yang dah ditanya, mesti blah dari bilik beliau segera, tak payah nak borak-borak kedai kopi dengan students yang belum ditanya. Maka berlakulah....."Weh, kang aku mesej ko soalan tadi!". Panjang akal sungguh, kan? Haha. Time ni lah terzahir semangat tolong-menolong, setiakawan. But not everybody got the same questions. Some were out of thoughts! Turn aku adalah antara yang terakhir di antara ramai-ramai tu. Maka macam-macam lah pembocoran soalan yang sempat ku dengar dengan kawan-kawan lain. Ada yang kata Light Perception, vomitting, swallowing, hormones, memory dan macam-macam lagi. Makin aku dengar orang lain berbincang, makin rasa nak muntah. Dah2. Tutup buku, zikir dan selawat.

A: Muka doktor nampak serius je. Tak senyum pun.
B: Penat agaknye. Dari pukul 8 tadi doktor kena tanya orang. Skarang dah tengah hari.
C: Doktor tolong kita tak agak-agaknye?
D: Harap-harap lah.....

Lebih setengah jam menuggu, tiba giliran aku. Dup dap dup dapp. Sambil bagi salam, aku bagi senyuman paling manis. Tapi doktor tak pandang. *sigh* Doktor tengah tulis soalan atas kertas. Maka bermula lah sesi soal jawab. Aku pun tak berapa ingat semua soalannya. Antaranya....

Dr: Hormone ape yang increase reabsorption of Na?
Aku: Aldosterone, increase reabsortion of Na by the kidney.
Dr: Yes.

Dr: Fungsi thyroid gland?
Aku: Rembeskan thyroid hormone.

(selesai aku jawab 'rembeskan thyroid hormone', Dr buat reaksi nak jawapan lagi. alaaaa....time tu la tak ingat  ape lagi fungsi thyroid gland. maka aku pun secara tiba-tiba menceritakan fungsi thyroid hormone. peh! selamba je tukar topik. Dr angguk-angguk. selamat ke? heh. *kesat peluh*)

Dr: Cite sket pasal hypothyroidism.
Aku: (HAHAHAHAHA. soalan yang sangat best!) Aku pun membebel itu dan ini sampai Dr terpaksa kata "Okay, okay,".

Dr: Cite sket pasal vomitting. Kenapa banyak secretion of saliva time muntah tu? Apa fungsi saliva tu? Kat mana center of vomitting?
Aku: (berceritalah tentang vomitting dan tentang saliva itu. sampai bab center.....) The center is.... (dalam kepala tergambar medulla. Serius, ejaan M-E-D-U-L-L-A tergambar dalam otak. tapi kat mulut keluar.....) Hypothalamus! (dengan muka dan nada yakin)
Dr: (angguk dan berkata....) Yyyee-.... (stop. Dr buat muka hairan. Dr senyum) "Medulla," kata beliau sambil tersengih.

Haha. Adeh. Kesian Dr dah penat. Nasib baik dapat detect jawapan aku sebut salah. Maka aku pun sedikit tercengang. Macam mana boleh tersebut hypothalamus?  -___-

Selepas beberapa soalan selesai, aku pun meloloskan diri dari bilik doktor. Kawan-kawan lain sedang buat ulangkaji kat ruangan menunggu.

Dalam pukul 2 lebih, kami dapat berita bahawa doktor kedua yang akan menyoal siasat kami ialah Dr Magda. Tidak tepat jika anda menyebutnya dengan "Dr Magda,". Sebab biasanya students akan sebut "DR MAGDA!!!". Mungkin kerana excited, atau tak sangka, atau terharu. Pilih lah mana satu. Inilah kali pertama aku disoal oleh Dr Magda. Sebelum-sebelum ni dengar cerita kawan-kawan je yang pernah kena dengan Dr Magda. Ada yang pernah keluar dari bilik doktor dengan senyuman tawar, yang bergenang-genang air mata pun ada. Mengerikan? I have to say yes. Maka, tanggal 26 Jun 2011, aku dipertemukan secara dekat dengan Dr Magda.

Seorang demi seorang masuk ke bilik doktor. Sebelum kami (7008-7016) masuk, masih ada baki beberapa orang junior yang menunggu turn mereka. Setiap orang yang keluar dari bilik Dr akan diserbu secara tiada belas kasihan.

Semua: Doktor tanye ape weh?
A: blablabla....Parkinson, estrogen, presbyopia, menopause.....blablabla

Semua: Doktor tanya ape?
B: blablabla.....presbyopia, menopause, estrogen, Broca's area....blablabla

Semua: Doktor tanya ape?
C: Lebih kurang je macam tadi. Ada menopause, estrogen, Parkinson....blablabla.

Semua: Doktor tanya ape?
D: Sama gak. Tapi kan, dari satu soalan, doktor tanya yang berkaitan. Contoh macam kalau Dr tanya pasal estrogen, pastu dalam jawapan kita ade sebut 'menopause', Dr terus tanya menopause pulak. Pandai-pandai la bagi jawapan yang tak membuka kepada soalan yang maut. Haha.  (serius junior ini comel. haha)

Tempoh masa seorang student berada dalam bilik Dr Magda sangat lama jika dibandingkan dengan doktor lain. 10 minit paling kurang. Perghhh. Makin lama makin banyak soalan yang disebut oleh mereka yang baru keluar. Peptic ulcer, basal ganglia, somatic association area, dan beberapa lagi yang aku tak sanggup nak dengar. Rasa nak muntah dengar banyak-banyak benda. Huhu.

Pukul 3.10 petang, student sebelum nombor aku masuk ke bilik doktor. Aku dah tak senang duduk. Tak solat Zohor lagi ni! 3.30 kang Asar! Aku memandang Alep yang kelihatan relax.

Aku: Cane ni Lep? Aku tak solat lagi. Berdosa nanti!  (serius macam kelakar)
Alep: Ko pegi la solat lu. Kang kalau **** keluar, aku masuk dulu la. Ko last. Kita tukar.  (relax gila muka dia)
Aku: Mekasih!  (vrooommmm! pegi surau)

Pukul 3.20 petang, **** kelihatan mengemas barang untuk pulang. Alep dah masuk dulu. Fuh, aku orang last. Doktor-doktor lain semua dah balik. Head of Department, Dr Faten pun dah berkunci bilik beliau. Macam mana la nasib aku ek? Zikir dan selawat je lah untuk mengisi masa lapang.

10 minit menunggu turn terasa bagaikan 10 tahun (cewah). Aku melangkah masuk ke bilik Dr Magda diiringi azan Asar. Kebetulan, dalam bilik tu ada sorang ammu tengah kemas-kemas. Dia kata kat Dr, "Ko ni tak nak balik ke? Orang lain sume dah balik,". Dr Magda menjawab "Ada lagi student yang aku kena tanya,". Ammu itu berkata "Student ko je yang tinggal. Orang lain sume dah balik. Ni, budak ni ha tinggal sorang-sorang kat luar," (merujuk kepada aku). Dr Magda tersenyum. Kesian Dr. Sampai petang kena stay.

Beberapa ketika kemudian, bermula lah sesi soal jawab. Awal-awal lagi doktor dah tanya pasal estrogen. Aku pun jawab lah blablablabla....sebut sket perkataan 'menopause', mana tau Dr nak tanya pasal menopause pulak kan. Keh3. Sebab tadi dah hadam gila dah pasal menopause memandangkan semua orang ditanyakan soalan itu. Tapi Dr Magda tak terpedaya dengan taktik aku. Dr terus tanya pasal presbyopia. Kuang3. Takpe, presbyopia pun dah hadam kat luar tadi. Pastu pasal metaboli acidosis. Pastu pasal receptor of hearing. Pastu pasal ataxia. Time ataxia ni la....

Dr: Apa punca sensory ataxia? Apa punca motor ataxia? Lesion kat mana?
Aku: (sambil memerah otak recall muka surat yang terang pasal tajuk-tajuk tu. Cerebellum. Lagi satu......eh...apsal tak ingat?? *telan air liur*) Cerebellum.
Dr: Another one?
Aku: Ermmmmmmm.................errr.................another one.......ermmmmmmm.............. (duhh tak ingat)
Dr: Apa pathway dia? Tract apa?
Aku: (ting!) Dorsal column tract! (nasib baik tak melompat)
Dr Magda senyum. "Ha, lesioan in dorsal column tract la,".

Selesai beberapa soalan, Dr kata "Okay, good. Thank you,". Ha? Dah habis? Dah boleh balik? Peh. Aku meninjau kertas yang tertulis soalan. Fuh. Banyak gak soalannya. Dr Amira tadi ade la dalam 4-5 tajuk. Yang ni sampai penuh kertas tu, dah takde ruang nak tulis. Gempak. Aku pun senyum seindah suria, lalu mengucapkan 'thank you, doctor,' lalu melangkah keluar dengan bertawakkal.

Kebanyakan soalan yang dibocorkan oleh kawan-kawan aku tak ditanya tentangnya. Maybe Dr Magda dah dapat detect budak-budak Malizi ni berbincang agaknya. Haha. Nasib lah aku orang last, ditanya soalan yang berbeza. Dan nasib lah aku tak berapa nak mendengar soalan-soalan bocor tadi. Serius nak muntah bila dengar macam-macam. Erghhh....pernah rasa macam tu? Tak pernah? Hebat!

Satu perkara yang aku sentiasa amalkan, bila masuk bilik doktor (atau sesiapa saja yang akan menyoal kita), buatlah reaksi muka yang apabila dilihat, tenang jiwa orang yang melihat. Senyum, bukan kena bayar pun. Tak kira macam mana cuak pun kita, buatlah muka manis, supaya doktor senang hati tengok kita. Jangan lah buat muka ketat, muka muram, muka masam, muka terlalu pucat sebab it's about impression. Bayangkan doktor dah penat, dari pagi sampai petang menyoal students yang berpuluh-puluh orang, mesti la doktor senang hati tengok kita masuk dengan muka manis dan yakin. Logically, dalam kehidupan seharian, kita pun macam tu kan? Bayangkan seharian kita busy tahap dewa, kena buat itu ini, emosi pun dah bercelaru, kemudian datang dua orang kawan kepada kita. Sorang datang dengan tak senyum, kerut seribu, tiada seri, macam nak kena lempang. Lagi sorang dengan wajah ceria, sambil bagi kita senyuman yang menyenangkan hati. Mana satu kita layan dengan baik? Pilih la sendiri.

Serius, a smile can change everything. Bukan aku suruh senyum kambing sorang-sorang atau senyum nak mengorat anak orang. Tapi senyum lah seikhlasnya, supaya bila orang tengok kita, hati pun senang. Lebih-lebih lagi ibu bapa, keluarga, guru-guru dan sahabat-sahabat. Kan bagus menggembirakan hati orang. Plus, smile is contagious! So, selamat senyuuuummmmm! ^___^





~Tawakkalkan semuanya kepada Allah. Semoga Allah memberkati setiap usaha kita semua~




p/s: kalau rasa rajin, berzikirlah zikir yang menyenangkan hati orang lain apabila melihat kita. Islam itu indah, kan? peace~
Related Posts with Thumbnails