Hope

Hope

Pray

Pray

Work

Work

Repent

Repent

B.O.I.K.O.T

Thursday, 1 October 2009

Rase2nye isu ni dah agak lame diperkatakan. Yela, tiap kali berlakunye serangan ke atas negara2 Islam oleh pihak Yahudi...maka dihebohkanlah ke satu dunia kempen memboikot. Hari ni Afghanistan diserang....mari ramai2 kita boikot barangan Yahudi!! Yeaa!!! Beberapa bulan kemudian....senyap sunyi saje. Sepi sekali. Tahun seterusnye...Palestin diserang. Yeaa...boikot balik!! Jangan beli barangan Yahudi!!!

Err...apsal camtu? Cam bermusim plak kan... Kalau takde serangan, takyah la boikot (suke2 hati je). Dah kena serang, baru pakat ramai2 tak makan McDonalds (ish3....). Ade tu plak...time kat Amerika je boikot KFC. Dah sampai Mesir, buat ape nak susah2 boikot. Makan je maaa...dah lame tak rase. Yang lagi menghairankan apabila ada orang buat 'dono' je bila sebut pasal boikot.

Pada suatu hari.....seorang anak keluar makan malam bersama keluarganya. Kebetulan, seorang kawan ayahnya turut hadir ketika itu.

Ayah: Ooo...ni ke dia handphone yang kamu baru beli tu? Jename ape ni? (tanya ayah kepada si anak, sambil membelek2 handphone anaknye)

Anak: Sony ericsson (jawabnye sambil tersenyum lebar. Mane taknye...dapat barang idaman)

Ayah: Ooo...ingatkan Nokia....

Anak: Nokia boikot...! Barang Yahudi....(dengan tegas menyatakan pendirian)

Secara tiba2...terdengar hilai tawa kawan si ayah setelah mendengar penyataan si anak itu.

Kawan ayah: HARHARHAR....diorang ni susah2 je boikot. Orang lain beli jugak. Orang Yahudi tu kaya gak...haha.

Anak: (Kalau ramai yang boikot, bankrupt la Yahudi tu kan?? Out of 10, kalau 2 dah boikot...still alami kerugian kan?? Yang dah tau kena boikot, tapi still beli gak tu memang support Yahudi la namenye. Sebab tu diorang kaya. Sampai bila pun camtu la. So, boikot la caranya. Ape la pak cik ni....-kata anak di dalam hati)

Si anak menunggu sesiapa di situ yang ingin membuat pembelaan terhadap penyataannya. Namun, semuanya bersetuju dengan pendapat pak cik tersebut.

Berdasarkan kisah di atas, dapatlah kita ketahui bahawa terdapat pelbagai pendapat dan pandangan manusia Islam terhadap isu boikot ni. Contohnye:

Kakak: Jom gi makan. Lapar laaa... Nak makan mane ni?
Adik: McDonalds. Ade McFlurry sedaaaap.
Kakak: Mane boleh. Boikot tu. Yahudi punye.
Adik: Tapi orang Islam yang keje kat situ. Diorang nak cari rezeki.
Kakak: Bukannye tak boleh cari keje lain. Rezeki Allah luas. Keje la kat restoran lain. Banyak je jawatan kosong.

Kawan I: Weh....nak tau tak...hari tu aku shopping ngan budak2 ni kat KLCC. Barang muraaah. Banyak aku borong...haha.
Kawan II: Ko beli ape? Nak tengok....
Kawan I: Ni haa...beg Timberland ni. Lawa kan? Murah lak tu...
Kawan II: Timberland? Ala ko ni...beli la brand lain. Buat ape beli yang Yahudi punye. Ko tak boikot ke....
Kawan I: Alaa...buat ape nak boikot. Sementara tengah murah ni aku beli la. Lagipun aku beli kat Malaysia laa buan kat sane.
Kawan II: Err...ape2 je lah. Ko shopping kat mane lagi.
Kawan I: Marks & Spencer! Murah tetibe!! Slame ni aku tengok mahal barang2 dia. Minggu lepas murah lak kan. Aku shopping sakan laa...

Sebenarnya, banyak lagi situasi yang boleh dipertikaikan berkaitan isu BOIKOT ni. Yela...kita nak boikot ni bukan suke2 je. Kena siasat asal usul, akar umbi dulu kan. Bila dah terang lagi bersuluh kita perlu boikot, kenapa masih ada yang mengaburkan mata.....

Aku penah dengar ceramah pasal ni. Ade seorang ustaz tu dia kata bila kita boikot barangan Yahudi ni, ekonomi diorang jadi lumpuh. Sumber kewangan diorang terjejas. Lagipun, aku penah baca jugak ade satu akhbar tu melaporkan betapa marahnya pihak Yahudi bila satu dunia mengambil langkah untuk memboikot. Mesti diorang rugi habis kan?? Kekuatan diorang antaranya kat bahagian ekonomi la. Nak kata Yahudi ramai...ramai lagi Muslim. Tapi masalahnye, Muslim masih lagi boikot bermusim.

Persoalannya....adakah sengsara jika kita memboikot barangan mereka? Sakit tenat kah kita kalau tak pakai handphone Nokia? Kena barah paru2 ke kita kalau tak makan makanan Nestle?? Jatuh miskin kah kita kalau tak pegi minum kat Starbucks?? Buat je la ice-blended kat rumah.

Logically thinking...takde masalah pun kalau kita boikot. Yep....no problem!! Tapi kenapa la manusia suka bagi macam2 alasan? Kenapa susah2 pikir orang USA tu boikot ke tak? Kenapa pikir orang Mesir, orang Indon, orang Jepun boikot ke tak?? Kenapa kena ikut mereka? Kenapa? Sebab tak cukup yakin ke...Yahudi guna duit2 kita tu untuk hancurkan saudara kita? Nak tunggu diorang hinggapkan sebutir peluru berpandu kat Malaysia baru kelam kabut nak boikot?

Jawapannya terletak di minda & hati masing2....

Jangan fikir diri sendiri. Jangan ikut kawan. Fikir betul2...Allah dah bagi akal kat kita. Bersama2lah renungkan. Dan yang paling penting....cakap je tak bagi kesan. Perlu ade tindakan.




2 play the melodies:

MuhIY said...

anak:ayah saya sokong arsenal!
ayah:jgn nk ngde2...sokong team n9...boikot arsenal!!

2 October 2009 at 06:18
dari~ummie said...

betul kata2 adik tu..cuma nak tambah pada pendapat akak, tindakan paling wajar yang melebihi keperluan boikot ialah, apa kata kita pula yang monopoli pasaran kat dunia ni? itulah jihad kita..sbb kekuatan kita selepas iman di dada ialah ekonomi~untuk membangunkan diri di dunia fana ini? =)

19 November 2009 at 23:21
Related Posts with Thumbnails