Hope

Hope

Pray

Pray

Work

Work

Repent

Repent

Action Speaks Louder Than Words

Saturday 24 October 2009

Saban hari aku memikirkan masalah umat, terutamanya wanita akhir zaman ni. Ayat seperti agak membajet di situ, tapi memang benar, apa yang berlaku sekarang ni amat membimbangkan. Bimbang juga diri terpengaruh dengan tusukan halus yang bisa membinasakan diri sendiri. Na'udzubillah......

Kali ni aku hanya ingin memperkatakan tentang satu isu mudah: MENGUMPAT. Seperti yang telah ku dengar selama ini melalui ceramah dan tazkirah, syaitan tidak menyuruh kita melakukan sesuatu maksiat. Syaitan hanya mencantikkan perbuatan maksiat itu di hadapan mata kita. Maka, kita yang terdorong oleh nafsu yang kuat dan iman yang lemah, tertipu dengan hiasan yang diada-adakan oleh musuh kita. Jadi, dalam hal ini, siapa yang lebih bersalah sebenarnya? Kita sering menyalahkan syaitan, namun kita sendiri yang tewas dalam mengawal diri dan nafsu.

Berbalik kepada tajuk asal: MENGUMPAT. Nak tak nak, kita akan berhadapan dengan situasi mengumpat setiap hari. Walau macam mana pun kita mengelak, mesti jugak terkena pada diri. Sama ada diri sendiri yang memulakan umpatan, atau kita join orang lain mengumpat, atau kita syok dengar orang lain mengumpat. Haaa....maka dengan pemikiran logik akal, kita sentiasa membuat ketupat setiap hari. Bak kata orang dulu2....buat 'dosa kering'.

Bagi mengaitkan perenggan kedua dan ketiga....

A: Weh, ko tau x...kawan umah aku tu kan...pemalas sangat nak masak. Sampai kadang2 tu kebulur kitorang dibuatnye.
B: Yeke? Ish3...teruk betul perangai....
C: Eii...korang ni xbaik la mengumpat.
A: Alaa...kitorang nak bagi pengajaran, supaya orang lain x ikut.
B: Ntahnye...
C: Patutnye, ko nasihatkan kawan ko tu supaya rajin masak, bukannya mengumpat pasal dia. Kalau ko teruskan mengumpat, dia still malas gak. Ko pun kebulur gak. Haa...dua2 pun rugi.

Di sini dapat dilihat, betapa kita telah mencantikkan perbuatan mengumpat tersebut. Dalam kata lain, kita dah 'redefine' maksud mengumpat yang asalnya perbuatan yang ALLAH tegah seperti yang termaktub dalam Al-Quran. Aku pun tak pasti tentang orang lelaki, tapi wanita zaman sekarang gemar sangat memperkatakan tentang keburukan orang lain, dengan alasan untuk memberi pengajaran. Hakikatnya, tiada apa pun yang berubah pada diri orang yang diumpatnye, kerana dia tidak mendapat sebarang nasihat atau pun teguran yang sepatutnye.

Kan senang kalau kita nampak je seseorang buat kemungkaran, kita terus tegur dan nasihatkan dia. Tak perlulah menceritakan pada orang lain melainkan kita sendiri tidak tahu cara intuk menegurnya. Menceritakan masalah orang lain haruslah dengan niat untuk membantunya, bukan untuk membuka aibnya. Namun, zaman sekarang ni....semuanya dah terbalik. Kadangkala aku terfikir juga, betapa banyaknya dosa orang yang mengumpat ni jika dibandingkan dengan orang yang diumpatnya. Katakan lah orang yang diumpat tu hanya buat kesalahan kecil, seperti terlajak tidur hingga terlepas waktu Subuh. Kawan2 yang lain ni pulak...mulalah pot pet pot pet...mengumpat pasal dia. Sape yang lagi banyak dosa sebenarnya? Sia2 je kawan2 tu mengumpat, sedangkan dia boleh mengelak daripada buat dosa tu.

Aku tulis ni pun sebab dah banyak kali berhadapan dengan situasi yang sama. Ada je yang bermurah hati nak cerita pasal orang tu, orang ni. Tapi bila kita mencadangkan sesuatu untuk dilakukan bagi menyelesaikan masalah tu, macam2 pulak alasan yang diberi. Kadang2, xmahu buat langsung. Cuba fikir....what's the point of telling about others kalau kita xnak tolong dia? Nak biar orang lain menyampah dengan dia ke? Takkan sampai macam tu sekali kan.....

Hati pun tak senang bila orang menceritakan keburukan orang lain kat kita. Bayangkan kalau orang lain mengumpat yang bukan2 pasal kita. Tak ke panas telinga, membara hati?

Kan lebih baik kita tegur terus orang yang buat kesalahan dengan niat nak membantu dia. Dia boleh berubah, kita dapat pahala. Sama2 untung. Kalau tak, takkan lah ALLAH haramkan perbuatan mengumpat tu.

Jadi, sebelum buat apa2 tindakan yang merugikan diri sendiri, eloklah kita sama2 fikir baik buruknye. Jangan sampai kita terpedaya dengan syaitan yang mencantikkan perbuatan dosa di mata kita. Wallahu a'lam~

1 play the melodies:

shaiefa said...

"Ya Allah,lindungilah diri kami darpd perbuatan mungkar..amin"

24 October 2009 at 11:55
Related Posts with Thumbnails