Hope

Hope

Pray

Pray

Work

Work

Repent

Repent

Yang Sebenarnya

Sunday 8 November 2009

Ditengah2 kesibukan kota Cairo, aku duduk mengelamun di dalam tremco yang dipandu laju oleh 'ammu yang berwajah serius. Sedikit pun aku tak endahkan perilaku penumpang lain. Begitu berbeza dari kebiasaannya, dimana aku gemar memerhatikan gelagat manusia, makhluk terbaik ciptaan Allah. Namun tidak pada hari itu. Mindaku lebih tertumpu pada isi didalamnya, mencuba untuk menghalang input baru daripada masuk, dan mengganggu fail2 lama yang cuba dibaca kembali.

Aku mengakui, minggu ini merupakan minggu yang agak sibuk bagi diriku yang sudah lama tidak menyibukkan diri ini. Pelbagai event penting yang perlu aku libatkan diri berlangsung dalam minggu ini. Bagaikan sudah tiada minggu hadapan, manusia di sekelilingku mahukan segalanya settle secepat mungkin. Benar juga....siapa tahu apa akan terjadi pada minggu hadapan. Esok juga belum tentu aku masih diberi kesempatan olehNya untuk menghela udara halimunan kurniaanNya yang sering dipandang ringan. Senang cerita, eloklah selesaikan segalanya awal2, agar dapat mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini.

MENGELUH... Juga perlu ku akui, aku cukup sensitif dengan perkataan mahupun perbuatan itu. Jikalau sekiranya diberikan kuasa ke atas mereka yang mengeluh, ingin saja aku cubit2, huhu. Bukan apa, tiada sedikit pun keuntungan yang kita perolehi daripada mengeluh. Bawak2lah berdoa...ada juga manfaatnya. Namun sebagai manusia yang lemah dan hina, diri ini juga tidak terlepas dari melakukan kesalahan yang sama. Harapnya, sentiasa mohon keampunan kepada Allah Yang Maha Agung.



(gamba sekadar hiasan...)

Sejenak aku merenung ke luar tingkap, melihat ke arah yang tidak tentu halanya. Ku perhatikan langit yang luas terbentang, bukti betapa berkuasanya Allah yang menciptakan diri ini. Ku cuba ingati kembali, betapa banyaknya kemungkaran yang telah sepasang mata ini lakukan. Sungguh, manusia terlalu sombong dan selalu leka. Aku bertanya pada diri...sejauh manakah telah ku manfaatkan sepasang mata berharga itu? Langit sentiasa terbentang luas, menjadi bukti kebesaranNya. Berapa kerap sangatkah mata ini merenungnya untuk mendapatkan keinsafan? Barangkali mata ini lebih banyak merenung laptop dan medium hiburan lain. Astaghfirullaaahal'aziiimm....



(gambar yang xde kena mengena)

Tatkala diberikan suatu tugasan, terasa bagaikan satu bebanan. Apatah lagi apabila tugasan datang menghujani diri secara serentak. Terasa berat bahu ini, bagaikan seketul batu besar diletakkan di atasnya. Namun, tidak pernahkah sedar selama ini, semenjak lahirnya diri ini, semenjak mengakunya diri ini Allah itu sebagai Tuhan, Islam itu sebagai agama dan Muhammad itu sebagai Rasul....bahawa, aku telah pun diberi tugasan yang besar. Besarnya melebihi Gunung Everest, beratnya tidak terlawan beratnya bumi ini. Ketika itu, diri ini bersedia menerima tugasan itu. Berjanji untuk melaksanakan amanah itu.

Tapi mengapa aku sering leka dengan amanah paling besar yang diberikan oleh Tuhanku? Mengapa lebih ku runsingkan tugasan duniawi pemberian manusia? Mengapa tidak ku ambil berat amanah yang telah aku berjanji untuk menunaikannya semenjak hari aku diciptakan dahulu?? Ya Allah...betapa hinanya diriku ini. Betapa alpanya hambaMu ini. Ampunkan dosa2 ku Ya Allah....

MENYURUH KEPADA KEBAIKAN, MENCEGAH KEMUNGKARAN & BERIMAN KEPADA ALLAH~

Itulah amanah yang telah aku dan manusia2 di sekelilingku berjanji untuk tunaikan pada hari kejadian kita dahulu. Persoalannya, sudah tertunaikah? Jika sedang ditunaikan, sudah selesaikah? Sudah mencukupikah? Bagaimana pula dengan yang tidak sedar...atau tidak tahu wujudnya amanah ini? Siapakah yang bertanggungjawab memberi peringatan? Adakah hanya ulama',para pendakwah, ustaz dan ustazah, guru2 di sekolah sahaja?



Merenung ke bumi yang terbentang luas, di atasnya berjalan segala macam jenis manusia. Manusia yang unik, dikurniakan Allah pelbagai jenis pemikiran, memiliki seribu satu pendapat dan pemahaman tersendiri. Jika ditanya kepada 10 orang apakah matlamat hidup mereka....nescaya 10 jawapan berlainan yang akan diperolehi. Inilah buktinya manusia unik dari setiap sudut. Ada yang hidup untuk wang, hidup untuk generasi akan datang, hidup untuk berjasa, hidup untuk mati, hidup untuk berjaya....dan macam2 lagi. Maka berfikir diri ini... Tatkala memberikan jawapan sebegitu, apakah yang terlintas di hati? Mungkinkah terdapat sedikit kesedaran di hati ketika itu bahawa diri dicipta untuk menghambakan diri padaNya? Atau...mungkinkah jawapan sekadar berdasarkan perasaan? Mari kita muhasabah diri.

-TIADA BEZANYA AKU, KAMU DAN DIA. KITA SEMUA MANUSIA. YANG MEMBEZAKAN KITA HANYALAH TAQWA-

(-_-)v

0 play the melodies:

Related Posts with Thumbnails