Hari tu aku mimpi ngeri. Ada orang suruh aku duduk semeja dengan Menteri Besar (MB) dalam sebuah majlis. Oh...rupa-rupanya bukan mimpi. Sampai hari ini aku masih mengharapkan ia sekadar mimpi ngeri -___-".
Macam negeri lain juga, negeriku pun buat pertemuan dengan pelajar-pelajar dari Mesir. Nak up sikit, buatlah di Hotel Allson Klana. Ya, hotel yang ada Chinese Cuisine & Japanese Restaurant yang sedap tu. Tapi kami punya majlis tiada kaitan dengan kedua-duanya. Saja nak bagitahu, sebab memang sedap. Dan halal. Tak percaya, cuba pergi. Okay, ini dah keluar tajuk.
Bagi mengamalkan 10 muwasafat tarbiyah, aku bersama-sama ibu dan ayah serta Tariq yang hensem lagi comel hadir di sana sebelum jam 2 petang. Sudah ramai umat manusia berada di luar ballroom. Ruang untuk pendaftaran masih belum di buka. Maka umat Muhammad di situ pun berbual-bual mesra lah sesama sendiri. Banyak juga rupawan dan rupawati yang aku tidak pernah nampak sebelum ini. Barangkali mereka pelajar N9 persendirian. Beberapa minit kemudian, meja pendaftaran dibuka. Dah daftar, ambil nombor meja dan sila masuk ke ballroom dan pergi ke meja masing-masing. Begitulah protokolnya.
Semasa aku beratur untuk mendaftar, Ustaz Danial menegurku. "Ustazah Sarah, nanti ustazah duduk semeja dengan MB ye," kata beliau dengan tenang dan serius. Aku tercengang. Rasa macam halusinasi je. "HAA??!" macam biasalah, aku jakun sikit apabila dengar berita yang menghairankan seperti di atas. Biar betik! Kenapa aku pula yang kena duduk semeja dengan beliau? Siapa lagi agaknya? Persoalan demi persoalan memenuhi kepala brain ku. "Kenapa ustaz?" aku bertanya. "Wakil pelajar," beliau menjawab dan berlalu pergi. Gasp! Alin, kebetulan mendengar kata-kata Ustaz Danial, terus tersengih lalu bersorak "Go Sarah! Go!". Arghhh...rasa nak cekik je Alin. Alahai....alahai...alahai....kenapalah kena duduk semeja dengan MB pulak. Dah la aku tak mahir sangat bab etika dan protokol ni. Dush!
Semasa turn aku nak ambil no. giliran, berkata cik adik manis yang jaga meja tu "Kak Sarah, akak duduk meja no. 1 ye," sambil tersenyum. Aku pun angguk sajalah. Kemudian bertanya "Tak payah ambik nombor eh kalau meja no. 1?". Osah blur aku masa tu. Saudari tersebut menjawab "Akak, akak duduk meja VVIP nanti," kemudian beliau senyum lagi. Terasa duniaku makin gelap. Sengal. Sejujurnya, aku masih tidak mahu percaya aku kena duduk semeja dengan MB. Lalu aku teruskan "Nak nombor untuk ibu & ayah akak boleh?". Adik tersebut memberikan aku 2 keping kertas bernombor 26. Aku mengharapkan beliau bagi 3 keping, untuk aku satu. Tapi....tapi...argh!
Selepas menyerahkan nombor meja kepada ibu dan ayah, serta menjelaskan kepada mereka aku disuruh duduk di meja no. 1, aku pun berlegar-legar di luar ballroom sambil meninjau ke arah dalam lokasi meja no. 1. Ada 7 buah kerusi di meja bulat itu. Siapa lagi agaknya pelajar yang kena duduk situ? Dipendekkan cerita, aku satu-satunya pelajar perempuan yang makan di meja tersebut. Dah la pakai jubah MTP yang beli kat Hussein tu, lepas tu tak ingat etika makan dalam majlis rasmi, tambah pulak aku tengah lapar gila sebab tak sempat nak lunch sebelum datang. Haihhh.... nasib lah.
Sebelum orang-orang besar mengambil tempat di meja makan, hanya ada aku, Ustaz Bad (pengerusi MTP) dan ibu Habsah (isteri pegawai N9) di meja tersebut. Ibu Habsah agak terkejut melihat aku di meja tersebut. Adeh laaa.... Dalam kepala masa tu hanya recall bab etika dan protokol saja. Mana nak ingat etika makan kat hotel ni. Biasa makan kat rumah, suka hatilah nak makan macam mana. Makan pakai tangan kan? Aku melihat di hadapanku, ada 3 garfu, 1 sudu, 1 pisau, 1 piring saiz sederhana, 1 piring saiz kecil, satu gelas, satu cawan. Peh! Yang mana kena guna nanti? Aiseyman. Kacau betul. Jap2....duduk macam mana ek? Badan kena tegak. Kaki? Kalau dalam cite Princess Diaries, dia condongkan kaki ke satu sudut. Tapi tak selesalah kalau buat macam tu. Tapi aku buat sajalah. Nanti orang kata pelajar Mesir tak reti etika pula. Tangan pula macam mana? Letak atas riba macam pengantin ke? Arghhh...bantai sajalah. Aku tengok orang lain tak adalah ikut etika sangat. Kejang rasanya badan apabila aku memaksa diri mengikut etika dan protokol. Haha. Dalam kepala masih tertanya-tanya 'kenapa aku kena duduk sini?'. Tak ada peluanglah nak menikmati makanan hotel yang sedap-sedap T__T. Nasib lah.
Pada suatu masa, aku terasa sungguh kerdil kerana berada di meja tersebut. Iyalah, semua yang berada di meja itu semuanya mereka yang berjawatan tinggi dalam kerajaan. Aku ni siapa? Tapi kemudian aku memujuk diri. Tak apa, semuanya hamba Allah. Tak ada beza. Cuma kadang kala terasa down apabila dari jauh, kelihatan wajah-wajah hairan dan tak puas hati kerana melihat aku berada di meja tersebut. Haha. Adoiyaiii....
Selepas tamat ucapan, MB serta beberapa orang besar turun dari pentas, menuju ke meja makan. Oh...kena bangun rupanya. Serius aku rasa mahu jadi halimunan masa tu. Dato' mufti menuju ke meja sebelah, untuk duduk makan bersama isteri dan anak beliau. Maka bertanya seorang orang besar "Dato' mufti tak duduk semeja dengan kami?". Gulp. Kerusi semuanya dah dipenuhi di meja tersebut. Aku kah yang mengambil tempat mufti? Lalu seorang encik, bernama KA menjawab, "Mufti duduk di meja VIP. Kita bagi wakil pelajar duduk sini,". Fuhhh...lega. Aku baru saspek kena pindah meja lain tadi. MB mengangguk, lalu melihat satu persatu hamba Allah di meja tersebut sebelum duduk. Beliau senyum "Ni anak buah den ni," kata beliau kepada orang besar yang lain. Gulp. Aku ke? Yela, aku la. Takkan ibu Habsah kot. Semua orang besar yang berada di situ memandang ke arahku dengan penuh tanda tanya. Aku senyum cemas. Ustaz Bad, barangkali menyangkakan MB bertanya mengapa aku di situ berkata "Ni wakil pelajar kita," kata beliau. MB mengulangi "Dio ni anak buah den," dan beliau pun duduk. Aku senyum cemas sekali lagi, dan sekadar mengangguk. Gulp. Rasa nak pengsan!
Ibu Habsah berbisik kepadaku "Kenapa Sarah tak penah bagitau Sarah anak buah MB?". Dush3! Nak jawab ape ni bro? Hahaha. "Erm.....ayah saya sekampung dengan MB," itu saja yang mampu aku tuturkan. Ibu Habsah mengangguk.
Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga, aku yang sudah lah lapar, kena pula duduk di meja VVIP. Perghh...nasib baik tak ada yang dengar perut berbunyi. Haha. Buat malu je. Taubat lepas ni tak mahu duduk meja depan, duduk meja belakang-belakang dapat makan semua kot. Di meja VVIP, pekerja hotel tak hidangkan semua makanan. Mereka datang seorang demi seorang, membawa juadah tertentu kemudian bertanya kepada setiap orang di meja tersebut, nak ke tak nak juadah yang mereka bawa tu. Kalau nak, diorang letak makanan tu dalam pinggan. Dan, sudah tentulah orang pertama yang ditanya ialah MB. Barangkali MB baru lepas makan tengah hari, menyebabkan beliau masih kenyang, maka beliau menolak semua offer makanan tersebut. Aku rasakan rahangku dah sampai ke lantai masa tu. Biar betik! Beliau tak nak makan apa-apa ke? Habis tu.........lapar la aku macam ni. Uwaaa T___T. Sebabnya, kelihatan macam selagi MB tak makan, selagi tu orang besar yang lain pun tak makan juga. Datang kepadaku nasi goreng, mee goreng, bebola sotong dan sos masam manis, chicken wing....dengan hati yang berat, tekak yang kering aku menolak offer2 tersebut. Alahai....bang, boleh tak nak tapau benda-benda tu? Isk...isk....lapar nih.
Akhirnya aku hanya makan dua keping mini chicken pizza yang bersaiz seperti murtabak yang dipotong sembilan. Alasan: sebab makanan itu saja yang paling senang untuk dimakan secara berprotokol. Potong, makan. Potong, makan. Habis cerita. Takkan nak makan chicken wing kot. Dah la kena guna kutleri. Ngeriiii~
Sambil-sambil makan, MB dan orang-orang besar berbual hal yang pelbagai. Sesekali MB memandangku lalu bertanya "Betul tak kak long?". Rasa nak tercekik. Aku sekadar mengangguk-angguk tanda setuju. No comment, sebab tengah gelabah. Tapi bila dah banyak kali aku sekadar mengangguk, orang-orang besar yang lain memandangku dengan wajah yang hairan. Barangkali mereka bermonolog 'Biar betul budak ni wakil pelajar....' atau 'Kau ni tak reti ke nak cakap ape-ape. Takkan angguk je,' atau 'Sadis betul budak ni...'. Haha. Sesekali MB bertanyakan soalan yang memerlukan aku menjawab, tanpa angguk atau geleng kepala. Tapi biasalah, orang tengah gelabah.... Aku tersilap dengar soalan beliau. "Kak long duk mano kek sano?" beliau bertanya. Aku dengan yakin menjawab "Panchor. Panchor Jaya,". Cis. Salah faham soalan. "Bukan, kek Moser tu duk mano?" beliau menjelaskan soalan. "Oh...kat Abbasiah, depan Ain Shams,". Haihhh...telinga tak berapa nak dengar soalan, sebab lebih tertumpu kepada bunyi sudu, pinggan dan garfu yang berlumba-lumba makan dari meja yang lain. Bestnya diorang dapat makan macam-macam..........
Sepanjang duduk di meja tersebut, baru aku sedar, walaupun tengah makan, tapi telinga dan otak kena alert dengan dialog setiap orang. Sebab kau akan diminta memberi pendapat pada bila-bila masa. Peh! Tak dapatlah aku nak menikmati mini chicken pizza yang dua keping ini, yang saiznya bagaikan murtabak dibelah sembilan. Dan, apabila kau senyap saja, kau akan ditanya. Kau akan diminta memberi respon, pendapat. Ketika itu aku berdoa agar suatu hari nanti, aku tidak akan berkahwin dengan menteri kerana nanti, dalam majlis confirm kena duduk di meja orang besar dan tak dapat menikmati makanan. Kurus keringlah jadinya -___-".
Tapi apabila duduk semeja dengan orang besar, kau boleh tahu macam-macam hal. Itu pun kalau kau jenis yang ambil kisah lah. Kalau kau jenis yang tak ambil tahu dan lebih suka menghayati makanan, lebih baik duduk di tempat lain. Aku berjaya memaksa diri untuk lebih memberi tumpuan kepada perbincangan mereka berbanding makanan. Haha.
Selesai makan, apabila MB pergi meja ke meja melawat pelajar dan ibu bapa, datang seorang makcik kepadaku. Aku senyum, salam beliau. Beliau antara salah seorang yang memandangku dari jauh semasa aku di meja no. 1. Haaa...mak cik ni nak tanya ape lah agaknye ni. "Ni pelajar master ye?" tanya makcik tersebut kepadaku. Serius aku rasa macam kena lempang masa tu. Master??? Tinggi sungguh pangkat tu. Mujur ada Kak Syira di sebelahku, lalu beliau tolong jawabkan "Dia ni medik, makcik. Wakil untuk pelajar medik,". Fuhhh...selamat. Mak cik tersebut mengangguk-angguk kemudian meneliti wajahku sebelum berlalu pergi. Ngaaaa....ngerinye!
Jujurnya, aku pun tak tahu kenapa aku kena duduk di meja no. 1. Sebab ada banyak jawapan yang diberikan apabila aku bertanyakan soalan tersebut. Antaranya:
-sebagai wakil pelajar medik (tapi kenapa aku? pilih la munzir ke, kak dayah ke....budak2 mumtaz tu)
-MAINS memang nak aku duduk situ (tak menjawab soalan. kenapa MAINS suruh duduk situ?)
-sebab aku 'anak buah MB' (jawapan sengal diberikan oleh kawan2 yang gemar melihat aku gelabah)
-sebagai wakil pelajar (aku bukannya pelajar master bro...top student pun bukan)
Haha. Tapi apa pun, best juga dapat pengalaman menggelabahkan diri selama 3 jam. Nasib baik tak pengsan. Nasib baik.... On the way nak balik rumah, masa dalam kereta "Ibu, ayah, singgah pasar malam nak? Lapar sungguh ni...". Kuang3.....
Related Posts:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 play the melodies:
assalamualaikum sarah....
3 March 2011 at 16:08smart r sarah....kagum kite
pehh...anak buah mb rupe nye.........
3 March 2011 at 16:48afiq: kalau aku anak buah MB, kau pun same lah. haha :P
4 March 2011 at 02:02sarah dear, achik gelak guling2, sebab achik b0leh bayang macam mana anda nye acti0n
4 March 2011 at 02:03sarah is still sarah :p
p/s : kal0 achik cakap achik anak kepada kawan baek MB, orang nak dgr tak?? haha :p
**MissYouDamnMuch**
KAH KAH KAH KAH KAH..kejap lagi gua nak pi jumpa Faisal Tehrani..harap-harap dapat jumpa Nazri Vovinski..hahaha
4 March 2011 at 03:14achik: I'm still the old me, right? luar nampak tenang, dalam bergelora. haha. achik, achik jadila anak buah MB jugak :P
4 March 2011 at 03:18anas: kirim salam kepada mereka
Post a Comment