Dua hari lepas tengok video Oley dengan housemate. Alhamdulillah, semoga lepas ni medan berdakwah dan menerangkan tentang Islam akan lebih banyak, merebak dan menjangkiti hati-hati manusia.
Kadang-kadang rasa kasihan sungguh dengan sekumpulan manusia yang tertipu dengan dunia. Sehingga sanggup memperlekehkan sesuatu yang ditetapkan oleh Allah. Kita bukan main rajin beli surat khabar tiap-tiap hari, sampaikan penuh stor belakang rumah dengan surat khabar lama. Kalau tanya berita lama-lama, kita cukup arif, cukup hafal surat khabar yang mana, muka surat mana. Kita baca, baca dan percaya dengan setiap patah perkataan dalam surat khabar. Sehinggakan sehari tanpa surat khabar, ibarat jasad tak bernyawa dah kita ni. Na'udzubillah.....
Bukanlah saya nak menghalang kalian baca surat khabar. Bukan, bukan begitu. Cuma saya nak beritahu, bahawa daripada membazir duit beli surat khabar 7 kali seminggu, daripada membazir tenaga membaca setiap patah perkataan dalam surat khabar, daripada membazir masa percaya setiap kisah di surat khabar, terlebih afdhal lah sekiranya kita baca Al-Quran.
Yang saya nak tekankan, yang selayaknya dipercaya dan dijadikan panduan hidup, hanyalah Al-Quran dan sunnah Rasulullah. Kita tak perlu beli Al-Quran 7 kali seminggu. Kita beli sekali seumur hidup pun dah cukup. Dalam Al-Quran, ada kisah-kisah sejarah (yang tak diputar belit). Dalam Al-Quran, ada gambaran masa hadapan. Dalam Al-Quran ada cerita tentang hukum hakam. Dalam Al-Quran ada cerita tentang segala aspek kehidupan manusia. Dalam Al-Quran ada sains, ada matematik, sejarah, astronomi, segala macam ilmu sehingga tak tercapai akal manusia. Konklusinya, Al-Quran itu lengkap.
Yang saya nak tekankan, lebih baik bazirkan masa kita dengan membaca setiap huruf dalam Al-Quran. Dapat pahala! Baca satu huruf pun dapat pahala. Untung tak? Terlampau untung kan? Dah la tak payah beli hari-hari. Untung sangat lah baca Al-Quran ni.
Yang saya nak tekankan, jangan lah percaya dengan segala isi kandungan surat khabar. Sekiranya anda berbuat demikian, anda memang seorang yang sangat sadis. pathetic. Anda pun tahu surat khabar tu ditulis oleh manusia. Manusia tu siapa? Manusia tu kita lah. Saya, anda, dia, mereka. Kita ni, manusia, hamba yang setiap hari buat dosa. Bila anda dah tahu yang membuat surat khabar itu adalah manusia, perlukah anda percaya 100% dengan surat khabar? Tepuk dada, sekeh kepala (kalau masih nak percaya).
Yang saya nak tekankan, Al-Quran itu kalam Allah. Allah itu siapa? Allah itu, Tuhan yang mencipta kita. Bukan kita saja. Bahkan dunia dan seluruh isi kandungannya. Bahkan alam ghaib, masa lampau dan masa hadapan. Takkan tak nak percaya dengan kalam Tuhan yang Maha Hebat lagi Maha Berkuasa kan? Bila dah yakin dan beriman dengan Allah, kenapa perlu rujuk selain daripada apa yang Allah dah hadiahkan untuk kita? Al-Quran tu, tak ada keraguan padanya. Kenapa? Sebab ia mengandungi ayat-ayat cinta daripada Pencipta kita. Surat khabar itu ayat dari hamba, Al-Quran itu ayat dari Tuhan. Jauh kan beza?
Jadi, sebelum apa-apa, sebelum buat video kata Hudud tak sesuai, sebelum kata nak laksanakan hukum Allah itu tak praktikal, sebelum mempercayai kalam manusia melebihi mempercayai kalam Allah, sebelum itu ini dan sebelum malaikat Izrail datang nak ambil roh dari jasad, elok lah kita check balik kita ni siapa. Manusia ni siapa?
Manusia ni 3: hamba, khalifah dan da'ie.
Hamba
Sebelum Islam datang, bawa kesejahteraan kepada manusia, manusia ada hamba. Ya, dulu, hamba kepada manusia adalah manusia. Dulu, hamba ni taraf dia bawaaaaah sangat. Bukan macam orang gaji. Orang gaji, kalau buat kerja, dapat gak gaji. Tapi hamba ni tak macam tu. Hamba ni dia hina sangat sampai tuan dia boleh buat ape je kat dia. Nak suruh bina piramid sorang-sorang ke, tak nak bagi dia makan seminggu ke, nak belasah hari-hari macam sandbag ke, suka hati tuan dia lah. Haa...itu lah nilai seorang hamba zaman jahiliah dulu. Itulah konklusi kepada maksud hamba.
Cuba check balik. Kita ni hamba Allah kan? Hamba yang hina, yang sepatutnya tak layak dapat apa-apa. Yang sepatutnya boleh diperlakukan sesuka hati. Dah la hamba, dapat macam-macam nikmat pulak tu. Hamba hina yang dapat sepasang mata untuk melihat, yang dapat akal untuk berfikir, yang dapat jantung, paru-paru, otak, serta segala vital organs yang membolehkan kita hidup. Bukan setakat tu. Dah la taraf hamba. Tapi kita dapat pakaian, ilmu, rumah, KELUARGA! Allah....layak ke? Layak ke seorang hamba dapat nikmat yang banyak sangat macam tu? Dah la dapat semua tu. Allah muliakan lagi kita ni. Allah bagi nikmat ISLAM, nikmat IMAN! Allah...Allah.... Padahal kita ni hamba je. Sedar tak?
Dah la dapat nikmat macam-macam, bila buat ibadah, dapat pahala pulak tu! Dijanjikan syurga pulak kalau patuh perintah Allah! Allah....mulianya taraf hamba Allah ni. Tapi kita, apa yang kita buat? Pernah tak kita sedar yang semua benda di sekeliling kita, semua kemewahan yang kita ada, otak yang cerdas, bijak pandai, badan yang sihat dan kuat, keluarga yang bahagia.....semuanya anugerah dari Allah. Tanya diri kita. Aku dah guna nikmat yang Allah bagi ni untuk apa? Selama aku hidup 20 tahun ni aku guna akal aku untuk apa? Setiap hari aku hidup, aku guna nikmat mata untuk apa? Duit dan harta aku guna untuk apa? Untuk siapa? Setiap denyutan jantung aku ni untuk siapa?
Bersyukurlah Allah tak tarik balik setiap nikmat yang Dia beri setiap kali kita buat dosa. Kita ni hamba. Allah boleh je nak butakan sebelah mata kita bila kita tengok maksiat. Tapi Allah tak buat macam tu. Allah boleh je nak jadikan kita bisu bila kita mengumpat atau menipu. Tapi Allah tak buat macam tu. Kenapa ya? Sebab tujuan utama Allah bagi semua nikmat tu, untuk kita laksanakan tugas kita sebagai hamba, khalifah dan da'ie. Kalau kita tak guna satu pun nikmat kita untuk ketiga-tiga tugas tu, nak jadi apa la kita ni? Ya Allah...dah la tak layak dapat nikmat yang banyak, tak nak pulak buat apa yang Allah suruh. Ape kejam sangat ni....? Manusia2.....
Sebagai hamba, yang Allah berkati dengan nikmat Islam dan Iman, yang Allah limpahkan dengan segala macam nikmat yang tak layak kita dapat, sentiasalah muhasabah diri. Sebelum buat apa-apa, fikir dulu. Allah redha ke aku guna nikmat yang Dia beri kalau aku buat macam ni? Allah redha ke dengan segala yang aku dah buat sepanjang hidup aku?
Sebagai hamba, yang sepatutnya tak layak dapat apa-apa, layakkah kita untuk mengatakan 'tak nak' atau 'malas' atau 'nanti lah...' kepada suruhan Allah? Layakkah kita menafikan tugas kita sebagai seorang hamba yang perlu beribadah kepada Allah? Layakkah kita memperlekehkan tugas kita sebagai da'ie yang perlu membantu menegakkan syiar Islam di dunia? Layakkah kita menidakkan tugas kita sebagai khalifah yang perlu memakmurkan bumi Allah ini dengan berpandukan peraturan yang Allah tetapkan? Sudah tentu tak layak.
Jadi, kalau tahu tak layak, kenapa kita masih tak jalankan amanah sebagai hamba, da'ie dan khalifah? Sebab lupa. Ya, manusia memang suka lupa. Itu gunanya sentiasa saling beri peringatan. Berilah peringatan ke arah kebenaran. Berilah peringatan dengan kalam Tuhan. Supaya kita, hamba yang serba tak layak ni menjadi hamba yang sentiasa bersyukur, sentiasa sedar akan tanggungjawab diri, sentiasa berusaha mencari keredhaan Allah. Bila diberi peringatan, berusahalah untuk membukakan hati menerima peringatan. Jangan sombong, jangan angkuh. Kerana kita semua hamba~
p/s: muhasabah. semoga Allah lindungi kita dan keluarga kita semua dari fitnah akhir zaman. amiiin
1 play the melodies:
akak saya share ni kat fb without permission, sorry...
21 December 2011 at 10:05Post a Comment