Hope

Hope

Pray

Pray

Work

Work

Repent

Repent

Allah!

Sunday, 24 June 2012


Subhanallah...Alhamdulillah....ALLAHUAKBAR!!!

((Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat))
-Al-Baqarah, 214

ALHAMDULILLAH....

-Atas kemenangan Islam di bumi Mesir

-Terbuka luas jalan untuk pembebasan Palestin

-Ummah ini telah melangkah satu tapak ke arah Khilafah Islamiyyah

-Tidak sia-sia pengorbanan nyawa, darah, keringat, harta dan segalanya yang dikorbankan oleh pejuang-pejuang agamaMu Ya Allah

-Islam semakin menguasai

-Moga kemenangan ini membuka mata penduduk dunia (khususnya Malaysia) bahawa yang memperjuangkan Islam itulah jalan yang susah, jalan yang penuh mehnah, tapi di situ letaknya pertolongan Allah

-I was there, witnessing a history.


Allah...moga kemenangan berpihak kepada yang memperjuangkan Islam di tanah airku.
Wahai yang membaca, yakinlah dengan pertolongan Allah.
Sesungguhnya agama di sisi Allah adalah Islam, dan Dialah yang memberi kemenangan kepada Islam.
Ayuh, bersama kita mendokong dan menyokong perjuangan Islam!



In a relationship (till the end)

WHAT???

Orang ramai dah buat pengumuman, kau pun sibuk-sibuk jugak nak buat? *sengih2*

Lulz. No no no. Saje bagi tajuk bajet hot. (oh by the way, Mesir memang hot sekarang! politically and the weather, of course. arghhh cepat la balik!)

Last night I was asked by a friend:

"Sarah, macam mana kamu buat persediaan.....?" (let the question remains unspecific)

Soalan dia tak la panjang pun. It's not a case of myocardial infarction or hypertensive encephalopathy (penangan baru lepas baca CVS Pharma >__< ), dan dihujung soalan tu tak ada pun tulis berapa markah.

Persediaan yang dimaksudkan di sini, boleh jadi apa-apa sahaja (although sahabat yang bertanya itu menspesifikkannya kepada satu aspek sahaja). 

Lama saya fikir nak jawab apa. Selak-selak buku Pharma, tak jumpa jawapan. *bajet*

Jawapannya mudah.

Jawapannya kita biasa dengar, dan kita biasa sebut.

Tapi...biasa tak kita istiqamah lakukan?

Haaa...persoalan itu yang membuat saya berfikir panjang sebelum menjawab pertanyaan sahabat itu.

Rasa macam...ishhh...layak ke nak jawab macam ni? Sedang saya pun kadang-kala terleka dari melaksanakannya.

*Tarik nafas dalam-dalam*

"Walau macam mana pun persediaan kita, hubungan dengan Allah tu la yang paling aula," saya jawab ringkas.

Tapi dalam otak berfikir panjang.

Allah...halusnya cara Kau mentarbiyah diri ini! 

Hanya melalui soalan ringkas dari sahabat itu, membuat saya bermuhasabah panjang malam tadi.
Tersentak.
Terdiam.

Subhanallah...

Pertolongan Allah datang dari arah yang tidak disangka-sangka.

Mungkin dah lama sangat saya lagha, melebihkan dunia, meletakkan dunia di hati. Maka Allah mahu saya beringat-ingat.

Astaghfirullah...

Musim exam ni memang banyak sangat peringatan yang Allah bagi. Allah tunjuk tanda kekuasaannya kepada kita. Betul kan? Bukan musim exam saja. Setiap saat dalam hidup kita pun.

Contoh, masa exam oral Pathology hari tu, saya sendiri sangat bingung dengan perkara yang berlaku. Bukannya tak baca buku. Baca, walaupun dengan keadaan fikiran sesak dengan memori written exam yang zzzz (tak tahu nak cakap apa). Sebaik sahaja melangkah masuk ke bilik doktor untuk ditanya soalan oral, terus hilang segala benda yang dibaca. Banyak kali saya selawat dan istighfar. Sampai doktor naik pelik. Kau ni dah kenapa? (agaknya macam tu la doktor fikir).

Balik dari exam muhasabah diri. Ya Allah....ape kena dengan saya ni....

La haula wa la quwwata illa billahil'aliyyil 'aziiim...

Masa exam oral Microbiology, lain pula ceritanya. Pulang dari exam written, memang tak tahu nak buat apa. Baring atas katil sambil renung siling yang tiada apa-apa. Apa yang direnung pun tak pasti (lulz). Keesokan harinya, tak study pun Microb, terus buka buku Pharma (sape suruh exam oral tangguh sehari!). Keesokan harinya, exam oral Microb. Tak pasti apa yang dibaca pagi tu. Memang baca semata-mata benda yang kawan-kawan tahun lepas kata masuk soalan tu -________-". Tapi oral ni mana boleh nak jangka macam tu.

Ditakdirkan Tuhan, saya jadi orang pertama yang kena masuk bilik doktor. Ya, orang pertama! Can you imagine?? Sepatutnya nombor giliran saya yang hujung-hujung, tapi tiba-tiba ada makcik tarik masuk bilik doktor. Saya berhadapan dengan seorang doktor lelaki yang saya tak pernah lihat. Garang pula tu! *gulp*

"Can you tell me what are the sexually transmitted diseases?" doktor tersebut memulakan soalan.

Dalam hati saya...ha??? Biar betik ini soalannya. Ahh...diam2. Jawab je. Maka saya pun menyenaraikan beberapa penyakit STD. Dan saya terlupa nak sebut satu penyakit yang penting, iaitu 'Syphilis'!

"There's a disease caused by Trepanema Pallidum..." doktor memberi hint.

"Oh...syphilis," saya menjawab seperti seorang sengal. (macam mana boleh lupa nak sebut??)

Tiba-tiba doktor hentak meja. "Very good!!!". Oh mak kau...tekezut beruk den!

Doktor tanya lagi "Gonorrhea caused by what?"

Saya teragak-agak nak jawab. Betul ke ni soalan doktor? Atau adakah suatu mimpi? lulz. Sempat lak fikir macam tu. Sebab orang sibuk hafal pathogenesis, lab diagnosis, bla bla bla....

"Neisseria Gonorrhea," saya jawab.

Doktor tanya lagi "Neisseria Gonorrhea gram positive ke negative?".

"Negative,"

Doktor kata "Now you can go,". Doktor beralih pula kepada pelajar Nigeria di hadapanku.

Ha?? Saya tak berganjak dari tempat duduk. Takkan dah habis?

Doktor dah selesai tanya Nigerian tu, doktor tengok saya tak blah lagi.

"Okay, one more question. Dalam hypersensitivity type I, ape immunoglobulin yang terlibat?" doktor tanya.

"IgE,".

"Very good! Now both of you can go!" kata doktor dengan lantang.

Namun kami masih terpinga-pinga. Takkan dah habis? Saya pandang Nigerian tu, dia pun pandang saya. Penuh tanda tanya. Dah selesai ke?

Doktor pandang kami berdua dengan hairan. Sambil menulis markah di kertas.

"Now see, I give you both 20 marks. Now you can go!" kata beliau dengan lantang.

Haa?? Lagi la kami ternganga. Tetibe dapat full marks. Ya Allah...betul ke ni? 3 soalan je! Surface gila pulak tu!

Alhamdulillah...

Saya keluar dari bilik doktor macam orang baru kena culik dengan alien (ceh...macam la pernah kena culik!).

Balik tu muhasabah diri. Ya Allah....semuanya atas bantuan Allah! Semuanya Allah yang aturkan.

La haula wa la quwwata illa billahil'aliyyil 'aziiim

Ya! Semuanya Allah yang tentukan. Sehebat mana pun kita merancang, sekuat mana pun kita usaha, semuanya berlaku atas izin Allah! It doesn't matter who you are. Yes, setiap saat hidup kita Allah yang pegang. Jangan cuba nak sombong dengan Allah.

Maka dengan itu, yang paling perlu diutamakan ialah hubungan dengan Allah. In any aspect of life, semuanya atas izin Allah. Dia yang mengaturkan semuanya, maka hanya kepada Dia kita bergantung.

Dan sungguh, setiap sesuatu yang diizinkan terjadi kepada kita, itulah yang terbaik untuk kita.

I ask myself: how's my relationship with Allah?



turun naik hidup ini, semuanya dengan izin Allah =)






Thank You Allah, atas nikmat besar Kau berikan kepada kami, menjadi hambaMu.

OMG!

Friday, 22 June 2012


Aaaaaaaa kenapa tak lewat 3 hari ke, seminggu ke??

T______T

Really3 wanna go. sobs

7% lagi!

Saturday, 16 June 2012


Guess what?

I'm downloading the film Will 2011, atau juga dinamakan Will "You'll Never Walk Alone" 2011, and there's only 7% left until it finish downloading! Yeay!!

*excited. excited*

(Haih Sarah...tak sudah sudah dengan bola nye....)

Oh by the way, know what?

Hari Spain menang 4-0!! Another yeay! Lawan mana? Ireland kalau tak silap. 
I stood in front of SS's room and smiled from ear to ear and she could guess it already. Haha. 


*Gambar di atas.

Dear whomever who is battling over something, be it a disease, or an exam, or searching for a new heart and hope, or something else, please be strong and keep moving forward. FIGHTING!!!

Kadang-kadang

Thursday, 14 June 2012




p/s: nak berubah perlu mujahadah. mujahadah itu susah. tapi natijahnya indah. maka bersabarlah!

Subjek rumah dan tangga

Wednesday, 13 June 2012

As we grow older, we need to know things that during childhood, we never bother to know about. Or maybe it's my fault to never bother about them. *sigh*

Like what?

#1
Saya: Bu, kalau majlis tunang tu kena buat ape?
Ibu: Sarung cincin la sayang.
Saya: Ooo bukan makan-makan je ek?
-________-"


#2
Saya: Tunang pun kena bagi hantaran ke?
Ibu: Ya Allah....anak dara ni. Iye la. Sebagai hadiah kan.
Saya: Ooo. Berapa dulang?
Ibu: Ikut la. Kalau lelaki bagi 7, perempuan bagi 9. Nombor ganjil.
Saya: Hantaran tunang nak kena bagi ape? Nanti kawin kan ade hantaran jugak.
Ibu: Biasanya tunang ni orang bagi makanan. Kek, buah.
Saya: Ooo boleh la bagi kuih raya kan? Heh....
Ibu: Bertuah betul! Nanti bagi rendang, lemang, ketupat sekali.


#3
Nak bagi sirih junjung? Zaman sekarang mana ada orang makan sirih dah. Nenek je makan.
Betul juga -____-"
Tukar sirih junjung dengan oreo.


#4
Nak kahwin tahun bila?
Botak rambut fikir. lulz


#5
Sebelum kahwin beli lah rumah. Senang nanti.
Lokasi itu misteri.


#6
Nanti dah kerja, dua-dua busy, anak-anak macam mana?
Itu pun tumbuh uban nak fikir.
Ibu ayah kata nak jaga cucu.
Tapi...


#7
Sebelum kahwin mantapkan ilmu & persediaan diri.
Sila praktis, belajar menjahit baju!
Zaman sekolah jahit lencana sekolah je -____-"


#8
Nak belajar ilmu tentang perhubungan, tentang perkahwinan, tentang rumah tangga, tuntut daripada yang dah berumah tangga.
Jangan tanyakan pada yang masih belum membina Beit Muslim.
Nanti jadi "Aku rasa ko patut buat camni kot...". Haaa rasa-rasa itu bahaya!
Mintalah nasihat daripada yang sepatutnya.
Logik.


#9
Kita merancang, mengharapkan perancangan kita dalam perancangan Allah.
Apa pun, doa yang terbaik =).


#10
Akhawat, sebelum kahwin, sila belajar bersolek.
Nanti kena bersolek untuk suami!
To know that I'm not really into this make-up thing is really depressing -_____-"










A penguin story

Tuesday, 12 June 2012


One fine day, a penguin met another penguin and asked a question. 
Then the other penguin answered "I do!"
And they lived happily ever after.

-The end-



p/s: penguin's story is simple.
pps: we're humans, not penguins. so our stories aren't as simple as that. but things will be just fine, insyaAllah =)
ppps: we learn, we plan, and we pray. May Allah ease everything. amiiin~


"Keep swimming!" says Nemo

Saturday, 9 June 2012




Mada mada dane!

Dekat di hati

Thursday, 7 June 2012

Tak ingat bila kali pertama bertemu dengan dia. Tak berapa ingat bila saya berkenalan dengan dia. 

Saya dan dia, 
banyak yang berbeza.

Namun,
sedar tak sedar,
saya dan dia, 
banyak juga yang sama.

Dia,
dekat di hati saya.

Kerana saya dan dia,
punya cerita yang hampir sama
punya pegangan yang sama
punya matlamat yang sama.

Barangkali dia tidak tahu
Tapi Tuhan,
khabarkanlah kepadanya,
saya sayang dia,
keranaMu.

Sedang khusyu' membaca Yaasiin, handphone berbunyi. Saya tergerak hati untuk melihat siapakah pemanggilnya. Tertera nama dia di situ. Saya senyum. Lama tak dengar khabar darinya. Kali terakhir, dia membalas mesej bittaufiq wannajah yang saya hantar kepadanya sehari sebelum exam. Saya menjawab panggilan.

"Assalamualaikum,". Hati saya berbunga-bunga.

"Waalaikum salam. Kak Sarah....". Oh...nada itu. Saya sangat kenal! Kenapa agaknya ya?

Kami saling bertanya khabar, tanya tengah buat apa. Namun saya masih curious. Ada sesuatu dalam nada suara itu.

"Awak...awak ok?". Saya bertanya from the bottom of my heart.

"Ermmm....tak berapa ok," jawabnya perlahan. Saya memberi ruang kepadanya untuk berbicara. Meluahkan kekusutan yang membelenggu.

Saya senyum. Kami meneruskan perbualan. Dia risaukan exam oral Pathology hari tu. Heh. Saya, lepas exam oral tu rasa macam kena sembelih! Fuh...

"Tak apa. Dah lepas, kan? Kita doa banyak-banyak ye sekarang ni. Buat solat hajat banyak-banyak," saya berkata, sekaligus menenangkan hati sendiri juga. Saya faham perasaan itu.

Jujurnya, saya mahu dia kuat. Untuk teruskan perjuangan, perlu kekuatan. Perjalanan kita masih jauh. Masih banyak yang perlu kita hadapi. Masih banyak yang perlu kita persiapkan. Saya mahu dia kuat. Saya harap mampu beri kekuatan kepada dia. Kalau boleh, saya mahu peluk dia erat-erat. Tapi hari dah malam, nanti payah pula kena cari musyrif secara tiba-tiba. Kalau boleh, saya mahu lihat wajah dia, duduk sebelah dia sambil berbual-bual dengan dia. 

"Oh...patutlah tergerak hati saya mahu telefon akak," katanya spontan setelah saya bercerita.

Saya senyum. "Subhanallah...Allah gerakkan hati awak ye,".

Saya sayang dia. Kerana Allah.

Tahun ini, kali pertama saya jumpa dia, hanya saya dan dia, di rumah Allah. Selepas bersalaman, bertanya khabar, saya tanyakan satu soalan kepadanya. Diam. Suasana jadi sunyi. Saya tertanya-tanya, ternanti-nanti. Tiba-tiba dia mengalirkan air mata. Allah! Saya benar-benar terkejut. Ya Allah...salahkah pertanyaanku? Saya diam, memandang dia dengan penuh tanda tanya, sambil senyuman tak lekang. 

Dia mengambil masa untuk menjawab. Pendek sahaja jawapan yang diberikan. Kemudian dia berhenti. Air mata terus mengalir. Mendengar jawapannya, saya automatik jadi sebak. Ya Allah.... Mata mula terasa panas. Saya tahan. Jangan menangis di hadapannya! Tahan. Walaupun saya sedang merasai apa yang dia rasa. 

Dari situlah kami mula mengenali diri masing-masing. Saya dan dia, bukan dari sekolah yang sama. Bukan juga dari negeri yang sama. Kawan saya, bukan kawan-kawan dia. Saya dan dia, tak pernah jalan sama-sama, makan sama-sama. 

Tapi dia, dekat di hati saya. Sentiasa dalam doa saya. Selalu saya terfikirkan tentangnya.

Moga dia terus kuat untuk meneruskan perjuangan. Moga dia sentiasa dalam perlindungan Allah.

Wahai dia, terima kasih kerana menjadi kekuatan untuk saya juga. Walaupun mungkin rasa macam tak ada apa-apa. Ketahuilah, besar kesan kehadirannya dalam hidup saya. 

Moga ukhwah ini kekal hingga ke syurga dan sentiasa diberkatiNya.



'Sesuatu yang paling agung yang turun dari langit adalah TAUFIQ,
dan sesuatu yang paling agung yang naik ke langit adalah IKHLAS'
-Saidina 'Ali karamallahu wajhah-




Ya Allah, permudahkan semuanya
untuk kami semua~



=)

Keh3...



Saya beritahu seseorang "Tak lama lagi EURO. Sokong Spain tau!". Saje, promote team kegemaran.

Beberapa hari kemudian seseorang itu bertanya kepada saya "Spain masuk EURO ek?"

Dengan semangatnya saya memberi pendapat "Rasanya masuk. Tak tahu lah kalau ada perlawanan pusingan kelayakan, pastu tak masuk pulak. Tapi saya yakin Spain masuk! hehe". Cewah...semangat wa cakap lu!

Kemudian beliau menyambung pertanyaan "Spain bukan dekat negara latin ke?"

Saya macam  T_____________T. "Pergi ambil peta dunia dan hafal sekarang!"

Beliau menyambung lagi "Sebab bahasa dia kan lain...."

Saya jawab "Awak...kan bahasa Jerman, Italy, France, Portugal pun lain. Cuma memang bahasa yang guna kat Spain ada jugak sikit2 negara kat Amerika Latin guna,".

Tehehe. Comel je soalan. Betul juga beliau kata. Bahasa yang guna kat Spain banyak guna kat Amerika Latin. So, why not Spain is there too right? heh.

Nah....hadiah untuk sesiapa yang nak tahu Spain kat mana. Peta dunia! (klik gambar untuk tumbesaran yang lebih sihat)




Sejak sekolah menengah saya sangat obses dengan peta dunia. Entah kenapa. Selalu challenge diri sendiri tentang lokasi setiap negara, dia kat benua mana, nama-nama ibu negara, bahasa yang guna kat negara tu. Rasa seronok. Kalau jumpa globe, memang rasa bahagialah! hehe. Lagi besar, lagi best. Dulu selalu bercita-cita nak beli globe. Tapi sampai sekarang tak beli-beli lagi. Sepanjang hidup, entah berapa banyak atlas saya beli. Tak puas baca dia. Setiap satu atlas baru yang dibaca, mesti dapat maklumat baru. Dan still, until now, I will include atlas in my list of favourite books ^___^.

Masa form 4, saya decided untuk tambah satu subjek: Geografi. Sebab utama kenapa saya nak tambah subjek tu adalah sebab nanti saya boleh tengok peta dunia selalu! haha. Tak senonoh betul alasan. Tapi alhamdulillah, nasib baik decision tu sesuatu yang positif dan dari awal sampai akhir, tiada masalah dengan subjek tu. Masa pengetua suruh bagi alasan kukuh kenapa nak tambah subjek, saya cakap "Nanti saya nak jadi ahli kaji bumi,". LOL. Saya harap pengetua dah lupa apa yang saya cakap dulu >___<. Kalau beliau tahu saya ambil medik....tehee. Doakan ye, puan pengetua!




p/s: kadang-kadang tak perlu tahu semua benda. nanti ada la yang compensate. heh.
pps: EURO is coming dude! (selaluuuu lah match besar ni time final exam kannn)




2 Jun *updated*

Saturday, 2 June 2012

Assalamualaikum warahmatullah.

1. Awal pagi hari ini kawasan Ismul Waili mengalami blackout time Subuh. Tak tahulah kalau satu Abbasiah pun terlibat. Barangkali sebab sini kawasan pro Murtabak, maka mungkin seluruh kawasan sini protes keputusan hakim mahkamah.

2. Keputusannya, Murtabak dipenjarakan seumur hidup kerana overdose kalori dan lemak, lalu sangat membahayakan kesihatan. Tapi sayang. Sepatutnya murtabak sebegitu kita hapuskan terus. Buat apa simpan simpan. Nanti berkulat. Lagi susah mamak nak handle.

3. Pagi-pagi dapat mesej "Saya dapat ambil gambar dengan ayah chik.hihi". Pagi-pagi dah bikin orang jeles >___<.

4. Entah mimpi apa, saya bangun pagi terus minum susu. Barangkali sebab dah seminggu lebih tak minum. Cuak pula bila fikir orang perempuan ni lebih berisiko terhadap osteoporosis. Tapi bila minum susu, perut buat hal. Tak apalah. Asal ada usaha.

5. Pagi ni dia send gambar ibu ayah tengah makan kat kenduri. sobs. Terharu gila!! Dah lama tak tengok wajah ibu ayah. Almaklumlah, webcam rosak -______-". Terima kasih ya. Terubat rindu.

6. Kahwin untuk berjuang. Nak berjuang, perlu paksa diri. Maka perlu kahwin paksa? (haha. equation tak betul). Kepada dia, terima kasih ya! Terima kasih kerana faham.

7. Saya ditanya "Mana pipi awak?". Jawapannya, pipi saya dah lari!

8. Hari ni buang tebiat ajak SS pegi makan Mo'men. Ya, saya mesti buat apa sahaja supaya appetite saya kembali seperti sediakala! Maka apabila tiba di sana, like a boss saya mengorder seafood sandwich. Baru makan french fries dua tiga ketul dah loya. lulz. Apo ni janggg..... Dogheh dogheh la sihat eh tuu.

9. "Perhubungan bukan sekadar bercinta di awan putih, tapi berjuang di atas tanah bagi membawa ummat ke langit".

10. Go green!

11. *updated*
OMG!! I forgot to write the most important update on earth! My dear friend, 'Afifah Azam alhamdulillah, telah selamat melahirkan seorang mujahid pagi tadi, waktu Malaysia. Syukur. Yeay, dapat anak buah! hehe. Tahniah achik & suami. Moga semua sihat selalu & sentiasa diberkati Allah. Rasa macam nak cop anak achik buat menantu. Tapi kena bincang dengan bakal suami dulu. lol. berangan! =p
Moga membesar menjadi anak yang soleh, yang menyambung perjuangan achik & suami =).



bunga-bunga cinta. lol~



p/s: kepada nenek, maaf jika tak cukup comel =)
Related Posts with Thumbnails