Hari tu entah kenapa gatal tangan nak google simptom penyakit. (padahal tahu dah tak patut buat macam tu. lulz)
Barangkali kerana sudah bosan dengan kerenah GIT yang tak mahu beri kerjasama. Nak masuk 2 bulan dah der!
Baju gua dah turun dari saiz L jadi S. Apakah ini sebuah konspirasi Yahudi?? (eh..tapi seronok dapat pakai baju lama. terasa muda. hehs)
Dan yang paling tak boleh blah, setiap kali berjalan ke kuliah, atau ke mana-mana destinasi, tak boleh nak jalan laju-laju sangat macam dulu sebab kasut dah longgar, senang tertanggal -______-".
God, bless me.
Sambung cerita...
Maka saya pun google lah symptom checker. Tak ingat website mana yang jadi pilihan.
-Difficulty swallowing (checked)
-Difficulty breathing....sometimes (checked)
-Weight loss without effort (triple checked!)
-Earache...sometimes (checked)
-dan beberapa lagi....
Selesai tu, klik!
Maka keluarlah senarai beberapa penyakit yang possible.
1. GERD
-oh....penah belajar ni dalam Pharmacology. Excited pulak sebab penah belajar. lulz
2. Esophageal spasm
-oh....cenggitu rupanya
3. Esophageal cancer
-what the.....
4. Entah ape cancer
-lulz....
5. Cancer lagi
-kidding me??
Last last saya gelak sorang-sorang. Dia macam kes medic student, yang hanya ada migraine, tapi syok sangat google penyakit, lalu mensaspek dirinya ada brain tumour. LOL!
Couldn't google be more comforting? Haha. Imagine kalau orang yang bukan belajar medik google simptom dia, lepas tu Dr Google kata dia ada cancer, perghhh...terus tulis surat wasiat gamaknya! Patutnya google cakap je "Kau ok je. Elok lah pegi jumpa doktor sebenar,".
Dah penat gelak, saya tengok-tengok kot kot ada ruang cadangan kat website tu.
Teringin gak nak letak cadangan penyakit seperti...
-stress yang padu (seperti exam, exam dan exam?? haha. mana tahu kan?)
-anorexia (tapi part difficulty breathing tu macam tak kena)
-dan lain-lain yang tak terfikir....
Lepas tu teringat masa exam Pathology hari tu banyak gak diagnose penyakit sendiri. Mencipta penyakit-penyakit baru. Uishhh... (gara-gara tak ulang baca buku 17 kali -____-" )
Terus tak jadi nak suggest kat Google >__<.
Ibu kata "Haaa...habiskan exam, pastu cepat-cepat balik sini. Ibu nak bagi anak ibu makan macam-macam,"
Yeayy! Makan macam-macam tu sounds tempting gila. Lalu terbayang chicken chop with blackpepper sauce, sushi!, shark fin soup, otak-otak (entah kenapa teringin otak-otak), dan aneka nikmat makanan di Malaysia. But as I type these food names, I feel like vomiting. Now that's annoying. Very annoying.
I think the real cause is...I miss home so much. Tu je. Takyah google pun dah tahu jawapan. Hehe.
One more subject to go. And then...off we go!!
p/s: doakan kami, kanak-kanak yang sedang berjihad mempersiapkan diri untuk battle terakhir tahun ini =)
Related Posts:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 play the melodies:
Salam, Sarah masih sakit kepala lagi ker ?
12 July 2012 at 01:35Nope
12 July 2012 at 02:48Post a Comment