Hope

Hope

Pray

Pray

Work

Work

Repent

Repent

Kesan ZIKIR Terhadap Otak Manusia

Wednesday, 29 April 2009





Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.

Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks. Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.

Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

P/S : Marilah bersama-sama kita berzikir dan beramal

Exam...apakah sebenarnya??

Tuesday, 28 April 2009

" When would you like to have your thorax assessment?" tanya Dr. Kariman sambil tersenyum manis.
Budak2 Melayu nampak blur je bila dengar perkataan assessment, termasuklah aku.
Assessment lagi? Rasenye macam baru semalam struggle utk assessment. Tiba2 ade plak lagi.
Ya Allah....lemah jantung rasenye.
Dgn tiba2 seorg budak Nigeria yg duduk di sebelahku berkata "TOMORROW!"
Yat yg duduk di sebelah kananku dgn pantas react "Weh...gile ke???"
Dalam hatiku pun berkata2 yg sama.
Esok?? Biar betik! Thorax tu! Satu buku kena rebus.
Kot tajuk mediastinum je xpela jugak.
Dibah ngan Sue pandang slack kat budak2 Nigeria tu sambil menjeling.
Haha...kelakar aku tengok.
"Kalau diorg nak esok, kite nak hari ni!" kata Yat dgn semangatnye.
"Kite lawan dia!" Yat menyambung.
Terbarai kitorang gelak. Tapi dalam hati masing2 berdebar2, menunggu kata putus dari Dr. Kariman.
"Next week?" Dr. bertanya.
"No....!" terdengar keluhan satu dewan, baik lelaki mahupun perempuan.
Minggu depan ade assessment Physio. CVS ngan respiration tu!
Satu buku gak...lagi tebal...padat dgn konsep2 n formula2 yg perlu difahami 'by heart'.
Huh...nampaknye, kitorang akan jadi thoracic surgeon, xpun cardiologist la kejap.
Blaja n revise pasal heart, lung sampai muntah.
Pernah sorg kawan aku kate "Aku bile Dr. yg ajar respiration masuk je, aku rase cam sesak nafas"
"Bile Dr. yg ajar CVS masuk je, aku rase sakit jantung" katenye dgn ekspresi muka yg xbleh bla.
Hahaha...aku angguk je la tanda setuju.
Tak dapat nak dinafikan lagi.
Tapi tu baru 2 subjek. Ade lagi 2 yg perlu di masyikan jugak. Biochem....rase seram sejuk je bile sebut name tu.
Alhamdulillah, nasib baik practical exam dah lepas. Cuma terasa kecuakannye nak final written ngan oral ni.
FINAL....bukan exam biasa.
Kalau exam biasa ni pun, aku tengok akak2 tahun 2 dah masak sambil pegang buku, final camne la agaknye. Mandi ngan buku kot, huhu.
Bila makin banyak benda dah blaja...barulah bleh tengok sape kawan2 kuliah aku yg still bleh ingat pelajaran sem 1 dulu.
Tadi Dr. ade tanye pasal arteries kat upper limb. Tergagap2 masing2 nak jawab.
Aku lagi la plak...terdiam terus :( . Speechless la konon...wawawa.

Anyway, seingat aku....dah berpuluh2 kali kita melalui musim2 final exam ni.
Tapi setiap kali datang exam, perkara yg sama akan berlaku.
Xpernahnye nak kurang, makin bertambah ade la, hihi.
Itulah resam hidup ( cewaah...cam bagus je cakap).
Xleh nak lari dari sume tu.
Dulu mase form 3 aku slalu persoalkan. Kenapa la susah2 nk buat exam??
Dah blaja dah laa...sendiri tau la mane faham, mane xfaham.
Tapi as I grow older, aku faham...tanpa exam, kite xkemana pun.

Cuma....kita xboleh jadikan exam ni satu benda paling besar dlm hidup ni.
Jgn sampai bengkak2 mata xtido, sekilo nescafe kite balun, last2 pengsan sebab tertekan.
Senior aku penah kate "Kalau kite tension sbb nak exam, ingatlah....kite ade exam yg lg besar yg kite akan hadapi, di mahsyar nanti. Kalau kita ingat pasal exam yg tu, insyaAllah, kite xkan rase tertekan & lebih bersedia utk menghadapinya. Exam yg ade skarang ni kecik sangat kalau nak dibandingkan dgn kat sana nanti".

Haa...amacam? Best x kata2 tu? Aku rase lega gak bile dengar. Xde exam yg lagi besar melainkan yg 'itu'. So...get ready for that!

Papepun, kite same2 la doakan agar kite dpt yg terbaik dlm setiap exam. Amiiin.....

S-E-N-Y-U-M ;)

Saturday, 25 April 2009




Aku suka bila org suruh senyum.
Kenapa?
Sebab senyum dpt mengubati kesedihan,
Menenangkan fikiran,
Mendatangkan kegembiraan.





Senyum xmenyebabkan pembaziran,
Xmenyebabkan kerugian,
Dan rasenye....xberdosa kalau senyum.

So, ape tunggu lagi....?



SENYUMLAH SELALU!!

Untukmu IBU~

When I am down

And oh, my soul so weary

When troubles come

And my heart burden be

Then I am still

And wait here in the silence

Until you come

And sit awhile with me


You raise me up

So I can stand on mountains

You raise me up

To walk on stormy seas

I am strong when I am on your shoulders

You raise me up

To more than I can be


Nikmat itu....

Thursday, 16 April 2009





Haa...cantik x gamba kat atas tu? Ni la pemandangan pada malam hari di sebuah bandar besar di Jepun (kalau xsilap la, huhu).
Banyak sky-scrappers, lampu terang-benderang, semua peralatan, kenderaan & mesin berfungsi dgn baik.
Subhanallah...besar sungguh nikmat yg Allah bagi kat kita semua.
Blog ni bukannye pasal gamba tu pun...hehe. Saje je letak.

Nak cerita pasal nikmat sebenarnye.
Tak yah pikir jauh2 pun xpe. Tengok je pada diri kite.
Xterkira nikmat yg Allah anugerahkan.
Pancaindera lengkap, anggota badan semua berfungsi dgn baik, malah dikurniakan akal, iman & islam lagi.
Jom...sama2 kita ucap 'Alhamdulillah' tanda syukur.
Sebab dengan nikmat2 ni la kita dapat meneruskan kehidupan dgn sempurna.

Bayangkan kalau Allah tarik balik nikmat penglihatan kita waktu ni jugak.
Haaa...agak2, ape kita rase?
Banyak benda kita xboleh buat.
Macam2 aktiviti tergendala.
Nak bace blog ni pun xboleh, hehe.

Itu baru nikmat penglihatan.
Nampak macam simple je kan.
Mata je pun...2 je pulak tu.
Kecik je, xbesar.
Ish3...kecik2 pun, besar peranannya pada kita.

Jadi, sama2 lah kita gunakan nikmat kurniaan Allah dgn baik.
Kita kena ingat, semua yg ada pada kita sekarang pinjaman je.
Bila2 masa TUANnye boleh ambik balik.
Jadi, jagalah barang pinjaman dgn baik & amanah ye.

Once dah kena ambil, jgn lah meraung kerana menyesal.
Semoga kita jadi hamba Allah yg sentiasa bersyukur dgn nikmatNya.


~Baru kusedari~

Thursday, 19 March 2009

Selesai saja pembedahan hidung atau nama glamournye minor surgery, ATAU dalam bahasa kampungnye...'septoplasty', aku dibenarkan balik.
Yelah, buat ape nak duduk wad kan. Bedah hidung je pun. Logik la tu.
Tapi yg peliknye, sume org tekezut gile bila tau aku terus balik lepas operate.
Diorang ingat aku kena tahan wad 2,3 hari seperti ibu bersalin agaknye.
Tapi tau2 je la kan, ni Mesir la...mane main dok wad lame2.
Kena tough man!

Aku pun balik la dalam keadaan hidung berbalut...sepenuhnya!
Ya! Keseluruhan bahagian hidungku dibaluti dgn...erm kapas, kapas byk2 dan cellotape putih yg sgt kuat gamnye. Kalau tengok dari jauh, mmg nampak hidungku sungguh mancung.
Bak kata Kak Mira, 'Sarah hensem...'.
Huhu, bangge gak diri ni walaupun kena perli je sebenanye.


Ini bermakna...aku mmg kena bernafas guna mulut je lah.
Satu pengalaman menarik yg betul2 buat aku sedar betapa bernilainye hidung yg ade.
Nak tau kenapa?

Yelah, bile xdapat guna hidung utk benafas, of coz la kena guna mulut kan.
Secara drastiknye, bibir yg slame ni lembap, jadi kering betul!
Ini bukan cerita dongeng...tapi kisah benar.
Barula aku tau camne rase bibir kering gile.
Bukan bibir je, the entire internal part of the mouth pun kering gak.
Nak telan air liur pun susah.
Apetah lagi nak becakap, nak makan....
Fuh...pengalaman yg mencabar giler!
Dah tu...time makan plak, xdapat bau ape2. So, makanan sume rase same jelah.


Ya Allah...betapa besarnye peranan hidung.
Selama ni tengok hidung tu...yela, kecik je. Macam xpenting sangat.
Tapi rupa2nye, subhanallah...besar peranan hidung, sampai xde body part lain yg boleh ganti.


Sampai je rumah...bermulalah pengembaraan aku bersama hidung yg berbalut.

Senang cite:
makan xrase (bukan xlalu..haha)
mandi xbasah (part hidung je la)
tido xlena (mmg pun...)
cakap xpaham (sebab suara jd sengau...kuang3)


Continuous bleeding membuatkan kepala tambah berdenyut.

Tapi syukur...hidung ni xsakit seperti jangkaan orang ramai.

Cuma yang xbley blahnye, aku banyak kali bersin.

Hahaaa...cuba bayangkan. Dah la hidung berbalut sepenuhnye. Bersin2 plak tu. Memang sah2 la xpuas nak bersin rasenye. Aku cam takut2 je nak bersin. Ahli bait plak melihat seolah2 tengah tengok filem ngeri, huhu. Takut hidung aku tercabut. Heheh...nasib baik xjadi camtu.

Haa...mulai saat itu aku appreciate sangat2 la nikmat yg Allah bagi ni. Walaupun aku xdapat rase nikmat tu 3 hari je, tapi...Ya Allah, xsanggup aku kehilangan hidung ni. Bukan hidung je, nikmat2 lain gak....apatah lagi Islam dan Iman.


+ O.P.E.R.A.T.I.O.N +

Wednesday, 11 March 2009

Sesudah Dr. Aiman mengesahkan aku kena jalani minor surgery,
aku pun bersiap-sedia dengan benda2 yg aku kena buat & bawa.
Operation hari rabu, tapi hari selasa tu aku dah kena masuk wad.
Xtau la kenapa. Mungkin sebab doktor nak monitr keadaan aku ni.
Mane tau kot2 tetibe lak ade darah tinggi ke, heart failure ke kan...huhu.
Na'udzubillah....

Dipendekkan lagi cerita, aku pegi je la hospital selasa pagi tu ngan Kak Mira.
Abg kembar uruskan procedure masuk hospital.
Bile masuk je bilik wad aku, iaitu C 223........
Oh tidak...aku sebilik ngan Arab!!
Hurmm...xde bilik single ke?
Dah la ramai family Arab tu kat dalam bilik.
Aku ngan Kak Mira tersipu2 je segan masuk secara perlahan2.
Sume pandang kitorang...
Pergh! Rase cam selebriti plak an.

Sampai je, terus letak beg dan....
Aku terus baring kat katil.
Aik...pehal lak aku baring nih??
Padahal bukannye sakit ape pun. Hidung je...
HAHAHA.
Cepat2 aku duduk, borak ngan Kak Mira.

Sepanjang aku dok kat wad tu, macam2 sangat perkara berlaku.
Yela, mane taknye...
Dok sebilik ngan Arab, of coz la diorang interested sgt nak borak ngan foreigner cam aku nih.
Last2...jadi cam ayam cakap ngan itik.
Diorang cakap 'ammi...aku ni berkerut2 la nak paham.
Diorang pun berkerut bengang, haha.

Hari rabu yg ditunggu2 pun tiba....
Pagi tu, dekat nak pukul 10 (patutnye pukul 9, tapi besela...Arab Mesir nih...)
aku disuruh tukar baju, pakai baju operation warne biru pekat, pastu pakai penutup kepala yang ala2 shower cap tuh.
Pastu baring atas katil & ditolak ke operation room yg terletak di tingkat bawah.
Masa tu, Asu Ekin ngan Kak Mira yg tunggu aku.

Masuk je dalam bilik yg berlabel 'Operation Room', nurse tu parking kan katil aku kat sbelah katil mak cik Arab.
Aku sempat la sengeh kat mak cik tu, tapi disebabkan aku xpakai spek, xnampak sgt la muka dia.
Baru aku prasan, kat 'ruang menunggu' tu, ade 3 katil yg berpenghuni.
Aku, sorang mak cik arab, lagi sorang....aku xprasan sgt, laki rasenye.
Sume berbaring & berselimut.
Masing2 tgh tunggu turn kot.
Aku pun menunggu dgn sabar...cewaah!

10 minit...30 minit....berminit2....
Haish...manenye ni?
Nak operate ke xnak?
Aku dah la ngantuk giler time tuh.
Mane xnye, malam sebelum tu xdapat tido disebabkan mak cik arab yg sebilik ngan aku tu asyik muntah je.
Last2...aku tertido gak sambil tunggu turn.
2 kali aku tetido...bukak je mata, aku masih di situ.
Ya Allah....dah la sejuk semacam je kat bilik tu.
Ade je nurse dtg, aku pun lega la sikit.
Ade gak org nak borak ngan aku, walaupun pada hakikatnye, keadaan itu sgt annoying kerana mereka sgt heran aku xreti cakap Arab...huhu.
Ade sorang nurse ni plak...xhabih2 membebel name aku.
Yela...name SITI tu...mmg dah sah2 diorang xpenah dgr.
Pastu ade 2 name plak tu.
Org Arab besenye 1 name je, pastu name ayah.
Aku ni, ade 2 name. Bising dia sambil tulis name aku.
"SITI SARAH??"
"Siti...siti...bla, bla, bla"
Kecoh betul diorang ngan name aku.
"Ismul murakkab" kata seorang nurse perempuan kpd nurse lelaki.
Haha...yela tu. Pape je la nurse oii...
Nasib baik aku xsakit nak bersalin ke, appendix ke...
Kalau x, maun je aku lepuk sorang2.

Setelah beberapa kurun menunggu, dtg la seorang doktor yg pertengahan umur.
Kalau xsilap, tu la Dr. Aiman Al-Ka'kie. Tapi aku xprasan sgt sebab xbrape clear.
Dia tanye "Are you afraid?"
Aku dgn yakinnye menjawab "NO" sambil menggelengkan kepala.

Yela...xperlu takut, kita perlu yakin dengan Allah ;).

Setelah beberapa abad menanti, aku disorongkan ke salah satu bilik pembedahan.
Mase tu ade 3 org nurse berpakaian serba hijau kat dalam tu.
Diorang tgh siapkan peralatan utk operation.
Aku dipindahkan ke katil operation.
Takla berdebar sgt, sebab penah kena operate gak dulu, disebabkan appendicitis.

Aku teruskan berselawat, bertasbih & berdoa agar pembedahan ni berjalan lancar & selamat.

Beberapa ketika kemudian, masuk la 2 org doktor lelaki.
Mereka ni pembantu doktor bedah nanti.
Salah sorangnye pakai spek.

Mereka pun meneruskan kerja2 menyiapkan peralatan.
Bismillahirrahmaanirrahiiiim....

Salur darah di belakang tapak tangan kiriku dicucuk jarum utk dimasukkan air agaknya.
Mungkin jugak ubat.
Lengan kananku dibalut dengan alat utk cek tekanan darah.
Salah sorang doktor lelaki tu pasang...erm xtau la ape namenye, tapi ade wayar & boleh melekat.
Dia pasang kat dua2 bahu & dada.
Mungkin utk detect denyutan nadi.
Sedang sibuk mereka bekerja, tiba2 sorang nurse kate "benda ni xberfungsi...".
Doktor2 yg 2 org tu heran.
Diorang pun try buat semula.
Ditekan2nye button pada mesin tu, ditukar2kan wayar pada sambungan wayar kat badan & tanganku.
Ya Allah...agak perit rasanya.
Masa tu aku hanya mampu berdoa.
Ya Allah...permudahkanlah segala urusan.
Aku xsanggup rase kesakitan tu.
Biarla aku pengsan dulu baru diorang cuba lagi.
Tapi itu xmungkin berlaku.
Mereka terus mencuba.
Aku xpasti bila agaknye semuanya siap.
Doktor bedah pun masuk.
Makin ramai nurse yg turut masuk.

Salah seorang doktor pembantu letakkan salur bius kat hidung aku.
Doktor lagi sorang kata "You'll be sedated now"
Aku pun mengangguk2 tanda faham.
Aku nak dibius dah.
Tak lama lagi aku akan khayal & xsedar.
Selawat banyak2...Ya Allah, hanya padaMu aku berserah.....
Dan...pembedahan dijalankan.

..............................................

Aku tersedar...Alhamdulillah, aku nampak cahaya lampu, dengar suara org sedang bercakap2.
Kelopak mataku xterbuka sepenuhnya.
Aku xmampu menggerakkan jari, nak buka mata pun xmampu.
Mungkin kesan bius xhabis lagi.
Aku cuba melihat yang termampu.
Ada sesuatu pada hidungku, warna putih.
Mungkin hidungku sudah berbalut.
Maknanya, pembedahan dah selesai....
Alhamdulillah...syukur sangat2.
Tapi...aku dapat merasa sesuatu berada dalam mulutku.
Ku tatap dalam2...apakah ia?
Oh...rupa2nya tiub.
Kalau xsilap, ada 3 tiub, 2 kecil, satu besar.
Subhanallah...tiub dimasukkan dalam mulutku, hinggalah kedalam tekakku.
Ya Allah...sakit juga rasenye, mungkin sebab saiz tiub yg besar itu menyebabkan tekakku mengembang.
Aku faham...tiub itu diletakkan bagi memudahkan pernafasan disebabkan hidungku belum boleh berfungsi utk pernafasan.
Aku cuba lagi menggerakkan jariku....
Tak mampu.
Aku cuba membuka mata....
Tak mampu juga.
Ya Allah...

Tiba2 aku terdengar seorang doktor memanggil2 namaku.
Dia menyuruh aku bangun, buka mata.
Aku mengikuti arahannya.
Tapi benar, aku xmampu buka mata.
Aku cuba sedaya upaya....
Ya Allah...xmampu juga.
La haula wala quwwata illa billahil 'aliyyil 'aziiim...
Doktor panggil namaku berkali2.
Aku xmampu beri respon.
Sudah cukup kuat aku memaksa tanganku bergerak.
Jari jemariku langsung xbergerak.
Ya Allah....
Sekurang2nya biarlah aku membuka mata, biar doktor tahu aku dah sedar.

Seorang doktor menekan bahagian bawah telingaku.
Mungkin itu cara utk menyedarkan pesakit yg dibius.
Aku cuba bergerak lagi.
Ya Allah...tolonglah.
Aku xmampu, buka mata pun xmampu.

Sekali lagi doktor tu buat benda yg sama, cuma lebih kuat dia menekan.
Sambil tu dia menyuruh aku bangun.
Ya Allah...sakitnye xdapat kugambarkan.
Dia menekan berkali2, dengan harapan aku akan sedar.
Allahu akbar...macam mana harus kubuktikan pada mereka bahawa aku sebenarnya dah sedar?
Tak mampu aku menanggung kesakitan akibat ditekan dgn kuat berkali2.
Ya Allah...tolonglah aku!
Doktor yg lain mencubit dgn kuat di bahagian bahuku.
Ya Allah....sakit yg amat!
Hatiku menjerit2 memaksa diriku membuka mata.
Xmampu juga...

Seseorang menggerak2kan tiub besar didalam tekakku.
Juga berusaha memaksa aku bangun.
Allahu akbar...kurasakan macam nak koyak tekak ni.
Hatiku menjerit meminta doktor berhenti berbuat demikian.
Aku xmampu tanggung rase sakit tu lagi.
Aku doa banyak2.
Ya Allah...tolonglah bagitau mereka aku dah sedar sebenarnye.
Ya Allah...tolonglah halang mereka buat macam tu lagi.
Ya Allah...aku sangat2 tak tahan...sakit!

Kugerak2kan anak mataku dgn harapan mereka tau aku dah sedar.
Salah seorang doktor menyedarinya.
Dia beritahu pada yg lain, aku dah sedar sebenarnya.
Dia suruh aku cuba bernafas guna mulut.
Aku turuti arahannya.
Terasa lain macam semasa menarik nafas.
Dada berombak.
Lain rasenye daripada bernafas dgn hidung.
Doktor kata "very good"
Dia suruh aku teruskan bernafas.
Kadang2 aku terlupa, dan berhenti bernafas.
Doktor paksa aku buka mata & bernafas dgn mulut.
Kuturui juga.

Akhirnya, setelah beberapa lama, aku berjaya membuka mata.
Perlahan2, jariku mampu kugerakkan.
Alhamdulillah...syukur padaMu Ya Allah.

Doktor gembira melihat aku sudah membuka mata.
Beberapa minit kemudian, salah seorang doktor memegang tiub2 dimulutku.
Dia menarik tiub kecil secara perlahan2...dan zap!!! dia tarik laju2.
Ya ALLAH!!!
Rase nak tersedak...
Mengalir air mata dari kedua2 mataku.
Dengan pantas, doktor menarik tiub terakhir, iaitu tiub yg besar.
Juga perlahan2, kemudian disentap.
ALLAH!!!....hatiku menjerit sekuat2nya.
Bersemburan darah & air keluar dari mulutku, menyebabkan aku tersedak2.
Cepat2 seorang nurse menyalurkan tiub ke dalam mulutku dan menyedut dara & air itu.
Ya Allah....xdapat kugambarkan betapa peritnya rasa tekak ni.
Tangan dan kakiku menggeletar menahan rasa sakit.
Nurse memegang kakiku.

Alhamdulillah, akhirnya aku dapat bernafas dgn normal menggunakan mulut.
Segala wayar yg dipasang padaku dicabut.
Doktor2 & nurse2 di dalam bilik itu xputus2 ucap ALHAMDULILLAH...;).
Aku sangat bersyukur padaMu Ya Allah.

Aku senyum kepada mereka.
Alhamdulillah, syukur.

Nurse2 kelihatan gembira mungkin sebab aku tersenyum.
Sedangkan org lain ada saja yg meraung, menjerit selepas dibedah.
Tapi aku hanya mampu tersenyum.
Aku sempat memberi 'thumbs up' pada salah seorang doktor.
Dia tersenyum gembira.

Alhamdulillah, pembedahan berjaya & hidungku xsakit.
Cuma tekak terasa agak perit.

ALHAMDULILLAH....












Dan resultnye...

Tuesday, 10 March 2009

jeng...Jeng...JENG!!!
Hari yg ditunggu2 telah tiba.
Aku dah bersedia fizikal, mental & (x lupa juga) material utk mengetahui result test2 yg aku dah buat tue.
Aku pun cam bese la an...muka excited giler, walaupun mase tu cengkaman pada kepala & keperitan kat hidung ni xdapat digambarkan lagi.
Mungkin gak sebab aku dah lali, so cam xde efect pon.
Dipendekkan cite, resultnye adalah seperti berikut:

-CT Scan (yg menelan duit sebanyak LE 920 tuh!) :
Abg kembar datang membawa folder besar berwarna pink.
Dia datang perlahan2, cam bese, wat muka relax.
Aku ni pulak...jantung macam dah nak terkeluar dari chest part ni haa.
Punyela excited nak tau, huhu.
Bila dia sampai kat aku je, dia xcakap pape pon. Dia pegang je folder tu.
Aik...??! Apakah?? Dia nak suruh aku tanye ke?
"Camne doktor?" (aku mmg panggil dia doktor, sebab xtau nak panggil ape lagi. takkan nak panggil abang kot, haha)
Aku pun mengutarakan soalan sengal tu, sambil memandang dalam2 ke arah folder pink tu.
Barula dia bukak folder tu sambil berkata...
"Sume ok..."
Arghh...nak tercabut telinga ku dengar dia sebut perkataan OK.
.............
"Tapi septum hidung ni...dia ade deviation sikit"
Fuh...lega aku bila dia sambung jumlah ghairu mufidah dia tu.
Bukannye aku lega sebab ade sesuatu yg xnormal.
Tapi lega sebab..yela, at least ade gak masalah ngan hidung aku ni.
Bayangkan kot xde pape. Maun meraung aku kat situ.
Sakit gile kentang, tapi xde pape...huhu.

Dia pun handover filem yg menunjukkan struktur dalam hidung aku ni.
Uish...subhanallah!!
Yela...ade sesuatu yg senget di situ!
Ajaib sungguh! Ini bukan mimpi, tapi realiti.
Hidung aku senget??! Bagaimanakah ini boleh terjadi?
Spontaneously, aku bertanya...
"Aik...cane boleh senget ek?"
Aku pandang Abg kembar ngan muka keliru.
Beberapa saat lepas tu baru aku sedar.
Yang sengetnye septum hidung aku, bukan hidung dia!
Aduhh...ape la aku ni.
Patutnye dia la yg tanye aku, cane boleh senget.
Kuang3...
Tapi cam bese, dgn relaxnye dia berkata "Ni penah jatuh ke?"
Jatuh??? Mestila penah. Sape tak penah jatuh an.
Agaknye, disebabkan dia nampak muka aku ni berkerut gile sambil berfikir, dia teruskan
pertanyaan.
"Penah jatuh pastu kena kat hidung ke..."
Dia tanye sambil wat aksi jatuh tertiarap atas muka.
Hahah...sampai camtu skali an. Kesian lak aku kat dia, kena bagi explanation detail kat aku yg
blur nih.
"Oh...xpenah plak"
"Kena tumbuk pun xpenah" aku menjawab dgn spontan.
Adehh...dia xtanya pun aku penah kena tumbuk ke x. Ape laa...
Aku meneruskan soalan.
"Kalau camni, camne nak buat? Ape rawatannye?"
"Kena wat surgery la. Tu je rasenye..."
Surgery??? Aku pandang Kak Najwa yg sedikit tercengang mendengar kata2 Abg kembar tu.
Aku ni lagi hebatla tercengangnye...haha.
"Oh...xleh makan ubat je eh?"
Ya Allah...lagi skali aku tanye soalan yg terserlah kesengalannye.
Sarah...sarah...kot dah bengkok tulang, pil ape plak yg bleh luruskannye balik?!
Mestila kena bedah utk betulkan.
Adoiyai...nape la aku ni. Sakit sangat kepala sampai blur agaknye.
"Erm..xboleh. Kena wat surgery," dia jawab ringkas.
Dengar je jawapan tu, aku ngan Kak Najwa terus berbincang.
Hebat perbincangan kami sampai Abg kembar cakap
"Ala...minor surgery je pun" sambil tesengeh.
Mak aiii....dia cakap cam minor surgery tu bleh buat hari2 je.
Aku ni senyum senget je la kat dia. Dalam hati kata "Minor2 pun...surgery gak namenye, huh!"

-Result Urine Test (yg ntah bape juta hargenye):
Aku saje wat muka excited bila nampak Abg kembar pegang result tu.
Dia teliti setiap detail maklumat yg ade kat situ.
Yela, mestila dia paham, sebab dia dah tahun 5.
Dengan muka berkerut, dia kata "Sume normal je ni..."
???
Nak tergolek aku dengar.
Aku cam caye xcaye je la.
Tapi mmg betul. Xde pape catatan tambahan kat kertas tu.
Ya Allah...

-Result Ultrasound:
Yang ni la paling best.
Sambil check tu, doktor tu cakap la kat aku...ni bahagian ape, ni menunjukkan ape.
Mungkin sebab dia tau aku ni budak medik.
Aku pun syok dengar dia cite sehinggalah....
"Well, everything is normal. You're healthy, you're ok"
Hah??!
Dah selesai cek sume...Abg kembar masuk, nak tanye doktor ape sakit aku.
Doktor pun explain la sume.
First time aku nampak muka dia muka xpuas hati.
Ha...baru dia tau camne aku rase selama ni, hahaha.
Hmm...tapi mmg aku betul2 xpuas hati.
Sampai skarang pun doktor xtau punca sakit ni.

Hmm...camtu le sedikit sebanyak ttg result tests yg dah dibuat.
Stakat ni, mmg hidung tu je la yg dapat diketahui masalahnye.
Kepala & yg lagi satu tu, wallahua'lam.
Pape pun, mungkin aku agak sedikit terkilan sebab yg lagi 2 tu xdapat dikenal pasti.
Uwaaa....xde gunanye nangis.







Related Posts with Thumbnails