Sesudah Dr. Aiman mengesahkan aku kena jalani minor surgery,
aku pun bersiap-sedia dengan benda2 yg aku kena buat & bawa.
Operation hari rabu, tapi hari selasa tu aku dah kena masuk wad.
Xtau la kenapa. Mungkin sebab doktor nak monitr keadaan aku ni.
Mane tau kot2 tetibe lak ade darah tinggi ke, heart failure ke kan...huhu.
Na'udzubillah....
Dipendekkan lagi cerita, aku pegi je la hospital selasa pagi tu ngan Kak Mira.
Abg kembar uruskan procedure masuk hospital.
Bile masuk je bilik wad aku, iaitu C 223........
Oh tidak...aku sebilik ngan Arab!!
Hurmm...xde bilik single ke?
Dah la ramai family Arab tu kat dalam bilik.
Aku ngan Kak Mira tersipu2 je segan masuk secara perlahan2.
Sume pandang kitorang...
Pergh! Rase cam selebriti plak an.
Sampai je, terus letak beg dan....
Aku terus baring kat katil.
Aik...pehal lak aku baring nih??
Padahal bukannye sakit ape pun. Hidung je...
HAHAHA.
Cepat2 aku duduk, borak ngan Kak Mira.
Sepanjang aku dok kat wad tu, macam2 sangat perkara berlaku.
Yela, mane taknye...
Dok sebilik ngan Arab, of coz la diorang interested sgt nak borak ngan foreigner cam aku nih.
Last2...jadi cam ayam cakap ngan itik.
Diorang cakap 'ammi...aku ni berkerut2 la nak paham.
Diorang pun berkerut bengang, haha.
Hari rabu yg ditunggu2 pun tiba....
Pagi tu, dekat nak pukul 10 (patutnye pukul 9, tapi besela...Arab Mesir nih...)
aku disuruh tukar baju, pakai baju operation warne biru pekat, pastu pakai penutup kepala yang ala2 shower cap tuh.
Pastu baring atas katil & ditolak ke operation room yg terletak di tingkat bawah.
Masa tu, Asu Ekin ngan Kak Mira yg tunggu aku.
Masuk je dalam bilik yg berlabel 'Operation Room', nurse tu parking kan katil aku kat sbelah katil mak cik Arab.
Aku sempat la sengeh kat mak cik tu, tapi disebabkan aku xpakai spek, xnampak sgt la muka dia.
Baru aku prasan, kat 'ruang menunggu' tu, ade 3 katil yg berpenghuni.
Aku, sorang mak cik arab, lagi sorang....aku xprasan sgt, laki rasenye.
Sume berbaring & berselimut.
Masing2 tgh tunggu turn kot.
Aku pun menunggu dgn sabar...cewaah!
10 minit...30 minit....berminit2....
Haish...manenye ni?
Nak operate ke xnak?
Aku dah la ngantuk giler time tuh.
Mane xnye, malam sebelum tu xdapat tido disebabkan mak cik arab yg sebilik ngan aku tu asyik muntah je.
Last2...aku tertido gak sambil tunggu turn.
2 kali aku tetido...bukak je mata, aku masih di situ.
Ya Allah....dah la sejuk semacam je kat bilik tu.
Ade je nurse dtg, aku pun lega la sikit.
Ade gak org nak borak ngan aku, walaupun pada hakikatnye, keadaan itu sgt annoying kerana mereka sgt heran aku xreti cakap Arab...huhu.
Ade sorang nurse ni plak...xhabih2 membebel name aku.
Yela...name SITI tu...mmg dah sah2 diorang xpenah dgr.
Pastu ade 2 name plak tu.
Org Arab besenye 1 name je, pastu name ayah.
Aku ni, ade 2 name. Bising dia sambil tulis name aku.
"SITI SARAH??"
"Siti...siti...bla, bla, bla"
Kecoh betul diorang ngan name aku.
"Ismul murakkab" kata seorang nurse perempuan kpd nurse lelaki.
Haha...yela tu. Pape je la nurse oii...
Nasib baik aku xsakit nak bersalin ke, appendix ke...
Kalau x, maun je aku lepuk sorang2.
Setelah beberapa kurun menunggu, dtg la seorang doktor yg pertengahan umur.
Kalau xsilap, tu la Dr. Aiman Al-Ka'kie. Tapi aku xprasan sgt sebab xbrape clear.
Dia tanye "Are you afraid?"
Aku dgn yakinnye menjawab "NO" sambil menggelengkan kepala.
Yela...xperlu takut, kita perlu yakin dengan Allah ;).
Setelah beberapa abad menanti, aku disorongkan ke salah satu bilik pembedahan.
Mase tu ade 3 org nurse berpakaian serba hijau kat dalam tu.
Diorang tgh siapkan peralatan utk operation.
Aku dipindahkan ke katil operation.
Takla berdebar sgt, sebab penah kena operate gak dulu, disebabkan appendicitis.
Aku teruskan berselawat, bertasbih & berdoa agar pembedahan ni berjalan lancar & selamat.
Beberapa ketika kemudian, masuk la 2 org doktor lelaki.
Mereka ni pembantu doktor bedah nanti.
Salah sorangnye pakai spek.
Mereka pun meneruskan kerja2 menyiapkan peralatan.
Bismillahirrahmaanirrahiiiim....
Salur darah di belakang tapak tangan kiriku dicucuk jarum utk dimasukkan air agaknya.
Mungkin jugak ubat.
Lengan kananku dibalut dengan alat utk cek tekanan darah.
Salah sorang doktor lelaki tu pasang...erm xtau la ape namenye, tapi ade wayar & boleh melekat.
Dia pasang kat dua2 bahu & dada.
Mungkin utk detect denyutan nadi.
Sedang sibuk mereka bekerja, tiba2 sorang nurse kate "benda ni xberfungsi...".
Doktor2 yg 2 org tu heran.
Diorang pun try buat semula.
Ditekan2nye button pada mesin tu, ditukar2kan wayar pada sambungan wayar kat badan & tanganku.
Ya Allah...agak perit rasanya.
Masa tu aku hanya mampu berdoa.
Ya Allah...permudahkanlah segala urusan.
Aku xsanggup rase kesakitan tu.
Biarla aku pengsan dulu baru diorang cuba lagi.
Tapi itu xmungkin berlaku.
Mereka terus mencuba.
Aku xpasti bila agaknye semuanya siap.
Doktor bedah pun masuk.
Makin ramai nurse yg turut masuk.
Salah seorang doktor pembantu letakkan salur bius kat hidung aku.
Doktor lagi sorang kata "You'll be sedated now"
Aku pun mengangguk2 tanda faham.
Aku nak dibius dah.
Tak lama lagi aku akan khayal & xsedar.
Selawat banyak2...Ya Allah, hanya padaMu aku berserah.....
Dan...pembedahan dijalankan.
..............................................
Aku tersedar...Alhamdulillah, aku nampak cahaya lampu, dengar suara org sedang bercakap2.
Kelopak mataku xterbuka sepenuhnya.
Aku xmampu menggerakkan jari, nak buka mata pun xmampu.
Mungkin kesan bius xhabis lagi.
Aku cuba melihat yang termampu.
Ada sesuatu pada hidungku, warna putih.
Mungkin hidungku sudah berbalut.
Maknanya, pembedahan dah selesai....
Alhamdulillah...syukur sangat2.
Tapi...aku dapat merasa sesuatu berada dalam mulutku.
Ku tatap dalam2...apakah ia?
Oh...rupa2nya tiub.
Kalau xsilap, ada 3 tiub, 2 kecil, satu besar.
Subhanallah...tiub dimasukkan dalam mulutku, hinggalah kedalam tekakku.
Ya Allah...sakit juga rasenye, mungkin sebab saiz tiub yg besar itu menyebabkan tekakku mengembang.
Aku faham...tiub itu diletakkan bagi memudahkan pernafasan disebabkan hidungku belum boleh berfungsi utk pernafasan.
Aku cuba lagi menggerakkan jariku....
Tak mampu.
Aku cuba membuka mata....
Tak mampu juga.
Ya Allah...
Tiba2 aku terdengar seorang doktor memanggil2 namaku.
Dia menyuruh aku bangun, buka mata.
Aku mengikuti arahannya.
Tapi benar, aku xmampu buka mata.
Aku cuba sedaya upaya....
Ya Allah...xmampu juga.
La haula wala quwwata illa billahil 'aliyyil 'aziiim...
Doktor panggil namaku berkali2.
Aku xmampu beri respon.
Sudah cukup kuat aku memaksa tanganku bergerak.
Jari jemariku langsung xbergerak.
Ya Allah....
Sekurang2nya biarlah aku membuka mata, biar doktor tahu aku dah sedar.
Seorang doktor menekan bahagian bawah telingaku.
Mungkin itu cara utk menyedarkan pesakit yg dibius.
Aku cuba bergerak lagi.
Ya Allah...tolonglah.
Aku xmampu, buka mata pun xmampu.
Sekali lagi doktor tu buat benda yg sama, cuma lebih kuat dia menekan.
Sambil tu dia menyuruh aku bangun.
Ya Allah...sakitnye xdapat kugambarkan.
Dia menekan berkali2, dengan harapan aku akan sedar.
Allahu akbar...macam mana harus kubuktikan pada mereka bahawa aku sebenarnya dah sedar?
Tak mampu aku menanggung kesakitan akibat ditekan dgn kuat berkali2.
Ya Allah...tolonglah aku!
Doktor yg lain mencubit dgn kuat di bahagian bahuku.
Ya Allah....sakit yg amat!
Hatiku menjerit2 memaksa diriku membuka mata.
Xmampu juga...
Seseorang menggerak2kan tiub besar didalam tekakku.
Juga berusaha memaksa aku bangun.
Allahu akbar...kurasakan macam nak koyak tekak ni.
Hatiku menjerit meminta doktor berhenti berbuat demikian.
Aku xmampu tanggung rase sakit tu lagi.
Aku doa banyak2.
Ya Allah...tolonglah bagitau mereka aku dah sedar sebenarnye.
Ya Allah...tolonglah halang mereka buat macam tu lagi.
Ya Allah...aku sangat2 tak tahan...sakit!
Kugerak2kan anak mataku dgn harapan mereka tau aku dah sedar.
Salah seorang doktor menyedarinya.
Dia beritahu pada yg lain, aku dah sedar sebenarnya.
Dia suruh aku cuba bernafas guna mulut.
Aku turuti arahannya.
Terasa lain macam semasa menarik nafas.
Dada berombak.
Lain rasenye daripada bernafas dgn hidung.
Doktor kata "very good"
Dia suruh aku teruskan bernafas.
Kadang2 aku terlupa, dan berhenti bernafas.
Doktor paksa aku buka mata & bernafas dgn mulut.
Kuturui juga.
Akhirnya, setelah beberapa lama, aku berjaya membuka mata.
Perlahan2, jariku mampu kugerakkan.
Alhamdulillah...syukur padaMu Ya Allah.
Doktor gembira melihat aku sudah membuka mata.
Beberapa minit kemudian, salah seorang doktor memegang tiub2 dimulutku.
Dia menarik tiub kecil secara perlahan2...dan zap!!! dia tarik laju2.
Ya ALLAH!!!
Rase nak tersedak...
Mengalir air mata dari kedua2 mataku.
Dengan pantas, doktor menarik tiub terakhir, iaitu tiub yg besar.
Juga perlahan2, kemudian disentap.
ALLAH!!!....hatiku menjerit sekuat2nya.
Bersemburan darah & air keluar dari mulutku, menyebabkan aku tersedak2.
Cepat2 seorang nurse menyalurkan tiub ke dalam mulutku dan menyedut dara & air itu.
Ya Allah....xdapat kugambarkan betapa peritnya rasa tekak ni.
Tangan dan kakiku menggeletar menahan rasa sakit.
Nurse memegang kakiku.
Alhamdulillah, akhirnya aku dapat bernafas dgn normal menggunakan mulut.
Segala wayar yg dipasang padaku dicabut.
Doktor2 & nurse2 di dalam bilik itu xputus2 ucap ALHAMDULILLAH...;).
Aku sangat bersyukur padaMu Ya Allah.
Aku senyum kepada mereka.
Alhamdulillah, syukur.
Nurse2 kelihatan gembira mungkin sebab aku tersenyum.
Sedangkan org lain ada saja yg meraung, menjerit selepas dibedah.
Tapi aku hanya mampu tersenyum.
Aku sempat memberi 'thumbs up' pada salah seorang doktor.
Dia tersenyum gembira.
Alhamdulillah, pembedahan berjaya & hidungku xsakit.
Cuma tekak terasa agak perit.
ALHAMDULILLAH....
Related Posts:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 play the melodies:
Nervous baca cerita ni.. Berdebar-debar.. hehe.. Gratefully, you're ok now..
11 March 2009 at 15:03Alhamdulillah..smg Allah mudahkan egala urusan adik ana ni..=)
12 March 2009 at 03:28sarah ni mmg tau!
12 March 2009 at 13:58org pnat tggu dye kat mansoura,ingt dye nk dtg la spots day kan.jeng2 x dgt plak.
pastu, kalo x dtg bgtau ke, kol ke sbb pe x nk dtg xpe gk.ni wat pandai je x nk bgtau pape.
rupenye kene bedah.mana x luruh jntung.bajet kene lbh.hihi...
tgk..xmnyabaar nk bedah.xnk tggu aku abih pngajian jd doktor, kalo x msti FOC tau!jgn memen.hihi
I google septoplasty pastu jumpa blog ni. Ahhh saya takut! Cabut tak nak buat. Doc ckp kena buat septoplasty. Hape punya minor surgery nih? Mcm tak minor je
15 August 2012 at 08:32Post a Comment