Semalam, pada tarikh 20 Ogos 2009, aku dipertemukan semula dengan 'kenalan lama' yang dah lama tak jumpe. Namenye unik: SUSHI. Hehe...
Adibah bagitau dia kena siapkan assignment kelas Bahasa Jepun yang teacher dia bagi. Assignment ape?? Kena buat hidangan sushi!!! Waahh...terpegun seketika mendengarnye.
"Ko penah makan sushi x??" tanya Dibah.
Serta-merta senyuman terukir, haha. Mengenang kembali saat2 aku dipertemukan dengan makanan tradisi orang Jepun nih. Dulu2 memang aku tak pernah kenal benda ni. Setakat tengok dalam tv je, cite Istana Takeshi. Peserta kena lumba makan sushi sape paling banyak. Time tu tak terfikir akan berpeluang merasainye, hihi.
Andak (salah seorang mak cikku) lah yang mengintroduce sushi ni kat aku. Sejak tu, aku mula familiar dengan Sushi King serta beberapa restoran sushi yang lain. Jenis2 hidangan serta harga yang ditawarkan pun dah dekat nak familiar, hehe.
Aku pun ajak la Dibah ke JJS2, sebab rasenye, situ je yang ade sushi. Tempat lain kat Negeri Sembilan ni macam xde pulak. Antara barang2 yang perlu dibeli untuk buat sushi:
-Seaweed
-Beras pulut
-Topping: Isi ikan salmon, telur ikan (??)....dll.
Tengok2....sumenye xde dijual di situ. Ade kat KL je dik, kata akak yang jaga kaunter. Dibah menarik muka hampa. KL?? Huh....
Kitorang pun beli la 2 set hidangan untuk test 'rase', haha.
Harap2 cik Dibah dapat buat sushi yang best!
Related Posts:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 play the melodies:
nak sushi jugak!!
23 August 2009 at 00:47Pernah je rasa.. Ingat punya la sedap.. Ish..
30 August 2009 at 19:52Tak sedap langsung..
Sebagai seorang yang berjiwa makanan pedas, setelah dapat tau ada satu pedas yang alternatif iaitu WASABI, aduh, tak lalu nak makan lagi sushi~
sushi yang sedap, huhu^^
10 September 2009 at 07:44Post a Comment