Hope

Hope

Pray

Pray

Work

Work

Repent

Repent

Perjalanan hidup yang mematangkan diri

Wednesday, 25 November 2009

Minggu ni merupakan minggu yang......huh, tak tahu macam mana nak cakap. Terzahir keletihan dan kelesuan di wajah sahabat-sahabat seperjuanganku. Masing-masing berjuang habis-habisan bagi mendapatkan yang terbaik untuk exam kali ni. Ini baru formative test. Hanya 10% markahnya akan di bawa ke final. Namun, penangannya cukup besar, cukup memberi kesan, cukup memberi pengajaran kepada kami. Ulang kaji dan persediaan yang kami lakukan bagi menghadapi exam kecil kali ini membuatkan aku tertanya-tanya bagaimanakah keadaannya ketika exam final nanti. Ya Allah...permudahkanlah segala urusan kami. Tanpa bantuanMu, kami tak mampu menghadapi segalanya.....



-L.E.T.I.H-


Aku mula menyedari betapa perlunya sebuah pengorbanan itu apabila suatu hari, aku datang ke dewan kuliah dan menyedari lebih separuh budak lelaki 'missing'. Pada mulanya, aku buat relax je. Di akhir kuliah, aku bertanya kepada 'Atiqah, ke manakah perginya jejaka-jejaka lain. Jawab 'Atiqah.... "Diorang study Histo. Frust la semalam...". Aku terkedu mendengar jawapannya. Ya, memang aku frust. Begitu juga beberapa sahabat yang sempat aku jumpa sebelum pulang selepas exam Biochemistry. Tiada seorang pun yang mengukir senyuman di wajah ketika itu. Masing-masingnya mengeluh..."Susah laa..", "Teruknye!", "Huwaa...sedihnye..." dan sebagainye.

Tiada kata keluhan yang mampu aku lafazkan ketika melihat result exam Biochemistry yang mengundang atmosfera 'frustration' dalam kelas kami. Rendah, cukup rendah markah yang diperolehi meskipun aku berasa yakin ketika menjawab soalan. Pada mulanya seakan tidak percaya, namun setelah menyedari keadaan sekeliling yang dipenuhi reaksi yang sama, aku redha menerimanya. Namun aku tidaklah berasa terkilan kerana Allah telah mengizinkan aku mengulang kaji pelajaran tersebut dengan baik dan habis dibaca semuanya (sesuatu yang tak pernah terbuat time skolah dulu...huhu).

Majoriti pelajar lelaki mengambil keputusan untuk tidak hadir ke kuliah bagi mengulang kaji pelajaran di rumah. Ye...siapa yang tak frust? Dan kalau dah frust, siapa yang nak frust lagi sekali? Lebih baik study bermati-matian supaya dapat result yang berkali-kali ganda lebih baik. Alhamdulillah...selepas exam Histology pada hari berikutnya, wajah-wajah ceria yang dapat ku lihat di sekelilingku. Lega...masing-masing bersyukur kerana dapat membawa secebis harapan dan bekalan yang cukup untuk final exam. Namun aku berbangga dengan sahabat perempuan, kerana walaupun tak ponteng kuliah, kami tetap dapat score dengan baik. Tahniah semua!

-Tak cukup masa-

Itulah antara keluhan-keluhan yang banyak kali ku dengar sepanjang minggu ini. Benar, aku juga mengaku seakan-akan tak cukup masa untuk mengulang kaji. Ramai antara sahabat-sahabatku yang mengeluarkan ungkapan "...tak habis baca lagi...". Ya Allah...cukup runsing diri ini apabila mendengar kata-kata sebegitu. Bagaimanakah keadaan kami tahun depan? Dengar cerita, tahun 3 merupakan 'The Killer Year'. Whoaa...tak dapat nak bayangkan.

Jadi...masa adalah faktor utama? Betul ke? Aku tidak pasti sejauh mana kebenarannya. Namun, aku harus mengakui kesilapanku kerana baru sekarang aku menyedari betapa berharganya MASA bagi kami, pelajar perubatan (nasib baik sedar...). Sudah ku gunakan masa dengan tahap hampir maksimum pada minggu ini, namun hasilnya tidak mencapai apa yang diharapkan. Jadi maknanya, tiada masa yang boleh dibazirkan selepas ini bagi keuntungan masa hadapan (especially untuk final exam!).




"Blaja medik ni susah la" kata seorang sahabatku selepas exam Biochemistry. Aku tak mampu menjawabnya, apatah lagi membantahnya. Tidak juga aku menyokong penyataannya. Hanya mampu mengukir senyuman terpaksa. Susah ke? Tipulah kalau kata tak susah. Nak kata senang pun tak. Ini baru belajar. Dah kerja nanti macam mana ye? Soalan ini sering kali menjadi topik hangat yang dibincangkan oleh pelajar perempuan. Macam mana kerjaya? Macam mana pula keluarga? Adakah salah satu perlu dikorbankan? Bagaimana nak seimbangkan kedua-duanya? Wallahu a'lam.

Kata seorang sahabat di Malaysia pula, "Ko yang pilih nak ambik bidang ni, ko kena la hadapinya. Sesusah mana pun, jangan pandang belakang...". Hmm...terima kasih sahabat. Teringat satu quote: WINNERS NEVER QUIT, QUITTERS NEVER WIN. So, teruskan perjuangan sahabat-sahabatku! Moga menjadi doktor muslim yang bermanfaat untuk umat.





Minggu ini juga kami menghadapi satu persoalan yang cukup kurang disenangi.

-DUIT-

Mengarutlah kalau kata kita tak perlukan duit untuk hidup. Dan lebih mengarutlah kalau kata kita perlu hidup untuk duit. Secara ringkasnya, kita perlukan duit untuk hidup kerana beberapa perkara yang tidak dapat tidak, memerlukan duit untuk mempermudahkan urusannya. Namun kini...manusia seolah-olah menjadi hamba kepada duit. Berpagi-pagian untuk duit. Membuat kerja overtime untuk duit. Membuat amal kebajikan juga untuk duit. Segalanya tentang duit. Pendek kata, orang zaman sekarang ni tak dapat hidup tanpa duit. Atau lebih sopannya, 'susah' dan 'sakit' bila tak cukup duit.

Hidup di negara orang memerlukan kami menguruskan kewangan dengan baik sekali. Namun akhir-akhir ini, terdapat segelintir kami yang terpaksa mengikat perut untuk meneruskan kehidupan di sini. Bukannya duit tak ada langsung, kami hanya berjimat-cermat untuk kemaslahatan masa hadapan. Jauh sekali kami berniat untuk meminta wang dari ibu bapa di kampung. Sudah mendapat tajaan, tidak perlu lagilah rasanya kami membebankan ibu bapa. Namun kadang-kala pengorbanan BESAR harus dilakukan.

Melihat sahabat-sahabat yang mendapat pinjaman dua kali ganda mendapatkan khidmat tuisyen, berupaya tinggal di rumah sewa yang jauh lebih dekat dengan kuliah dan jauh lebih kondusif, kami hanya mampu tersenyum paksa. Ada ketikanya, hidup ini seolah-olah tidak adil bagi kami. Namun, menyedari terdapat juga sahabat-sahabat yang jauh lebih susah dari kami, kami insaf dan bersyukur. Sekurang-kurangnya, ada juga bantuan kewangan agar kami tidak perlu meminta dari ibu bapa kami.

Untuk mendapatkan kelebihan-kelebihan seperti yang diperolehi sahabat-sahabat yang agak beruntung...hanya menjadi mimpi buat kami. Namun semuanya menjadi pengajaran dan pengalaman agar kami lebih bersedia menghadapi masa hadapan yang tidak diketahui mehnah dan cabarannya. Ya Allah...janganlah Kau jadikan dunia ini sebagai keutamaan di hati kami. Tempatkanlah kami di kalangan hamba-hambaMU yang bertaqwa. Amiiiin....




Kesimpulannya, segala permasalahan yang berlaku pada diri dan orang sekeliling sebenarnya mengandungi pengajaran besar di sebaliknya. Sebagai manusia, kita tidak lari dari fitrah seorang hamba yang lemah dan hina. Oleh itu, berdoalah selalu agar kita tidak terkeluar dari landasan yang diredhaiNya dan agar keyakinan terhadapNya terus kukuh hingga ke akhir hayat~

4 play the melodies:

Anonymous said...

semoga terus tabah dear :) saling mendo'akan, insha allah kh0ir~

25 November 2009 at 22:16
hanisahridz said...

baru hari 2 pergi markaz sihhi(klinik) kat irbid ni..

rsa truja n kagum dgn docs :D..

n i thought that a miracle dpt jd doc :D
[ove sgt ke?hehe]

docs..mmg kn sacrifice lot of things, including their life.but insyaAllah..pngorbnn 2 Allah akn balas dgn kbaikn^^

chayok2;)
ma3a taufiq wannajah insyaAllah

26 November 2009 at 00:53
faqrul said...

biase la...bukan stakat kt oversea pun ade problem ni,even study kt m'sia pun cmni...cume,kite kne tau care yg betul untuk hadapi nye...
nway,gudluck...
ma3a taufiq wannajah insyaAllah...;D

26 November 2009 at 03:26
Anonymous said...

I am an endeavour of medic. Architecture as well (of course).

Learning medic is one of my hobby during pastime. I asked a lot my mom about medical conditions, pharmacology, effects and blablabla.

That happens because I'll never learn biology anymore (best subject)~

By the way, I suggest it's better to educate our friend, or your relatives about any medical conditions that we must know.

I'm learning about our ecosystem, and I believe that this imbalance is the main cause why diseases widespread.

And now its time to educate people.

Tell something about medic~

(I believe you have very good ability in writing, so, why not?)

16 December 2009 at 02:45
Related Posts with Thumbnails