Hope

Hope

Pray

Pray

Work

Work

Repent

Repent

Apabila masing2 sudah besar~

Wednesday 23 December 2009

Aku tersenyum sendirian tatkala melihat komen panjang lebar sahabat2ku di facebook. Dua kali aku berusaha 'mengenakan' mereka dengan mewujudkan kontroversi yang sememangnya mendapat sambutan hangat, tanpa disangka2. Kali pertama, aku menukar status 'single' kepada 'in a relationship'. Ramai juga yang percaya bulat2. Siap cakap tahniah lagi. Namun ada juga yang dapat sense aku kelentong mereka, hihi. Tahniah kerana memiliki daya firasat yg kuat. Kali kedua, aku meletakkan post yang agak mengelirukan....sebab ayat tak lengkap: BERTUNANG BULAN 5 TAHUN DEPAN... Camtu la bunyinya. Kali ini sambutan berkali2 ganda hebat. Hakikatnya, ayat tu xlengkap pun sebenarnya. Namun kali ini, lebih ramai yang percaya, cuma ada seorang dua saja yang tahu aku sekali lagi mengenakan mereka, hihi.

Bukan sengaja aku ingin mempermainkan kawan2, cuma ingin mencuri sesaat dua untuk mengetahui perspektif mereka setelah masing2nya meningkat dewasa. Kalau dulu semasa di bangku sekolah, sebut sikit tentang kahwin...masing2: Eee...buat pe pikir skang ni, lambat lagi ah... Dan macam2 lagi kata2 kelakar yang keluar. Haha.

Tapi sekarang....baru sebut sikit, masing2 jadi alert + reaktif giler. Kalah si potassium selaku bahan chemical yg paling reaktif huhu. Tak sangka ye...masing2 punye perangai.



Berdasarkan 'prank' yang ku jalankan ke atas mereka, dapat ku lihat 2 perkara secara jelas. Pertamanya pandangan tentang 'couple'. Kedua, tentang kahwin. Ternyata masih ramai remaja yang melihat bercouple itu sebagai perkara yang tidak boleh tidak, mesti dilibatkan diri ke dalamnya ketika usia remaja ini. Seolah2nya 'kuno' atau 'jumud' atau 'bosan giler' bagi sape2 yang tak bercouple. Hairan ye...mengapa masih ramai yang berfikiran begitu sedangkan mereka tahu saja tiada istilah 'couple' di dalam Islam.

Aku tahu, kita semua sudah dewasa dan masing2nye mempunyai perasaan. Mustahil kalau kata tak ada perasaan (teringat trademark time skolah dulu, hihi). Tambah2 lagi bagi yang dah habis sekolah dan melanjutkan pengajian ke tempat2 yang agak jauh dari rumah. Sudah tentu lain macam rasanya di saat ketiadaan keluarga tersayang di sisi. Kadang kala terasa kosong, sunyi dan rindu tak pasal2. Di kala itu, ada yang cuba mengatasi rasa sunyi itu dengan mengambil jalan mudah, dengan bercouple. Alasannya...dapat memberi semangat untuk meneruskan kehidupan (erk...??), semangat nak belajar, bagi sokongan dan sebagainya (yang difikirkan munasabah).

Lantaran itu, masa2 berharganya banyak dihabiskan untuk melayan perasaan yang tidak tahu hujung pangkalnya. Alangkah ruginya jika difikirkan kembali. Seorang hamba Allah yang diciptakan untuk menghambakan diri kepadaNya dan diberikan umur yang panjang untuk dipenuhi dengan amal soleh, menghabiskan usianya untuk mengejar cinta manusia yang belum tentu bermanfaat untuknya. Sadis bukan? Kalau dalam bahasa kampungnye 'PATHETIC', atau menyedihkan.



Tidak rugi langsung bagi sesiapa yang tidak bercouple, malah mendapat manfaat besar daripada tindakan mengelak daripada bercouple. Honestly, we live to seek for Allah's love. Mungkin kita perlu muhasabah diri bahawa hidup ini sangat luas. Banyak lagi perkara yang boleh difikirkan, diutamakan dalam hidup ini. Sebagai khalifah, amanah dan tanggungjawab kita terlalu banyak, hingga kita sebenarnya tidak mempunyai masa untuk melayan perkara2 yang melalaikan. Namun kita juga manusia, tidak lari dari lupa dan leka. Itulah gunanya saling mengingatkan (^_~).

Dan sekiranya ditakdirkan benar2 suka sama suka, perkahwinanlah jawapannya. Ikutlah cara yang digariskan oleh Islam. Kan lebih mudah dan diredhai. Terpelihara juga generasi akan datang. Menuntut ilmu bukanlah alasan untuk tidak berkahwin. Kerana kedua2nya ibadah. Pinjam kata2 sahabat seperjuangan, hihi: Blaja tu ibadah, kahwin pun ibadah. So, slamat beribadah. Tambahan pula, sekiranya berkahwin, dapatlah orang lain merasa nasi minyak, hihi. Kenyang gak perut. Kalau couple, orang lain tak dapat pape pon. So, baik tak perlu.

Kesimpulannya, apabila masing2 sudah besar, masing2 pun pandai membezakan baik dan buruknya sesuatu perkara. Andainya terlihat sahabat yang leka, jangan dibiarkan dia begitu saja. Tegurlah untuk kebaikan bersama. Hakikatnya, cinta Allah yang Maha Agung itulah yang kekal selamanya dan membawa ke syurga idaman.

11 play the melodies:

Anonymous said...

klu dh ajak kawin dianggap nk ajak kapel ape kes

26 December 2009 at 21:39
Sarah Mustaza said...

Mungkin lamaran kahwin itu disalahfahami kerana kurang jelas atau dinyatakan secara kiasan yg xmampu ditafsir dgn baik. Berterus terang itu lebih baik. That's just my opinion :)

27 December 2009 at 01:13
Anonymous said...

nikah connecting people :)

kelebihan dihargai bersama, kekurangan diatasi semampu mungkin~

take care dear^^

27 December 2009 at 16:39
Anonymous said...

walaupon hanya kiasan,tp kiasan yg mmg mudah difahami maksudnya..setujukah anda, bila anda meminati seseorg&ingin mengahwininya&anda membuat pilihan brdasarkan pilihan yg dijarkn islam,jwapan yg diterima..sy bukan yg terbaik,cari lah yg lain@awak trlalu baik utk saya.,..itu reject secara terhormat ke..klu kita ni mmg baik,xkn la xnak plk..ye x?

27 December 2009 at 23:42
Sarah Mustaza said...

Hmm...mungkin ada sebab dia jawab macam tu. Ataupun, berikan dia masa untuk berfikir. Kadang2 boleh jadi dia keliru dan xnak kecilkan hati sape2, so dia jawab la macam tu. Sy bukanlah orang yg terbaik utk menjawab persoalan anda. Tanyakan sendiri kepada org yg anda maksudkan. Dia lebih mengetahui dirinya sendiri ;)

28 December 2009 at 04:45
Anonymous said...

erm...bkn la nk tau samada anda bgtau jwapan dgn baik atau x,cme nk tau pendapat jer,mne tau kot pndapat tu blh legakan sikit hati ni ke x..huhu..ok.tkshh..nice artikel..smga trs post artikel yg bermanfaaat.akum

28 December 2009 at 23:16
Sarah Mustaza said...

Secara simple nye, apabila seseorang itu menolak seseorang yang lain, adalah kerana beberapa sebab yang munasabah: 1-telah melakukan istikharah 2-family mempunyai pilihan yang lain. Dalam hal ni, kita perlu bersangka baik pada orang tersebut, kerana biasanya bersangka buruk boleh menimbulkan masalah. Jadi, lebih baik kita lakukan sesuatu yang tidak menimbulkan masalah lain :). Harap jawapan ini melegakan hati.

29 December 2009 at 13:50
Anonymous said...

klu dia sudah istikharah,dan pendiriannya adalah tidak,maknanya kita xde peluangla?

29 December 2009 at 22:12
Sarah Mustaza said...
This comment has been removed by the author.
Sarah Mustaza said...

Dalam hal ni, mungkin dia lebih yakin dengan petunjuk Allah dan menyerahkan urusan seterusnya kepada Allah kerana yakin itu adalah yang terbaik. Sebagai manusia, kita seharusnya berlapang dada dengan segala ketentuan Allah.

30 December 2009 at 05:01
Anonymous said...

hmm...syukran..( sdg belajar ape itu redha,redha itu cmne,ape rasenye bila redha,ape tindakannya)

30 December 2009 at 08:35
Related Posts with Thumbnails