Hope

Hope

Pray

Pray

Work

Work

Repent

Repent

Dulu berdua, kini seorang~

Thursday, 17 December 2009

15 Disember 2009. Handphone ku menyanyikan lagu 'Aku dan Dirimu' menandakan ada mesej masuk. Dengan langkah yang agak longlai (sebab baru balik dari kuliah, huhu) aku menuju ke meja study dan mencapai handphone pink yang comel itu. Siapa ya agaknya? Harap2 la ibu. Rindu la pulak kat ibu n ayah....

Ake menatap skrin handphone. Tertera perkataan 'Ma' menandakan mesej dari ibu. Berbunga rasanya hati ini. Aku pun dengan excited menekan 'Read message'.

"Atuk din baru sebentar tadi kembali ke rahmatullah. ALFATIHAH"

Aku terkedu. Senyuman di bibir lenyap sekelip mata. Mesej ringkas itu ku baca berkali2. Bagaikan tidak percaya, namun ku terima berita pemergian datukku itu dengan tenang. Inna lillahi wa inna ilaihi raaji'uun....

Sepantas kilat, neuron2 di dalam otakku ligat mengenang kembali wajah arwah atuk yang berumur lewat 80-an. Wajah yang uzur, uban yang memutih di kepala, senyumannya yang mencuit hati serta lawak jenakanya yang sering menceriakan suasana.

Aku tidaklah considered paling rapat dengan arwah atuk kerana atuk memang melayan cucu-cucunya sama rata. Cuma semasa kami masih kecil, Aiman lah yang paling disayangi atuk. Sudah tentu Aiman terkilan tak dapat berada di samping atuk semasa hari2 terakhirnya.

Aku bersyukur dapat bertemu dengan arwah atuk sebelum pulang semula ke Mesir. Walaupun atuk tak ingat siapa aku (kerana menghidap Alzheimer = lupa disebabkan tua), namun di hati kecil ini pernah juga sekali sekala mengharapkan yang atuk tahu aku ni cucu dia. Terkenang moment ketika aku baru hendak berangkat ke Mesir. Aku berusaha sebolehnya memberitahu atuk yang aku akan pergi melanjutkan pelajaran ke bumi anbiyaa'. Ku rasakan, sekiranya dia tahu, sudah tentu dia gembira melihat cucu-cucunya sudah besar dan berjaya. Abang Ikhwan sudah bekerja, Kak Ngah Illya sambung belajar buat master, Fatin dah kerja, aku dan Aiman ke Mesir dan Morocco, Akmal menjadi bintang bola sepak, Afiq melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, serta cucu-cucu lain yang sedang meningkat dewasa.

Sebagai insan yang sentiasa menceriakan hidup kami dengan pelbagai telatah, pemergian atuk akan sentiasa kami kenang dan sertakan dengan doa. Aku rasa atuk sangat beruntung kerana memiliki keluarga yang besar: 7 orang anak, 7 menantu dan 25 orang cucu. Semoga atuk bahagia bersama kami semua.

Rasa kasihan ketika terkenangkan nenek di kampung. Sudah tentu pemergian atuk meninggalkan kesan dalam hidupnya. Dahulu berdua, kini tidak lagi. Harapanku agar nenek tabah menjalani hidup ini. Menariknya tentang atuk dan nenek, walaupun atuk menghidap Alzheimer, dan tidak ada seorang pun anak2nya yang masih diingati, namun nenek tetap tersemat di hati....hihi. Nenek seorang sahaja yang sentiasa atuk kenal dan ingat. Bak kata sepupuku, memang 'sweet couple' betul lah atuk dan nenek kita (^_~).

Ibu kata jenazah dikebumikan di Kampung Linsum, kampung belah nenek. Sebabnya, atuk orang Kedah, namun tinggal di Negeri Sembilan sejak berkahwin dengan nenek. Ibu bagitau, ibu dan ayah sempat pulang dan berada di sisi atuk sebelum arwah menghembuskan nafas terakhirnya. Syukur, ayah selaku anak lelaki paling tua sempat membisikkan doa ke telinga bapa kesayangannya. Semoga roh atuk dicucuri rahmat, dipermudahkan segala urusan di alam baqa'.




[Beberapa org cucu perempuan sempat bergambar dengan atuk time raya Aidilfitri tahun ni. Gambar terakhir atuk...]

~ALFATIHAH~

0 play the melodies:

Related Posts with Thumbnails