Hope

Hope

Pray

Pray

Work

Work

Repent

Repent

Jangan buang, betulkan

Tuesday, 27 April 2010

"Ayah, rumah kita ni asyik tempias je bila hujan," rungut Adam, si anak kecil. Mukanya berkerut-kerut tanda bengang. Dia menghentak-hentakkan kakinya tanda memprotes.

Ayahnya tersenyum menunggu reaksi anaknya.

"Kita pindah rumah baru la ayah. Adam tengok rumah Aiman tu besar, cantik. Takde tempias-tempias pun," kata Adam memberi cadangan yang dikiranya sangat bernas.

Sekali lagi ayahnya tersenyum mendengar kata-kata anaknya itu. "Adam, atap yang bocor tu ayah boleh baiki. Ayah boleh betulkan mana-mana bahagian yang rosak. Takkan rosak sikit kita kena pindah rumah baru. Rumah ni dah lama ayah bina. Ayah sayang rumah ni. Adam pun mesti sayang rumah ni jugak. Kalau ada apa-apa yang rosak, Adam kena tolong baiki, bukan cari rumah baru ye sayang," kata ayahnya dengan tenang, sambil mengusap rambut Adam.

Adam yang terpinga-pinga hanya mengangguk mendengar kata-kata ayahnya.

-Dalam apa-apa perkara pun, sekiranya yang asal itu rosak, atau terdapat sebarang kecacatan, menjadi tugas kita untuk memperbaikinya. Mencari sesuatu yang baru tidak akan menyelesaikan masalah, kerana tiada apa-apa pun yang sempurna di dunia ini. Jadi, jika kita kerap kali mencari sesuatu yang baru apabila adanya masalah pada yang lama, kita seolah-olah bertindak 'kurang bijak'-

Situasi 1: Sekiranya kita mempunyai seorang rakan yang telah lama kita kenali, dan pada suatu masa, tiba-tiba dia berubah perangai. Kita tidak suka dengan perangainya itu. Adakah bijak jika kita mengambil tindakan meninggalkan rakan itu, dan mencari rakan baru??? Bukankah lebih bijak jika kita menasihati dia dan mengajaknya kepada kebaikan?

Situasi 2: Sekiranya kita melihat suatu gejala samseng di sekolah kita, adakah wajar kita bertindak menukar sekolah??? Bukankah lebih baik kiranya kita melaporkan hal tersebut kepada guru-guru, agar keadaan menjadi bertambah baik, dan semua orang dapat belajar dengan  tenang di sekolah itu, tambah-tambah pula kemungkaran dapat dibanteras.

Konklusinya, BETULKAN MANA-MANA YANG TIDAK BETUL, JANGAN TERUS BUANG DAN CARI YANG BARU ^_~.


It's My Way

Wednesday, 21 April 2010


Tiba-tiba teringat kat sajak 'The Road Not Taken'. Time kena belajar dulu, masing-masing pun kurang ikhlas nak faham maksud tersiratnya. Kalau exam, memang hafal bulat-bulat apa yang ada dalam buku rujukan, huhu. (Aku lah tu...orang lain tak taulah macam mana) Tapi semakin jauh perjalanan hidup ini, semakin membuat aku perlu memahami maksudnya (bunyi macam nak mengayat je...). Memang benar, dalam hidup ini, kadang kala kita perlu, atau terpaksa membuat pilihan, dan tidak boleh memilih 2 perkara serentak.


 The Road Not Taken
 
TWO roads diverged in a yellow wood, 
And sorry I could not travel both 
And be one traveler, long I stood 
And looked down one as far as I could 
To where it bent in the undergrowth;         5
  
Then took the other, as just as fair, 
And having perhaps the better claim 
Because it was grassy and wanted wear; 
Though as for that, the passing there 
Had worn them really about the same,  10
  
And both that morning equally lay 
In leaves no step had trodden black. 
Oh, I marked the first for another day! 
Yet knowing how way leads on to way 
I doubted if I should ever come back.  15
  
I shall be telling this with a sigh 
Somewhere ages and ages hence: 
Two roads diverged in a wood, and I, 
I took the one less traveled by, 
And that has made all the difference.  20
 
Dalam hidup ini, bukan semua perkara kita perlu pilih atas sebab orang lain pun pilih yang itu. Ada masanya, kita perlu berfikir dalam-dalam, guna akal sejahtera kurniaan Allah untuk fikirkan pilihan mana yang terbaik. Atau lebih mudah lagi, jalan mana yang terbaik.

Contoh senang, kenderaan. Ahmad dan Dolah kedua-duanya nak pergi ke KL. Destinasi mereka sama, tetapi tidak bermaksud mereka juga akan memilih kenderaan yang sama untuk menuju destinasi. Mungkin Ahmad memilih untuk menaiki bas, atas alasan murah. Dolah pula menaiki teksi, atas sebab nak cepat. Dan sudah tentu apabila kedua-duanya menaiki kenderaan yang berbeza, mereka akan melalui jalan yang berbeza. Dan antara kedua-dua jalan tersebut, sudah tentu ada SATU yang terbaik.

Begitu juga kehidupan. Banyak perkara yang membutuhkan kita memilih antara dua. Kadang kala kita jadi keliru, kita ikut pilihan kawan. Kadang kala kita tak tahu, tak faham, maka kita pilih jalan yang kelihatan mudah. Kadang kala kita pilih jalan itu sebab mak abah suruh. Dan atas sebab itu, kita tidak cuba memahami nilai jalan yang satu lagi. Dan atas sebab itu juga, kita tidak faham mengapa ada orang yang nak pilih jalan yang susah, yang nampak macam semak-semak, yang tak ramai orang lalui.

Hakikatnya, jalan yang kita pilih itulah yang akan membawa kita ke destinasi. Namun, tak semua jalan akan membawa kita ke destinasi yang dikehendaki. Mungkin di tengah-tengah jalan kita sesat, atau mungkin kita baru menyedari, papan tanda di awal laluan tadi rupa-rupanya salah, dan kita melalui jalan yang salah. Yang terbaik adalah dengan mengkaji awal-awal, jalan manakah yang terbaik. Pilihan manakah yang terbaik untuk kita lalui. Rugi kan kalau kita pilih jalan yang salah?

(post ini utk sesiapa yg faham, utk sesiapa yg sedang menuju destinasi, dan tercari2 nak pilih jalan yg mana)



Her name is Betty

Saturday, 17 April 2010

Aku dah ada kucing! Aku dah ada kucing! (bersorakan sambil menari-nari)

Dua hari lepas, pada tanggal 15 April 2010, bersamaan hari Khamis, berkebetulan dengan birthday Emma Watson (pemegang watak Hermione Granger dalam movie Harry Potter), aku telah berjaya mendapatkan seekor kucing comel untuk ku jadikan teman di rumah. Journey yang ku lalui bersama-sama Sakinah bagi mendapatkan kucing itu memang pergghhhh...tak dapat nak dikhabarkan. Sudah lama aku menanti saat nak bersua muka dengan kucing bertuah itu, nak tengok dia secara live. Semuanya gara-gara gambar yang dikirimkan oleh tuannya melalui email sangat mencurigakan bagi sesiapa yang melihatnya:




Lihat saja gambar di atas, aku tertanya-tanya. Adakah dia sedang mengalami sembelit, atau ada masalah dalaman atau apa? Musykil...musykil....

Rombonganku setibanya di Asyir, bertambah besar, disertai oleh Farah, Yaya, Keen, Ina dan Nuha. Masing-masingnya excited gila kentang nak tengok kucing. Kami pun follow ustaz (tuan punya kucing) ke rumah sewanya. Sampai sahaja di sana, hatiku bertambah berdebar (ceh...macam nak meminang la pulak kan). Masuk je dalam rumah tu, kami pun "Whoaaaaa....." dengan perasaan yang sangat kagum. Sebab ada baaaaaaanyak sangat sangkar kucing, serta terdapat dalam 3 ekor kucing dalam rumah tu. Actually, ustaz tu bela 7 ekor, tapi yang lain dipinjam, huhu.

Satu persatu kucing-kucing tersebut dikeluarkan. Kami ni pun macam nak gila la main dengan kucing. Yang hairannya, 2 ekor je yang keluar dari sangkar. Lagi sekor tak bergerak walau seinci pun. Itulah kucing yang aku nak beli, haha. Yaya cukup bengang dengan perangainya yang tak endah orang langsung. Sedangkan kami syok sungguh main dengan kucing warna putih dan oren.


Yang ni namanya Twinkle. Baru berusia 6 bulan. Sambil-sambil bermain dengan kucing, ustaz tu cerita la tentang kucing Parsi ni. Ada banyak jenis rupanya: Anggora, Himalaya...dll. Kebetulan time kami datang tu, ada seorang lagi ustaz singgah kejap ke rumah tu, nak tumpangkan kucing dia, sebab dia nak pergi main bola. Kucing Parsi dia jenis Himalaya. Ya Allah.....BESAAAAAR sangat! Dan GEBUUUU sangat! Dan BERAAAAAAT sangat!!!! Ustaz tu kata, kawan dia beli dengan harga LE 2000! Kami apa lagi....buat muka tekezut la kan. Keen dan Nuha sungguh tak faham kenapa ada manusia sanggup habis beribu-ribu untuk beli kucing yang seekor. Keen kata, baik beli makanan. Nuha pulak kelihatan more interested bila ustaz tu start cerita pasal bisnes kucing. Nuha memang otak bisnes. Sampai dia kata nanti dia nak labur, then aku jaga kucing-kucing tu. Aku no hal je Nuha, hehe.

Macam-macam info dan cerita menarik kami dapat time kunjungan ke sana. Dan macam-macam juga usaha yang kami lakukan nak main dengan kucing yang bakal ku beli tu. Namun semuanya hampa, sebab dia kekal dengan muka moyok dia. Entah berapa ramai yang kena cakar dan gigit time berusaha nak pegang dia. Aku sedikit runsing memikirkan cara terbaik untukku mentarbiyah dia nanti. Namun aku lega, muka dia sebenarnya taklah macam kena sembelit seperti yang ku sangkakan.



See? Ok je kan muka dia. Cuma murung sedikit. Maybe sebab rumah baru, environment baru. Tengah nak sesuaikan diri la tu agaknya. Tapi yang bestnye, pagi semalam, dia dah ok, nak la bersosial sikit. Takdelah menyendiri je. Pastu demand gak dia ni. Nak tido atas katil aku je. Lebih-lebih lagi kat lihaf (selimut tebal). Dia ni tido awal gak rupanya, boleh geng la ngan aku, haha. Aku bangun pukul 3 dia nyenyak lagi dibuai mimpi. Lepas subuh pun tak gerak-gerak lagi. Ingatkan pengsan ke ape....pukul 7 baru bangun. Lama gila dia tido! Nak buat macam mana...dia kan kucing. Tapi Olivia dulu takdelah macam tu. Subuh je nak mengiau mintak makanan. Ah...rindu pulak kat Oli. Anyway, alhamdulillah, tercapai jugak cita-cita aku nak bela kucing kat ardhul kinanah ni.

Oh ye. Nama dia Betty. Kenapa Betty? Sebab kawan-kawan aku yang bagi nama tu. Diorang kata sebab muka dia agak selebet, so bagi nama Selebetty. Maka, jadilah BETTY, haha.

My dad, my hero

Saturday, 10 April 2010

Ya Allah...kenapa sejak semalam aku asyik mengalami perasaan yang sama? Kenapa aku masih dibelenggu oleh perasaan ini? Perasaan rindu yang teramat sangat kepada ayahku, Mustaza bin Kamarudin. Sebab hari ni, tanggal 10 April 2010 adalah hari lahir ayah! Sanah helwa ya abi! Means happy birthday dalam bahasa arab. If I'm not mistaken, ayah turns 51 years old today. (If I'm not mistaken??? ape punye anak....ish3) Patutla asyik teringatkan ayah je sejak semalam. Rindunya kat ayah. Semoga ayah sihat sejahtera sentiasa.

                                            (Mom n dad ketika kami menunggu bas di Mekah)

Is someone ask me "Who is your dad?". I would reply, "My hero,". Sejak aku masih kanak-kanak ribena, kemudian meningkat dewasa kepada kanak-kanak riang, ayah sentiasa menjadi motivator terbaik dalam hidupku. Semasa di Malaysia, hampir setiap hari ada sahaja tazkirah dan nasihat yang diberi kepadaku. Ayah tak pernah jemu menasihati anaknya, walaupun kadang kala anaknya ini berasa jemu (huhu). Dahulu aku pernah terfikir....kenapa ayah suka nasihat aku macam-macam? Mungkin dulu aku tak mengerti, betapa besarnya tanggungjawab seorang bapa terhadap anaknya. Ayah sangat sayang kepada aku dan Aiman. Sebab itu ayah tak pernah putus asa mendidik kami berdua. Ayah kata, ayah nak kami jadi manusia yang berguna untuk agama dan bangsa. Ayah nak anak-anak ayah dapat hidup yang lebih baik daripada ayah dulu. Bila terkenang balik saat-saat aku dinashati oleh ayah, terasa sebak di dada. Ayah, angah rindu sangat nak dengar suara ayah bagi nasihat dan kata-kata semangat kat angah T_T.

                                (Gamba raya tahun 2007 bersama nenek n arwah atuk belah ayah)

Kenapa aku kata my dad my hero? Sebab aku sangat kagum dengan semangat ayah. Tiap kali ayah cerita tentang perjalanan hidupnya, aku rasa bersyukur kerana dikurniakan seorang ayah yang sangat tabah dan penyayang. Teringat dulu, pernah sekali kelas aku buat jamuan birthday untuk teacher. Time tu takde siapa yang offer untuk ambik tender supply makanan. So, aku dengan berbesar hati offer untuk sumbangkan makanan, sebab aku tahu, ayah sangat pakar bab2 masak ni (especially mihun ayah yang sangat sedap, hihi). Bila aku tanya ayah, ayah ok je nak masakkan untuk aku dan kawan2 sekelas. Keesokan harinya, time baru bangun tidur, aku terbau mihun goreng yang sedap tu. Aku pun pelik. Kenapa ayah masak awal sangat? Ibu kata, ayah bangun pukul 4 pagi nak masak mihun tu sebab ayah kena pergi kerja pagi tu. Terasa sebak time ibu cakap macam tu. Ayah boleh je kata tak dapat buatkan sebab ada kerja, tapi ayah tak nak hampakan anaknya yang sorang ni. Terima kasih ayah.

                          (Ayah n Aiman time Family Day ofis ibu. Time ni Aiman belum kurus lagi :P)

Dalam berjuta-juta perkara yang aku kagum tentang ayah, ada satu perkara yang sentiasa aku keep in mind. Ayah selalu pesan kat aku supaya bangun malam untuk beribadah kepada Allah. Teringat lagi, masa mula naik sekolah menengah, ya Allah...liatnya nak bangun awal untuk qiam. Selalu jugak ayah ketuk-ketuk pintu bilikku, ajak qiam sama-sama dengan ibu. Ayah tak pernah putus asa ajak aku bangun qiam. Kini, kat Mesir ni, tak ada siapa lagi nak kejutkan aku bangun malam, tapi mengenangkan ayah yang gigih bangun malam, aku jadi termotivated untuk ikut amalan ayah. Ayah jugak selalu pesan kat aku, in whatever condition, sentiasa ingat kepada Allah. Time sekolah dulu, mungkin ayah perasan anak daranya ini selalu stress time nak exam. Ayah takde pun nak membebel itu dan ini. Ayah just bagi doa dan selawat penenang hati. Ayah kata, ketenangan kunci kejayaan.

          (Kalau ada family day, ayah mesti masuk acara tarik tali. Team ayah selalu menang. Time kecik2 dulu, bila team ayah menang je, aku mesti buat muka berlagak. Ayah aku kuat! haha)


Ayah la yang convince aku supaya belajar medik kat Mesir ni. Terkejut jugak aku time tu sebabnya, dulu aku tak pernah diizinkan untuk tinggal di asrama, atau masuk sekolah yang jauh-jauh. Almaklumlah, aku sorang je anak perempuan. Dulu ayah pernah cakap, kalau angah masuk sekolah asrama, ayah rela jadi pak guard kat sekolah tu. Haha. Ayah memang suka buat lawak.

Terima kasih ayah atas segala jasa dan pengorbanan ayah dalam mentarbiyah dan mendidik angah dan aman. Juga kerana tidak pernah jemu dan tidak pernah putus asa menasihati anak-anakmu ini. Nasihat dan peringatanmu sentiasa menjadi motivasi dalam hidup. Ya Allah, redhailah dan berkatilah ayahku sehingga ke syurga. Amiiiiiin~




Detik-detik 'psycho'

Thursday, 8 April 2010

ALHAMDULILLAH.....

Setelah beberapa kali di 'reject' oleh Dr. Syamaa', akhirnya buat kali ke berapa entah, kami berjaya meneruskan perjuangan untuk buat presentation di hadapan doktor yang lebih senior. Huuu...seram2. Btw, I'm talking about PSYCHOLOGY ASSIGNMENT. Yes, memang benar, inilah satu-satunya assignment yang pernah di reject dalam sejarah hidupku. Bukan sekali, bukan dua kali, tapi berkali-kali hingga kami pun naik buntu dan alhamdulillah, nasib baik tak give up. Semuanya thanks to Ayu, ketua kumpulan kami yang tak pernah putus asa untuk buat yang terbaik dan memenuhi kehendak doktor. 

Sedikit sebanyak latar belakang kumpulan kami. Terdiri daripada 10 ahli: Ayu, Ana, Yaya, Nadhrah, Sue, Diba, Kak Nisa', Khairul Shazwan, Sakinah dan aku. Tajuk yang diberikan kepada kami ialah "JUDGING DIFFERENCES: HAS ANYTHING CHANGED?". First time tengok tajuk tu, kami mempunyai pendapat masing-masing yang berbeza. Sama ada perkataan -JUDGING-,mahupun -DIFFERENCES-, kami ada pendapat tersendiri. Setelah beebincang, akhirnya Ayu, selaku ketua kumpulan decided nak jumpa Dr. Shaymaa', iaitu doktor yang bertanggungjawab membantu kami dalam assignment ni, bagi mendapatkan penerangan. 

Maka pada suatu hari yang cerah, berangkatlah aku bersama-sama Ayu dan Nadhrah menuju ke Psychology Department yang agak terpisah daripada universiti kami. Well, berjalan jauh di Mesir ini bukan suatu perkara yang pelik. So we went there with the hope to know the truth. Itulah kali pertama aku menjejakkan kaki ke department psychology. 


Sampai sahaja di sana, kami terus serbu kaunter pertanyaan. Yup, ada kaunter pertanyaan tuh! Memang tak boleh blah. Mak cik-mak cik yang berada di kaunter tu semuanya kelihatan murung dan tiada senyuman pun yang diberikan kepada kami yang termengah-mengah ni. Alaaah...lantaklah. Biasa la tu kat sini memang macam tu. Jangan mengada-ngada nak harapkan orang senyum kat kita dulu. Seeloknya, kita yang mulakan senyuman. Kalau bernasib baik, senyuman anda dibalas. Sebaliknya, sila jangan menyumpah dalam hati. Haha. Dipendekkan cerita, berjam-jam jugak kami kena tunggu Dr. Shaymaa'. Nasib baik tahap kesabaran kami masih tinggi. Syukur padaMu ya Allah.

Setelah menerima penjelasan yang ku kira tak berapa nak jelas, sebab lepas tu time nak buat, masing-masing muka puzzled, kami teruskan jugak buat topik masing-masing. Yeah, each person focus on one topic. So, total kami ada 10 topik! Perghh...dengar 10 topik aku dah mula rasa lain macam. Bukan aku je, semua pun rasa macam tu. Betul ke doktor nak macam ni?? Kami teruskan jugak buat research dan seperti biasa, copy paste apa yang ada dalam internet. Biasanya wikipedia lah yang diburu. Perangai tak senonoh itu dapat dihidu oleh doktor rupanya. Beliau tak mahu kami copy paste. Beliau mahu ayat sendiri! Walaupun beliau tak cakap macam tu, tapi kami sedar kehendak sebenarnya setelah beberapa kali hasil kerja kami ditolak. 

Rasa macam kena lempang jugak la bila dah banyak kali kena reject. Ada jugak la perasaan tak nak dengar Ayu sebut apa-apa tentang assignment Psycho. Huhu. Tapi Ayu tetap menjalankan tugasnya. Thanks Ayu kerana tidak berputus asa! Kamu memang layak menjadi seorang ketua!

Akhirnya, tibalah hari presentation. Minggu lepas, kami seramai 10 orang membuat kunjungan ke department Psycho bagi mempersembahkan hasil kerja kami. Setiap orang mesti present, itu syaratnya. Hari sebelumnya, Ayu bagi tugasan kepada Khairul Shazwan untuk buat power point presentation kami. So, dia tak perlu present pada esoknya. Kami kena present pada hari Rabu, pukul 12.30 tengah hari. Dengar je pukul 12.30, kami dah rasa lain macam. Sebabnya, pukul 11.30-1.00 ada practical Physiology. Arghhh...kacau ni! Dan sekiranya anda meminta izin untuk keluar dari kelas practical pada 12.30, maksudnya, anda memang cari nahas. Sebab, time tu doktor tengah bincang jawapan. Which means...waktu yang sangat crucial untuk kami bagi tumpuan sepenuhnya! 

Maka, pada hari Rabu lepas, terlihatlah wajah2 risau di dalam kelas kami. Time 12.30 pulak, doktor tengah explain topik yang kami belum belajar dalam lecture. Confirm takde sape nak keluar. So kami pun tunggu je la sampai kelas habis, walaupun pada hakikatnya, macam nak kena heart attack rasanya sebab dah lambat untuk present Psycho. Takut kena reject lagi sebab lambat! Ya Allah...permudahkanlah segalanya. Tepat pukul 1.00, setelah doktor practical sebut "Thank you,", kami sekumpulan pun bergegas sepantas kilat menuju department Psycho. Masing-masing ada menyimpan perasaan cuak. Sebab dengar cerita, ada 1 group tu kena reject setelah buat presentation. Ya Allah...janganlah group kami kena macam tu jugak.  Stress gila wajah2 mereka yang direject selepas presentation. 

Sampai sahaja di department Psycho, kami lihat raaaaaaamai sangat students Arab tengah tunggu giliran. Natijahnya, kami kena tunggu 2 jam lebih baru dapat present. Dugaan...dugaan...Tapi syukur, kami dapat praktis time tunggu turn, hehe.
Sedikit sebanyak kenangan:


Baru sampai kat department. Masing-masing muka tenang.


                                         Wondering..."Bila agaknya turn kami budak Malaysia?"


                                          Sempat lagi gelak-gelak walaupun dah letih menunggu.


                       Praktis buat presentation buat kali terakhir sebelum masuk ke dalam bilik doktor.


                                 Selesai presentation. Alhamdulillah, kerja kami diterima! Ambil gambar sana sini sebagai kenangan :)



                                                                  -Kenangan terindah-

                                      Jom pulang semula ke kuliah! Masih ada lecture untuk dihadiri.


   Shhh...jangan bagitau doktor kami tak masuk kelas. Disebabkan terlalu lapar dan penat, kami decide pergi cafe untuk makan dan minum sebelum masuk semula ke kelas.

Ya Allah, syukur kepadaMu atas peluang ini. Banyak pengajaran yang kami perolehi dan banyak juga kekurangan diri kami sedari. Kau kuatkanlah hati-hati kami untuk terus tabah menuntut ilmuMu. Amiiiin~


Masa untuk berfikir

Thursday, 1 April 2010

Bila cek balik blog kesayangan ni, baru perasan dah lama tak ada post muhasabah. Maka sepantas kilat aku bertanya pada diri: mengapakah hal yang sedemikian berlaku? Siti Sarah binti Mustaza, SILA JANGAN LEKA!!!

Mom and dad, I really miss you a lot. And you too, bro. And you three, Olivia and Harry. Ya Allah, berkati mereka yang aku sayangi keranaMU~

(yes, kedua2 perenggan sangat tidak berkaitan antara satu sama lain. sila abaikan post ini kerana ditulis dalam kekeliruan)





Related Posts with Thumbnails