Hope

Hope

Pray

Pray

Work

Work

Repent

Repent

Jangan buang, betulkan

Tuesday 27 April 2010

"Ayah, rumah kita ni asyik tempias je bila hujan," rungut Adam, si anak kecil. Mukanya berkerut-kerut tanda bengang. Dia menghentak-hentakkan kakinya tanda memprotes.

Ayahnya tersenyum menunggu reaksi anaknya.

"Kita pindah rumah baru la ayah. Adam tengok rumah Aiman tu besar, cantik. Takde tempias-tempias pun," kata Adam memberi cadangan yang dikiranya sangat bernas.

Sekali lagi ayahnya tersenyum mendengar kata-kata anaknya itu. "Adam, atap yang bocor tu ayah boleh baiki. Ayah boleh betulkan mana-mana bahagian yang rosak. Takkan rosak sikit kita kena pindah rumah baru. Rumah ni dah lama ayah bina. Ayah sayang rumah ni. Adam pun mesti sayang rumah ni jugak. Kalau ada apa-apa yang rosak, Adam kena tolong baiki, bukan cari rumah baru ye sayang," kata ayahnya dengan tenang, sambil mengusap rambut Adam.

Adam yang terpinga-pinga hanya mengangguk mendengar kata-kata ayahnya.

-Dalam apa-apa perkara pun, sekiranya yang asal itu rosak, atau terdapat sebarang kecacatan, menjadi tugas kita untuk memperbaikinya. Mencari sesuatu yang baru tidak akan menyelesaikan masalah, kerana tiada apa-apa pun yang sempurna di dunia ini. Jadi, jika kita kerap kali mencari sesuatu yang baru apabila adanya masalah pada yang lama, kita seolah-olah bertindak 'kurang bijak'-

Situasi 1: Sekiranya kita mempunyai seorang rakan yang telah lama kita kenali, dan pada suatu masa, tiba-tiba dia berubah perangai. Kita tidak suka dengan perangainya itu. Adakah bijak jika kita mengambil tindakan meninggalkan rakan itu, dan mencari rakan baru??? Bukankah lebih bijak jika kita menasihati dia dan mengajaknya kepada kebaikan?

Situasi 2: Sekiranya kita melihat suatu gejala samseng di sekolah kita, adakah wajar kita bertindak menukar sekolah??? Bukankah lebih baik kiranya kita melaporkan hal tersebut kepada guru-guru, agar keadaan menjadi bertambah baik, dan semua orang dapat belajar dengan  tenang di sekolah itu, tambah-tambah pula kemungkaran dapat dibanteras.

Konklusinya, BETULKAN MANA-MANA YANG TIDAK BETUL, JANGAN TERUS BUANG DAN CARI YANG BARU ^_~.


0 play the melodies:

Related Posts with Thumbnails