Hope

Hope

Pray

Pray

Work

Work

Repent

Repent

Detik-detik 'psycho'

Thursday, 8 April 2010

ALHAMDULILLAH.....

Setelah beberapa kali di 'reject' oleh Dr. Syamaa', akhirnya buat kali ke berapa entah, kami berjaya meneruskan perjuangan untuk buat presentation di hadapan doktor yang lebih senior. Huuu...seram2. Btw, I'm talking about PSYCHOLOGY ASSIGNMENT. Yes, memang benar, inilah satu-satunya assignment yang pernah di reject dalam sejarah hidupku. Bukan sekali, bukan dua kali, tapi berkali-kali hingga kami pun naik buntu dan alhamdulillah, nasib baik tak give up. Semuanya thanks to Ayu, ketua kumpulan kami yang tak pernah putus asa untuk buat yang terbaik dan memenuhi kehendak doktor. 

Sedikit sebanyak latar belakang kumpulan kami. Terdiri daripada 10 ahli: Ayu, Ana, Yaya, Nadhrah, Sue, Diba, Kak Nisa', Khairul Shazwan, Sakinah dan aku. Tajuk yang diberikan kepada kami ialah "JUDGING DIFFERENCES: HAS ANYTHING CHANGED?". First time tengok tajuk tu, kami mempunyai pendapat masing-masing yang berbeza. Sama ada perkataan -JUDGING-,mahupun -DIFFERENCES-, kami ada pendapat tersendiri. Setelah beebincang, akhirnya Ayu, selaku ketua kumpulan decided nak jumpa Dr. Shaymaa', iaitu doktor yang bertanggungjawab membantu kami dalam assignment ni, bagi mendapatkan penerangan. 

Maka pada suatu hari yang cerah, berangkatlah aku bersama-sama Ayu dan Nadhrah menuju ke Psychology Department yang agak terpisah daripada universiti kami. Well, berjalan jauh di Mesir ini bukan suatu perkara yang pelik. So we went there with the hope to know the truth. Itulah kali pertama aku menjejakkan kaki ke department psychology. 


Sampai sahaja di sana, kami terus serbu kaunter pertanyaan. Yup, ada kaunter pertanyaan tuh! Memang tak boleh blah. Mak cik-mak cik yang berada di kaunter tu semuanya kelihatan murung dan tiada senyuman pun yang diberikan kepada kami yang termengah-mengah ni. Alaaah...lantaklah. Biasa la tu kat sini memang macam tu. Jangan mengada-ngada nak harapkan orang senyum kat kita dulu. Seeloknya, kita yang mulakan senyuman. Kalau bernasib baik, senyuman anda dibalas. Sebaliknya, sila jangan menyumpah dalam hati. Haha. Dipendekkan cerita, berjam-jam jugak kami kena tunggu Dr. Shaymaa'. Nasib baik tahap kesabaran kami masih tinggi. Syukur padaMu ya Allah.

Setelah menerima penjelasan yang ku kira tak berapa nak jelas, sebab lepas tu time nak buat, masing-masing muka puzzled, kami teruskan jugak buat topik masing-masing. Yeah, each person focus on one topic. So, total kami ada 10 topik! Perghh...dengar 10 topik aku dah mula rasa lain macam. Bukan aku je, semua pun rasa macam tu. Betul ke doktor nak macam ni?? Kami teruskan jugak buat research dan seperti biasa, copy paste apa yang ada dalam internet. Biasanya wikipedia lah yang diburu. Perangai tak senonoh itu dapat dihidu oleh doktor rupanya. Beliau tak mahu kami copy paste. Beliau mahu ayat sendiri! Walaupun beliau tak cakap macam tu, tapi kami sedar kehendak sebenarnya setelah beberapa kali hasil kerja kami ditolak. 

Rasa macam kena lempang jugak la bila dah banyak kali kena reject. Ada jugak la perasaan tak nak dengar Ayu sebut apa-apa tentang assignment Psycho. Huhu. Tapi Ayu tetap menjalankan tugasnya. Thanks Ayu kerana tidak berputus asa! Kamu memang layak menjadi seorang ketua!

Akhirnya, tibalah hari presentation. Minggu lepas, kami seramai 10 orang membuat kunjungan ke department Psycho bagi mempersembahkan hasil kerja kami. Setiap orang mesti present, itu syaratnya. Hari sebelumnya, Ayu bagi tugasan kepada Khairul Shazwan untuk buat power point presentation kami. So, dia tak perlu present pada esoknya. Kami kena present pada hari Rabu, pukul 12.30 tengah hari. Dengar je pukul 12.30, kami dah rasa lain macam. Sebabnya, pukul 11.30-1.00 ada practical Physiology. Arghhh...kacau ni! Dan sekiranya anda meminta izin untuk keluar dari kelas practical pada 12.30, maksudnya, anda memang cari nahas. Sebab, time tu doktor tengah bincang jawapan. Which means...waktu yang sangat crucial untuk kami bagi tumpuan sepenuhnya! 

Maka, pada hari Rabu lepas, terlihatlah wajah2 risau di dalam kelas kami. Time 12.30 pulak, doktor tengah explain topik yang kami belum belajar dalam lecture. Confirm takde sape nak keluar. So kami pun tunggu je la sampai kelas habis, walaupun pada hakikatnya, macam nak kena heart attack rasanya sebab dah lambat untuk present Psycho. Takut kena reject lagi sebab lambat! Ya Allah...permudahkanlah segalanya. Tepat pukul 1.00, setelah doktor practical sebut "Thank you,", kami sekumpulan pun bergegas sepantas kilat menuju department Psycho. Masing-masing ada menyimpan perasaan cuak. Sebab dengar cerita, ada 1 group tu kena reject setelah buat presentation. Ya Allah...janganlah group kami kena macam tu jugak.  Stress gila wajah2 mereka yang direject selepas presentation. 

Sampai sahaja di department Psycho, kami lihat raaaaaaamai sangat students Arab tengah tunggu giliran. Natijahnya, kami kena tunggu 2 jam lebih baru dapat present. Dugaan...dugaan...Tapi syukur, kami dapat praktis time tunggu turn, hehe.
Sedikit sebanyak kenangan:


Baru sampai kat department. Masing-masing muka tenang.


                                         Wondering..."Bila agaknya turn kami budak Malaysia?"


                                          Sempat lagi gelak-gelak walaupun dah letih menunggu.


                       Praktis buat presentation buat kali terakhir sebelum masuk ke dalam bilik doktor.


                                 Selesai presentation. Alhamdulillah, kerja kami diterima! Ambil gambar sana sini sebagai kenangan :)



                                                                  -Kenangan terindah-

                                      Jom pulang semula ke kuliah! Masih ada lecture untuk dihadiri.


   Shhh...jangan bagitau doktor kami tak masuk kelas. Disebabkan terlalu lapar dan penat, kami decide pergi cafe untuk makan dan minum sebelum masuk semula ke kelas.

Ya Allah, syukur kepadaMu atas peluang ini. Banyak pengajaran yang kami perolehi dan banyak juga kekurangan diri kami sedari. Kau kuatkanlah hati-hati kami untuk terus tabah menuntut ilmuMu. Amiiiin~


3 play the melodies:

sakinahshapeni said...

alhamdulillah, cukup la buat assignment ni sekali seumur hidup... :p
ayu mmg leader yg sejati lah...;)
yg lain2 pun tabah je wpun bnyk kali kene reject...
pengalaman yg benar2 mengajar.

8 April 2010 at 14:07
sakinahshapeni said...

alhamdulillah, cukup la buat assignment ni sekali seumur hidup... :p
ayu mmg leader yg sejati lah...;)
yg lain2 pun tabah je wpun bnyk kali kene reject...
pengalaman yg benar2 mengajar.

8 April 2010 at 14:08
Anonymous said...

tahniah sume :)

19 April 2010 at 20:16
Related Posts with Thumbnails