Hope

Hope

Pray

Pray

Work

Work

Repent

Repent

My dad, my hero

Saturday, 10 April 2010

Ya Allah...kenapa sejak semalam aku asyik mengalami perasaan yang sama? Kenapa aku masih dibelenggu oleh perasaan ini? Perasaan rindu yang teramat sangat kepada ayahku, Mustaza bin Kamarudin. Sebab hari ni, tanggal 10 April 2010 adalah hari lahir ayah! Sanah helwa ya abi! Means happy birthday dalam bahasa arab. If I'm not mistaken, ayah turns 51 years old today. (If I'm not mistaken??? ape punye anak....ish3) Patutla asyik teringatkan ayah je sejak semalam. Rindunya kat ayah. Semoga ayah sihat sejahtera sentiasa.

                                            (Mom n dad ketika kami menunggu bas di Mekah)

Is someone ask me "Who is your dad?". I would reply, "My hero,". Sejak aku masih kanak-kanak ribena, kemudian meningkat dewasa kepada kanak-kanak riang, ayah sentiasa menjadi motivator terbaik dalam hidupku. Semasa di Malaysia, hampir setiap hari ada sahaja tazkirah dan nasihat yang diberi kepadaku. Ayah tak pernah jemu menasihati anaknya, walaupun kadang kala anaknya ini berasa jemu (huhu). Dahulu aku pernah terfikir....kenapa ayah suka nasihat aku macam-macam? Mungkin dulu aku tak mengerti, betapa besarnya tanggungjawab seorang bapa terhadap anaknya. Ayah sangat sayang kepada aku dan Aiman. Sebab itu ayah tak pernah putus asa mendidik kami berdua. Ayah kata, ayah nak kami jadi manusia yang berguna untuk agama dan bangsa. Ayah nak anak-anak ayah dapat hidup yang lebih baik daripada ayah dulu. Bila terkenang balik saat-saat aku dinashati oleh ayah, terasa sebak di dada. Ayah, angah rindu sangat nak dengar suara ayah bagi nasihat dan kata-kata semangat kat angah T_T.

                                (Gamba raya tahun 2007 bersama nenek n arwah atuk belah ayah)

Kenapa aku kata my dad my hero? Sebab aku sangat kagum dengan semangat ayah. Tiap kali ayah cerita tentang perjalanan hidupnya, aku rasa bersyukur kerana dikurniakan seorang ayah yang sangat tabah dan penyayang. Teringat dulu, pernah sekali kelas aku buat jamuan birthday untuk teacher. Time tu takde siapa yang offer untuk ambik tender supply makanan. So, aku dengan berbesar hati offer untuk sumbangkan makanan, sebab aku tahu, ayah sangat pakar bab2 masak ni (especially mihun ayah yang sangat sedap, hihi). Bila aku tanya ayah, ayah ok je nak masakkan untuk aku dan kawan2 sekelas. Keesokan harinya, time baru bangun tidur, aku terbau mihun goreng yang sedap tu. Aku pun pelik. Kenapa ayah masak awal sangat? Ibu kata, ayah bangun pukul 4 pagi nak masak mihun tu sebab ayah kena pergi kerja pagi tu. Terasa sebak time ibu cakap macam tu. Ayah boleh je kata tak dapat buatkan sebab ada kerja, tapi ayah tak nak hampakan anaknya yang sorang ni. Terima kasih ayah.

                          (Ayah n Aiman time Family Day ofis ibu. Time ni Aiman belum kurus lagi :P)

Dalam berjuta-juta perkara yang aku kagum tentang ayah, ada satu perkara yang sentiasa aku keep in mind. Ayah selalu pesan kat aku supaya bangun malam untuk beribadah kepada Allah. Teringat lagi, masa mula naik sekolah menengah, ya Allah...liatnya nak bangun awal untuk qiam. Selalu jugak ayah ketuk-ketuk pintu bilikku, ajak qiam sama-sama dengan ibu. Ayah tak pernah putus asa ajak aku bangun qiam. Kini, kat Mesir ni, tak ada siapa lagi nak kejutkan aku bangun malam, tapi mengenangkan ayah yang gigih bangun malam, aku jadi termotivated untuk ikut amalan ayah. Ayah jugak selalu pesan kat aku, in whatever condition, sentiasa ingat kepada Allah. Time sekolah dulu, mungkin ayah perasan anak daranya ini selalu stress time nak exam. Ayah takde pun nak membebel itu dan ini. Ayah just bagi doa dan selawat penenang hati. Ayah kata, ketenangan kunci kejayaan.

          (Kalau ada family day, ayah mesti masuk acara tarik tali. Team ayah selalu menang. Time kecik2 dulu, bila team ayah menang je, aku mesti buat muka berlagak. Ayah aku kuat! haha)


Ayah la yang convince aku supaya belajar medik kat Mesir ni. Terkejut jugak aku time tu sebabnya, dulu aku tak pernah diizinkan untuk tinggal di asrama, atau masuk sekolah yang jauh-jauh. Almaklumlah, aku sorang je anak perempuan. Dulu ayah pernah cakap, kalau angah masuk sekolah asrama, ayah rela jadi pak guard kat sekolah tu. Haha. Ayah memang suka buat lawak.

Terima kasih ayah atas segala jasa dan pengorbanan ayah dalam mentarbiyah dan mendidik angah dan aman. Juga kerana tidak pernah jemu dan tidak pernah putus asa menasihati anak-anakmu ini. Nasihat dan peringatanmu sentiasa menjadi motivasi dalam hidup. Ya Allah, redhailah dan berkatilah ayahku sehingga ke syurga. Amiiiiiin~




1 play the melodies:

Anonymous said...

ameen ya raBB :)

19 April 2010 at 20:11
Related Posts with Thumbnails